Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, July 20, 2010

Dunia bertambah maju

Anak pompuan kak Ros yang dok pecah kepala kat kolej tu sms kat kak Ros kelmarin. Tak penting sangat pun tapi dia suruh jugak jugak kak Ros baca satu artikel dalam kosmo disini.

Kisah macamana sorang pengemis di China, Cheng Guorong tak pasai pasai pi jadi kaya dan terkenal selepas gambarnya tersiar di Internet. Aduhai... walaupun berselekeh, rambut panjang dan berjanggut, lelaki tersebut tersebut telah menarik perhatian ramai peminat sejak Januari lalu. Tak ka haru tu?

Guorong, 34, digelar pengemis paling seksi di China dan dia turut mengecapi status simbol seks di kalangan pengguna Internet. Kadang kadang orang yang masuk internet ni orang orang yang tak dak kerja sangat pun. Pandangan depa bukan bersandarkan pada realiti tapi lebih pada fantasi. Sebab tu undian internet ni bagi kak Ros tak menepati gambaran sebenar. Tapi itulah hakikat dunia moden la ni, nasibnya terus berubah selepas gambarnya dirakamkan oleh seorang jurugambar amatur ketika dia berkeliaran di jalan raya di bandar ini untuk meminta makanan pada tahun lalu.

Mungkin baik jugak bagi budak Guorong ni, dia la ni dah tak lagi selongkar tong sampah. Dia la ni dah terima banyak tawaran iklan dan dia turut bekerja sebagai model peragaan. Pakaiannya semasa dia menjadi pengemis turut menjadi ikon fesyen. Para peminat lelaki tersebut turut menderma sebanyak 100,000 yuan (RM49,138) bagi membantunya memulakan hidup baru. Dia juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem mengenai kisah hidupnya yang diterbitkan oleh penerbit filem tempatan, Deng Jiangguo dan menelan kos sekitar 72 juta yuan (RM34.3 juta).

Tapi kak Ros pesan kat anak kak Ros tu satu saja, jangan hang pulak dok gatai nak jadi pengemis semata mata nak jadi kaya dan popular macam mangkuk tuh. Kita belum tentu sejalan dengan dia dan tak semua orang boleh kecapi apa yang dia kecapi dengan jalan pintas macam tu... hik.. .hik... dunia bertambah maju - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails