Sahabat adalah perisai diri

Sunday, July 11, 2010

Fenin, fenin... kalau agama tak kuat

Sebagai ibu pada tiga anak yang membesar dengan penuh kasih sayang, Kak Ros tersentuh bila terbaca kisah bayi yang menjadi rebutan di Pusat Pelindung Bayi ni.

Baguih la jugak ada pusat pelindung bayi macam ni, sekurang kurangnya kita akan dapat kurangkan kes kes pembuangan bayi dimerata rata tempat. Menjaga ketamadunan insan kita agar terpelihara. Di pusat yang sebegini, kita boleh tempatkan bayi bayi ni dibawah pengawasan pakar sebelum diserahkan pada keluarga angkat yang dipilih secara tapisan ketat.

Tapi kak Ros pun takut jugak dengan adanya pusat sebegini, bagai menggalakkan lagi remaja remaja kita melakukan benda terkutuk sebelum nikah tu kerana hasil dari keterlanjuran nanti sudah tersedia tempat yang akan menerima zuriat mereka.

Ahhh... fenin, fenin. Buat salah, tak buat lagi nampak macam bersalah.

Inilah akibatnya kalau didikan agama tak kuat dan mendalam dalam jiwa. Bagi kak Ros, penyelesaian baiknya ialah kita tekankan bab pendidikan agama secara lebih mendalam dan ikhlas untuk anak anak kita. Hanya dengan agama saja masaalah serius ini boleh kita atasi. Tuhan cipta agama dengan bersebab. Bukan sembarangan undang undang tuh...

5 comments:

  1. Salam,

    Cara mudah oleh kerajaan untuk menangani permasalahan ini.

    Sepatutnya soal nilai akhlak yang seharusnya di pertingkatkan. Keruntuhan akhlak dan masalah sosial semakin meningkat.

    ReplyDelete
  2. ye la kak ros...menakutkan tgk masalah2 akhlak ni...riso ati...bila fikir anak² ati dah dah besor nanti...cam ne la..

    ReplyDelete
  3. Salam Isa, kak Ros tengok sekolah agama tak ramai budak budak dah. Depa takut tengok serban.

    Sapa ajar depa takut ngan serban?

    ReplyDelete
  4. Salam atie, anak2 - kecik cara kecik, bila besaq cara besaq la pulak...

    ReplyDelete
  5. kak ros saya rasa kena terapkan nilai agama dari kecik lagi.. byk kan sekolah agama penuh , pastu jadikan sekolah2 agama ni bantuan kerajaan... supaya kos2 dapat di kurangkan .. saya anta ank saya sekolah tahfiz swasta kos sorang anak aje bulan2 dah rm400/sebulan sorang.. rasa cm perit gak le tapi tu le kita nak anak kita dpt ilmu agama+akademik bkn cerdik ilmu sahaja malah cerdik sahsiah juga..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails