Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, July 14, 2010

Hancur luluh hati seorang ibu

Masyaallah, tak terlintas difikiran kak Ros berita macam ni akan terpampang di media negara kita. Lebih hiba ianya berlaku di negara tercinta ini. Bala apakah yang telah Tuhan turunkan untuk umat mu ini Ya Allah. Masih leka kah kita dalam mencongakkan sesuatu bagi membetulkan apa yang tak betul?

Tentu ramai yang dah membacanya, kisah betapa hancur luluhnya hati seorang ibu bila menyaksikan sendiri kekejaman anak lelakinya berusia awal 20-an merogol teman wanitanya yang berusia 16 tahun di rumah mereka sehingga gadis berkenaan mengandung, baru-baru ini.

Jeritan dan rayuan si ibu berusia awal 40-an yang cuba menghalang tindakan keji anak lelakinya tidak diendahkan. Malah, tindakannya mengetuk pintu bilik anaknya berkali-kali langsung tidak dihiraukan seolah-olah anak lelakinya dirasuk hantu.

Bukan salah ibu mengandung. Pastinya, masih belum terlambat kak Ros rasa bagi semua terutama ibu bapa dalam memastikan anak anak dibekalkan bekalan yang secukupnya sebagai insan. Mari sama sama kita berusaha dan berdoa agar jerit perih semasa mengandung dan melahirkan mereka, berbaloi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails