Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, June 30, 2010

Popular dan kaya belum tentu bahagia

Park Yong-Ha

Aktor Winter Sonata Bunuh Diri

SEOUL: Pelakon dan penyanyi popular Korea Selatan Park Yong-Ha, 33, ditemui tidak bernyawa dan dilaporkan membunuh diri pagi tadi.

Tubuhnya ditemui di kediamannya di Nonhyung-dong, Seoul oleh ibunya sendiri.

Laporan Yonhap News hari ini melaporkan sebelum membunuh diri, pelakon Winter Sonata itu sempat mengirimkan SMS kepada ayahnya yang sedang bertarung dengan sakit kanser perut.

SMS yang dihantar itu berbunyi: "I'm Sorry. I'm Sorry". Namun begitu dia tidak meninggalkan sebarang surat perpisahan.

Menurut pihak polis Metropolitan Seoul, Park membunuh diri dengan menggantungkan dirinya menggunakan kabel charger telefon bimbit.

Bagaimanapun, motif tindakannya membunuh diri itu masih tidak diketahui lagi. Pihak polis masih lagi melakukan penyelidikan lebih lanjut tentang tragedi tersebut.

Park memulakan kerjaya seninya bermula pada tahun 1994. Namun, namanya mula melonjak di Korea dan Jepun setelah membintangi drama bersiri Winter Sonata pada 2002.

Selepas itu, Park turut membintangi tiga buah filem. Yang terakhir adalah The Scam yang telah ditayangkan pada 2009.

Tidak hanya setakat itu, Park juga popular sebagai penyanyi. Selain melancarkan beberapa album di Koria dan Jepun. Dia juga pernah memenangi beberapa anugerah seperti Japan Gold Disc Awards bagi kategori Artis Asian Terbaik, Lagu Sepanjang Tahun serta Anugerah Istimewa Japan-Korea Friendship Year 2005.

Disebabkan kematian mengejut itu, banyak pihak telah menyuarakan rasa khuatir mereka terhadap kes bunuh diri di Korea Selatan.

Negara tersebut telah mencatatkan kadar kes bunuh diri yang semakin meningkat sejak beberapa tahun kebekalakangan ini.

Pada 2 Oktober 2008, artis terkenal Choi Jin-Sil juga ditemui telah menggantungkan diri di bilik mandi rumahnya. Sebelum itu, pada 8 September 2008, suaminya, Ahn Jae-hwan yang merupakan pelawak terkenal ditemui mati di dalam keretanya.

Tubuh Choi Jin-Sil telah ditemui oleh adik lelakinya, Choi Jin-yeong. Dia yang turut melibatkan diri sebagai aktor dan penyanyi kemudian telah mengambil keputusan untuk membunuh diri pula pada 29 Mac lalu.

Kematian Choi Jin-yeong itu dipercayai berpunca akibat daripada rasa tekanan dan depresi setelah kematian kakak tersayangnya.

Thursday, June 24, 2010

Kalau kak Ros pun bengang jugak

Toksah kata Ifa Raziah, kalau kak Ros pun naik bengang jugak. Ada ka tengah kita dok bercengkarama baguih punya dengan laki kita tetiba disergah penguatkuasa agama. Mai elok elok bagi salam tak pa jugak la. Ni dak, ketuk pintu macam nak runtuhkan rumah. Depa ingat depa tu geng Sharif Dol samseng Kampung Dusun ka.

Nama saja penguatkuasa agama, agama apa yang hangpa pakai?

Ifa Raziah Bengang "Ditangkap Khalwat"

Oleh KEMALIA OTHMAN
SELAIN insiden dipukul adik kandung sendiri, penyanyi dan pelakon Ifa Raziah turut mengalami satu kejadian lain apabila dia diserbu penguat kuasa agama ketika menginap di sebuah hotel di Changlun,Kedah bersama suaminya Mohd YaniAbdul Rahman.

Peristiwa itu berlaku ketika dia menjalani penggambaran drama berjudul Dari Kodiang ke Kuala Lumpur baru-baru ini.

Menurut Ifa, dia agak sedih dan kecewa pihak terlibat menyerbu biliknya dengan cara yang kurang sopan sedangkan dia tidak berkhalwat.

Menceritakan pengalaman tersebut, dalam kejadian kira-kira pukul 1.30 pagi itu, bilik Ifa tiba-tiba diketuk dengan kuat seperti hendak pecah.

Terkejut dengan ketukan itu, suami Ifatelah membuka pintu bilik kerana menyangkaada perkara lain yang berlakutanpa mengesyaki mereka sebenarnyatelah diserbu kerana disyaki melakukanmaksiat.

Katanya, sewaktu pintu dibuka pihak berkenaan telah menolak suaminya dengan kasar tanpa memberi salam.

“Untuk mengesahkan kami sudah berkahwin, suami saya menunjukkan kad perakuan nikah sebagai bukti kami tidak berkhalwat.

“Malangnya pihak terbabit bertindak kasar sehinggalah berlaku pertelagahan dengan suami saya,” kata Ifa seperti yang dilaporkan akhbar Mingguan mStar, Ahad lepas.

Lebih daripada itu, menurut Ifa, ada diantara pegawai terbabit mengeluarkankata-kata kesat yang sepatutnya tidak berlaku apatah lagi peristiwa itu terjadi kepada individu yang tidak bersalah.

Antara ayat yang menyakitkan hatidia disindir dengan kata-kata ‘kau ingatkau artis besar sangat?’

“Saya tak marah jika mereka melakukan serbuan dengan menggunakan prosedur yang betul tetapi janganlah menyerbu sesuka hati serta bercakap dengan kata-kata yang kurang sopan.

“Dia orang seperti pandang rendah kepada saya dan lebih menyakitkan hati mereka langsung tidak menunjukkan rasa bersalah dan minta maaf pun kepada kami,” ujarnya kesal.

Ifa yang sudah enam tahun mendirikan rumah tangga bersama Mohd. Yani mempunyai dua cahaya mata turut memberitahu pengalaman tersebut memberi imej buruk kepadanya.

Bagaimanapun dia tidak berhasrat untuk membuat laporan polis kerana tidak mahu perkara remeh itu terus berpanjangan.

Cuma ujar Ifa, pihak berkenaan sepatutnya menyiasat terlebih dahulu dan janganlah mudah melabelkan seseorang artis itu sebagai jahat.

Lebih memalukan kejadian pada malam itu menyebabkan berlakunya kekecohan sehingga menyebabkan penghuni hotel lain turut terganggu.

“Bukan bilik saya sahaja malah dua bilik artis lain yang disewa atas nama suami saya turut diserbu.

Tapi yang hairannya jika serbuan untuk mencegah maksiat, kenapa bilik kami sahajayang diperiksa?” katanya kesal.

Ifa bagaimanapun berharap pihak berkenaan harus berfikir panjang sebelum membuat sesuatu tindakan. Ini kerana perbuatan itu menyebabkan masyarakat akan hilang hormat apatah lagi kepada agensi yang diberi peranan menjalankan tanggungjawab dengan berhemah.

Wednesday, June 23, 2010

Elok2 jadi penyanyi gatai pulak nak jadi pelakon

Inilah rupanya idola masyarakat sekarang.

Elok elok jadi penyanyi terkenal tetiba nak tukaq selera jadi pelakon pulak. Kalau pelakon yang besa besa tu okey la jugak ini pelakon yang luar besa. Hadoiiih... dunia dah akhir zaman.

ARIEL akhirnya disahkan “pelakon” video lucah

JAKARTA: POLIS Indonesia hari ini secara rasmi mengesahkan bekas penyanyi kumpulan Peterpan, Nazril Irham,29, atau lebih dikenali sebagai Ariel sebagai suspek utama kes video lucah yang dipercayai dilakukannya secara berasingan dengan dua wanita yang juga selebriti negara itu.

Komisioner Jeneral Polis Jakarta, Ito Sumardi ketika mengesahkan perkara tersebut berkata, Ariel kini ditahan di sebuah penjara bagi membolehkan siasatan ke atasnya dilakukan atas tuduhan melakukan hubungan suami isteri tanpa nikah.

Katanya, bukan sahaja Ariel tetapi sesiapa sahaja yang berzina dan perkara itu diketahui umum perlu dihukum.

“Kalau perkara ini tidak diketahui umum, mungkin ia boleh disembunyikan tetapi bila video (lucah) sudah keluar, ia di anggap telah melanggar hukum,” katanya kepada portaldetikhot.com hari ini.

Tambah pegawai polis itu lagi selain Ariel, dua wanita yang dikaitkan dengannya iaitu model Luna Maya dan artis Cut Tari akan turut ditahan untuk membantu siasatan. Setakat ini kedua-dua wanita itu hanya akan dipanggil sebagai saksi.

“Luna Maya dan Cut Tari berkemungkinan akan ditahan tetapi bukan untuk menjalani proses hukuman sebaliknya melindungi mereka daripada menerima sebarang ugutan pihak luar kerana ramai yang geram dengan perbuatan mereka itu,” katanya.

Portal hiburan itu melaporkan, Ariel dan dua artis wanita itu akan menjalani ujian forensik hari ini yang akan dilakukan oleh lima pegawai perubatan.

Brigidier Jeneral Polis, Mussaddeq berkata, ketiga-tiga artis itu akan menjalani tiga peringkat pemeriksaan iaitu pemeriksaan pada organ tubuh yang dipanggil anatomi forensik, masalah kepada riwayat tubuh (antropologi forensik) dan pemeriksaan gigi (odontologi forensik).

Bagaimanapun sehingga pukul 9.30 pagi ini (10.30 pagi waktu Malaysia) Luna Maya dan Cut Tari masih belum muncul untuk menjalani pemeriksaan tersebut.

Sementara itu sumber polis berkata, Ariel yang ditahan di penjara sejak semalam dilaporkan kurang sihat kerana tidak biasa berada dalam tahanan.

Keadaan kesihatan Ariel itu tiba-tiba menurun selepas dia dikenal pasti sebagai suspek utama kes tersebut. Dia juga sudah diberikan pakaian sebagai tahanan penjara.

Video lucah melibatkan Ariel dan Luna Maya telah tersebar sejak beberapa bulan lalu dan ia dipercayai turut dijual secara haram di negara ini.

Monday, June 21, 2010

Asri bakal diguna tumbangkan Anwar

Sumber: Pak Long

Laa.. ingatkan gambaq Mohd Asri...

Salam semua...

Mak Long hang bukan suka sangat bila dengaq sok sek sok sek si Asri tu nak masuk Umno. Masam mencuka muka Mak Long hang, sampai janda Limah yang mai bertandang sat tadi ni pun takut nak lelebih. Jenuh dok perjelaih jugak la kat Mak Long hang tadi ni.

Bagi Pak Long la, benda ni mudah sangat. Jangan dok semakkan kepala kita dengan isu remeh ni. Jangan sampai masak nasi hangit marahkan si Asri pulak. Ikut suka dia la nak masuk parti mana pun. Pak Long tengok budak Asri tu dah besaq panjang, dah lebih dari tau kehendak diri dia. Yang kita dok kalut tolong nasihat dia buat hapa? Yang kita dok kalut nak harapkan dia ikut cakap kita pasai apa? Kata perjuang kebebasan tapi dok sekat orang dari bebas berfikir dan bertindak. Tak baguih la macam tu.

Pak Long tau budak Asri ni baguih, berani dan jenih laju punya kepala. Takat karamah yang ada kat Anwar tu, tak heran la. Bila Anwar gagal cuci Umno dari dalam, tak bermakna Asri jugak akan gagal. Umno tu buruk dimata musuh Umno tapi suci bersih bagi pencinta Umno. Salahkah pencinta nampak cantik benda yang dia cinta?

Budak Asri ni bukan duduk ataih sebarangan makam. Sebab tu Pak Long nampak apa yang Umno nampak. Hanya Asri saja yang dilihat layak oleh Umno untuk tumbangkan Anwar di Permatang Pauh. Tapi besa la, Umno akan perguna Asri tumbangkan Anwar dan Asri akan pergunakan Umno untuk gagau apa yang dia perlu untuk hidup.

Pak Long pun ada gak kawan kat Mengkuang tu. Orang Mengkuang sayangkan Anwar tapi depa tak bencikan Asri. Si Asri ni bukannya jenih kutu rayau tepi jalan. Sebab tu Pak Long rasa susah jugak la buat si Asri ni nak buat keputusan sebab Umno pun suci jugak kalau kita tengok dengan mata tertutup... hihi...

Wassalam...

Sunday, June 20, 2010

Video lucah: Polis ada petunjuk

Model Indonesia, Luna Maya (kanan) dan penyanyi, Nazril Ariel (kiri). - Foto AFP

KES video lucah yang melibatkan Ariel Peterpan kini memasuki babak baru.

Walaupun hasil penyiasatan masih kabur, polis Indonesia kini sudah memiliki petunjuk tentang siapa dalang di sebalik penyebaran video lucah tersebut.

Menurut pegawai polis Edward Aritonang, pihaknya menggunakan kepakaran penyiasatan ruang siber untuk mengenalpasti pelakunya.

"Itu tidak perlu pengakuan karena ada atau tidaknya pengakuan dengan alat buktisignivication cyber crime investigation, kita sudah boleh menyimpulkan, menunjukkan siapa orangnya," jelas Edward ketika ditemui di Jakarta, baru-baru ini.

Setakat ini, pihak terbabit - Ariel, Luna Maya dan Cut Tari - tetap menafikan mereka adalah 'pelakon' dalam video tersebut.

Bagaimanapun, Edward menyifatkan hak mereka unutk menafikan penglibatan masing-masing.

"Dokumen peribadi mereka. Itu tidak diakui hak mereka. Kita tidak butuh pengakuan. Oh. Kita sudah buktikan dengan bukti pembanding, kita sudah yakin," ujar Edward lagi. - kapanlagi.com

Wednesday, June 16, 2010

Iya ka ni Jimmy...

Jimmy Pilih Anak Jutawan Bukan Kerana Harta
Jimmy dan Nursuhaila pada majlis pertunangan mereka Jumaat lalu
BARU sahaja melangsungkan pertunangan dengan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy, pengacara Akademi Fantasia musim kelapan (AF8), Jimmy Shanley menafikan dia memilih anak jutawan itu kerana harta.
Menurutnya, tiada istilah mencari kekayaan dalam memilih kekasih terutamanya dengan wanita yang bakal berkongsi hidup dengannya.
"Saya tidak pernah memilih untuk berkawan dengan perempuan yang berlatarbelakang daripada keluarga yang mewah.
"Pertemuan kami tidak dirancang sama sekali dan soal status kehidupan keluarganya itu hanyalah secara kebetulan sahaja. Tuduhan kononnya pertunangan itu disebabkan faktor lain adalah satu tuduhan mereka yang tidak mengelai saya," katanya yang telah melangsungkan pertunangan dengan anak kepada pengasas produk kecantikan Natasya.
"Sebelum ini dia telah berkawan dengan ramai perempuan dan cuba mengenali mereka tanpa mengetahui latar belakang kemewahan masing-masing" ujarnya ketika dihubungimstar online.
Jimmy yang akan menamatkan zaman bujangnya pada Oktober tahun ini selamat bertunang dengan Nursuhaila Eliani di rumah pihak perempuan di Sunway Rahman Putra, Sungai Buloh, Jumaat lalu.
Ketika mengimbau kembali detik pertemuan pasangan itu, kisah cinta mereka terjalin sejak Jimmy bertemu dengan Nursuhaila di Genting Highlands sewaktu dia menjalani rakaman Trek Selebriti bersama Noni AF pada pertengahan tahun 2006.
“Nursuhaila merupakan peminat saya dan mahu mengambil gambar dengan saya ketika kami bertemu waktu itu.
“Selepas empat tahun, saya diundang menghadiri majlis hari jadinya pada 31 Januari lalu.
"Sejak itu kami menjadi rapat dan akhirnya saya melamarnya pada bulan lalu ketika AF8 hampir melabuhkan tirainya,” kata Jimmy
Khabarnya, Nursuhaila telah lama menyimpan perasaan kepada Jimmy sejak lima tahun lalu. Sebelum ini dia hanya melihat Jimmy menerusi televisyen, akhbar dan majalah.
Anak kedua daripada tiga beradik itu juga tidak pernah bercinta dan pernah menyimpan impian untuk mempunyai teman lelaki seperti Jimmy.
Ditanya apakah yang menarik minat Jimmy untuk memperisterikan Nursuhaila, Jimmy menjawab: “Dia sangat memahami kerja saya dan keluarga dia juga dapat menerima diri saya seadanya. Ibu dan bapanya juga sangat supportive dan sporting.”
Majlis pertunangan itu dihadiri kira-kira 300 yang terdiri daripada keluarga dan sanak-saudara kedua-dua belah pihak.
Sementara Jimmy yang merupakan anak yatim piatu dan bongsu daripada lapan beradik itu ditemani keluarga terdekat yang terdiri daripada abang dan kakaknya.
Majlis tersebut mendapat khidmat perunding perkahwinan Bahar Azman. Malah Bahar juga akan bertindak sebagai perunding majlis perkahwinan Jimmy pada Oktober nanti.
Jimmy berkata tiga majlis resepsi dijangka akan dilangsungkan iaitu di Kuala Lumpur, kampung pihak perempuan di Sungai Petani, Kedah dan kampung pihak lelaki di Ipoh, Perak.

Tuesday, June 15, 2010

Alahai Apek oi

Apa yang bestnya ni Apek...

Tak habih habih dengan cerita artis diperangkap oleh dadah. Kak Ros pun naik pening dan hangin satu badan. Bangang, dah tau tak kuat iman, jangan dok jadi artis la. Biaq jadi macam laki kak Ros tu, orang seni jugak tapi low profile type. Dia tau dan takut tak mampu tahan godaan maha hebat dunia artis.

Nak bagi orang gelak memang susah, pekena menatang dadah haram tu okey la. Nak bagi hilang malu ataih pentas pun bukan macam makan kacang tapi kena saja menatang dadah haram tu, hilang habih segala segan silu.

Kak Ros tak mau tuduh, tapi berita dah heboh kata Apek ditahan atas sebab sebab dadah. Tahanan remannya akan berakhir esok. Kak Ros punya jaga tak mau jadi penyambung lidah fitnah, berdosa besaq tu. Sebab tu kak Ros biaq sampai naik basi berita ni baru kak Ros ulas sikit.

Bersalah atau tidak belum tau lagi, tapi masyarakat dah siap hukum. Besa la tu. Bila hang terpalit saja ngan najis dadah ni, habih sorang sorang lari dari dekat dengan hang. Cuba tengok Astro dan TV3 yang hari ni mengesahkan pelawak Saiful Apek bukan residen artis mereka.

Amacam Apek, la ni giliran hang pulak nak tengok langit tinggi ka rendah akibat kelalaian sendiri. Bersalah atau tidak, biaq Polis dan mahkamah yang tentukan tapi kelalaian sendiri jugak yang menyebabkan runtuhnya maruah sendiri.

Saturday, June 12, 2010

Harith Iskander dah kahwin

Jezamine Lim Sah Isteri Harith Iskander
PETALING JAYA: Sekian lama membujang, kini pengarah, pelawak dan pelakon terkenal tanah air, Harith Iskander Musa sah bergelar suami kepada doktor dan model sambilan, Jezamine Lim selesai majlis pernikahan kedua mempelai di Kota Damansara, di sini hari ini.
Hanya dengan sekali lafaz, Harith Iskander, 44, dan gadis berdarah kacukan Cina dan India, Jezamine, 27, yang baru memeluk Islam di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Shah Alam, Selangor, 12 Mei lalu berjaya disatukan walaupun tanpa kehadiran ramai ahli keluarga masing-masing.
Dalam majlis serba ringkas itu, pihak lelaki memberikan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin Carat Club serta wang hantaran sebanyak RM50,000.
Harith yang diapit sahabat baiknya, Hans Isaac turut menyerahkan tujuh dulang hantaran termasuk sirih junjung, senaskhah al-Quran dan satu persalinan kain kepada pihak perempuan.
AKHIRI zaman bujang..Harith Iskander, 44 menyerahkan mas kahwin kepada Jezamine Lim, 27, pada majlis pernikahan di Kota Damansara, Petaling Jaya hari ini.- Foto The STAR oleh AZLINA ABDULLAH.
Manakala pengantin perempuan membalas sembilan dulang hantaran antaranya tali leher Louis Vuitton, kasut Valentino, set wangian Dunhill, buah-buahan dan manisan Paatchi Chocolate.
Sementara itu, Harith memberitahu pemberita, sepanjang majlis berlangsung dia terkenangkan arwah kedua ibu bapanya yang baru sahaja meninggal dunia bermula bapanya, Musa Mohamad meninggal dunia pada usia 78 tahun pada 26 Februari diikuti ibunya, Farida Jane Musa, 83, tiga minggu kemudian.
"Sebelum meninggal dunia, ibu sempat berpesan bahawa dia akan 'berpihak' kepada Jezamine kerana dia terlalu sayang padanya.
"Saya dapat rasakan kehadiran mereka. Hari lahir ibu dan bapa kebetulan jatuh pada bulan ini dan kami memilih hari ini bagi memperingati mereka," ujarnya.
Jezamine pula terpaksa mengharungi tentangan keluarga apabila menetapkan hati dan fikirannya untuk mengahwini Harith serta menjadi saudara baru Islam.
"Saya percaya ini merupakan cabaran untuk menguji sekuat mana kasih sayang kami.
"Yang penting, kami tidak akan berputus asa kerana tidak ada apa yang sempurna dalam dunia ini, walaupun pada mulanya tidak direstui tapi lama-kelamaan pasti mereka berlembut," kata Jezamine yakin.
Harith dan Jezamine bertunang tanpa sebarang majlis rasmi pada Hari Kekasih 14 Februari lalu selepas berkenalan menerusi Facebook, bertukar-tukar SMS dan berpacaran hampir setahun lamanya.
Disebabkan kepadatan jadual, Harith yang sepatutnya mula latihan bagi teater Cuci The Musical 2 Julai depan itu juga mengakui terpaksa menangguhkan percutian bulan madu sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri.
Sementara itu, kira-kira 100 tetamu yang hadir dijamu hidangan tajaan restoran milik pasangan mempelai, Samsaraa. Restoran itu terletak di No. 11, Jalan Sri Hartamas 7, Taman Sri Hartamas Kuala Lumpur.

Kejadian Dibaling Gelas - Johan Tuntut RM1 j

Oleh KEMALIA OTHMAN
Peguam Zahrin Emrad menunjukkan kesan luka yang dialami Johan akibat dibaling gelas tersebut.
KUALA LUMPUR: Pelakon dan pelawak, Muhammad Yazid Lim, 26, atau lebih dikenali sebagai Johan Raja Lawak melalui peguamnya Zahrin Ishak memberi tempoh tujuh hari kepada pengarah Mohd. Javed Mohd. Nizar, 33 untuk membayar RM 1 juta sebagai ganti rugi berikutan kes dibaling gelas sehingga menyebabkan kecederaan.
Menurut Zahrin dari Zahrin Emrad & Sujaihah, notis tuntutan agar Javed berbuat demikian telah diserahkan pada 10 Mei lalu.
Selain menuntut ganti rugi RM1 juta, Javed turut dituntut agar meminta maaf secara terbuka dan menarik balik surat dan email yang diedarkan kepada persatuan-persatuan dan media bagi menjelaskan keadaan tersebut serta merta.
Johan turut menuntut ganti rugi khusus sampingan dan bertambah iaitu jika dia membuat pembedahan plastik.
Sementara itu, Johan yang ditemui pada sidang media yang dianjurkan Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) itu turut kecewa dengan tidakan Javed yang menyebarkan berita tidak benar kepada semua media dan persatuan-persatuan dalam industri hiburan.
"Dalam surat yang diberikan kepada pihak Seniman, dia mendakwa saya tidak beri komitmen, tidak membaca skrip, tidak berdisplin, datang lewat dan mengganggu tumpuan artis lain untuk berlakon.
"Penggambaran baru masuk hari kedua, saya hairan kenapa mereka kata saya datang lewat sedangkan saya datang sebelum mereka mulakan pengambaran.
"Sehari sebelum penggambaran iaitu 10 Mei, ibu saya meninggal dunia dan saya minta untuk cuti sehari bagi menguruskan jenazah dan keesokkannya saya terus datang ke lokasi pengambaran kerana tidak mahu memberi masalah kepada mereka," jelasnya yang menjalani penggambaran Bisikan Arwah.
Johan mahu tindakan ini akan memberi pengajaran kepada orang lain.
Namun begitu, ketika mahu memulakan penggambaran mereka memanggil saya supaya datang ke sebuah restoran untuk membincangkan sesuatu perkara.
"Saya duduk semeja dengan Javed dan dia lantas memaki saya dengan perkataan kesat dan melemparkan gelas kaca sehingga pecah. Tidak habis di situ dia menumbuk muka saya beberapa kali dan menendang Ozlyn (Isteri) yang cuba melindungi saya.
"Saya rasa tindakan mereka tidak profesional kerana tidak memberi sebarang penjelasan terlebih dahulu apa sebenarnya berlaku," jelasnya kesal.
Dalam kejadian pada pertengahan Mei lalu Johan cedera pada dahi kiri dan pipi kanannya akibat terkena gelas kaca tersebut.
Dia menerima lima jahitan akibat luka pada dahinya itu.
Tambahnya lagi, tindakan undang-undang yang diambil itu bagi memberi kesedaran dan pengajaran kepada pengarah dan artis-artis yang lain agar perkara ini tidak terus terjadi.
"Memang saya sudah memaafkan dia tetapi tindakan undang-undang yang saya ambil ini atas tindakan yang dia lakukan kepada saya dan perkara ini akan menjadi pengajaran kepada semua," ujarnya.

Friday, June 11, 2010

Syabas! Faizal Tahir Mahu Ke Palestin & Mati Syahid

PETALING JAYA: Penyanyi Faizal Tahir menawar diri untuk menyertai misi kemanusiaan dan sanggup mati syahid bagi membantu rakyat Palestin yang menghadapi kekejaman rejim Zionis Israel.

Faizal mengakui menangis apabila melihat menerusi internat dan membaca kisah-kisah kekejaman yang dilakukan oleh rejim tersebut terhadap umat Islam yang tidak bersalah.

“Saya tidak malu untuk berterus terang yang saya menangis melihat kesengsaraan saudara kita di bumi Palestin terutama penduduk Gaza,” katanya ketika ditemui selepas ditemu bual menerusi rancangan terbitan TV3, Wanita Hari Ini (WHI) di sini, semalam.

Faizal yang juga bapa kepada tiga orang anak berkata, jika ada tawaran daripada badan-badan sukarelawan untuk mengajaknya ke sana, dia tidak akan menolak.

Ini kerana adalah menjadi tanggungjawabnya sebagai seorang Islam untuk sama-sama membantu dan sekurang-kurangnya memberi sokongan kepada golongan yang dihimpit kesengsaraan.

“Sekiranya tidak bercanggah dengan jadual tugas dalam bidang seni, saya bersedia untuk meninggalkan isteri dan tiga orang anak saya bagi menyertai mana-mana misi kemanusiaan sebagai tanda sokongan saya kepada rakyat Palestin. Saya pun sanggup mati syahid,” katanya.

Lebih menguatkan perasaan itu apabila ayahnya, Dr. Mohd. Tahir yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif sebuah badan sukarelawan turut terlibat menyalurkan bantuan kemanusiaan untuk masyarakat tersebut.

Ujar lelaki yang popular dengan lagu Sampai Syurga ini, atas sebab itu juga dia sanggup menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Datuk Seri Farid Ridzuan untuk menyertai mana-mana aktiviti sukarelawan yang dianjurkan stesen televisyen itu.

Bagaimanapun secara kebetulan TV3 sedang menggerakkan kempen Bebaskan Bumi Palestin yang seterusnya menawarkan Faizal menjadi duta bagi menjayakan kempen tersebut.

“Ketika hati saya dirundung kesedihan mengenangkan mereka yang kurang bernasib baik itu, TV3 pula bersetuju melantik saya menjadi duta kempen ini. Saya amat bertuah,” katanya.

Menerusi aktiviti tersebut kata Faizal, dia akan memainkan peranannya sebagai seorang artis untuk berkongsi cerita dengan orang ramai dalam menyalurkan mesej kemanusiaan.

Kempen yang tidak melibatkan apa-apa sumbangan dan kutipan wang itu akan dilakukan dalam bentuk penerbitan klip video selama 30 saat yang akan disampaikan oleh Faizal.

“Setiap kali menonton klip video berkenaan, ia akan memberi peringatan kepada mereka mengenai kesusahan dan kesengsaraan yang dilalui oleh umat Islam yang telah ditindas.

“Dalam klip video itu juga saya akan meminta rakyat Malaysia untuk mendoakan kesejahteraan penduduk Palestin kerana hanya dengan doa sahajalah bentuk sumbangan yang mudah dan mampu kita beri ,” katanya.

Tambah Faizal lagi, kebenciannya terhadap tentera Israel bertambah apabila mereka tergamak menawan kapal Mavi Marmara dan MV Rachel Corrie yang turut membawa sukarelawan Malaysia.

Thursday, June 10, 2010

Yahudi juga cedera & mampos!!

Sumber: orangkasai
Selama ini benda-benda macam ni tidak dihebohkan oleh surat khabar. Ramai orang menyangka yang mati dan yang cedera cuma pejuang-pejuang dan rakyat Pelastin sahaja. Rupa-rupanya puak-puak laknat ni pun ada cedera dan ada yang mampos juga. Padan muka.

Kalau ikut logik, apalah kemampuan yang ada pada pejuang dan rakyat Pelastin hingga menyebabkan yahudi laknat ini mampos. Keyakinan dan kekuatan dalaman serta mendapat pertolongan Allah telah menyebabkan yahudi tidak semudah itu merampas bumi Pelastin. Walaupun pada zahirnya mereka mempunyai pelbagai kelebihan berbanding pejuang dan rakyat Pelastin yang hanya mempunyai ketulan-ketulan batu dan lastik sebagai senjata tapi yahudi ini mampu di cederakan dan dibunuh.

TAKBIR!!

Allah Akhbar    Allah Akhbar     Allah Akhbar

Berat lagi bahu yang memikulnya

PILU...Saudi (dua dari kanan) tidak dapat menahan sebak selepas menatap wajah arwah isterinya  sebelum dikebumikan, semalam.
Kak Ros tumpang pilu dan tak dapat menahan sebak membaca peristiwa malang yang telah ditakdirkan Tuhan menimpa hamba Allah ni. Seluruh ahli keluarga Saudi telah terkorban dalam satu kemalangan ngeri kelmarin. Al fatihah untuk semua... semoga sdr Saudi lebih tabah menghadapi ujian Allah ini.

Isteri pada sdr Saudi yang terkorban dalam kejadian kira-kira jam 8.40 malam itu ialah Nor Faizah Mansur, 31, yang juga pengusaha kantin, manakala empat anaknya ialah Nur Sahera Atikah Saudi, 13, Nor Safiana Atikah, 10, Nor Suhaila Asirah, 7, dan Md Sahrul Amir, 3. Adik lelaki Nor Faiza yang terkorban ialah Mohamad Saiful Anwar, 14. 

Semua mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas Proton Iswara dipandu Nor Faizah dari Muadzam Shah menuju Pekan bertembung lori terbabit. Cerita lanjut dari sini...

Gula: Tunjuk kuasa biaq bertempat

Gula kurang ni dah merata rata, tak tumpu kat sesatu tempat saja.

Kak Ros pun cari gula kot belah pekan Bukit Mertajam pun dah susah. Banyak kedai yang ambik kesempatan buat buat kata tak dak gula. Padahal depa ada jugak kalau kita desak dengan bersungguh sungguh.

Jadi kak Ros setuju jugak la kerajaan tak akan tunduk kepada peruncit seperti kata menteri Ismail Sabri.


Kak Ros setuju sangat depa tegas macam tu tapi langkah yang lebih praktikalnya ialah kuatkan jaringan penghantaran gula kita ke setiap pelusuk negara yang tidak tertumpu pada kawasan bandar saja. Tanpa jaringan yang kuat, boikot peruncit akan berjaya.

Kerajaan ada kuasa, kena tunjuk kuasa biaq kena pada tempatnya. Jangan dok kekang pekedai kecil dikampung kampung dengan pelbagai peraturan yang membebankan sekali gus membiar lepas pemborong pemborong besar di bandar bandar.

Wednesday, June 9, 2010

Selamat pengantin...

Jangan marah Aziz, kak Ros tak tau nak boh selamat pengantin baru ka lama... hihi...

Ahh... hantam saja la, baru ka lama pun. Kak Ros tau Aziz bukan kisah orang nak kata hapa pun. Gatai ka, miang dan tak sedar diri ka, asalkan sama sama mau dan suka.

Aziz M. Osman telah menikah dengan anak dara berusia 21 tahun baru-baru ini. Majlis pernikahan di Masjid Negara dan persandingannya di Restoran Seri Melayu, Kuala Lumpur pada sebelah malam yang diadakan pada Ahad lepas ternyata meriah walaupun ada yang kata perbezaan usia serta kontroversi yang pernah tercipta sebelum ini bakal menggugat keceriaan suasana.

Tahniah la pada Aziz, 48, dengan isterinya Puteri Lily atau nama sebenarnya Puteri Sarbainun Lokman, 21 diatas ikatan ini.

Tuesday, June 8, 2010

Ajai berjiwa besar, Ajai mohon maaf

Baguih la jugak, Ajai dah mohon maaf rupanya. Kak Ros suka tengok artis artis kita macam ni, berselisih paham cepat cepat mintak maaf, jangan dok ego tak ketahuan hala sangat.

Ajai pun tak bermaksud nak perlekehkan Saari Amri. Mungkin salah paham saja kot.

“Tidak timbul saya mengguris hati dia kerana contoh yang saya berikan semasa sidang media itu adalah dengan niat yang baik. Mungkin dia salah mentafsirkan maksud saya itu,” jelasnya.

Contoh terbaik kalau nak hidup dengan orang ramai, kena ringan mulut untuk mintak maaf kalau dah tau kita yang buat salah....

Cerita sedih

PASANGAN ISTIMEWA...Mohd Shah dan Nik Aslishaz diraikan pada majlis perkahwinan mereka, semalam.
Terpulang pada masing masing punya pandangan, kak Ros pun tak reti nak kata apa, cuma nak ucapkan tahniah saja la...

Dedah rahsia
JOHOR BAHRU: “Hari ini menjadi detik penuh bermakna bagi kami kerana bukan saja impian membina mahligai tercapai, malah sudah tiba masa untuk berterus-terang dengan keluarga kami sebenarnya pembawa virus HIV selepas hampir empat tahun menyimpan rahsia itu,” kata raja sehari, Mohd Shah Khalid, 34, semalam.

PASANGAN ISTIMEWA...Mohd Shah dan Nik Aslishaz diraikan pada majlis perkahwinan mereka, semalam.Dia yang berasal dari Batu Pahat di sini, berkata, biarpun berita berkenaan memberi kejutan kepada kedua-dua keluarga, namun mereka tetap memberi restu dan meraikan majlis itu bersama isteri, Nik Aslishaz Mustapha, 33, di Pertubuhan Kebajikan Intan Zon Kehidupan di Jalan Wijaya, Taman Abad di sini, semalam.

Menurutnya, seperti pasangan mempelai normal lain, dia dan isteri juga mengimpikan kehidupan bahagia sepanjang hayat dan mereka kini lebih berfikiran terbuka menghadapi sebarang cabaran bagi melaksanakan tanggungjawab suami isteri.

“Sebelum ini, saya mahupun isteri yang berasal dari Kuala Krai, Kelantan terpaksa merahsiakan perkara itu kerana bimbang menyinggung perasaan keluarga selain menimbulkan masalah tidak diingini.

“Saya mula menghidap virus berkenaan sejak empat tahun lalu akibat terbabit dalam penagihan dadah manakala isteri pula disahkan menghidapi virus berkenaan akibat jangkitan daripada bekas suaminya yang sudah meninggal dunia.

“Pada awalnya, saya hampir putus asa selepas disahkan menghidapi virus berkenaan dan menjangka mungkin terpaksa membujang seumur hidup tanpa menikmati kebahagiaan kehidupan berumah tangga.

“Namun, kini saya sedar bahawa hidup, mati, rezeki dan jodoh adalah ketentuan Allah,” katanya,

Menyingkap detik perkenalannya bersama suami, bekas janda anak tiga itu berkata, hubungan percintaan mereka mula berputik apabila bertemu suaminya yang juga penyelaras Pertubuhan Kebajikan Intan Zon Kehidupan dalam satu program amal dan selepas bertukar nombor telefon, mereka sering berhubung bagi bertanya khabar.

Menurutnya, tidak dijangka, perkenalan kurang setahun itu akhirnya membawa mereka ke jenjang pelamin dan berterima kasih kepada semua tetamu memberi sokongan moral.

“Biarpun bergantung kepada ubat-ubatan bagi mengelak jangkitan, saya dan suami bercadang untuk aktif menjalankan lebih banyak program amal dan memupuk kesedaran masyarakat mengenai virus HIV.

“Kami juga berhasrat mengikis stigma masyarakat mengenai pembawa virus HIV dalam kalangan masyarakat,” katanya yang menerima mas kahwin RM22.50 serta sebentuk cincin daripada suaminya.

Mempelai berkenaan turut menerima kunjungan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tanjung Puteri, Adam Sumiru dan Pengurus Pertubuhan Kebajikan Intan Zon Kehidupan, K Rasasoran.

Saari Amri bengang

Kak Ros suka lagu lagu tangkap lentok Saari Amri ni. Dia memang hebat dalam bidang dia.

Tapi kak Ros pun bengang jugak bila dengaq cerita dia tengah bengang ngan mulut celupar si Ajai tu. Bukan apa, Saari Amri tu kecik hati saja.

Ikut kisahnya disini, komposer terkenal Saari Amri berkecil hati dengan Ajai selepas bakal dekan rancangan Keynote itu dilaporkan membuat kenyataan merendah-rendahan tahap pendidikan Saari pada satu sidang media hujung bulan lalu. Saari dalam kenyataannya melalui akhbar Mingguan mStar semalam berkata, Ajai tidak sewajarnya membuat kenyataan itu kerana ia benar-benar telah mengguris hatinya.

“Siapa Ajai hendak merendah-rendahkan saya? Dia pun popular disebabkan saya yang menaikkan namanya bersama Exist dulu. Tahu atau tidak lirik lagu Untukmu Ibu siapa yang tulis kalau bukan saya?” soal Saari.

Tak patut jugak la kalau betoi Ajai kata camtu...

Monday, June 7, 2010

Kesian Shahir, dah juara tapi...

Kesian la kak Ros kat adik kita sorang ni. Nak kata tak berjaya, dah berjaya dah pun. Dah ada dipuncak dah ni. Tapi mungkin persediaan tak cukup lagi kot, pengalaman tak banyak lagi.

Orang dengki dengan busuk perut Shahir oi, tahan pi la. PHD ni banyak dalam masyarakat kita. Nama orang Islam, tapi hidup merapu tak ikut Islam langsung. Hang tu kena jaga, tapi lama lama esok ni hang nanti jadi mangli la. Kalau hang hanyut sama, hang mampuih la nanti kak Ros pun kutuk hang sekali.

Pakej hang dah ada, rupa hensem (macam laki kak Ros dedulu ni), sora sedap dan lagu berhantu (macam laki kak Ros dedulu jugak hihi..). Jaga perangai dan tingkah laku saja, yang lain tu serah kat Tuhan. Kalau perangai elok jangan dok takut dan susah hati lah.

Dibawah ni kak Ros perturunkan lagu berhantu dia, kak Ros pun naik lentok ngan lagu dan sora jantan dia ni... huhu...

JUARA Akademi Fantasia (AF) musim kelapan, Ahmad Shahir Zawawi tidak menyangka gosip dan fitnah yang melanda dia sejak kebelakangan ini sedikit sebanyak boleh menganggu ketenangan hidupnya.

Walaupun dia sedia menghadapi segala kemungkinan dan gosip yang mendatang, Shahir akur ada kalanya hatinya terguris.

Meskipun wajah nampak tenang, tapi kocak di hatinya, tuhan saja yang tahu. Menurut Shahir, bukan semua gosip mampu ditepisnya. Ada juga gosip yang cukup menghiris hati kecilnya sehingga membuat dia tidak mampu memberi sebarang komen. Gosip kononnya ibu dan ayahnya duduk berjauhan di konsert akhir AF8 membuat Shahir tersentuh.

Ayam berkicap

Lama jugak kak Ros tak tarok resepi no. Bukannya apa, sibuk giler tambah tambah dah dekat musim perayaan ni. Mana dengan nak jahit baju. Mana dengan bisnes kain baju kak Ros lagi. Nasib baik la laki kak Ros tu spoting gak dan banyak membantu.

Kali ni kak Ros teringat nak tarok resepi ni pasai semalam dapat satu email dari kawan kak Ros di Johor. Dia mintak 'share'kan dengan semua pembaca. Selamat mencuba walaupun kak Ros rasa macam tak dak masa la nak cuba lagi.

BAHAN-BAHAN:

1 kg ayam - potong kecil
1 1/2 cawan bawang goreng
1/2 cawan kicap manis
4 cawan air
3 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos tiram
2 tangkai daun kari

BAHAN KISAR:

1 labu bawang besar
6 ulas bawang putih
5 cm halia
3 batang serai
15 tangkai cili kering
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar ketumbar
3 biji tomato

Cara Menyediakan:

1. Panaskan minyak, dan tumis daun kari bersama bahan kisar hingga kering dan naik bau.

2. Setelah itu masukkan ayam, dan tuangkan, sos, kicap dan air.

3. Biarkan ia mereneh. Bubuhkan sedikit garam dan gula.

4. Biarkan ayam masak. Setelah ayam empuk dan kuahnya kering, tuangkan bawang goreng.

5. Dengan segera gaul rata dan biarkan sebentar.

6. Kuahnya boleh juga basah ataupun kering.

Sunday, June 6, 2010

Ifa Raziah dipukul

Ifa Raziah
Besa la, kalau ada pompuan yang kena sekeh dengan lelaki saja, kak Ros mesti bangkit dengan ulasan. Kak Ros naik menyampah kalau ada lelaki yang pukui pompuan ni.

Tapi berita ni bagi kak Ros kira stendet la. Sapa yang tak kenal Ifa Raziah yang bermulut laser tuh. Kak Ros rasa ini semua perselisihan faham keluarga saja kot. Yang pukui dia tu adik lelaki dia sendiri, kut pasai pasai apa tak tau la tapi ada bersangkut paut dengan hutang adik lelaki dia kat arwah emak yang baru meninggal.

Tak elok la adik lelaki dia hangin satu badan sampai camtu. Bincang elok elok adik beradik tak boleh ka. Si Ifa tu kak hang, dia pompuan dan dah jadi tanggungjawab adik lelaki pun kena take care kak hangpa.

Ifa Raziah, penyanyi dangdut dan pelakon popular telah membuat repot polis mendakwa adik lelakinya menyerang gunakan topi keledar. Pasai keluarga kadang kadang tu tak elok dipublishkan kat umum. Tapi mungkin dah sampai peringkat repot polis dan masuk surat habaq macam ni, dah kira  haru jugak la.


Kiranya sebelum ni tak berguna la kot...

Judi yang haram cuba dihalalkan

Sumber: Pak Long

Salam semua...

Kenyang nasik kenduri petang tadi pun tak habih lagi. Pak Long tak lantak banyak sangat pun, dua pinggan saja. Tu pun nasib la Mak Long hang berdehem dua tiga kali.

Pak Long tengok, pelbagai bangsa dalam satu majlis. Jarang jarang kita tengok ditempat lain kan. Ni lah kelebihan kita yang wajib kita pelihara. Kebetulan Pak Long dan Mak Long hang semeja dengan Ah Seng. Banyak jugak yang kita gebang. Ah Seng pun setuju, Mak Long hang pun angguk, kalau boleh kita tak kelapaq tengok sesapa pun yang gatai timbulkan isu perkauman yang sensitif yang boleh merenggangkan hubungan unik ni.

Ni yang buat Pak Long gelak besaq ni. Kalau dulu kita kata judi ni untuk kaum Cina, tapi la ni tak boleh lagi dah. Ah Seng menyinga sakan bila judi dikaitkan dengan bangsa dia. Buddha pun melarang penganut depa main judi. Tiap sesatu yang boleh merosak diri dan keluarga dilarang. Pak Long tak tau nas mana dalam ajaran Buddha yang dia pakai. Tapi dia memang marah sungguh sungguh.

Rupa rupanya judi jugak sensitif bagi kaum Cina, sesapa yang kata kaum Cina suka main judi pun dah dikira bermain dengan isu perkauman. Ni, bila ada Cina yang marah judi dikaitkan dengan bangsa Cina, Pak Long dah tak boleh nak pikiaq dah pasai apa lagi judi perlu dilesenkan di Malaysia.

Awang Adek boleh tolong jawab dak...

Wassalam...

Saturday, June 5, 2010

Nyaris

Malang tak berbau. Yang ni yang kadang kadang tu merisaukan kak Ros. Tapi kalau dok kalut pikiaq pasai kemalangan saja, pakai tak pi kemana la kita jawabnya.

Adik Azlina Khazali, 18, pelajar STAR dari Alor Setar terselamat daripada nahas yang lebih buruk apabila apabila kereta dinaiki bersama temannya terbabas dan merempuh pokok sebelum terjunam ke terusan di pinggir Jalan Alor Setar-Kangar, Kangar, pagi tadi. - Foto Adha Ghazali

Berhati hatilah ketika mengendalikan kenderaan memasing. Pompuan la ni tak serupa zaman dulu, pi mana pun boleh pusing setereng sendiri. Tapi kena la pandai pandai bawa diri dan jaga diri.

Friday, June 4, 2010

Maap, ni bukan cerita lawak

Kak Ros nak pesan kat hangpa semua, jangan dok gelak guling guling sebab ni bukan cerita lawak. Benda pelik tapi benar ni berlaku di Malaysia bukannya di Bangladesh atau Vietnam.

Kak Ros tak percaya kalau kata gula tak dak dipasaran. Ni semua taktik Yahudi cari makan. Srorok barang keperluan biaq sampai barang barang tu kurang dipasaran, lepaih tu bila permintaan tinggi baru kita juai dengan harga tinggi atau paksa kerajaan naikkan harga, kalau tidak barang tak dak.

Tak habih habih rakyat diperbodoh oleh puak kapitalis yagn pentingkan keuntungan diri dan poket dari kesejahteraan orang lain.

Tapi langkah segera yang diambil oleh PPDNNK Terengganu ni boleh dipuji jugak la bagi meringankan sakit kepala orang yang amat memerlukan gula ni. Pasangan yang mahu melangsungkan perkahwinan di Terengganu perlu menunjukkan kad jemputan untuk membolehkan mereka mendapatkan gula yang diperlukan bagi menjayakan majlis mereka.

Syabas lah, tapi kak Ros rasa ini hanya langkah sementara. Macamana pulak dengan langkah untuk jangka masa panjangnya?

Thursday, June 3, 2010

Kesian Anwar bila dia dilondeh camni

Doktor HKL: Tiada koyak tapi ada tembusan
Hafiz Yatim
Jun 3, 10
1:07pm
Perbicaraan liwat II yang membabitkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi diadakan secara tertutup hari ini.
Bagaimanapun kali ini, ia hanya untuk selama kira-kira 13 minit untuk membolehkan peguam Karpal Singh memeriksa balas saksi utama, Mohd Saiful Bukhari Azlan, sebelum orang ramai, termasuk wartawan dibenarkan semula ke galeri awam.

Ia bersambung dengan saksi kedua, pakar bedah Hospital Kuala Lumpur, Dr Mohd Razali Ibrahim dipanggil memberi keterangan.
Dua lagi doktor yang juga bakal memberikan keterangan ialah pakar rawatan kecemasan Dr Khairul Nizam Hassan, dan pakar patologi forensik Dr Siew Sheue Feng.

Pakar forensik Australia, Prof Madya David Lawrence Noel Wells dari Melbourne, yang dilantik oleh pasukan Anwar, juga hadir di mahkamah hari ini.
Dr Razali memberitahu mahkamah bahawa dia telah menjalankan pemeriksaan ke atas lebih 100 pesakit yang mempunyai masalah dubur.

Beliau menjelaskan prosedur pemeriksaan dengan sampel dari dubur diambil melalui calitan kapas ataupun dengan picagari.

"Kedua-dua peralatan mesti disteril."
Ketika memberi keterangan Dr Razali berkata analisis makmal menunjukkan kehadiran DNA dua lelaki.

Karpal yang kurang senang kerana doktor berkenaan memberi keterangannya dalam Bahasa Melayu.
Ini menyukarkan pihak pembelaan yang terpaksa menterjemahkan pengakuan itu kepada pakar forensik, Dr David Wells yang dibawa dari Australia hari ini.
Dia diterbangkan untuk meneliti pengakuan yang dibuat oleh tiga doktor dari Hospital Kuala Lumpur yang memeriksa Saiful setelah mendakwa dia diliwat.

Wells adalah profesor madya di Jabatan Kriminologi di Universiti Melbourne dan juga ketua perubatan forensik di Victorian Institute of Forensic Medicine, Australia

Karpal membangkitkan isu bahasa kerana pakar forensik pihak pembelaan, Dr Wells tidak dapat memahami keterangan saksi yang diberi dalam bahasa Melayu.

Pertikaman lidah berlaku lagi sehingga memaksa mahkamah berehat seketika.

Ia bersambu
ng semula pada jam 11.26 pagi dengan Dr Razali menyambung keterangannya dalam bahasa Inggeris.
Katanya, dia mengambil tiga sampel daripada Saiful - satu di bahagian bawah rektum, satu lagi di bahagian atas rektum dan yang ketiga dari bahagian perianal.

Katanya, pelincir digunakan bagi memasukkan peralatan khas ke dubur Saiful.

"Saya perhatikan terdapat lembapan."

Dr Razali berkata laporan perubatannya menyatakan empat calitan kapas itu menunjukkan kehadiran air mani.

Selepas merujuk laporannya sendiri dan juga laporan dari makmal jabatan kimia, Dr Razali berkata dia membuat rumusan bahawa ada kesan tembusan dengan zakar.

"Ini konsisten dengan rentetan peristiwa oleh mangsa.”

Beliau bagaimanapun mengakui bahawa laporan perubatannya menyatakan bahawa tiada bukti yang tidak dapat dipertikaikan bahawa tembusan melalui zakar berlaku kerana tiada kesan koyak, kecederaan atau luka mempertahankan diri.
Namun katanya, bukti klinikal itu bukan menyeluruh jika tanpa laporan makmal jabatan kimia.

Karpal cuba memperolehi kebenaran untuk menyoal balas Dr Razali pada masa yang lain, tetapi ia dibantah oleh pihak pendakwaan.

Semua pihak yang terbabit kemudiannya beredar ke kamar hakim dan berbincang selama kira-kira 15 minit.
Perbicaraan kes itu akhirnya ditangguhkan sehingga esok selepas mahkamah membenarkan permohonan Karpal yang ingin merujuk kepada pakar forensik dari Australia itu sebelum mula menyoal balas Dr Razali.

Meskipun mendapat bantahan, hakim membenarkan permohonan itu. Perbicaraan akan bersambung jam 9 pagi, esok.

Kami ditahan seperti penjenayah

Sukarelawan antrabangsa yang selamat dalam perjalanan ke Jordan.

KUALA LUMPUR – “Kami ditahan seperti penjenayah perang selama 28 jam di penjara Israel.” Itu pengalaman yang tidak mungkin dilupakan oleh 12 sukarelawan Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Israel selepas kapal bantuan kemanusiaan ke Gaza ‘Mavi Marmara’ diserang tentera Israel di perairan antarabangsa tiga hari lepas.

Menurut Ketua Misi Sukarelawan Malaysia, Noorazman Mohd. Samsuddin, mereka tidak boleh bergerak bebas sehinggakan hendak membuang air pun tidak dibenarkan.

“Bayangkanlah betapa azabnya keadaan kami pada ketika itu menghadapi kekejaman rejim Zionis,” katanya.

Wartawan penyiaran Astro Awani, Ashwad Ismail, 25, yang menyertai misi bantuan tersebut juga turut menceritakan bagaimana dia cemas selepas terpisah dengan jurukamera, Samsulkamal Abdul Latip selepas serangan komando Yahudi tersebut.

Katanya, kedua-dua mereka terpisah selepas ditahan dan digari oleh tentera Israel, dan hanya ditemukan selepas dibebaskan di sempadan Israel-Jordan semalam.

“Layanan diterima dalam tempoh 28 jam itu menggambarkan konflik enam dekad dialami rakyat Palestin yang tertindas,” katanya.

Wednesday, June 2, 2010

Dua terkorban lemas

Berita Metro disini, mengisahkan dua sahabat yang menjadi korban lemas dilaut memang meruntun naluri keibuan kak Ros. Kak Ros percaya sapa pun jugak, ya la bukan mudah nak bela anak membesar sampai umoq 14 tahun tuh. Tetiba meninggal dalam keadaan tragis macam ni.

Ini yang dikatakan takdir Allah mengatasi segalanya. Jangan kata mak pak dia tak sayang. Tak jugak, tapi Tuhan lebih menyayanginya. Ujian Allah datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Cuma kesabaran dan ketabahan kita saja membezakan kita dengan yang lain dalam menghadapi dugaan Allah ini.

Tuesday, June 1, 2010

Wanita berpurdah buka kedai seks

Kak Ros pun tak reti nak kata apa. Terkedu jugak la bila tengok berita ni disini.

Tapi kak Ros rasa baguih jugak sekurang kurangnya dia ikut sunnah nabi iaitu berniaga. Cuma barang niagaan dia saja yang nampak tak elok dari segi budayanya. Kak Ros tak tau la pulak apa pandangan agama tapi kak Ros kalau boleh tu nak tanya jugak dia, macamana kalau pelanggan dia tu beli barang dia dan pi salah guna? Macamana dia nak tau yang pembeli dia tu orang yang dah kahwain?

Patut pun dia pakai purdah, nak tutup muka tak mau bagi kenai kot pasai juai benda alah ni... hihi....

*******************************

Kedai seks untuk suami isteri?

KHADIJA ahmed berbual dengan seorang pelanggannya di kedai seks miliknya di Isa, utara Manama pada 19 Mei lalu.

MANAMA - Seorang wanita berpurdah, Khadija Ahmed, 32, membuka sebuah kedai barangan seks yang pertama di Bahrain khas untuk pasangan suami isteri.

Wanita itu berkata, dia tidak menganggap satu kesalahan untuk menjual produk seks seperti pelincir dan beraneka alat permainan seks termasuk vibrator kerana menurutnya, Islam tidak mengharamkan kenikmatan di bilik tidur.

"Ia bukan kedai seks seperti yang terdapat di Barat," kata wanita itu.

"Kedai ini bertujuan untuk membantu pasangan yang telah berkahwin dan hanya pasangan suami isteri dapat menikmati seks dengan sepenuhnya," tambahnya.

Kedai tersebut yang bernama Dar Khadija, dilancarkan secara dalam talian pada 2007 tetapi Khadija memutuskan untuk membuka perniagaan itu ekoran sambutan menggalakkan daripada pelanggan. - AFP
Related Posts with Thumbnails