Sahabat adalah perisai diri

Saturday, September 25, 2010

Suami upahan?

Macam macam la dunia sekarang ni. Yang tak pernah pernah kita dengar dulu ni tapi sekarang ni dah jadi amalan. Kak Ros pun tak pernah dengar suami upahan dan kerjanya makan hasil isteri. Tapi kini dah berlambak lambak.

Beberapa lelaki tempatan dikesan sanggup menjadi suami ‘upahan’ bagi mengahwini wanita warga asing dari China secara kontrak semata-mata untuk mendapat habuan setiap bulan hasil kegiatan tidak bermoral isteri mereka di pusat hiburan sekitar ibu negara.

Jadi bila sebut GRO warga asing ni, kita tau la sebab dan musababnya. Semuanya pasai wang dan kesenangan. Cara mudah menggali wang dan harta. Tujuan wanita yang menjadi pelayan pelanggan (GRO) itu berkahwin secara sah dengan suami masing-masing hanyalah sebagai lesen untuk berada lebih lama di negara ini dan tidak perlu memperbaharui visa setiap bulan selain membebaskan mereka sekiranya ditangkap ketika menjalankan kegiatan pelacuran atau aktiviti lain yang tidak bermoral.

Taktik licik ‘isteri’ itu, bagaimanapun dibongkar apabila Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala lumpur menyerbu sebuah pusat hiburan tidak berlesen di Taman Shamelin Perkasa di sini, kelmarin. Lebih mengejutkan, enam daripada lapan wanita GRO menggunakan status isteri kepada lelaki tempatan dalam operasi yang dijalankan kira-kira jam 10 malam itu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails