Sahabat adalah perisai diri

Friday, April 23, 2010

Letih tapi suka

Kak Ros rasa letih betoi, sakit badan penat tapi dalam keadaan yang suka sangat.

Anak dara kak Ros yang sorang tu ditawarkan ke sebuah kolej selepas dapat keputusan ala kadar dalam SPMnya. Alhamdulillah la, lepaih la habuan dia. Cuma kak Ros risau jugak, boleh ka dia ni dok jauh dari kak Ros atau kak Ros pulak yang tak tahan berpisah dengan dia.

Ibu mana yang tak syok melompat suka bila anak dapat tawaran melanjutkan pelajaran. Persiapan untuk anak dara masuk kolej ni lain banyak la dari anak teruna. Mau tak letih, dari pagi sampai ke malam baru boleh nak rehat sikit.

Dia dah tunjuk kain yang dia berkenan, nak siapkan jugak baju kurung dia empat pasang nak pakai masuk kolej hari isnin ni. Penat.

Hmmm... kak Ros nak zzzzz dulu, esok kalau rajin sambung cerita. Selamat menjadi remaja berdikari buat Fatin... huhu... Sedih la pulak...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails