Sahabat adalah perisai diri

Thursday, June 10, 2010

Gula: Tunjuk kuasa biaq bertempat

Gula kurang ni dah merata rata, tak tumpu kat sesatu tempat saja.

Kak Ros pun cari gula kot belah pekan Bukit Mertajam pun dah susah. Banyak kedai yang ambik kesempatan buat buat kata tak dak gula. Padahal depa ada jugak kalau kita desak dengan bersungguh sungguh.

Jadi kak Ros setuju jugak la kerajaan tak akan tunduk kepada peruncit seperti kata menteri Ismail Sabri.


Kak Ros setuju sangat depa tegas macam tu tapi langkah yang lebih praktikalnya ialah kuatkan jaringan penghantaran gula kita ke setiap pelusuk negara yang tidak tertumpu pada kawasan bandar saja. Tanpa jaringan yang kuat, boikot peruncit akan berjaya.

Kerajaan ada kuasa, kena tunjuk kuasa biaq kena pada tempatnya. Jangan dok kekang pekedai kecil dikampung kampung dengan pelbagai peraturan yang membebankan sekali gus membiar lepas pemborong pemborong besar di bandar bandar.

2 comments:

  1. Dengan isu gula dan peniaga yang tunjuk keras kepala sambil menekan pengguna, mugnkin ini masa yang sesuai kerajaan mencari alternatif baru dan menggalakkan rakyat menggunakan sumber alternatif gula (atau sugar-derivative lain).

    Paling mustahak, kepentingan pengguna aka rakyat perlu dijaga.

    ReplyDelete
  2. Setuju... sampai bila nak bergantung pada individu tertentu yang punya kepentingan setelah memonopoli industri tu...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails