Sahabat adalah perisai diri

Friday, May 28, 2010

Jom ke Dubai










Kita santai sikit pagi Jumaat ni dengan menikmati keindahan malam di Dubai. Terima kasih kak Ros kat kawan yang tak mau nama disebut disini atas gambar gambar menarik ni... layaannn....

Dendam seorang murid

Seorang wanita muda sedang menghadiri perbicaraan di Mahkamah kerana melanggar lampu merah.

Dia menjelaskan kepada hakim bahawa dia seorang guru dan minta supaya perkaranya diselesaikan dengan cepat agar dia boleh segera kembali ke kelasnya.

"Baik, baik," kata Hakim.

"Jadi Anda seorang guru? Sudah bertahun-tahun saya menunggu kedatangan seorang guru dalam perbicaraan saya ini.

Sebagai hukumannya. Anda duduk di meja itu sekarang dan tulislah;

'Saya tidak akan melanggar lampu merah lagi' sebanyak 500 kali.

Wednesday, May 26, 2010

AF8: Ipoh mali, talak sombong punya

Akhirnya Shahir telah dinobatkan sebagai Juara AF8. Kak Ros akui, tak tengok sangat AF8 ni, bukan tak minat tapi rasa macam aura tarikan AF kali ni macam kari tanpa asam garam la.

Bagaimanapun tahniah lah buat Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir yang pernah digelar sebagai ustaz kerana memiliki ciri-ciri lelaki yang dihormati ramai. Baguih la kalau hang boleh kekalkan ciri ciri tu selama lamanya. Bukan mudah nak kekalkan kegemilangan, tak semudah mencapainya.

Shahir berasal dari Ipoh bagai berjanji tidak akan bertukar menjadi sombong selepas ini. Mungkinkah Shahir akan dihanyutkan arus populariti selepas bergelar juara AF8? Sama sama kita tengok pembawakan wataknya diluar AF nanti.

Kena ucapkan tahniah ni

Kak Ros nak ambik peluang ni nak ucapkan tahniah pada pelakon hensem Farid Kamil. Farid terima ijazah sarjana muda UiTM pada Konvokesyen UiTM ke-72 di Shah Alam semalam.

Selain sibuk sebagai pengarah muda dan pelakon popular, Farid Kamil Zahari dapat membahagikan masa untuk belajar. Diharap ini yang sepatutnya menjadi ikutan atau idola anak anak sekarang, bukannya dok ikut belah yang tak elok saja.

Sunday, May 23, 2010

Jenuh berjawab la mak bapak dia

MALANG... lokasi kejadian bayi  jatuh.
Malang tak berbau, kak Ros pun paham budak budak tambah tambah bayi sembilan bulan yang baru belajaq merangkak dan memanjat, lagi la buas. Budak budak memang cepat belajar dan keinginan nak belajar tu la bakal mengundang malapetaka.

Dalam berita pagi ni, bayi berumur sembilan bulan tersebut maut setelah jatuh tingkat 3 rumah mak bapak dia. Nak buat macamana, ni semua kerja buat Tuhan. Bukan tugas kita nak protes, tapi lain kali kena beringat la.

Walau bagaimanapun, mak bapak dia jenuh jugak la kena berjawab dengan abang abang Polis pasai anak mati time hangpa dok sedap tidoq. Proses undang undang kena berjalan jugak, silap silap mak bapak pulak yang kena pasai lalai.

Wallahuaklam...

Shahir juara Akademi Fantasia 8

Kak Ros tak ikut sangat pun AF8 ni. Bukan tak minat, minat jugak tapi tak la sampai tahap gila. Lagipun tengok depa semua tu tak la baguih mana sangat pun. Masuk macam nak kejar glemer saja.

Anyway sebagai rekod untuk anak cucu, kak Ros tarok pi la sikit berita pasai AF8 ni. Tahniah la buat Shahir atas kejayaan anda tahun ni, jaga perangai jangan dok jadi macam juara yang lepas tu, lupa diri lalu hanyut.

KUALA LUMPUR: Ahmad Shahir Zawawi atau Shahir yang berasal dari Kampar, Perak telah dinobatkan sebagai juara Akademi Fantasia Musim Kelapan pada Konsert Akhir di Stadium Putra Bukit Jalil di sini, hari ini.

Saturday, May 22, 2010

Depa ni yang buat semak dunia

Semalam kak Ros tidoq lambat, pulun nak siapkan baju kawan, tapi tak sempat jugak siapkan walaupun kerja keras sampai jam 3.30 pagi tadi. Tidoq dulu cari tenaga, tidoq dulu hilangkan semak kepala.

Sedar sedar, Abang kak Ros dah bangun awal sikit nak ber"subuh" kesurau. Hadoiih...

Mata mengantuk lagi, tenaga belum pulih penuh tapi dah kak Ros bercita cita nak jadi isteri mithali ni kena la jugak gagahkan diri. Selak internet nak tenang jiwa, rupanya baca yang ni lagi semak kepala. Apa punya stori ni, meloya betoi dunia ciptaan nafsu ni.

Friday, May 21, 2010

Makna bacaan dalam Solat

Takbiratul-Ihram & Takbir
Allah Maha Besar.

Doa Iftitah 
Allah Maha Besar dan segala puji bagi Allah dengan banyaknya.
Maha suci Allah sepanjang pagi dan petang.
Aku hadapkan wajahku bagi Tuhan yang mencipta langit dan bumi,
dengan suasana lurus dan berserah diri dan aku bukan dari golongan orang musyrik.
Sesungguhnya solatku,
ibadatku,
hidupku,
matiku
adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.
Tidak ada sekutu bagiNya dan kepadaku diperintahkan untuk tidak
menyekutukan bagiNya dan aku dari golongan orang Islam.

Al-Fatihah
Dengan nama Allah yang maha Pemurah lagi maha Mengasihani.
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam.
Yang maha pemurah lagi maha mengasihani.
Yang menguasai hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkau kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus.
Iaitu jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka, bukan jalan mereka yang Engkau murkai dan bukan jalan mereka yang sesat.

Bacaan ketika rukuk
Maha Suci TuhanKu Yang Maha Mulia dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika bangun dari rukuk
Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal
Wahai Tuhan kami, bagi Engkaulah segala pujian.

Bacaan ketika sujud
Maha suci TuhanKu yang Maha Tinggi dan dengan segala puji-pujiannya.

Bacaan ketika duduk di antara dua sujud
Ya Allah, ampunilah daku,
Rahmatilah daku,
kayakan daku,
angkatlah darjatku,
rezekikan daku,
berilah aku hidayah,
sihatkanlah daku dan
maafkanlah akan daku.

Bacaan ketika Tahiyat Awal 
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta
keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad.

Bacaan ketika Tahiyat Akhir
Segala penghormatan yang berkat solat yang baik adalah untuk Allah.
Sejahtera atas engkau wahai Nabi dan rahmat Allah serta keberkatannya.
Sejahtera ke atas kami dan atas hamba-hamba Allah yang soleh.
Aku naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku naik saksi bahawasanya Muhammad itu adalah pesuruh Allah.
Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi Muhammad dan ke atas keluarganya.
Sebagaimana Engkau selawatkan ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim.
Berkatilah ke atas Muhammad dan atas keluarganya sebagaimana Engkau berkati ke atas Ibrahim dan atas keluarga Ibrahim di dalam alam ini.
Sesungguhnya Engkau Maha Terpuji lagi Maha Agung.

Doa Qunut
Ya Allah, berilah aku petunjuk sebagaimana orang-orang yang telah Engkau tunjuki.
Sejahterakanlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau sejahterakan.
Pimpinlah aku sebagaimana orang-orang yang telah Engkau pimpin.
Berkatilah hendaknya untukku apa-pa yang telah Engkau berikan padaku.
Jauhkanlah aku daripada segala kejahatan yang telah Engkau tetapkan.
Sesungguhnya hanya Engkau sahajalah yang menetapkan, dan tidak sesiapapun yang berkuasa menetapkan sesuatu selain daripada Engkau.
Sesungguhnya tidak terhina orang yang memperolehi pimpinanMu.
Dan tidak mulia orang-orang yang Engkau musuhi.
Telah memberi berkat Engkau, ya Tuhan kami dan maha tinggi Engkau.
Hanya untuk Engkau sahajalah segala macam puji terhadap apa-apa yang telah Engkau tetapkan.
Dan aku minta ampun dan bertaubat kepada Engkau.
Dan Allah rahmatilah Muhammad, Nabi yang ummi dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat-sahabatnya.

Hati kering

ANAK panah menunjukkan tempat Manish dan isterinya terjatuh dari tingkat 29 sebuah kondominium di Jalan Tun Sambathan, Kuala Lumpur semalam.

Lama kak Ros tak meng"update" blog. Sibuk giler, dah ada tempahan untuk baju nak dipakai hari raya nanti. Kadang kadang nak hilang tekanan dari dok tengok kain saja, kak Ros selak jugak akhbar akhbar online.

Tersentak, kak Ros rasa bukan saja kak Ros tapi jugak ramai rakyat Malaysia amnya. Nekad dan berhati kering betoi. Tak tergamak kak Ros nak bayangkan macamana saat saat memeritkan yang telah dilalui mangsa. Macamana saat saat dimana seorang yang berstatus ibu bakal melihat anak keciknya terkangkang tidak bernyawa hasil dari perbuatan sendiri. Macamana keputusan nekad ini diambil dengan kerelaan kedua dua pasangan suami isteri ini untuk terjun dari tingkat 29.

Ini trend baru agaknya yang mungkin sudah lama diamalkan di negara mereka tapi asing bagi kita di Malaysia. Apa apa pun, ilmu yang benar saja boleh memainkan peranan dengan berkesan. Insyaallah...

Bayi Berumur 1 Tahun Hamil


RAKYAT MARHAEN


Dunia memang makin aneh dan makin banyak misteri manusia yang tidak masuk akal. Kanak-kanak berusia setahun tetapi sudah hamil. Awalnya saya sangat tidak percaya dan saya menganggap ini spekulasi, tetapi setelah melihat hasil analisa team doktor lengkap dengan gambar-gambarnya, sepertinya sukar untuk tidak dipercaya. Ini benar-benar fakta unik dan misteri kehidupan.
Anak berusia setahun ditemukan hamil di Arab Saudi. Doktor mengatakan kes yang unik bagi dunia ini. Laporan ilmu Kedoktoran mengatakan: “Ketika ibu anak ini hamil, dia memiliki 2 janin dalam dirinya. Namun salah satu janin tumbuh di dalam yang lain, inilah sebab mengapa gadis ini lahir dengan janin dalam rahimnya. – haxims
bayi misterius
bayi aneh

Artis haram

Adakah pihak pihak tertentu telah mempergunakan artis bagi melariskan produk depa dengan melantik artis artis tamak sebagai ejen untuk MLM haram. Ataupun artis artis tu sendiri mempergunakan kelebihan depa sebagai artis dan punyai pengikut yang ramai untuk memperdaya peminat mereka memasuki MLM haram ni?

Beberapa selebriti termasuk artis terkenal antara sekelompok ‘usahawan’ yang disiasat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) kerana disyaki terbabit aktiviti jualan langsung tanpa lesen dan merekrut ‘downline’ mengikut sistem pemasaran berperingkat (MLM).

Setakat ini, KPDNKK tidak menolak kemungkinan ada antara selebriti merekrut orang ramai untuk menjadi ejen MLM tanpa lesen jualan langsung dan usaha mengenal pasti mereka dijalankan.

Nasib baik la kak Ros tak suka kaya cepat...

Thursday, May 20, 2010

Wedding of the year

Bung Mokhtar dan Zizie Ezette berjalan keluar dari Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur selepas didapati bersalah berkahwin tanpa kebenaran mahkamah semalam.


Rasa kak Ros, bukan niat depa nak jadi terpopular dan tersensasi sampai macam ni. Kak Ros pun tak suka jugak kisah perkahwinan kita yang terlalu jadi tumpuan negara. Tapi apakan daya, yang salah tetap salah.

Ahli Parlimen Kinabatangan, Bung Mokhtar Radin kena penjara sebulan dan Zizie didenda RM1,000 oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur selepas berpoligami tanpa kebenaran mahkamah.

Menikah depa cara elok pun salah dengan beralasan tanpa kebenaran. Tang ni nampak baguih pulak dah penguatkuasaan kita.

Wednesday, May 19, 2010

Jijik dan meloyakan

Kak Ros pun tumpang malu bagi pihak ustazah ni terutama sekali malu kat anak anak kak Ros sendiri. Perempuan yang tak sedar diri jenih ni la yang meruntun maruah pompuan pompuan lain jadi rendah bagai tiada maruah.

Kak Ros paham kerana sekoq dua yang bermasaalah, kita tak boleh letak semua orang pompuan murah tak bermaruah macam tu. Tapi memang memalukan la, title dia tu pulak seorang ustazah disebuah sekolah agama. Buat hubungan seks bersama pasangannya siap ngan ambik rakaman video lagi.

Dunia dah akhir zaman ni, macam macam yang terjadi.

Tuesday, May 18, 2010

Bawa surat nikah nak beli gula

Tak habih habih rakyat Malaysia dok kena main kepala. Kak Ros dok tengok la ni lagi pelik dengan bermacam macam kes. Terbaru ada peniaga yang tamak haloba telah sorokkan lebih 5.5 metrik tan gula, tapi kata tak dak bila ada pelanggan yang mai nak beli gula.

Malah lebih geli dengar bila pelanggan kena tunjuk surat nikah untuk beli gula. Pelik tapi benar. Tahniah pada pegawai penguatkuasa pasai berjaya menahan penipu besaq yang boleh memudaratkan terus pada rakyat ni. Kak Ros harapkan penguatkuasaan dan pemantauan digiatkan kerana lebih banyak lagi yang bermaharajalela. Malah bukan saja gula, tapi jugak mungkin lain lain keperluan harian yang sengaja disorokkan untuk main tarik harga dengan pengguna.

Bedebah betoi...

Sunday, May 16, 2010

Pompuan, macam lampin pakai buang

Lagi lagi kisah orang pompuan yang tak sedaq diri. Kak Ros tak tau dah nak kata apa kat orang pompuan jenih boleh diperguna sesuka hati lelaki. Pompuan yang jenih tak tau hak depa, jenih yang suka bergantung hidup kat orang lain, mesti mudah terkena punya.

Sebilangan pompuan memang syok sangat berhibur. Depa letak hiburan sebagai nombor satu dalam hidup. Depa cipta hiburan sebagai objektif hidup depa. Depa akan cari hiburan dari satu tempat ke pusat hiburan lain selama 24 jam pada hujung minggu. Bila depa kering tak dak duit, depa sanggup menyerahkan maruah mereka semata-mata untuk mendapatkan keseronokan dengan meneguk minuman keras dan mengambil pil khayal atau lebih popular dengan gelaran pil lendir oleh pengunjung kelab malam.

Hangpa baca seterusnya cerita busuk ni disini...

Sunday, May 9, 2010

Selamat hari Ibu

Kak Ros masih tak tau masa depan kita macamana. Kita besarkan anak anak tanpa harapan jasa kita dikenang. Itu yang semestinya. Sebagai ibu, asal mereka mereka ni boleh terbang cari makan sendiri tanpa perlu bergantung harap lebih lebih pada kita dah kira lebih dari cukup.

Tapi kak Ros tersentuh betoi dengan cerita pilu dibawah ni. Tak hargai sebagai mak sudah pi la, ni sampai keperingkat nak cederakan ibu sendiri ni yang mengarut dengaq ni.

“SAYA dibuang macam sampah di perhentian bas,” kata seorang ibu yang hanya mahu dikenali sebagai Halimah, 87, menceritakan punca dia kini menumpang kasih di sebuah pusat jagaan orang tua.

Ibu malang itu berkata, biarpun hanya anak angkat, dia menjaganya dengan penuh kasih sayang sejak masih bayi, justeru tidak terlintas di fikirannya anak perempuannya tergamak berbuat demikian.

“Bila dia tinggalkan saya, saya menjerit memanggil namanya tapi dia tak hiraukan, sebaliknya memecut laju kenderaannya,” katanya.

Halimah berkata, lebih menghairankannya, anak perempuannya berusia 40-an itu berkahwin dengan imam dan tentu suaminya turut mengajarnya ilmu agama.

“Sebab itu saya tidak tahu di mana silapnya sehingga anak saya sanggup membuang saya seperti sampah walaupun tangan ini yang membesar dan menjaganya,” katanya.

Halimah berkata, selain seorang anak angkat perempuan, dia turut mempunyai tiga anak kandung lelaki tapi ketiga-tiga anaknya juga tidak ambil berat mengenai dirinya.

“Sebab itu saya tinggal dengan anak angkat saya tapi akhirnya dia juga membuang saya,” katanya.

Selepas ditinggalkan di perhentian bas, Halimah terpaksa ‘menginap’ empat bulan di hospital kerana tiada siapa tampil untuk menjaganya dan akhirnya dia dihantar ke rumah orang tua.

Ketika ditanya adakah dia akan memaafkan anaknya, Halimah berkata, dia sudi menerima semula mereka biarpun selepas apa mereka lakukan terhadapnya kerana baginya, mereka itulah hartanya di dunia dan akhirat.

Selamat Hari Ibu... sob... sob...

Tuesday, May 4, 2010

Woit... pompuan kena lagi

Ish... kak Ros meluat betoi baca berita berita macam ni.

Kes kes cemburu buta kalau yang libatkan lelaki memang pompuan tu teruk la kena belasah. Kes ni pulak di Pahang, pompuan tu kena belasah ala ala resling gitu. Panas baran semua orang ada, memang lelaki la jora nya. Pompuan pun ada gak panas baran dia, tapi cool. Pompuan boleh tahan panas baran dia, pasai apa lelaki tak boleh.

Orang nak hidup berumah tangga, hangpa pun nak sama. Orang nak berbini, hangpa pun gatai sama. Dah ada enam anak pun masih tak sepahaman lagi.


Sampai mati hamba Allah tu laki dia kerjakan. Memang la dah sampai ajal, tapi cara sampai ajal tu yang orang tak boleh nak terima. Apatah lagi bila bersangkut dengan perangai laki dia sendiri yang cepat panas telinga.
Related Posts with Thumbnails