Sahabat adalah perisai diri

Monday, December 13, 2010

Duit duit...

Cari duit tu dah satu perkara yang semestinya susah tapi nak jaga pendapatan yang diperolehi tu dengan membelanjakannya pada yang berfaedah saja dan kena pada tempatnya bukanlah mudah.

Sebab tu menguruskan kewangan keluarga adalah teramat penting dan kepentingan ini lah selalunya terletak dibahu seorang wanita, samaada seorang isteri pada suami atau seorang ibu pada anak anak. Itulah pentingnya wanita zaman moden ini. Menyedari anak-anak semakin membesar dan sesi persekolahan juga bakal bermula tidak lama lagi, sesetengah wanita lebih selesa menabung untuk kegunaan pada saat diperlukan. Wang belanja yang diberikan suami pastinya bakal dicincang lumat dan dibahagikan sebaik mungkin bagi meringankan bebanan suami tentunya, walaupun tanpa disedari dengan baik oleh si suami.

Walaupun harga barangan kini kian menikam, kualiti barang kian membukam... persiapan persekolahan anak anak hendak juga disiapkan. Tiga pasang seragam dan kasut sekolah untuk setiap anak anak yang bersekolah kena jugak tersedia. Keperluan sekolah tak mengira gawatan ekonomi atau tidak. Apa yang perlu ditekankan pada anak anak ialah pendidikan tentang peri pentingnya berjimat cermat dan membelanjakan pabila perlu. Merengek dan meminta berdasarkan pada keperluan.

Amalan berjimat cermat ini perlu diamalkan memandangkan harga barang kini semakin naik. Memang terasa apabila melihat harga barang tidak menentu. Jika sebelum ini peruntukan RM100 dapat memenuhi troli tetapi kini untuk mendapatkan barang yang sama, kita perlu berbelanja sebanyak RM250.

Situasi ini bukan sahaja berlaku di pasar raya besar malah perang harga juga boleh dilihat di pasar borong dan pasar malam. Jika masalah ini berterusan, ramai yang akan mengurangkan sedikit perbelanjaan supaya peruntukan perbelanjaan yang diberi suami setiap bulan sentiasa mencukupi.

Kak Ros ni bukannya apa, baru balik dari melawat pasaraya... melihat lihat kelakuan orang ramai yang ghairah berbelanja disamping anak anak yang teruja suka. Si suami seperti biasa, berdendang dibangku menanti si isteri usruskan semuanya. Itulah tanggungjawab wanita, perlu bijak memilih dan menilai mana yang perlu dibeli dan dihargai anak anak...

Sib baik la kak Ros dah lama terlepas dari bebanan ni...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails