Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, April 27, 2010

Lawak hilang runsing

Kak Ros bizi sikit campur runsing. Entah lah kak Ros dok konfius ni, anak kak Ros yang tak boleh renggang dengan akak atau kak Ros sendiri yang rindu tak boleh dok jauh ngan dia. Maklum la kan, tak pernah berpisah ngan anak dara kak Ros ni dari kecik.

Sejak minggu lepas setelah dah konfom nak antar anak dara kak Ros ke kolej tu, kak Ros punyalah bizi prepare barang barang dia. Ngalahkan orang nak naik haji la pulak. Minggu ni selepas dah antar hari Isnin lalu, kak Ros kena prepare lagi kain baju tambah ngan sikit sebanyak barang barang letrik serta keperluan lainnya.

Letih campur runsing, takut dia tak boleh sesuaikan diri dengan persekitaran dan kengkawan baru. Atau kak Ros yang runsing tak berlagu. Anyway, kak Ros perturunkan satu lawak dari Fidah... tekiu la, boleh kendurkan sikit ketegangan diri kak Ros nih... huhu...

Abang vs Ayang

Surat ayang untuk abang...

Dear abang,
Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik...

Cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang... sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakkan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah.. Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance. ..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah...

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang Make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodyna Abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang Besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan. .. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa Atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABG SURUHLAH KERETA ABG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABG
ABG SURUHLAH KERETA ABG TU BASUHKAN PAKAIAN ABG
ABG SURUHLAH KERETA ABG TU GOSOKAN KEMEJA ABG
ABG SURUHLAH KERETA ABG TU SIAPKAN AIR MANDI ABG
ABG SURUHLAH KERETA ABG TU KEMASKAN RUMAH ABG
ABG SURUHLAH KERETA ABG TU URUT-URUT BADAN ABG
ABG SURUHLAH KERETA ABG TU TEMANKAN ABG TIDUR

Love,
ayang

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails