Sahabat adalah perisai diri

Friday, January 29, 2010

7 Keajaiban dunia

Sekelompok siswa kelas geografi sedang mempelajari 7 keajaiban dunia. Pada awal pembelajaran, mereka diminta menyenaraikan apa yang mereka fikir merupakan "7 Keajaiban Dunia" saat ini. Walaupun ada beberapa senarai yang tidak sesuai, sebahagian besar para pelajar menyenaraikan :

1. Piramid
2. Taj Mahal
3. Tembok Besar China
4. Menara Pisa
5. Kuil Angkor
6. Menara Eiffel
7. Kuil Parthenon

Ketika mengumpulkan senarai pilihan guru tersebut memerhatikan seorang pelajar (gadis) yang pendiam, yang belum mengumpulkan kertas pilihan senarainya. Jadi guru terbabit bertanya kepadanya apakah dia mempunyai kesulitan dengan senarai itu.

Gadis pendiam itu menjawab...."Ya sedikit....(dalam nada sedikit gugup) saya tidak tahu mahu memilih yang mana satu kerana terlampau banyak.”

Guru itu pun berkata "Baik, beritahu kepada kelas apa yang awak miliki dan mungkin kita semua dapat membantu memilihnya."

Gadis itu termenung sekejap kemudian membaca ...Saya fikir 7 keajaiban dunia adalah :

1. boleh melihat
2. boleh mendengar
3. boleh menyentuh
4. boleh mencintai
5. boleh merasakan
6. boleh ketawa
7. boleh menangis

Ruang kelas hening seketika.

Alangkah mudahnya bagi kita untuk melihat pada eksploitasi manusia dan menyebutnya "keajaiban". Sementara kita lihat semua yang telah Allah kurniakan untuk kita, kita menyebutnya sebagai "aah benda biasa".

Semoga anda pada hari ini diingatkan tentang segala hal yang betul-betul ajaib dalam kehidupan anda.

Thursday, January 28, 2010

Resepi: Makanan diet (tauhu goreng)


Pada sesiapa yang bercita cita tinggi nak diet, boleh lah cuba resepi ni. Aku pun nak cuba gak, bila dah selalu laki aku gelak tutup mulut bila tengok aku... nyampah betoi...

BAHAN-BAHAN:

1 1/2 keping tempe
3 keping tauhu
Sedikit keropok
1 batang timun (hiris)
Minyak masak

BAHAN SOS:

15 tangkai cili padi
5 ulas bawang putih
1/2 cawan kacang tanah
1/2 cawan gula
1/2 cawan cuka
1 sudu besar bijan
1 helai daun salad (hiris)
Garam

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Goreng tempe, tauhu dan keropok. Angkat dan asingkan.
  2. Untuk sosnya, kacang tanah digoreng kemudiannya ditumbuk. Kisar cili padi, bawang putih, gula, cuka dan garam. Taburkan bijan.
  3. Potong dan hiris tempe dan tauhu. Kemudian taburkan dengan salad dan kacang tanah.

Tuesday, January 26, 2010

Berita benar

sumber: saba

"Encik Parpu"

"Ya.. hmmm.. duduk"

"Terima kasih..."

"Ada apa yang boleh dibantu"

"Begini encik, sebagai seorang usahawan yang berjaya... encik dilihat sebagai pelopor dalam industri kari parpu ini. Setiap apa yang encik lakukan bakal dilihat besar dan menjadi ikutan. Saya berbesar hati sekiranya encik dapat memberi sedikit sumbangan bakti meringankan beban fakir miskin dinegeri kita ini"

"Beginilah... errr..."

"Saba.. nama saya saba"

"Ya... saba, tahukah anda yang ibu saya telah lama menderita kerana penyakit misteri?

"Errr.. tidak encik"

"Dan tahukah anda, dia memerlukan pelbagai ubat-ubatan yang tak mampu dibayarnya sendiri?"

"Maaf encik... saya tidak tahu"

"Tahukah anda yang abang saya... seorang bekas tentera yang cacat dan buta"

"Maaf encik... saya tidak tahu"

"Dia hanya duduk di kerusi roda... tiada nafkah diberi pada isteri dan anak anaknya?"

"Maaf saya tidak tahu"

"Adakah anda mengetahui yang adik ipar saya meninggal kerana kemalangan?"

"Tidak encik"

"Dia pergi tanpa meninggalkan sedikitpun wang pada adik perempuan saya? Ditambah lagi dengan 3 orang anak yang perlu di besarkan?"

"Tidak.. Saya tidak tahu sama sekali tentang hal itu..."

"Jadi... jika saya langsung tidak memberikan wang pada mereka... mengapa kamu berpikir yang saya akan memberikan wang pada kamu?"

Wednesday, January 20, 2010

Ubi kentang


Ubi kentang kaya dengan potassium, vitamin C yang membekalkan karbohidrat kompleks dan fiber. Ia juga mengandungi vitamin B1, B2 dan B3 serta sedikit kandungan protein dan zat besi.

Kandungan potassium ubi kentang adalah dua kali ganda daripada yang terdapat di dalam pisang dan fiber. Jumlah lemaknya pula di bawah paras 25 peratus, dengan ini dapat menghalang enapan kolesterol di dalam lapisan saluran darah.

Hirisan ubi kentang mentah serta jusnya boleh membantu mengurangkan kesakitan penyakit yang menyerang sendi-sendi dan radang otot. Ubi kentang juga boleh melegakan kesakitan salah urat atau tergeliat, luka-luka kecil dan kebakaran ringan dengan cara menekapkan hirisan kentang di tempat berkenaan selama 15 minit atau lebih. Ubi kentang lecek (tanpa mentega) boleh memutihkan dan melembutkan tangan.

Tuesday, January 19, 2010

Keindahan ciptaan Allah









Nikmatilah keindahan ciptaan Allah.. pencipta "keindahan itu" tentu lebih indah lagi... Maka hayatilah keagungannya..

Monday, January 18, 2010

Video: Woii.. pakai la talipinggang

video
Laki aku baru ja kena, tak pepasal sedekah kat gomen RM40.00...

Thursday, January 14, 2010

Keindahan ciptaan Allah.. buat kita eeeee..



Nikmatilah keindahan ciptaan Allah.. pencipta "keindahan itu" tentu lebih indah lagi... Maka hayatilah keagungannya..

Friday, January 8, 2010

Sebiji epal hijau


Amalan memakan sebiji epal hijau setiap hari sememangnya digalakkan. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana ia bukan sekadar mempunyai pelbagai khasiat malahan ia juga mampu mengurangkan kadar kolesterol dalam badan.

Epal hijau mengandungi zat besi, magnesium, potasium, kalsium, soldium, vitamin C, vitamin A dan vitamin B serta merupakan sumber serat yang mudah larut. Kita digalakkan memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
  • Epal hijau boleh membantu mencegah:
  • Pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
  • Mengurangkan risiko penyakit jantung.
  • Membantu kesihatan membran paru-paru.
  • Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
  • Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
  • Membantu mengekalkan berat badan.
  • Mengurangkan tekanan penyakit asma.
  • Mengurangkan risiko barah.
Bagi mereka yang mempunyai masalah sembelit atau penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan diminum setiap pagi sebelum sarapan. Ia dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.

Epal hijau juga bertindak sebagai penyegar kulit wajah. Potong epal hijau dan rendamkan seketika di dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan di muka, biarkan selama 15 minit. Anda akan dapat rasakan kesegarannya. Jika diamalkan selalu ia boleh melicinkan kulit.

Wednesday, January 6, 2010

Kena buli lagi..

Sedihnya kena buli. Dah la habitat aku hangpa ceroboh habih, aku cari makan pun hangpa kacau... oii.. oii.. bang.. jangan cekik la.. oii.. lekattt ni... ngeeee...


Anggota Pertahanan Awam Kota Setar dari kanan: Mohd Faizol Ab Aziz, 24, Mohd Hafiz Husin, 23, Mohd Shahful Bakri Razak, 33, Amirah Abdullah, 22, dan lain-lain menunjukkan seekor ular sawa batik atau nama sainstifiknya Reticulatus yang menelan seekor kambing seberat 20 kilogram di Wisma Persekutuan, Alor Star Kedah selepas mereka menangkap ular sawa tersebut. - Foto The Star G.C.TAN

Sunday, January 3, 2010

Kenaikan gaji punya hal

What if Management brings it to your notice that due to the current "global economic recession",

"There will be no appraisal for the current year"

The following are the perceived reactions of some departments.

Administration


Customer Care


Marketing



Network


HR


Top Executives


Security


IT



What happen to me @Ita collection?


More sleeping time, customers became less and lesser.. huhu..

Friday, January 1, 2010

Serina dah sah berpunya


Serina dan bakal suaminya, Gavin atau Salahudin Ghafar bersama bapa Serina, Chef Wan dan ibu Serina, Norhayati Ayob. (photo)

Selamat bertunang, selamat pengantin baru, selamat tahun baru... hihi..

Chef Wan bila nak berpasangan pulak.. anak dah lepaih rumah..
Related Posts with Thumbnails