Sahabat adalah perisai diri

Sunday, May 9, 2010

Selamat hari Ibu

Kak Ros masih tak tau masa depan kita macamana. Kita besarkan anak anak tanpa harapan jasa kita dikenang. Itu yang semestinya. Sebagai ibu, asal mereka mereka ni boleh terbang cari makan sendiri tanpa perlu bergantung harap lebih lebih pada kita dah kira lebih dari cukup.

Tapi kak Ros tersentuh betoi dengan cerita pilu dibawah ni. Tak hargai sebagai mak sudah pi la, ni sampai keperingkat nak cederakan ibu sendiri ni yang mengarut dengaq ni.

“SAYA dibuang macam sampah di perhentian bas,” kata seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Halimah, 87, menceritakan punca dia kini menumpang kasih di sebuah pusat jagaan orang tua.

Ibu malang itu berkata, biarpun hanya anak angkat, dia menjaganya dengan penuh kasih sayang sejak masih bayi, justeru tidak terlintas di fikirannya anak perempuannya tergamak berbuat demikian.

“Bila dia tinggalkan saya, saya menjerit memanggil namanya tapi dia tak hiraukan, sebaliknya memecut laju kenderaannya,” katanya.

Halimah berkata, lebih menghairankannya, anak perempuannya berusia 40-an itu berkahwin dengan imam dan tentu suaminya turut mengajarnya ilmu agama.

“Sebab itu saya tidak tahu di mana silapnya sehingga anak saya sanggup membuang saya seperti sampah walaupun tangan ini yang membesar dan menjaganya,” katanya.

Halimah berkata, selain seorang anak angkat perempuan, dia turut mempunyai tiga anak kandung lelaki tapi ketiga-tiga anaknya juga tidak ambil berat mengenai dirinya.

“Sebab itu saya tinggal dengan anak angkat saya tapi akhirnya dia juga membuang saya,” katanya.

Selepas ditinggalkan di perhentian bas, Halimah terpaksa ‘menginap’ empat bulan di hospital kerana tiada siapa tampil untuk menjaganya dan akhirnya dia dihantar ke rumah orang tua.

Ketika ditanya adakah dia akan memaafkan anaknya, Halimah berkata, dia sudi menerima semula mereka biarpun selepas apa mereka lakukan terhadapnya kerana baginya, mereka itulah hartanya di dunia dan akhirat.

Selamat Hari Ibu... sob... sob...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails