Sahabat adalah perisai diri

Saturday, October 9, 2010

Baguih la jugak Kak Engku oiii...

Dalam laporan mStar, Raja Azura menyatakan hasrat hatinya ingin untuk merujuk semula dengan bekas suaminya, Adzmin Othman 37. Pelakon dan penyampai radio Sinar FM, Raja Azura Tengku Ahmad Tajudin, 38, atau lebih popular dengan nama Kak Engku sebagai penyampai radio tu masih menyayangi suaminya.

Baguih la kalau dah macam tu. Sedangkan lidah pun orang kata lagi kan tergigit inikan pulak suami isteri. Takkan la tak dak langsung kenangan manis bersama yang boleh menyatukan kembali antara dua hati ni.

Kata Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku, dia masih memberi peluang kepada suaminya untuk mencari jalan pendamaian dalam tempoh edah demi masa depan anak-anak.

"Selama ini saya hilang kepercayaan kepada suami dan dia perlu mengembalikan kepercayaan itu kepada saya semula. Penceraian hanyalah jalan untuk kami betulkan semula keadaan.

Raja Azura dan Adzmin bercerai talak satu di sebuah mahkamah syariah di Selangor pada 28 September lalu. Penceraian itu dilakukan dalam prosiding tertutup.

Raja Azura dan Adzmin mendirikan rumah tangga pada 10 Mac 2001 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Megat Muhammad Raziq, 8, Megat Luqman Hakim, 7, serta Puteri Mia Maizurah, 4.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails