Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, September 8, 2010

Fuhhh... ! raya Jumaat

Alhamdulillah, kak Ros panjat kesyukuran pada Yang Maha Esa. Ya la dah raya jatuh pada hari Jumaat. Ini bermakna kak Ros masih berpeluang sehari lagi untuk siapkan baju anak anak dan laki sendiri... haha...

Baju orang tu semua dah siap, tinggai ada la kot dua tiga tuan lagi yang tak mai ambik lagi... lega rasa, pekena air tebu waktu berbuka tadi pun tak rasa macam ni punya lega... haha...

Petikan berita dari Beranam seperti dibawah:

Umat Islam sambut Aidilfitri Jumaat

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Jumaat, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah malam ini.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 10 Sept 2010,” katanya.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara. — Bernama

2 comments:

  1. Salam...kak ros..slmt ari raye..maaf zahir batin...jemput mai umah..:)

    ReplyDelete
  2. Salam atie,
    Selamat Hari Raya tuk atie sekeluarga gak... maaf zahir batin...

    Rasanya kak Ros ni macam tak dak kelapangan laa... hihi... memang sibuk tahap gaban dah nih...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails