Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, April 27, 2010

Lawak hilang runsing

Kak Ros bizi sikit campur runsing. Entah lah kak Ros dok konfius ni, anak kak Ros yang tak boleh renggang dengan akak atau kak Ros sendiri yang rindu tak boleh dok jauh ngan dia. Maklum la kan, tak pernah berpisah ngan anak dara kak Ros ni dari kecik.

Sejak minggu lepas setelah dah konfom nak antar anak dara kak Ros ke kolej tu, kak Ros punyalah bizi prepare barang barang dia. Ngalahkan orang nak naik haji la pulak. Minggu ni selepas dah antar hari Isnin lalu, kak Ros kena prepare lagi kain baju tambah ngan sikit sebanyak barang barang letrik serta keperluan lainnya.

Letih campur runsing, takut dia tak boleh sesuaikan diri dengan persekitaran dan kengkawan baru. Atau kak Ros yang runsing tak berlagu. Anyway, kak Ros perturunkan satu lawak dari Fidah... tekiu la, boleh kendurkan sikit ketegangan diri kak Ros nih... huhu...

Abang vs Ayang

Surat ayang untuk abang...

Dear abang,
Ayang nak mintak kebenaran abang untuk bawa anak-anak balik ke kampung. abang tak perlu hantar ayang sebab ayang mampu untuk bawa anak-anak ke kampung musim cuti sekolah ni dengan bas.. abang jagalah diri abang dan kereta abang baik-baik...

Cuma ada perkara yang ingin ayang luahkan disini... kereta baru abang tu mahal.. harga mencecah 100k barangkali.. sebab tu abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang... sampaikan abang dah terlena dalam kereta abang tu sejak abang beli 3 bulan yang lalu dah masuk 3 malam... abang sayangkan kereta abang lebih dari ayang, nak tau ngape?

Harga kereta abang tu lebih mahal dari wang hantaran yang ayah ayang letakkan masa kita kahwin dulu.. cuba hantaran ayang lebih mahal dari harga kereta abang?

Tiap-tiap pagi abang mesti gosok kereta abang, nak nampak berkilat..tapi ayang nak dapat kiss g.morning pun susah Sejak beli kereta tu, sebulan sekali macam-macam aksesori abang beli kat kereta, ayang nak dapat hadiah besday setahun sekali pun susah.. Kereta sebulan sekali abang servis, abang kata kena jaga maintainance. ..ayang nak dapat pi salon setahun sekali pun susah...

Kereta abang make up lawa-lawa.. tapi kalau ayang Make up lawa-lawa abang kata ayang tak sedar diri kereta abang bagi makan minyak mahal-mahal cecah 100 setin pun ada, ayang nak makan pizza sekeping jer masa mengidam anak kedua kita abang kata ayang mengada-ngada.

Kereta abang kalau anak-anak sentuh sikit bodyna Abang marah anak macam nak makan, ayang jatuh longkang Besar boleh abang gelak

Paling menyedihkan. .. ayang tanya ngape tidur dalam kereta? abang jawab takut orang curi kereta abang.. kalau ayang kena curi??

Ayang nak balik kampung dulu.. anak-anak nak jumpa Atuk dengan nenek depa.. tak nak naik kereta abang takut calar.. ayang calar takpe.. jaga diri elok-elok, sarapan ayang dah sediakan. ayang pi tak lama sekolah bukak ayang balik lah dengan anak-anak.. pesanan ayang..

ABG SURUHLAH KERETA ABG TU MASAKKAN MAKAN KESUKAAN ABG
ABG SURUHLAH KERETA ABG TU BASUHKAN PAKAIAN ABG
ABG SURUHLAH KERETA ABG TU GOSOKAN KEMEJA ABG
ABG SURUHLAH KERETA ABG TU SIAPKAN AIR MANDI ABG
ABG SURUHLAH KERETA ABG TU KEMASKAN RUMAH ABG
ABG SURUHLAH KERETA ABG TU URUT-URUT BADAN ABG
ABG SURUHLAH KERETA ABG TU TEMANKAN ABG TIDUR

Love,
ayang

Friday, April 23, 2010

Letih tapi suka

Kak Ros rasa letih betoi, sakit badan penat tapi dalam keadaan yang suka sangat.

Anak dara kak Ros yang sorang tu ditawarkan ke sebuah kolej selepas dapat keputusan ala kadar dalam SPMnya. Alhamdulillah la, lepaih la habuan dia. Cuma kak Ros risau jugak, boleh ka dia ni dok jauh dari kak Ros atau kak Ros pulak yang tak tahan berpisah dengan dia.

Ibu mana yang tak syok melompat suka bila anak dapat tawaran melanjutkan pelajaran. Persiapan untuk anak dara masuk kolej ni lain banyak la dari anak teruna. Mau tak letih, dari pagi sampai ke malam baru boleh nak rehat sikit.

Dia dah tunjuk kain yang dia berkenan, nak siapkan jugak baju kurung dia empat pasang nak pakai masuk kolej hari isnin ni. Penat.

Hmmm... kak Ros nak zzzzz dulu, esok kalau rajin sambung cerita. Selamat menjadi remaja berdikari buat Fatin... huhu... Sedih la pulak...

Sunday, April 18, 2010

Dunia kejam kerana kita kejam

Tak terkata apa kak Ros bila terbaca berita yang amat menggerunkan kak Ros disini. Lihat saja dunia yang kian huru hara ni, kaum ibu sudah tidak dihormati. Apakah kita yang kejam menghasilkan dunia yang kejam?

Seorang ibu yang mengandung dibunuh dan dipijak sehingga janinnya berusia 12 minggu terkeluar dalam kejadian di kawasan rekreasi Taman Tasik Perdana, di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Muhammad Sabtu Osman, berkata berdasarkan maklumat, mangsa dijerut dengan sapu tangan yang dipintal dan dimasukkan kayu.

“Polis turut menemui kesan pijak pada perut mangsa dan mungkin ini menyebabkan janin berkenaan terkeluar,” katanya.

Katanya, mangsa berusia lingkungan 30-an dan dipercayai mati antara lima hingga enam hari lalu berdasarkan keadaannya yang berulat.

Al Fatihah: Achik Spin meninggal

Artis terkenal yang juga vokalis kumpulan Spin, Abdillah Murad Md. Shari atau lebih dikenali sebagai Achik Spin, 28, meninggal dunia dalam satu kemalangan ngeri di KM 14 Lebuh Raya Kajang Seremban Sdn. Bhd. (Lekas) dekat sini, petang tadi.

Allahyarham yang berada di dalam kenderaan pelbagai guna (MPV) terbabas setelah melanggar papan tanda dan beliau meninggal dunia di tempat kejadian sebelum api marak membakar kereta MPV yang dipandu Achik ekoran kejadian malang itu

Mayat Allahyarham dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar di sini, malam ini.

Friday, April 16, 2010

Sindiket penipuan ke Universiti?

Sekarang ni musim IPTA buat intake baru. Melaut la pelajar pelajar lepasan SPM ari tu tak sabar sabar menanti panggilan dari universiti universiti tempatan. Anak kak Ros pun salah sorang dari mereka ni jugak. Entah la nak sangkut kat mana.

Dalam kelam kabut budak budak nak buat persiapan sambung pelajaran, ada jugak kedengaran berita menakutkan ni. Pengurusan UiTM hari ini menegaskan bahawa universiti itu tidak pernah melantik mana-mana pihak sebagai ejen untuk menguruskan pengambilan pelajar ke universiti itu. NC nya Prof Ir Dr Sahol Hamid berkata, orang ramai yang menerima panggilan atau khidmat pesanan ringkas (sms) berhubung dengan tawaran kemasukan ke UiTM dinasihatkan supaya tidak tertipu dengan sindiket berkenaan dan segera melaporkan kepada Bahagian Pengambilan Pelajar (BPP) atau polis.

Kak Ros merayu abang abang Polis benteras sindiket ni habis habisan. Memang kurang ajar betoi, kita dok kalut pasai lain, depa dok kalut nak tipu anak anak kita.

Tuesday, April 13, 2010

Renungan

Assalamualaikum wbr..
Renung-renungkan dan selamat beramal..

Kamu sembahyang lima waktu tetapi......
kamu hanya ingat pada Allah hanya lima waktu itu saja dan pada masa lainnya kamu lupa padaNya. Jika sembahyangmu 10 minit, cuma 10 minit itu saja ingatanmu padaNya. Mungkin dalam 10 minit itu pun kamu ingat selain daripadaNya.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu tidak bersyukur padanya... kamu pada dahulunya amat susah. Allah yang memberi rezeki kepadamu, dengan rezeki itu kamu dapat menampung keluargamu, membeli rumah, kereta dan sebagainya... tetapi hatimu masih belum puas, kamu masih tamakkan harta dunia dan masih anggap dirimu serba kekurangan.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih menggunakan perkataan yang kesat kepada teman teman mu, menyakiti hati mereka, menghina keturunan dan bangsa mereka seolah olah keturunan dan bangsa kamu saja yang baik baik sedangkan kamu sendiri tidak tahu tempatmu lagi di mahsyar nanti.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi.....
kamu masih sombong dengan ilmu kamu, dengan amal kamu, dengan ibadah kamu, dengan pandainya kamu berdebat dengan mereka yang tidak sehaluan dengan kamu sedangkan kamu belum tahu adakah Allah sendiri redzo dengan apa yang ada di sisi kamu itu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih menggunakan ilmu hitam untuk menjatuhkan musuhmu, menggunakan wang ringgit atau pun pangkat mu untuk menjatuhkan manusia yang kamu tidak suka.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu amat bakhil untuk mengeluarkan wangmu untuk zakat dan sedekah kepada fakir miskin kerana takut wangmu akan habis.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu masih menyimpan sifat dengki khianat kepada temanmu yang berjaya dinaikkan pangkat dan gaji kerana mereka berusaha bersungguh sungguh dan kamu hanya bekerja seperti hidup segan , mati tak mahu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu mengabaikan anak isterimu yang kelaparan di rumah kerana kamu rasa kamu raja di dalam rumahtangga dan boleh berbuat sesuka hati kamu.

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
kamu merungut dan mencaci maki bila kamu ditimpa musibah walaupun kamu tahu sesuatu musibah itu datang daripada Allah. Kepada siapakah kamu rasa kamu mencaci itu? Tidakkah kamu fikirkan?

Kamu sembahyang lima waktu tetapi....
Kamu menuntut ilmu semata mata untuk berdebat dengan manusia lain ataupun menduga keilmuan mereka yang tidak berilmu dan tidak sehaluan dengan kamu sedangkan tujuan kita menuntut ilmu adalah supaya kita dapat berbuat amal ibadah dengan khusyuk dan tidak melakukan syirik kepada Allah.

Allah berfirman di dalam Al Quran yang bermaksud:
"Sesungguhnya sembahyang itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar".

Jika kamu sembahyang 5 waktu tetapi masih melakukan semua perkara di atas , tidakkah kamu berfikir mungkin amal mu itu tidak diterima?

Dan apa beza kamu dengan mereka yang tidak bersembahyang?

Dan juga jangan lupa Allah berfirman yang bermaksud:
"Neraka Wail bagi mereka yang sembahyang, yang mereka itu lalai di dalam sembahyang".

Ini menunjukan betapa beratnya fardu sembahyang kecuali kepada mereka yang beriman dan ikhlas dengan amal ibadahnya.

Kak Ros nak ucapkan terima kasih pada Ilah yang menghantar email berupa pesanan ini. Pada semua, sampai-sampaikan lah sahabatku walau sepotong ayat…

Thursday, April 8, 2010

Video: Nasib pekerja baru

video
Ni yang buatkan kak Ros takut nak keja ofis nih, boleh kencing manis kita kalau dapat boss yang gila khinzir camni...

Tuesday, April 6, 2010

CPU inside keyboard









Kak Ros baru tengok email yang adik Fidah antaq kat kak Ros, terus berkenan. La ni tengah dok himpun duit menjahit sikit sikit campur ngan belanja dapur yang kak Ros simpan tu untuk order satu. Boleh berblog sambil berjogging kat Mengkuang Dam... hihi...

Monday, April 5, 2010

Pekerjaan syaitan

Jangan tanya kak Ros, kak Ros haram tak tau sepatah pun cerita ni. Betoi tak betoi pun tak tau. Dah ada kawan kak Ros yang antaq, kak Ros post kan saja lah.

Benda ni tak mustahil dengan bantuan syaitan, dah memang kerja buat syaitan yang Tuhan amanahkan kat dia untuk sesatkan umat Muahmmad. Syaitan jalankan tugas dia saja, yang manusia pi terlalai dan terpengaruh tu buat hapa.

Di Kg Toradja (Indonesi) terdapat satu ilmu yg luar biasa dimana mereka boleh menjadikan mayat berjalan pulang ke rumah sendiri. Kejadian berlaku disebuah daerah pendalaman Indonesia yg berbukit bukau. Jika ada kematian di kg Toradja maka mayat itu akan diberi kuasa hipnotisme supaya simati boleh pulang berjalan kaki dan hanya berhenti bila sampai dirumahnya. Kuasa ini dibuat supaya tidak menyusahkan orang kg dari mengurus mayat tersebut.

Hebat orang Penang

Hebat betoi orang Penang ni. Kak Ros tumpang bangga dengan kreativiti dan kerja keras diaorang dalam menjahanamkan masa depan anak anak harapan bangsa kita ni.

Tapi sehebat hebat penjenayah di Pulau Pinang ni, hebat lagi abang abang Polis kita. Gambar menunjukkan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Pulau Pinang, Mohd Hatta Mohd Zain menunjukkan dadah dan barang-barang yang dirampas semasa menyerbu sebuah makmal haram yang memproses pil ecstasy di kawasan Relau semasa mengadakan sidang akhbar di sini hari ini.

Bayangkan dalam serbuan tersebut dua mesin membuat pil ecstasy dan pelbagai bahan membuat dadah turut dirampas dalam serbuan tersebut. Ada mesin ooo... bukan kecik anak operasi depa ni... Tahniah buat Polis kita - foto BERNAMA

Saturday, April 3, 2010

Solehah

Rasulullah bersabda,'Dunia ini adalah perhiasan, dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah'. (Riwayat Muslim).*

Ciri-ciri wanita solehah.

Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh Islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelaran solehah, dan seterusnya menerima habuan syurga yang penuh keni'matan dari Allah s.w.t. . Mereka hanya perlu memenuhi 2 syarat sahaja, iaitu:

1. Taat kepada Allah dan RasulNya
2. Taat kepada suami

Perincian dari dua syarat di atas adalah sebagai berikut:

1- Taat kepada Allah dan RasulNya

- Mencintai Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. melebihi dari segala-galanya.
- Wajib menutup aurat
- Tidak berhias dan berperangai seperti wanita jahiliah
- Tidak bermusafir atau bersama dengan lelaki ajnabi kecuali ada bersamanya mahramnya.
- Sering membantu lelaki dalam perkara kebenaran, kebajikan dan takwa
- Berbuat baik kepada dua ibubapa
- Sentiasa bersedekah samada dalam keadaan susah ataupun senang
- Tidak berkhalwat dengan lelaki ajnabi
- Bersikap baik terhadap jiran tetangga

2. Taat kepada suami

- Memelihara kewajipan terhadap suami
- Sentiasa menyenangkan suami
- Menjaga kehormatan diri dan harta suaminya semasa suami tiada di rumah.
- Tidak cemberut di hadapan suami.
- Tidak menolak ajakan suami untuk tidur
- Tidak keluar tanpa izin suami.
- Tidak meninggikan suara melebihi suara suami
- Tidak membantah suaminya dalam kebenaran
- Tidak menerima tamu yang dibenci suaminya.
- Sentiasa memelihara diri, kebersihan fizikal dan kecantikannya serta kebersihan rumahtangga.

FAKTOR YANG MERENDAHKAN MARTABAT WANITA

Apabila kita melihat bahawa punca rendahnya martabat wanita adalah datangnya dari faktor dalaman. Bukanlah faktor luaran atau yang berbentuk material sebagaiamana yang digembar-gemburkan oleh para pejuang hak-hak palsu wanita.

Faktor-faktor tersebut ialah:

1- Lupa mengingati Allah

Kerana terlalu sibuk dengan tugas dan aktiviti luar atau memelihara anak-anak, maka tidak hairan jika ramai wanita yang tidak menyedari bahawa dirinya telah lalai dari mengingati Allah. Dan saat kelalaian ini pada hakikatnya merupakan saat yang paling berbahaya bagi diri mereka, di mana syaitan akan mengarahkan hawa nafsu agar memainkan peranannya.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-Jathiah, ayat 23: Ertinya: " Maka sudahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya sesat berdasarkan ilmunya. Dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya."

Sabda Rasulullah s.a.w.: Ertinya: "Tidak sempurna iman seseorang dari kamu, sehingga dia merasa cenderung kepada apa yang aku sampaikan." (Riwayat Tarmizi)

Mengingati Allah s.w.t. bukan sahaja dengan berzikir, tetapi termasuklah menghadiri majlis-majlis ilmu, muzakrah atau sebagainya.

2- Mudah tertipu dengan keindahan dunia

Keindahan dunia dan keseronokkannya memang banyak menjebak wanita ke perangkapnya. Bukan setakat itu sahaja, malahan syaitan dengan mudah memperalatkannya untuk menarik kaum lelaki agar sama-sama bergelumang dengan dosa dan noda. Bukan sedikit yang sanggup menderhaka kepada Allah s.w.t. hanya kerana keni'matan dunia yang terlalu sedikit.

Firman Allah s.w.t. di dalam surah al-An'am: Ertinya:" Dan tidaklah penghidupan dunia ini melainkan permainan dan kelalaian dan sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa, oleh kerana itu tidakkah kamu berfikir."


sumber: Cina Islam
Related Posts with Thumbnails