Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, July 28, 2010

Anak: Yang tak dak gigih berusaha, yang ada jadi pendera

Kak Ros ada gak kengkawan dan adik beradik yang kahwin dah lama tapi sampai la ni masih tak dak rezeki untuk dapat anak. Dah bermacam ikhtiar yang depa buat, baik moden ataupun tradisional. Susah senang depa kadang kadang tu depa kongsi dengan kak Ros. Jadi sikit sebanyak kak Ros tau la sedih pilu rasa hati depa.

Cuba kita selami perasaan depa, baru kita hargai apa yang kita ada. Cuba kita pahami susah senang hidup depa sebagai pasangan yang tak ada anak, then baru kita tau betapa bertuahnya kita yang punya anak.

Tapi rupanya masih ada orang orang yang tak sayang anak setelah depa dapat anak yang juga berupa amanah dari Tuhan pada hambanya. Dalam myMetro, seorang bayi perempuan berusia lapan bulan dipercayai didera berikutan mengalami kesan lebam dan kecederaan pada beberapa bahagian badan telah diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sebuah rumah di Batu Berendam, Melaka.

Orang yang tak dak anak punya berdoa siang malam, ikhtiar pagi dan petang nak dapatkan cahaya mata, tapi depa senang senang saja dera anak sendiri.

3 comments:

  1. Betul kak ros..kalo x mo anak len kali jgn le beranak..dah ade anak x mo jaga lagi mo dera²..huhu kesian..
    Bak kata penceramah kat sini ari tu.."pandai buat projek...pandai² la jaga projek...anak tu mcm produk kita...kita kena bentuk n asuh dia..."

    ReplyDelete
  2. Haa... aha..
    Kak Ros suka kiasan projek yang dia tu pakai...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails