Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, October 6, 2010

Resepi: Ayam masak pedas

Ayam Masak Pedas Berlemon

Bahan-bahan:

1 ekor ayam - dipotong kecil
1/2 cawan jus lemon
15 tangkai cili kering - direndam dan dikisar
4 ulas bawang merah - dimayang
2 ulas bawang putih - dimayang
3 cm belacan
1 sudu kecil pati ayam
1/2 cawan santan pekat
Gam dan gula secukup rasa
Minyak untuk menggoreng dan menumis

Cara Menyediakan:
  1. Ayam digaul dengan jus lemon kemudian diperap selama sejam.
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan empat sudu besar minyak dan tumiskan bahan-bahan kisar. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak.
  4. Masukkan pati ayam, garam, gula dan santan. Kacau hingga rata dan masukkan ayam yang digoreng tadi. Kacau dan angkat.
Laki kak Ros tak sabar sabar nak rasa, hmmm... macam perli kak Ros pulak... haha... yang kak Ros pulak masih tak dapat ilham lagi bila nak try, resepi kiriman kawan kak Ros yang sedang bertapa di felda Pahang nuu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails