Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, March 31, 2010

Din Beramboi

Kak Ros lega jugak terbaca laporan Bernama yang menyebut, pelawak dan penyampai radio popular, Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44 kini berada dalam keadaan stabil selepas dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Selayang semalam.

Lihat saja macamana peranan media dalam membuat laporan. Dan bayangkan jika kekuatan media ini disalah guna. Ini dah salah lapor, habih kalut peminat Din Beramboi. Nasib baik ada anak dia tolong perbetoi info.

"Hari ini keadaan papa dah stabil. Memang semalam dia kritikal, tetapi dia tidak koma seperti yang dilaporkan akhbar. Dia cuma 'ditidurkan' oleh doktor sahaja bagi memudahkan proses rawatan," katanya.

Nil Aina berkata, pihak hospital masih belum dapat mengenalpasti penyakit yang dihidapi bapanya namun dimasukkan ke ICU kerana disyaki menghidap demam denggi berdarah.

Segalanya berserah pada rahmat Allah jua, moga dengan izinnya dapatlah Din Beramboi menceriakan suasana pagi bagi ramai orang.

Tuesday, March 30, 2010

Apa punya penyakit ni

Din dikatakan telah terkena virus rats pee atau virus kencing tikus yang merbahaya semasa penggambaran beberapa hari lalu.

PETALING JAYA: Pelawak dan penyampai radio ERA FM, Din Beramboi dimasukkan ke Hospital Selayang semalam dan keadaannya dilaporkan kritikal.

Bagaimanapun, menurut jurucakap Airtime Management Programme (AMP), pihaknya masih belum dapat mengesahkan punca sebenar penyampai itu dikejarkan ke hospital.

"Kita akan memberitahu pihak media jika ada apa-apa perkembangan mengenai Din.

"Sama-sama kita doakan supaya beliau kembali sihat," katanya kepada mStar Online di sini hari ini.

Sementara itu beberapa rakan DJ turut mengesahkan yang mereka juga menerima berita mengenai keadaan Din Beramboi.

Mereka menyatakan rasa terkejut dan sedih.

DJ Suria FM, Lin melalui Khidmat Pesanan Ringkas (SMS) kepada mStar Online menyatakan bahawa mereka semua berhasrat untuk menziarahi Din Beramboi di hospital esok.

Dalam pada itu, beberapa rakan rapat Din Beramboi yang enggan nama mereka disebut memberitahu, Din telah terkena virus rats pee atau virus kencing tikus yang merbahaya.

Masih tidak diketahui bagaimana Din boleh terkena jangkitan virus tersebut tetapi ada yang mengesyaki dia terkena jangkitan itu ketika membuat pengambaran beberapa hari lalu.

Monday, March 29, 2010

Lelaki bacul

Ada sorang artis ni dah menuntut ilmu ghaib. Kak Ros tak tau kat tok guru mana dia menuntut tapi memang menjadi la ilmu ghaib dia. Memang ghaib terus sebaik saja dilaporkan dia pukul isterinya.

Woi... jangan dok buat tak tau, artis ni lelaki, tentu lah bini dia tu pompuan. Yang jadi suami pada pompuan tu tentulah lelaki. Dan lelaki tu lah artisnya. Ini dah kes suami pukul isteri. Ini dah kes lelaki pukul pompuan. Ini isunya. Lelaki hanya berani pukul pompuan, apa punya bacul. Masa bercinta sayang bukan main, lautan api rela ku renangi. Bila mai dah tak elok, semua habih jadi busuk, tersedak air masak saja dah kata kita dok mengata.

Jika dulu dia menjadi idola peminat serta rebutan pengarah untuk membintangi filem dan drama, kini lain pula jadinya apabila pelakon kacak yang pernah mengecapi kehidupan glamor, Badrul Muhayat Ahmad Jailani, 41, menjadi antara orang paling dikehendaki polis.

Pelakon terbabit dikehendaki polis bagi membantu siasatan empat kes masing-masing dua jenayah ugutan dan dua kes pukul yang dilakukan terhadap isterinya, sekali gus memungkinkan dia bakal ditahan di mana-mana tempat.

Kak Ros dengaq tang kacak tu pun dah nak termuntah, meloya. Nak buat apa muka kacak kalau perangai hodoh. Kak Ros tau la orang pompuan ni nakkan suami yang sayangkan dia saja. Tak kacak macam laki kak Ros pun tak pa, tapi hati penuh taman. Ewaahh... puji laki sendiri nampak... keh... keh... Kak Ros nak minta abang abang Polis tolong jalankan tugas, siasat tengok, tak mau nanti kata fitnah pulak. Jangan dok reka cerita cerita licik ni pi jadi alasan tak dapat tangkap, buat malu kompeni saja... 

Malah, Badrul Muhayat boleh dianggap licik kerana setiap kali polis ke rumah untuk menahannya, pelakon terbabit seolah-olah dapat ‘menghidu’ kehadiran pihak berkuasa itu sebelum menghilangkan diri.

Aksi bangang

video
Tak pernah lagi kak Ros jumpak aksi yang terlebih bangang dari aksi ni... member kak Ros yang antar email, mana dia sapu pun tak tau... layan pi la kan...

Sunday, March 28, 2010

Pompuan, serba tak kena

Kak Ros pun fenin lah dengan orang kita ni. Cuba hangpa tengok, bila pompuan jadi mangsa pada perlakuan lelaki, ada lah yang akan kata pompuan ni lembik dan berserah. Tak dak sifat melawan langsung lah. Tak berkeyakinan diri dalam menjaga keselamatan diri lah. Tak perihatin tentang keselamatan diri lah.

Kak Ros yakin, lepaih tu nanti ada lah profesor kangkung memana nasihatkan orang pompuan jangan jalan sorang sorang lah, kena belajar seni pertahankan diri lah. Kena la kahak sikit dan tau nak elak dari masaalah lah.

Tapi bila ada kaum pompuan yang beraksi sedikit perkasa (kak Ros mintak maaf pak berahim, tumpang guna nama yerk) dah depa gelarkan dia sebagai "awek ganas" pulak. Kak Ros nak tanya hangpa semua, mana satu hangpa mau ni. Sat hangpa suruh lemah lembut, bila dah lemah lembut hangpa mudah tergoda pulak lepaih tu hangpa jadi tak ketahuan. Apa punya haprak kepala hotak.

Kak Ros sarankan siasat dulu pasai apa awek tu bertindak ganas, takkan dia belasah pasai teman lelaki tu tegur saja. Orang pompuan semulajadinya dicipta Tuhan lemah lembut, rasa macam tak percaya pulak ada pompuan ganas macam rimau lapaq tuh. Ka tegur guna tangan. Tangan orang lelaki ni bukan boleh harap sangat, ringan dengan pompuan saja.

Perkasa itu Umno

sumber: Pak Long

Salam semua...

Mak Long hang tak banyak cakap malam ni, terbongkok bongkok punya khusyuk menyiapkan tempahan baju kastemernya. Cucok pisang sejuk petang tadi jadi peneman. Selak berita berita semasa membuatkan Pak Long tersenyum nipis. Macam macam hal, tentunya yang paling menarik ditonton adalah pahlawan pahlawan yang terlebih Melayu dalam mesyuarat agong pertama Perkasa.

Pak Long pun heran dengan orang yang mendakwa terlebih Melayu dari Melayu lain ni. Bangsa lain Pak Long tengok bukan main laju mengejar masa, tapi bangsa kita masih ber"retorik" mencari arah. Apa rasionalnya penubuhan Perkasa ni selain dari berpolitik. Memanglah kuasa politik itu penting demi survival agama dan jugak bangsa. Tapi janganlah diheret bangsa Melayu dengan kegagalan Umno menangani tekanan dari parti perkauman lain dalam BN. Pak Long yakin Perkasa diwujudkan atas nama ejen pendesak Melayu diluar Umno bagi menunjukkan ramai lagi Melayu dalam NGO bernama Perkasa ini. Inilah senjata baru Najib bagi menggertak komponen lain dari naik tocang. Melayu Perkasa itulah Umno dan Umno itulah Perkasa. Pak Long yakin, ini hanya satu lagi wayang Mahathir bersama Najib dengan memperkudakan kelantangan Ibrahim Ali.

Pak Long heran, kenapa kita tak pernah untuk bersatu dibawah satu bumbung dari membuang masa Melayu lain membina lebih banyak bumbung. Jangan salah faham, Pak Long amat meloya dan menentang sekeras kerasnya idea kerajaan perpaduan yang menjadi kegilaan setengah puak dalam PAS tuh. Pak Long amat faham, dan tidak mengharapkan PAS bergabung dengan Umno. Memang tak boleh nak disandingkan diantara Islam didahulukan dengan bangsa diutamakan. Hangpa jangan dok merepek.

Apa yang Pak Long nampak daripada hangpa dok buang masa Melayu lain menggelejat dalam Perkasa tu, lebih baik la hangpa perkuatkan Umno. Apa bezanya perjuangan Perkasa dengan Umno, orang tu jugak. Sebelum Ibrahim Ali cium keris, Hishamuddin terlebih dulu yang cium, malah dijulang megah oleh KJ.

Wassallam...

Saturday, March 27, 2010

Mayat bayi putus tangan

Masyaallah... dunia akhir zaman. Lagi mayat bayi ditemui masih bertali pusat di kawasan timbunan sampah berhampiran sebuah kilang simen di Kampung Melayu Subang hari ini. Mayat bayi lelaki ini ditemui masih bertali pusat. Mayat ini disahkan sebagai bayi kepada manusia, bukan binatang walaupun ibu bapanya berperangai lebih teruk dari binatang.

Mayat bayi yang cukup sifat itu ditemui kira-kira jam 5 petang tadi oleh penduduk dalam bungkusan plastik dengan salah satu tangannya terputus dipercayai digigit anjing.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed, berkata bayi malang itu dipercayai dilahirkan dalam tempoh 24 jam sebelum ditemui berdasarkan keadaanya yang masih bertali pusat. "Bayi lelaki itu dipercayai dibuang di kawasan sekitar kawasan timbunan sampah tersebut sejurus dilahirkan pagi tadi," katanya ketika dihubungi.

Beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penemuan mayat bayi itu supaya menghubungi mana-mana balai polis terdekat atau Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-79662222. - Bernama

Thursday, March 25, 2010

Dadah pemusnah tanpa mengenal status


PELAKON, Azean Irdawaty dan anak perempuan, Elza Irdalynna bersama peguam Amer Hamzah Arshad (kiri) hadir ke Mahkamah Majistet Kuala Lumpur untuk mendengar kes pendakwaan anak lelakinya yang juga pelakon dan pengacara Khaeryll Benjamin atas kesalahan memiliki dadah. - Foto Rosdan Wahid

Inilah bahana najis dadah. Kak Ros tak berani nak kata si Benjy anak Kak Yan ni bersalah atau tidak, biarlah Polis jalankan kerja depa, tapi ini adalah prosedur biasa yang dikenakan pada sesiapa jugak tanpa kira status dia apabila ianya tersangkut dengan najis dadah.

Sapa yang tak kenal Azean Irdawaty ni. Dia artis terkenal dan anaknya Benjy jugak terkenal dalam lakonan dan jugak bidang pengacaraan. Tapi status popular yang dipegang mereka bukanlah alasan untuk mereka dilayan sebagai elit. Kak Yan perlu akur walaupun kita amat paham kesedihan yang kak Yan alami sekarang ni. Ini dah lumrah pada mangsa yang tersangkut dengan najis dadah. Bersalah atau tidak, Polis atau mahkamah yang akan tentukan.

Kak Yan begitu terkejut sekali apabila Benjy anaknya itu telah ditahan semula selepas tak sampai 2 jam dibebaskan Mahkamah dengan ikat jamin sebanyak RM 2.,000.

"Beberapa kali Kak Yan tanya kenapa anak saya ditangkap tetapi tiada seorangpun yang beritahu kenapa. Tidakkah seorangpun anggota polis di situ berfikir bahawa Kak Yan ni adalah ibunya yang sedang sakit. Tak boleh beritahu elok-elok ke," katanya.

Kita amat berharap kak Yan bersabar dan ingat Tuhan banyak banyak, Memang la, betapa berat mata yang memandang, berat lagi bahu yang memikul...

Tersesat lagi kerana disesat manusia

 Sekumpulan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menunjukkan ular sawa yang berjaya ditangkap di Kampung Kolek, Sungai Lembing, Kuantan hari ini. Ular berukuran lebih lapan meter serta berat 100 kilogram itu ditemui penduduk kampung di kawasan paya pada 8.30 malam tadi. Menurut jurucakap JPAM, pihaknya mendapati reptilia itu mengalami kecederaan di bahagian perut dan akan diberi rawatan sebelum diserahkan kepada Zoo Teruntum, Kuantan. - foto BERNAMA

Wednesday, March 24, 2010

Apa Pesyen Pulak Dah Ni....

Assalamualaikum,
Kak Ros rasa pesyen ni.., kalau tak malu la..., sesuai jugak diamalkan kat tempat kita ni he.he...
Sah kes anak2 hilang akan berkurangan.... Sesuai jugak digunakan kaedah yang sama untuk suami yang tak reti duduk diam... he.he.....(boleh ka lagu tu he.he..)













Nak tau maklumat lebih lanjut mai masuk sini..(kat gambar).. berminat nak daftar,ada link kat atas ni...jangan dok risau daftar free ja.....

Tuesday, March 23, 2010

Mau anak vs tak mau anak

sumber: Pak Long

Salam semua...

Pak Long ada sorang saudara terdekat yang sudah berpuluh tahun kahwin, tapi tak dapat anak. Pak Long pun paham, kita kena redha ketentuan rezeki dari Allah ni. Baru baru ni Pak Long saja la singgah rumah dia, kena air secawan dua ngan Mak Long hang. Tengok anak angkat yang dia bela tu, mak aiihh... dah besaq panjang pun. Umur dah 12 tahun.

Pak Long singkap balik kisah dia laki bini dulu dulu ni. Depa berdua dulu hidup ditemani air mata bercampur malu disakat kawan kawan dan saudara sekeliling. Sunyi ni tok sah cakap la, balik balik tengok muka hang aku. Kalau ada anak anak tu, boleh gak tumpang riuh rumah tangga. Bab ikhtiar ni tok sah cakap la, habaq saja kat mana, mesti depa sampai. Tapi nak buat macamana, rezeki dan ajal maut semua tu kat tangan Tuhan.

Pak Long teringat balik kisah sedih saudara Pak Long ni bukannya apa, banyak sangat kisah yang kita baca sekarang ni tentang kisah pembuangan bayi. Merata rata dan hampir setiap minggu ada ceritanya, seolah olah dah menjadi trend pulak bagi muda mudi sekarang ni. Pak Long rasa, pimpinan negara yang ada patut cari penyelesaian jitu terhadap isu paling tidak bertamadun ini. Lebih baik la dari depa pakat dok cari silap hang aku dan buat lawak dalam parlimen.

Jangan cuba nak lari dari masaalah dengan menuding jari tak tentu arah. Kalau anak anak dirumah yang buat silap, orang akan tanya anak sapa. Sekiranya rakyat yang runtuh akhlak, orang juga akan tanya rakyat berkelaku hodoh tu timbui masa pemerintahan sapa...

Ketentuan Allah jua, yang mau anak, punya susah nak dapat anak. Yang tak mau anak, sentuh bahu saja dah beranak. Masyaallah... wassallam...

Saturday, March 20, 2010

Spesis purba

 
AWAK-AWAK cuba menaikkan yu paus spesies purba atau nama sainstifiknya Rhinodon-typicus seberat lebih dua tan menggunakan kren bot di Pangkalan Jeti 98, Tok Bali, Kelantan, selepas nelayan laut dalam terbabit menemuinya di perairan pada kedudukan 21 nautika dari Kuala Tok Bali. Bangaimanapun, usaha itu tidak berjaya kerana kren berkenaan hanya mampu mengangkat beban sehingga dua tan. (klik untuk berita lanjut) - Foto Ramli Hussin

Friday, March 19, 2010

Bapa dera anak kerana anak nak pakai tudung

Aku mengeliat sepuas puasnya. Nasib baik takder siapa nampak cara aku mengeliat. Mahu jatuh saham aku huhu.

Tiba tiba aku teringat kisah semalam. Airmata terus berlinang. Terasa amat sayu dan sedih. Salah ke kalau aku nak pakai tudung? Naper abah tak benarkan? Buat pengetahuan korang, bapak aku ni jenis orang yang sibuk giler. Businessman yang sentiasa sibuk. Mak aku dah takder. Meninggal dunia lama dah. Sedih sangat sangat.

Dari jendela, kelihatan cahaya matahari mula menjeluskan diri ke celah celah langsir tingkap. Jam dah 11:00 pagi. Perut lapar.

Aku bangun capai tuala, masuk bilek mandi.

Lepas mandi, aku belek belek tubuhku pada cermin. Alangkah lebih cantik kalau aku bertudung. Aku nekad! Aku akan protes habis habisan kalau bapa aku tak nak juga bagi pakai tudung. Aku sanggup lari dari rumah. Demi kebaikan yang aku pilih. Lantak la dengan ahli keluarga aku yang lain lain. Semuanya tak nak pakai tudung! Tapi aku nak!!!!

Aku turun ke bawah. Baru jea nak buka tudung saji atas meja, terdengar bunyi kereta masuk garaj. Aku jenguk melalui tingkap dan nampak bapa aku balik. Aikkkk, apahal bapa balik awal ni???

Dalam masa yang sama, aku rasa inilah masa yang terbaik untuk desak bapa aku benarkan aku pakai tudung. Now or never!

Bila bapa aku buka jea pintu, aku bersalam dengannya dan tanpa lengahkan masa, aku kata, ""Daddy, cheq nak pakai tudung. Cheq nak!"

Bapak aku terus jegil sebesar besarnya. Macam ada api keluar! Pangggggggggggggggg ggg. Bapa aku hayun penampar ke muka aku! Tersepok aku di celah set sofa.

"Aduhhhhhhhhhhhhhhh hhhh....sampai hati daddy! Cheq tau la daddy rasa malu kalau cheq pakai tudung. Salah ke kalau cheq nak tutup aurat cheq? Kalau adik dan abg tak nak...."

Pangggggggggggggggg gggg....! A
bah
  labuh pelempang ke muka aku sekali lagi sebelum aku abis bercakap.

"Hang jangan nak bagi aku malu naaaa! Hang jangan nak buat pasai! Hang nak pakai tudung buat apa??? Dah 100 kali aku habaq, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG, LELAKI TAK PAYAH PAKAI TUDUNG!!! Tu la, bila time kelas agama, hang ponteng! Nama hang aku boh "Razali", tup tup lekat jadi ZAZA sahaja! Memang la dalam rumah ni semuanya tak bertudung sebab adik hang tu lelaki! Abang hang pun lelaki jugak!".

Aku yang tersepuk celah sofa, terus menangis terkedu kedu. Dah la sakit kena tampar, kena pelempang. Tudung pun tak dapat jugak.

SALAH KAH AKU? SALAH KAH AKUUUUUUUU! OOOOO tidakkkkkkkkkkkkk


*************************************
Terima kasih bebanyak pada Kak Ani yang gatai tangan hantar sketsa sedih ni... huhu...

Thursday, March 18, 2010

Baca sebelum tidur

CARA TIDUR YANG BETUL

CARA TIDUR YANG SEBAIK-BAIKNYA DIAMALKAN OLEH RASULULLAH
  1. Tidurlah di awal malam sesudah menunaikan sembahyang Isyak jam 10.00 atau 11.00 dengan keadaan berwuduk.
  2. Bangkitlah di awal separuh kedua malam jam 1.00 atau 2.00, kemudian bersugi, berwuduk dan bersembahyang tahajjud.
  3. Kemudian tidurlah semula dan bangkitlah sebelum terbit fajar.
  4. Tidurlah dengan mengiringkan badan di sebelah rusuk kanan, rusuk kiri di bahagian atas, supaya tetap kedudukan makanan di dalam usus, cepat hadam makanan. Tidurlah sedemikian dari mula hingga akhirnya.
WAKTU-WAKTU YANG TIDAK DIBENARKAN TIDUR
  1. Awal-awal pagi setelah terbit matahari.
  2. Selepas masuk waktu Asar.
  3. Tidur di bawah cahaya matahari walaupun terkena separuh dari badan.
BAHAYA TIDUR DI SIANG HARI

Dilarang tidur di siang hari di dalam keadaan cuaca yang panas kerana:
  1. Mendatangkan penyakit-penyakit kulit.
  2. Merosakkan warna kulit.
  3. Melemahkan jantung.
  4. Menambahkan tekanan perasaan yang meluap.
  5. Melemahkan badan dan mengurangkan tenaga syahwat.
  6. Melemahkan kecerdasaan akal.
CARA MENGHINDARKAN LESU SELEPAS BANGKIT DARI TIDUR
  1. Bersihkan tubuh, terutamanya bahagian muka, tangan dan kaki sebelum masuk tidur.
  2. Hindarkan dari tidur lewat malam.
  3. Lakukan gerak badan dan senaman di atas katil setelah jaga dari tidur sebelum turun dari katil.
  4. Minumlah segelas air masak setiap pagi sebelum bersarapan tetapi jangan selepas saja bangun dari tidur.
  5. Cucilah muka terutama bahagian kelopak mata dengan air suam.
  6. Ambil wuduk dan bersembahyang Subuh.
PERKARA-PERKARA YANG BOLEH MELEMAHKAN TENAGA DAN MEMPERCEPATKAN TUA
  1. Terlalu banyak bercita-cita atau berangan-angan.
  2. Banyak minum air di waktu pagi.
  3. Banyak memakan atau meminum yang seba masam

Wednesday, March 17, 2010

Jom pi Jepun

Kak Ros cukup suka tengok pemandangan dalam laut, tak tau la pasai apa. Mungkin disebabkan keluarga kak Ros dulu dulu ni asalnya orang laut kot.... anyway, jom kita layan pemnandangan dalam sebuah akuarium yang terdapat di Jepun, tang mana jangan tanya la ni, nanti kak Ros nak pi survey tengok dulu, okey... bye...

Sunday, March 14, 2010

Hati kak Ros pun luluh sama

AZEAN bersama  Benjy yang dilaporkan  ditahan reman  kerana disyaki  mengedar  dadah, Khamis lalu. Gambar fail dirakam tahun lalu.
Memang kak Ros tak la terperanjat sangat bila ada artis terpalit dengan najis dadah ni. Apa nak herankan, memang dah resam dan itu jalan yang dipilih. Bukan tak dak artis yang bersih, tapi tak ramai. Yang belambaknya mereka mereka ni terpaksa pekena dua atau tiga dos menatang tu baru boleh tebalkan muka berada dipentas ramai. Disitulah punca najis dadah amat sinonim dengan artis ni.

Nak kata lebih pun tak berani gak, kak Ros pun ada anak. Tapi kak Ros pesan kat anak anak kak Ros la, tak payah popular secara artis lah kalau dah tak tahan dengan pancaroba kehidupan artis ni. Buat apa popular sampai hilang kaler.

Jiwa keibuan kak Ros pun luluh, sama luluhnya seniwati Azean Irdawaty ni. Kak Ros dapat merasa apa yang dirasanya. Tapi tentu berat lagi bahu yang memikul. Kita setakat tumpang luluhnya dengan memandang. Azean patut gelabah, sedih teramat dan hilang punca bila anaknya Benjy dilaporkan ditahan reman kerana disyaki mengedar dadah, Khamis lalu. Apatah lagi, Azean masih dihalang menemui anaknya, Khaeryll Benjamin Ibrahim, 31, yang masih ditahan reman di Balai Polis Bukit Jalil. Apa lagi yang dapat kak Azean katakan selain berdoa memohon ketenangan dari Allah. Pastinya kasih ibu langsung tidak berkurangan walau apa pun terjadi.

Inilah putaran kehidupan yang diatur Tuhan. Sekejap kita diatas, tak mustahil esok lusa kita dibawah. Inilah jugak yang kak Ros pesan kat anak anak kak Ros. Apa juga yang kita lakukan, perlu diingat kita membawa bersama dua panji panji. Satu panji panji agama yang kita junjung diatas kepala kita. Satu lagi panji panji maruah keluarga dan bangsa yang kita tanggung dibahu kita. Setiap apa yang kita buat, ia akan meninggalkan kesan yang maha besar keatas kesucian panji panji tersebut.

Sekirannya kita terpalit dengan sedikit kekotoran saja, panji panji tersebut akan secara tak langsung terheret sama dipalit persepsi. Wallahuaklam...

Saturday, March 13, 2010

Binatang jenih apa ni

Kak Ros tak reti nak maki orang, dah diajar dari kecik tak boleh maki orang. Tapi kak Ros tak tahan hati tengok cerita remaja kaum hawa berusia 15 tahun dirogol bergilir gilir oleh 9 lelaki bernafsu binatang.

Ya Allah, apa nak jadi ngan negara tercinta ni. Mana letak iman korang ha. Kak Ros tak akan salahkan kerajaan sekiranya segala kemudahan disediakan dalam mengukuhkan iman rakyat jelata diutamakan. Kak Ros tak akan salahkan pihak berkuasa negeri sekiranya majlis majlis agama merangkumi semua rakyat segenap ceruk rantau dilaksanakan sepenuhnya. Kak Ros juga takkan salahkan masyarakat sekiranya setiap orang dari kita mainkan peranan sebagai pembimbing pada pembimbing yang lain dan pemerhati pada pemerhati yang lain. Kak Ros juga takkan salahkan mak bapak bebudak perangai binatang tu sekiranya setiap tingkah laku mereka dibimbing oleh kata dua agama.

Tapi... hadoiiihhh... benarkah memasing sudah menjalankan tanggungjawab masing masing menghindar dari perkara mengaibkan agama dan negara ini terjadi? dah habih ikhtiar kah kita? Atau kita masih teraba raba dan meletakkan kemegahan dan materialistik terjunjung dikepala.

Ya Allah, berilah petunjuk dan hidayah mu pada hamba yang kian lupa pada kebesaran mu Ya Allah... amin...

Artis ni ahli Umno kot

sumber: shalehudin

Inilah rupa dan gayanya kebebasan bersuara yang dilaungkan oleh bangsa Umno. Dalam tajuk besar, Artis edar dadah BH versi digital, langsung tak sebut nama artis tu sapa, anak sapa dan dok mana.



Tapi kalau kena kat Pakatan, siap ngan gambar, IC dan jawatan. Bukan takat tu saja, alamat pun depa tarok dengan harapan keluarga mereka akan jadi caca marba. Salah belum tentu, tapi akhbar penjilat bangsa Umno dah hukum. Belambak dah contoh.

Inilah kebebasan bersuara ala bangsa Umno. Ikut suka mak bapak depa rakyat Malaysia jenih macam mana dan nak bubuh bawah stendet yang mana. Sebab kebebasan suara depa ada dabel stendet. Artis ni pun ahli Umno gak kot.... hihi....

Thursday, March 11, 2010

Jemaah hilang akal

Hadoiihh.... lepaih satu, timbui satu lagi kes pelik yang cuba membangangkan orang ramai.

Isu jemaah yang bernafsu pelik dan bertindak secara hilang akal kian menjadi jadi dewasa ini. Kes yang kak Ros maksudkan ialah kes mengahwini bebudak pompuan yang masih dibawah umur dengan bersuamikan secara paksa yang jauh lebih tua dari mereka ini.

Kak Ros bukan menentang perkahwinan dari segi syaraknya yang mungkin dibolehkan. Tapi dari segi hak kaum wanita yang tak ingin melihat kaum sejenis diperdagangkan bagai barangan dagangan murahan. Bagai tanpa harga diri sedangkan kaum Hawa diletak ditempat terpuji disisi Islam.

Bayangkan apa sangat seorang budak perempuan berusia 10 tahun boleh buat selain dari tangis sedih dan sayu pada ibunya selepas dinikahkan secara paksa oleh bapa kandung dengan rakan jemaahnya berusia 30-an.

Tanpa mengira atas sebab dan alasan apa sekalipun, hak kaum Hawa tidak boleh diketepikan begitu saja. Ini yang kak Ros herankan sangat sangat ni. Tidak ada lagikah kasih sayang seorang bapa terhadap anaknya. Lihat saja betapa terdesaknya nafsu si bapa yang ingin memenuhi hajat keIslaman jemaah sehinggakan upacara ‘nikah koboi’ itu terpaksa diadakan dengan segera dalam sebuah kereta. Bapa kanak-kanak sendiri yang bertindak sebagai jurunikah dan wali sambil disaksikan seorang saksi tanpa kehadiran pengantin perempuan.

Murah sungguh nilai Hawa dimata jemaah hilang akal ini.

“Dia mengulangi perkataan itu berulang kali sambil menambah ‘baba kahwinkan saya dengan kawannya’ menyebabkan saya tertanya-tanya maksud di sebalik ayat terbabit,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Beta, Pohon Buluh di sini, semalam.

Difahamkan, lelaki terbabit menikahkan anak perempuannya itu selepas dijanjikan ganjaran pahala oleh rakan jemaahnya selain ditaburkan janji manis kononnya ia mengikut sunnah Nabi dan pahalanya berlipat ganda.

Apa hal pulak ni


Tiga kanak-kanak telah cedera parah apabila seorang lelaki yang bersenjatakan tukul menyerbu masuk ke sebuah tadika di mana mereka sedang belajar.

Masyaallah... bersenjatakan tukul pulak tu. Kak Ros dengaq pun dah kecut perut. Penyerang yang dikatakan kurang siuman itu telah mengamuk lalu menghentak mereka di kepala. Kejadian berlaku di Tadika Sinario, Lorong Haji Ali, Muar. Yang cedera termasuk seorang perempuan - kesemuanya berusia enam tahun. Setakat ni suspek masih diburu polis.

Macam macam dunia la ni. Kak Ros pun tak leh nak bayangkan motif dia bertindak bangang sampai camtu. Budak budak tu tau apa.

Sebagai mak bapak yang anaknya dihantar ke tadika tadika seluruh Malaysia, mereka tentunya mula rasa bimbang. Sudah tentu kebanyakan tadika kita mana ada pak guard yang tolong jaga. Tambahan perbelanjaan bagi tadika tadika nak siapkan pak guard pulak pastinya akan ditanggung oleh mak bapak yang bukannya semua orang senang.

Memang isu keselamatan di tadika tadika agak kurang diberi perhatian. Paling lebih, setiap tadika kak Ros tengok adalah pagar yang mungkin sentiasa ditutup. Apakah perlu kita letakkan pula syarat kena ada pak guard disetiap tadika. Pengusaha tadika kena ambik inisiatif ni. Tapi perbelanjaan yang lebih ini perlu diperincikan pada ibu bapa yang mungkin ditanggung secara "win win situation".

Kalau nak harap dalam keadaan sekarang ni, ada la kot 3 ke 4 orang cikgu yang majoritinya pompuan. Macam kak Ros jugak la, harap menjerit je lebih, lawan haram tak tau. Takkan nak harap bebudak tadika ngan cikgu pompuan yang ada ni lawan kot...

Sedih la pulak


Kak Ros tumpang sedih ni. Apa taknya, murid dah di tahun empat pun maut disebabkan lintah masuk dubur.

Siti Nazirah Abd Kadir (gambar) meninggal dunia pagi semalam akibat mengalami pendarahan dalaman selepas duburnya dipercayai dimasuki lintah ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dekat Gemang, Jeli di sini.

Lintah tu bukan besaq pun, tapi jenih penghisap darah. Nak buat camana memang tu kerja dia yang Tuhan amanahkan. Kak Ros dok pesan kat anak anak pasai ni la. Takut benda benda macam ni terjadi. Memang ajal maut, jodoh pertemuan ditangan Tuhan, tapi kita kena la jugak berwaspada, berjaga jaga. Jangan terus buang ikhtiar kata orang tu. Pesan lebih lebih sikit kat anak anak pun tak pa.

Wednesday, March 10, 2010

Kisah seorang politikus

sumber: saba

Ketika makan tengahari bersama, dua politikus parti bangsa bangsa ini begitu mesra berbual bual mengenai kejaguhan mereka mengawal tingkah laku isteri memasing.

"Mat, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?"

"Ya betul..."

"Wow.. mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?"

"Akhirnya dia berlutut di depan aku..."

"Wuahhhh hebat sekali kau... kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?"

"Isteri aku berteriak dengan kerasnya, "Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!"

"@#$!%^&%"

Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia

Syeikh Al-Azhar, Syeikh Mohamed Sayed Tantawi meninggal dunia semasa melakukan lawatan ke Arab Saudi hari ini.Tantawi, 82, meninggal dunia di Riyadh - ibu negara Arab Saudi - selepas mengalami serangan sakit jantung, lapor agensi berita Al-Jazeera.

Jenazahnya dilaporkan dibawa pulang ke Kaherah, Mesir hari ini juga.

Tantawi banyak memberi sumbangan kepada dunia intelektual Islam dengan menghasilkan buku-buku agama, termasuk 15 jilid kitab tafsir al-Quran.Tantawi dilahirkan pada tahun 1928. Beliau dilantik menjadi Sheikh Al-Azhar sejak 1996 di Universiti Al-Azhar - pusat pengajian sunah yang tersohor di dunia Islam.

Kematian ulama yang disegani itu sudah pasti meninggalkan kesan yang cukup mendalam kepada masyarakat Islam dan antarabangsa. Malaysiakini

Tuesday, March 9, 2010

Agak agak la


Kak Ros nak ambik kesempatan ni nak ucapkan tahniah la kat Umie Aida. Pertama tamanya kerana berjaya jugak menamatkan teka teki tentang pernikahannya diwaktu berusia 37 tahun. Lepas tu, majlis pernikahannya pulak nak diadakan pada 14 Mac ini di Tanah Suci Mekah.

Alhamdulillah, dalam usia 37 tahun kak Ros tengok gebu setanding dengan namanya yang gah tu. Kak Ros tak jeles pun, tapi agak agak la... jangan dipakai pulak baju ni masa akad nikah kat Mekah nanti...

Monday, March 8, 2010

Manusia pengotor










Email lama mengandungi gambar gambar yang membuktikan betapa manusialah perosak sebenar eko sistem dunia... ish... ish...

Friday, March 5, 2010

Resepi: Nasi Tembikai


Saja je jalan jalan cari makan sekitar saji online ni, terpandang pulak resepi yang akak tak pernah dengaq ni. Sekali sekala tukar selera ok gak. Apa salahnya kalau kita mencuba.

BAHAN-BAHAN:

4 cawan beras basmathi
4 cawan air tembikai
1 batang kulit kayu manis
6 ulas bawang merah (hiris)
3 ulas bawang putih (hiris)
4 cm halia (hiris)
4 sudu besar mentega
1/2 cawan susu cair
Garam

CARA MENYEDIAKAN:
  1. Panaskan mentega dan tumis bawang, halia dan kulit kayu manis.
  2. Setelah naik bau dan kuning, tuangkan air tembikai dan susu cair.
  3. Bubuhkan sedikit garam dan tuangkan beras. Tanak seperti biasa.

Thursday, March 4, 2010

Cikgu "aligator"


Addoiii... sakitnya... tengok budak ni macam muka adik aku yang bongsu tu, itu duluuuu... kalau la ni hangpa cakar, memang nak cari nahas lah.. hihi...

Terbaca harian metro dan tengok pulak gambaq ni, fuhhh... dah terasa pedih sampai ke ulu hati. Awat cenge sangat cikgu ni. Tak dak dah ka budi bicara lain. Kalau ya pun hang berkelahi dengan laki hang dirumah, jangan sampai cakar budak yang baru masuk tahun satu nih.

Sebagai ibu, aku pun tau keja hang tensen gila disekolah, tambah tambah lagi jaga bebudak tahun satu. Tapi kami dirumah sebagai ibu lagi la tensen, dah la berbesen baju nak kena cuci, masak lagi dan nak mengemas lagi. Kalau macam aku ni nak menjahit lagi, lagi la tensen bilamana anak anak jadi takut nak pi sekolah. Bila tanya pasai apa tak mau pi sekolah, depa nanti kata takut dicakar "aligator"... tak ka haru camtu... hangpa baca sendiri la kisahnya disini... ish... ish...

KANGAR: “Anak bongsu saya pernah demam selepas didenda ketuk ketampi guru berkenaan tetapi saya berdiam diri. Kali ini, saya betul-betul kecewa apabila melihat pipinya berdarah dipercayai dicakar guru yang sama.

“Malangnya guru berkenaan sanggup bertegang urat dengan saya dengan menafikan melakukan perbuatan itu dan mendakwa luka di pipi disebabkan terkena kotak pensel,” kata Zakaria Kasa, 39, bapa kepada Zaidi Putra, murid Tahun Satu sebuah sekolah rendah di Sanglang, semalam.

Beliau berkata, dalam kejadian jam 8.40 pagi Selasa minggu lalu, Zaidi, 7, luka di pipi kanan selepas terkena kuku guru wanita berusia awal 50-an didakwa bertindak mencakar muka anaknya. Katanya, guru yang mengajar subjek Bahasa Inggeris itu dikatakan bertindak demikian selepas berang apabila Zaidi gagal menyiapkan kerja sekolah, namun guru berkenaan menafikan melakukan perbuatannya itu dan guru besar menghubunginya semalam meminta maaf.

“Zaidi menangis ketakutan dan enggan menyatakan punca luka di bawah matanya ketika dia ke sekolah selepas kejadian.

“Pada jam 2 petang hari sama, saya ke sekolah sekali lagi menghantar makanan dan Zaidi masih menangis memaklumkan luka di atas pipi disebabkan terkena kuku guru berkenaan.

“Guru itu sebaliknya menyalahkan anak saya yang dikatakan nakal dan mendakwa luka terbabit akibat terkena kotak pensel jenis kain milik Zaidi,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Sungai Belati, Simpang Empat.

Zakaria membawa keluar Zaidi walaupun belum selesai sesi sekolah tambahan untuk mendapatkan rawatan di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) dan bertindak membuat laporan di Balai Polis Simpang Empat, jam 4 petang pada hari kejadian.

Dia turut memaklumkan perbuatan guru berkenaan kepada Pengarah Pelajaran Perlis, Mansor Lat, tetapi jabatan berkenaan enggan mengulas lanjut kerana kes itu menjadi kes polis.

Tinjauan Harian Metro semalam mendapati kesan luka di pipi Zaidi jelas kelihatan walaupun sudah seminggu. Zakaria seorang petani dan baru menduduki rumah percuma ‘Mesra Rakyat’ pemberian kerajaan.

Beliau mempunyai seorang lagi anak, Nuralia Natasha, 10, yang belajar di sekolah sama dan tidak hadir ke sekolah sejak seminggu lalu.

Malah, pihak pentadbiran sekolah tidak pernah menghubungi keluarga itu bagi menanyakan sesuatu mengenai kes terbabit serta perkembangan kedua-dua pelajarnya yang tidak bersekolah.

Zakaria berkata, selepas kecewa dengan sikap guru dan kurang perhatian pihak sekolah, beliau mengambil keputusan menukarkan kedua-dua anaknya ke sekolah lain dan mengambil surat berhenti sekolah semalam.

“Guru besar sekolah menghubungi saya semalam untuk memohon maaf ke atas kejadian menimpa Zaidi dan saya tidak berpuas hati kerana permohonan maaf bukannya daripada mulut guru terbabit,” katanya.

Beliau berkata, dia berdiam diri apabila Zaidi demam selepas dikenakan denda ketuk ketampi oleh guru sama baru-baru ini dan paling menyedihkan guru berkenaan pernah menulis `anak kamu malas’ dalam buku kerja sekolah anaknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kangar, Superintendan Abdul Rahman Mohd Noordin, mengesahkan polis menerima aduan daripada Zakaria dan siasatan dilakukan.

Tuesday, March 2, 2010

Pasai ikan pulak dah


PEMBORONG ikan daripada Persatuan Pemborong dan Penjual Ikan Kelantan mengadakan protes secara aman penggunaan kotak berinsulasi di Pasar Borong, Jalan Pintu Pong, Kota Bharu, semalam.

Naik seram aku baca kisah ikan nak naik harga ni.
Maklum la dengan anak yang kian membesar ni, kenaikan harga ikan walau pun sikit, teruk la jugak. Di campur lagi dengan harga barangan lain yang turut naik sama saban tahun. Keluarga yang hanya suami bekerja sorang macam aku ni, tau dah la macam mana rasanya. Perit ya rabbbi...

Aku tak pandai bab bab politik ni walaupun ada gak dok baca sana sini. Tapi aku rasa, menteri "ikan" ni dah silap kira bicara la. Kalau terhukum dalam pilihanraya nanti, jangan salahkan surirumah macam aku ni.

Tak kukuh langsung alasan hang berkenaan "ikan segar" untuk rakyat dengan penguatkuasaan tong berinsulasi terhadap pemborong ni. Dia ni jenih tak besa pi market kut. Setakat pi melawat, dipagari pegawai dan jalan ginjat ginjat dalam market, tak payah laa... buat menyemak market boleh la...

Ikan segar untuk rakyat sihat, tapi hospital pakat dok kalut pi swasta habih. Farmasi pun bukan murah dah.

Monday, March 1, 2010

Kes Syafia Humairah

Tamparan hebat kepada kerajaan

Harakahdaily
KUALA LUMPUR, 1 Mac: Kesal dan dukacita dengan insiden melibatkan Syafia Humairah Sahari, Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata, PAS menganggap ianya satu tamparan hebat kepada kerajaan, rakyat dan keseluruhan sistem masyarakat di negara ini.

Sehubungan itu, katanya PAS mahu pihak polis melakukan siasatan segera berhubung kes kematian seorang kanak-kanak berusia tiga tahun,Syafia Humairah Sahari sehingga membawa kepada kematiannya, Khamis lalu.

"PAS yakin, majoriti rakyat di negara ini berasa marah dan mahu pembunuhnya dihukum mati. Dalam Islam, hukuman bagi kes sebegini adalah dipancung di khalayak ramai sebagai pengajaran kepada rakyat keseluruhannya.

"PAS berharap agar pihak polis mempercepatkan siasatan kes ini," katanya dalam satu kenyataan kepada Harakahdaily.

PAS turut menyeru kerajaan agar menyemak semula modul sistem masyarakat dan keluarga yang dikendalikan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat agar selari dengan kehendak Allah.

Usaha murni membina masyarakat tegas Idris, bukan hanya bergantung kepada satu kementerian itu sahaja, tetapi ianya melibatkan semua organisasi Kerajaan yang secara langsung turut memberikan input kepada pembinaan sistem masyarakat di negara ini.

Menurut beliau juga, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan harus membantu dalam memberikan input-input positif dalam masyarakat, bukan hanya program hiburan kepada masyarakat.

"Kajian terhadap kehidupan dan cara fikir rakyat perlu dibuat secara kerap dan tidak hanya bergantung pada kempen-kempen budi bahasa yang menghabiskan duit rakyat dengan pelancaran program dan konsert," katanya.

Kes Syafia ini juga ujarnya, menuntut rakyat untuk kembali kepada cara hidup Islam dan menjadikan keluarga sebagai nadi kekuatan bagi setiap anggotanya.

"Institusi keluarga yang hancur seperti yang dilalui oleh Syafia adalah contoh realiti yang berlaku dalam masyarakat. PAS yakin bahawa ramai lagi anak-anak malang yang hidup dalam suasana seperti Syafia dan perlukan perhatian masyarakat," katanya lagi.

Justeru, PAS berharap agar rakyat dan Kerajaan keluruhannya bekerjasama bagi memulihkan sistem masyarakat yang kian terdedah kepada keganasan ini.

"Tidak guna jika negara ini maju dan menjadi 'global player' tetapi dalam masa yang sama kita hilang identiti sosial untuk diwariskan pada generasi akan datang. PAS yakin, hanya Islam yang mampu berikan kesejahteraan dan perlindungan bagi setiap insan,” katanya.

Syafia, dari Kampung Batu 30, Ulu Yam Lama, Batang Kali, dilaporkan meninggal dunia Khamis lalu apabila seorang lelaki yang menjadi kenalan ibunya mendakwa kanak-kanak itu terjatuh dari motosikal dan meninggal dunia.

Lelaki itu membawa kanak-kanak tersebut ke Hospital Kuala Kubu Baharu tetapi pihak hospital yang mengesyaki sesuatu yang tidak kena telah membuat laporan polis dan suspek kemudiannya ditahan pada jam 3 pagi selepas berjaya dijejaki polis.
Related Posts with Thumbnails