Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, October 5, 2010

Kalau kak Ros...

Mak aaiih... lamanya. Shohimi Shafie seorang bapa yang kematian anak kecilnya kerana dibunuh akhirnya melepaskan geram ke atas bekas konstabel polis yang didakwa membunuh anaknya 7 tahun yang lalu dengan menumbuk dada lelaki tersebut.

Kejadian berlaku semasa Mohd Nahar Abu Bakar, 34, dibawa keluar dari Mahkamah Tinggi di sini Selasa, di mana dia dijatuhkan hukuman gantung sampai mati atas kesalahan membunuh anak Sohimi dan juga pengasuh kanak-kanak itu.

Shohimi yang sedang ditemu ramah oleh media, tiba-tiba menumbuk dada Mohd Nahar yang bergari di belakang dan dikawal oleh dua anggota polis mahkamah untuk di bawa turun ke lokap.

“Kurang ajar!” jerit Shohimi, 42, ke arah Mohd Nahar yang turut digelarnya sebagai pembunuh budak.

Nasib baik la hang kena tumbuk saja, kalau kak Ros...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails