Sahabat adalah perisai diri

Sunday, February 28, 2010

Hidung berdarah

Masalah kerap berlaku ketika cuaca panas akibat alahan atau disebabkan sinus

HIDUNG berdarah adalah masalah yang biasa dan kerap ditemui khususnya ketika cuaca kering seperti yang berlaku sekarang. Bagaimanapun, ia turut berkait rapat dengan sifat hidung itu sendiri yang memiliki banyak salur darah kecil yang menyebabkannya mudah berdarah.

Udara yang keluar masuk dari dan melalui hidung pula berpotensi mengeringkan atau menjejaskan membran dalam hidung yang menyebabkannya berkeruping. Keruping ini boleh berdarah apabila digosok atau ditarik.


Hidung berdarah disebabkan salur darah kecil pecah. Ada dua jenis pendarahan pada hidung, pendarahan di bahagian atas hidung atau bahagian bawah hidung. Kedudukan hidung juga mendedahkannya kepada trauma jika berlaku kecederaan pada wajah.

Walaupun ada kala pendarahan itu sedikit atau hanya komplikasi kecil ada juga kes hidung berdarah sebenarnya simptom kepada masalah kesihatan lain.

Pakar Runding dan Bedah Telinga, Hidung, Tekak dan Berdengkur, Hospital Pantai Ampang, Dr Raymond Tan Suan-Kuo, berkata umumnya, hidung berdarah boleh terjadi secara spontan apabila membran di dalam hidung kering dan terkoyak. Ia biasanya terjadi dalam cuaca kering atau ketika musim sejuk.

“Bagaimanapun, ada juga pendarahan yang disebabkan oleh pengambilan ubat-ubatan seperti aspirin atau ubat anti radang. Dalam keadaan begini trauma kecil pun boleh menyebabkan hidung berdarah,” katanya.

Jelas Dr Raymond, ada kala hidung berdarah disebabkan jangkitan, alahan atau masalah sinus, tekanan darah tinggi, mengorek hidung keterlaluan yang menyebabkan trauma, pengambilan alkohol.

“Hidung berdarah memang sangat biasa walaupun bagi sesetengah orang ia boleh mengancam nyawa. Biasanya, selaput dalam hidung cenderung untuk mengering kerana perubahan cuaca, alahan atau masalah sinus. Kehadiran objek asing dalam laluan nasal juga boleh menyebabkan hidung berdarah,” katanya.

Kerap kali, hidung berdarah terjadi pada tisu yang membahagikan dua bahagian hidung. Terdapat banyak salur darah yang mudah pecah di kawasan itu. Pendarahan jenis ini mudah ditangani. Namun pendarahan di bahagian dalam hidung atau atas septum lebih sukar.

Pendarahan pada hidung yang kerap berlaku mungkin simptom masalah penyakit lain misalnya penyakit genetik dikenali sebagai Sindrom Osler-Weber-Rendu (degenerasi pada sistem salur darah).

Perlu juga diingat, ada kalanya pendarahan hidung itu mungkin simptom barah hidung. Pada akhirnya, jika pendarahan itu berlaku lebih dari sekali, jumpa pakar untuk pemeriksaan dengan endoskopi (kamera berlampu dengan skop nipis).

INFO:

Bagaimana memberhentikan hidung berdarah?

  • Picit bahagian bawah hidung
  • Tekan hingga terasa tulang muka
  • Mendongak dengan kepala menegak.
  • Picit hidung sekurang-kurangnya lima minit. Ulang jika darah masih tidak berhenti
  • Pastikan kepala mendongak jangan berbaring atau menunduk
  • Letak tuala berisi ais kepada hidung dan pipi.


Kenapa perlu dapatkan rawatan pakar
  • Pendarahan tidak berhenti selepas 20 minit
  • Pendarahan hidung terjadi sebaik saja berlaku trauma di kepala
  • Trauma yang mungkin menyebabkan hidung patah.

Gempa bumi


Gempa bumi yang kuat telah melanda Chile petang semalam dimana setakat ini lebih 214 orang terbunuh. Gempa bumi sekuat 8.8 pada skala Richter itu adalah lebih kuat gegarannya berbanding yang dialami Haiti bulan lalu.

Pusat Amaran Tsunami Pasifik mengeluarkan amaran bagi negara-negara di Amerika Latin dan juga kepada Jepun, Rusia, Filipina, Indonesia dan French Polynesia.Tsunami di rantau Asia dan Asia Pasifik dijangka berlaku di antara 12 hingga 15 jam selepas gempa bumi. AP

Friday, February 26, 2010

Mangsanya rakyat dulu

sumber: saba

Patut pun aku tengok mamat ni sibuk berposmen sendiri mykad kerumah rumah mangsa... rupanya ada pasai.

Jadi pada semua rakyat Malaysia, jangan dok nganga lagi. Buatlah persediaan awal. Dan langkah langkah terbaik menjelang mekanisme baru harga minyak yang bakal dilancarkan oleh kerajaan yang mendahului rakyat ini adalah seperti berikut...

Mekanisma subsidi petrol akan diumum pada Mac 2010.
  • Beli petrol pada harga subsidi dengan menggunakan Mykad. Pemilik kenderaan berdaftar hanya dapat subsidi untuk satu kenderaan sahaja.
  • Sistem ini diuruskan oleh Maybank
  • Ujian mekanisma ini akan dijalankan pada hujung Mac atau April
  • Hanya dapat subsidi 200 ke 300 liter sebulan bergantung pada kapasiti enjin
  • Enjin 2000 cc ke atas tiada subsidi
  • Kereta syarikat tiada subsidi
  • Bila subsidi habis digunakan untuk sebulan, pemilik kenderaan beli petrol pada harga tanpa subsidi iaiti RM 2.10 seliter untuk RON95.
  • Harga RON95 bersubsidi mungkin akan naik pada RM 1.90 seliter.
  • Harga RON97 tanpa subsidi mungkin naik pada RM 2.50 seliter.
APA YANG PENGGUNA HARUS LAKUKAN
Cadangan :
  • Jika ada lebih dari satu kenderaan, tukar milik kenderaan pada nama isteri, anak-anak dan lain-lain, supaya setiap kenderaan dapat subsidi.
  • Sesiapa yang beli kereta belum tukar nama urusakan tukar nama segera untuk dapatkan subsidi.
  • Kalau ingin tukar kereta , guna kereta cc rendah atau guna motosikal.
  • Desak majikan atau kerajaan menaikkan tuntutan elaun petrol untuk tugas rasmi, kerana subsidi petrol sebulan 200 ke 300 liter hanya untuk kegunaan peribadi.
  • Pastikan cip Mykad berfungsi.
  • Beri kesedaran kepada sanak saudara, jiran tetangga dan sahabat taulan mengenai mekanisma baru ini agar mereka membuat persediaan awal untuk menghadapi kenaikan harga petrol dan mekanisma baru penjualan petrol.

Tuesday, February 23, 2010

Peliharalah Aib Orang

SEBAGAI orang Islam, kita sepatutnya bersyukur kerana kita dipandu oleh al-Quran dan sunnah dalam menentukan tingkah laku kita dalam menjalani kehidupan ini.

Andaikan kita ini pengembara, pastinya kita bersyukur jika sepanjang perjalanan itu kita dibekalkan dengan kompas sebagai penunjuk arah. Kita sepatutnya lebih bersyukur lagi kerana tidak semua pengemabara dibekalkan dengan penunjuk arah ini.

Berbeza dengan masyarakat Islam, masyarakat lain tiada panduan khusus dan jelas tentang bagaimana mereka seharusnya menjalani hidup ini. Jika ada sekalipun, panduan itu hanyalah untuk aspek hidup yang tertentu dan tidak menyeluruh seperti Islam. Bagi mereka, segala-galanya boleh dilakukan.

Maka, ramai yang berpegang kepada moto jenama Nike, "Just do it". Mereka pun buatlah apa sahaja yang terlintas di hati tanpa mengambil kira kesannya pada diri mahupun orang lain. Orang Islam tidak sepatutnya berpegang pada moto ini. Namun, ramai juga yang dengan bangganya memakai baju-T dengan slogan ini.

Dalam kehidupan seorang muslim, ada yang boleh dan ada yang tidak boleh dilakukan. Jika sikap dan tingkah laku umat Islam sama sahaja dengan orang bukan Islam, maka apalagi yang membezakan kita dengan mereka?

Walaupun seorang muslim itu dibatasi oleh perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh dilakukan, sebenarnya, masih banyak perkara yang dibenarkan dan sedikit sahaja yang dilarang. Satu daripada perkara yang dilarang itu ialah membuka aib diri dan aib orang lain. Membuka aib diri itu mungkin tidak begitu menimbulkan masalah kerana orang yang waras biasanya mengunci rapat keaiban dirinya sendiri.

Namun, apa yang sedang membarah dalam masyarakat kita kini ialah sikap yang suka mengaibkan orang lain. Dalam kata-kata lain, suka mendedahkan keburukan orang lain.

Semua orang ada melakukan kesilapan dalam hidup dan lazimnya kita akan merahsiakan kesilapan itu bagi mengelakkan rasa malu jika ia diketahui umum. Alangkan seorang kanak-kanak pun tahu malu jika silapnya ditegur di khalayak ramai, inikan pula orang dewasa. Maka, biasanya kita akan merahsiakan kesilapan itu agar ia tidak mengaibkan diri kita sendiri.

Namun, bila tiba kepada keaiban orang lain, sikap kita begitu berbeza sekali. Ramai yang suka mendengar atau membaca kisah-kisah keaiban orang, malah, sanggup pula memanjangkan kisah-kisah itu kepada orang lain sedangkan Rasulullah s.a.w pernah bersabda yang bermaksud, "Barangsiapa yang menutup aib saudara Muslimnya, nescaya Allah s.w.t akan menutup keaibannya di akhirat kelak."

Malangnya, ramai orang Islam yang lebih suka mengingkari perintah hadis ini. Mereka sama ada menjadi orang yang mengaibkan orang lain secara lisan mahupun tulisan; menjadi pendengar atau pembaca atau penonton setia kisah-kisah keaiban itu; mahupun, menjadi penyampai atau pemanjang cerita-cerita aib tersebut.

Malah, ada yang mengaut keuntungan dari keaiban orang lain. Kononnya, itulah formula untuk melariskan jualan. Soalnya, formula siapa? Formula Barat atau formula Islam yang kita bangga menjadi umatnya?

Ada juga yang mendakwa bahawa cerita seperti itu yang majoriti pembaca mahukan. Dakwaan ini mungkin benar dan biasanya majoriti akan menang. Namun, tidak semestinya majoriti itu betul. Maka, jika ternyata majoriti cenderung memilih sesuatu yang dilarang oleh agama, apakah kita patut terus menggalakkan mereka?

Dalam Surah al-Hujurat, ayat 11, Allah SWT dengan jelas melarang umat Islam dari menyatakan keaiban orang lain. Dalam ayat yang sama disebut bahawa mereka yang mengingkari larangan ini, ia menjadi fasik, maka hendaklah ia bertaubat. Larangan ini begitu penting sekali dipatuhi sehingga ia diulangi dalam ayat yang berikutnya, "... dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang...". Tidak cukupkah ayat-ayat ini memandu kita ke jalan yang benar?

Dalam pengenalan beliau mengenai Surah al-Hujurat ini, Abdullah Yusuf Ali, dalam terjemahan al-Qurannya menyebut bahawa, surah ini menyentuh tentang adab yang perlu dipatuhi oleh ahli masyarakat Islam. Selain melarang mengaibkan orang, surah ini juga memerintahkan agar: ketua dihormati, khabar angin diselidik, damaikan dua pihak yang berkelahi, manusia lain jangan dicemuh atau diperlekeh, jangan label orang dengan perkataan yang buruk, jauhi prasangka; jangan mencari salah dan keaiban manusia, jangan mengumpat dan berkenal-kenalanlah sesama manusia.

Amat malang sekali bila mana umat Islam yang telah dipandu tentang cara bagaimana untuk hidup bermasyarakat, telah tidak mengambil manfaat dari panduan itu, sebaliknya mengambil sikap yang sama sekali bertentangan dengannya.

Maka, salah siapa kalau masyarakat kita banyak cacat-celanya? Salah siapa kalau masyarakat kita tidak jauh buruk akhlaknya berbanding masyarakat Barat atau Timur yang tiada "kompas" penunjuk jalannya?

Saturday, February 20, 2010

Resepi: Kek Coklat Kukus


Petang petang kalau hidang kek coklat kukus ni kat anak anak, pasti anak anak gembira tak melilau merata. Hidang kat suami, tentu senyum sampai telinga. Bila suami kasih, senang kita nak masuk syurga... hihi...

Sapa kata kalau kita pandai masak tak dak faedah akhirat.. keja apa apa pun kalau Lillahi Taala dah jadi satu ibadat...

Terima kasih la pada suria, kak baru tengok email hang tadi... kalau ada resepi baru, huluq huluq la mai lagi... hihi...

BAHAN-BAHAN:

1 cawan serbuk coklat
1 cawan gula pasir
1 cawan marjerin cair
1 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 1/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikarbonat
3 biji telur (pukul)

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Campur serbuk coklat, gula pasir, susu dan marjerin.
  2. Panaskan di atas api, sampai gula larut (jangan hangus!)
  3. Angkat dan sejukkan.
  4. Sementara itu campur tepung, serbuk penaik dan soda bikarbonat, dan ayak.
  5. Tuang susu manis ke dalam adunan yang disejukkan tadi, gaul rata.
  6. Masukkan pula telur dan gaul rata lagi.
  7. Masukkan seluruh campuran ke dalam tepung, aduk perlahan hingga sebati.
  8. Tuangkan ke dalam acuan dan kukus selama sejam.
Gunakan loyang yang tinggi dan besar kerana adunan akan naik dua kali ganda

Friday, February 12, 2010

Aku kaya, hasil tangkapan lumayan






Ada member email kata kisah di Mukah, Sarawak. Tapi baru dapat kabar, member kata kat Kuala Muda... ish.. mana satu betoi ni..

Tapi memang lumayan la tangkapan kali ni.. errrr.. boleh juai ka?

Tuesday, February 9, 2010

Fenomena aneh?



Aku pun tak tau betoi ka dak, tapi member antaq email tentang fenomena awan aneh muncul di Uruguay...

Segalanya tak mustahil bagi Allah pencipta sekelian alam...

Friday, February 5, 2010

Ingat nak tukar profesion la

Assalamualaikum,
Kiri kanan jiran Kak Ros bela anjing, binatang yang paling Kak Ros alerjik.

Kak Ros ingat nak bela menatang ni pulak la.. tukaq hobi. Dari kak Ros menjahit sepenuh masa, lebih baik Kak Ros layan ular sawa batik ni... hihi... syok gak ni... kena tanya laki kak Ros dulu... cukup ka duit gaji dia nak sara makan minum ular ni...? Bukannya apa, takut penuh la rumah Kak Ros ngan orang kampung yang cari anak hilang nanti...he.he

Syok gak petang petang bawa ronda keliling taman... hihi...
(Betoi ka Kak Ros ni nooo...he.he.tengok ular lidi pun dah histeria dah...)

Tuesday, February 2, 2010

Menguap

sumber: saba

Hodohnya menguap tak tutup mulut.

Menguap ni tak diundang. Kalau sesaja nak buat kelaku menguap ni, nampak tak menarik dan hodoh. Bagaimanapun, sebagai penganut Islam, menguap pun ada tertibnya. Daripada Abu Hurairah r. a. bahawasanya Baginda Rasulullah saw bersabda bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt suka orang yang bersin, dan membenci orang yang menguap. Maka apabila seseorang kamu bersin, lalu dia mengucapkan 'Alhamdulillah', maka adalah hak atas setiap Muslim yang mendengarnya pula mengucapkan 'Yarhamukallah!'.

Kalau ikut Islam, menguap itu adalah daripada syaitan. Maka apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia menahannya sekadar termampu. Sebab sesungguhnya apabila seseorang kamu menguap, syaitan akan mentertawakannya. (Hadith Riwayat Bukhari)

Jangan gelak tengok orang menguap. Sebab gelak kita akan seiring ngan syaitan gelak. Nanti tak tau nak beza mana syaitan dan mana kita.

Daripada Abu Said Al-Khudri r. a., katanya : Telah bersabda Rasulullah s. a. w. yang bermaksud: "Apabila seseorang kamu menguap, hendaklah dia meletakkan tangannya pada mulutnya, kerana sesungguhnya syaitan itu akan masuk (melalui mulut yang terbuka.)" Riwayat Imam Muslim.

Lagipun, menutup mulut tu nampak manis dan bersopan gak.

Daripada Abdullah bin Az-Zubair r. a., katanya: Telah bersabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah swt membenci sesiapa yang mengangkat suara ketika menguap dan bersin." Hadith riwayat Imam Muslim, Ahmad dan At-Tirmidzi

Memang hodoh la dengan menguap campur ngan bunyi bunyian hodoh terbit dari rasa malas yang teramat tuh. Pengajaran daripada maksud hadith, antara adap-adap menguap dan bersin:
  1. Berusaha menahan menguap sekadar termampu terutama ketika solat.
  2. Meletakkan tangan di atas mulut untuk menahan menguap sama ada di dalam atau di luar solat.
  3. Makruh mengeluarkan suara dan mengangkat bunyi ketika menguap atau bersin.
  4. Sunat ketika bersin mengucapkan "Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya pula mengucapkan "Yarhamukallah".
  5. Sunat mengucapkan "Astaghfirullah" selepas menguap.
Related Posts with Thumbnails