Sahabat adalah perisai diri

Friday, April 16, 2010

Sindiket penipuan ke Universiti?

Sekarang ni musim IPTA buat intake baru. Melaut la pelajar pelajar lepasan SPM ari tu tak sabar sabar menanti panggilan dari universiti universiti tempatan. Anak kak Ros pun salah sorang dari mereka ni jugak. Entah la nak sangkut kat mana.

Dalam kelam kabut budak budak nak buat persiapan sambung pelajaran, ada jugak kedengaran berita menakutkan ni. Pengurusan UiTM hari ini menegaskan bahawa universiti itu tidak pernah melantik mana-mana pihak sebagai ejen untuk menguruskan pengambilan pelajar ke universiti itu. NC nya Prof Ir Dr Sahol Hamid berkata, orang ramai yang menerima panggilan atau khidmat pesanan ringkas (sms) berhubung dengan tawaran kemasukan ke UiTM dinasihatkan supaya tidak tertipu dengan sindiket berkenaan dan segera melaporkan kepada Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP) atau polis.

Kak Ros merayu abang abang Polis benteras sindiket ni habis habisan. Memang kurang ajar betoi, kita dok kalut pasai lain, depa dok kalut nak tipu anak anak kita.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails