Sahabat adalah perisai diri

Saturday, July 31, 2010

Semoga jadi Imam yang beriman

Kak Ros tak ikut sangat pun rancangan Imam Muda di Astro Oasis ni. Entah, tak tau pasai apa bila kak Ros rasa macam terganggu sikit bab bab agama dibuat pertandingan macam ni. Bukan kak Ros nak komen atau komplen apa apa pasai rancangan ni, kak Ros orang kecik saja yang mungkin tak sesuai nak kata suka ka tak sesuatu rancangan tuh. Orang peduli hapa kak Ros suka ka dak, rancangan tu pun dah habih dah pun.

Anyway, tahniah la pada pemenang pertama di musim pertama rancangan Imam Muda iaitu, Muhammad Asyraf, 26 yang berasal dari Sungai Gelugor, Pulau Pinang. Hebat jugak orang orang Penang ni, patut kak Ros pun rasa hebat semacam saja...

Thursday, July 29, 2010

Ratu ular pengsan

Ratu ular pengsan bukan dipatuk tetapi kepenatan

KOTA BAHARU, 28 Julai – Gadis digelar “Ratu Ular” yang pengsan ketika mengadakan pertunjukan di Muzium Kelantan di sini semalam menganggap insiden itu sebagai satu ujian untuk menghadapi cabaran lebih besar untuk mencipta rekod dalam Malaysia Book Of Records tahun depan.

Puteri Nur Ariyani Saiful Yazan, 24, berasal dari Sungai Petani, Kedah, berkata kejadian itu berlaku kerana terlalu penat.

“Mungkin ramai yang menganggap saya pengsan kerana dipatuk ular... bukan, sebenarnya saya keletihan kerana seharian terpaksa berada dalam bilik dan berkurung dengan ular,” katanya di sini hari ini.

Puteri Nur Ariyani dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II dan diberi rawatan sebagai pesakit luar untuk meneruskan tugasnya tinggal bersama beratus ekor ular dalam kotak kaca berukuran 10 x 10 meter di muzium itu.

Pameran dan pertunjukan ular di muzium itu dianjurkan Perbadanan Muzium Negeri Kelantan selama sebulan mulai 6 Julai lepas.

Pengarah Muzium Negeri, Fauzi Mat, berkata sehingga semalam, seramai 30,000 orang mengunjungi pameran itu sejak iannya dibuka kepada orang ramai. – Bernama

Wednesday, July 28, 2010

Anak: Yang tak dak gigih berusaha, yang ada jadi pendera

Kak Ros ada gak kengkawan dan adik beradik yang kahwin dah lama tapi sampai la ni masih tak dak rezeki untuk dapat anak. Dah bermacam ikhtiar yang depa buat, baik moden ataupun tradisional. Susah senang depa kadang kadang tu depa kongsi dengan kak Ros. Jadi sikit sebanyak kak Ros tau la sedih pilu rasa hati depa.

Cuba kita selami perasaan depa, baru kita hargai apa yang kita ada. Cuba kita pahami susah senang hidup depa sebagai pasangan yang tak ada anak, then baru kita tau betapa bertuahnya kita yang punya anak.

Tapi rupanya masih ada orang orang yang tak sayang anak setelah depa dapat anak yang juga berupa amanah dari Tuhan pada hambanya. Dalam myMetro, seorang bayi perempuan berusia lapan bulan dipercayai didera berikutan mengalami kesan lebam dan kecederaan pada beberapa bahagian badan telah diselamatkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di sebuah rumah di Batu Berendam, Melaka.

Orang yang tak dak anak punya berdoa siang malam, ikhtiar pagi dan petang nak dapatkan cahaya mata, tapi depa senang senang saja dera anak sendiri.

Monday, July 26, 2010

Perghh... hebat mat rempit ni

video
Walawoii... memang kelas betoi mat rempit ni, cemerlang dan terbilang. Terbaik dalam kelasnya...

Kak Ros pun tumpang seronok tengok gaya dan mutu rempit macam ni. Cuma kak Ros berharap dia pandai pandai la guna kelebihan yang ada kat dia tu ditempat yang betoi... kalau dah sampai berbungkus kepala sampai ke kaki, se duit pun tak berguna lagi... hu... hu...

Sunday, July 25, 2010

Lagi artis berkelaku hodoh

Amboiiii... kak Ros rasa dua tiga minggu ni macam dah jadi wartawan hiburan la pulak. Asyik dok komen ngan perangai artis saja... hik..

Haa... ni ada sorang lagi artis bekas anggota kumpulan lawak Senario. Popular jugak budak Yassin ni dengan lawak slumber dan spontannya. Dulu dah kena rasa kak Ros dua kali dah kes yang sama, kali ni kena lagi. Yassin Yahya 32 (gambar), ditahan polis kerana dipercayai terlibat dengan penyalahgunaan dadah, awal pagi Ahad.

Muda belia lagi, tapi hanyut bila dah sangkut dengan dunia hiburan.

"Ujian tersebut juga mendapati Yassin mengambil dadah jenis ganja, manakala dua orang lagi iaitu pengurusnya dan seorang ahli perniagaan dikesan mengambil dadah jenis ketamin," kata Khalid seperti dipetik portal The Star Online, Ahad.

Jadi kita sebagai warga Malaysia yang punya keluarga dan anak anak tentu berasa risau apatah lagi bila ada artis tempatan pulak yang sangkut dengan najis dadah ni. Tentu ada jugak anak anak kita yang kenai malah tak keterlaluan yang anggap dia ni sebagai idola depa. Anak anak kena la kita dok peringat depa, najis dadah ni merbahaya. Orang yang popular akan jadi hina bila dah kena. Orang kaya akan jadi papa kedana kalau dah di babit sama.

Masaalah yang lebih serius ialah ia jugak membabitkan kaum keluarga serta sahabat sahabat pada mangsa najis dadah tu termasuklah jugak peminat peminatnya kalau ada. Nak maju cari la cara lain dari menjadi hamba pada dadah tu. Jom boikot saja artis artis yang berkelaku hodoh sebegini.

Kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan polis akan mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya.

Tak cukup sekadar minta maaf Krisdayanti oiii

Itu la, dunia artis ni bukan saja buatkan orang ramai lalai dan leka malah membuatkan ahli hiburan itu sendiri terlalai dengan sifat moral baik yang diasuh ibu bapa. Mereka, artis artis ini akan tenggelam dalam keriuhan dunia hiburan tu, segala asuhan baik yang diterima sebelum ni akan turut hanyut bersama kemewahan dan keghairahan sekeliling mereka. Hanyutnya mereka akan turut menghanyutkan sekali anak anak bangsa satu nusantara yang menganggap mereka mereka tu sebagai idola.

Jenuh la mak bapak nak ajar anak anak depa macam ni, kalau dah sampai artis sendiri tak bermoral.

Dah buat perkara tak elok, terbongkar dan terkantoi terus mintak maaf. Depa ingat moral depa boleh jadi elok balik ka dengan hanya mintak maaf. Depa ingat peminat mesti kena sokong depa pasai depa tu artis artis popular, suara pulak sedap macam tak dak tandingan dah, peminat pulak ramai, juta juta. Salah sikit sikit apa halnya, tentu boleh dimaafkan.

Mintak maaf saja belum cukup untuk nak basuh contoh hodoh yang hang perturunkan pada anak anak bangsa satu nusantara nih... yang memang terlebih bangang la kot pi ambik hang jadi idola depa... Jom boikot semua artis artis yang tak beradab ni. Buat rosak lagi anak anak bangsa yang majoriti tengah hanyut dengan pelbagai onak duri dunia.

***************************************
KD mohon maaf daripada semua ibu Indonesia

JAKARTA: Krisdayanti (KD) terus mengaku salah dan menyesal atas perbuatan aksi ciumannya bersama Raul Lemos beberapa hari lalu.

“Saya memohon maaf yang sedalam-dalamnya kepada semua ibu dan wanita di Indonesia atas perbuatan saya tempoh hari,” ujar KD ditemani pengurusnya, Elsie Lontoh, dalam sidang media di Jakarta Pusat, semalam. KD juga mengaku sudah memohon maaf kepada ibunya yang selama ini banyak mendidiknya. Dia begitu kesal dan mengaku kesilapannya itu memberi kesan tidak baik kepada umum. - Agensi

Saturday, July 24, 2010

Ketabahan seorang wanita tua

Tabah... Kudrat ibu tua yang tak pernah luntur demi membesarkan cucu kesayangan yang merupakan kanak-kanak Orang Kurang Upaya (OKU).

Wan Nah Wan Chik, 57, tetap sabar dan tabah dalam menyediakan segala keperluann cucunya Mohd Akmal Ridzuan Ramli, 9 tahun. Ketabahan wanita tua ini berbalas pada majlis Sambutan Hari Keluarga PDK Parlimen Besut yang diadakan di Pusat PDK Kampung Raja dekat sini.

Kedua ibu bapa Mohd Akmal Riduan kini terpaksa berada di Johor untuk mencari nafkah. Semangat Wan Nah harus dicontohi kerana kecekalannya menyediakan segala keperluan cucunya supaya dapat menyambung hidup dan menghadapi masa depan yang masih belum menentu. Foto BERNAMA

Loji nuklear di Putra Jaya

Sumber: Pak Long

Loji nuklear dibelakang rumah Najib dan Rosmah jadi jaganya...

Salam semua...

Pak Long tak berapa sihat sikit dalam dua hari ni. Maklum la, enjin dah lama dah. Nak overhaul lebih lebih pun bukannya ada spare part.

Tapi dalam dok tak sihat tu, Pak Long pi jugak bawak Mak Long hang pi kongsi kesayuan kawan Pak Long yang kehilangan bini dia hari ni. Bini dia tu umoq muda lagi, baru 59 tahun. Tapi la ni dah tak heran dah, banyak lagi nyok yang luruh masa muda. Tuhan lebih sayangkan depa. Dari Dia kita datang dan kepada Dia jua kita kan kembali.

Banyak la kengkawan lama yang jumpak, banyak kisah kisah lama dan baru yang timbui. Tapi tu la, orang kita ni bukannya depa paham sangat kehendak kerajaan. Kerja depa tu asyik nak bangkang saja yang depa tau. Macam tadi tu la, ada dua tiga ekoq mamat yang baru lepaih buang cawat dok bantah projek nuklear yang kerajaan Najib tu cadang nak buat.

Najib ngan Rosmah tu berniat baik, nak bagi elok negara, nak jimat duit negara. Nak buat janakuasa nuklear sendiri untuk jana tenaga bagi negara. Banyak kelebihannya. Amerika mesti izin punya kita adakan janakuasa nuklear kita sendiri pasai kita kan ka kawan baik dengan Amerika. Israel pun sokong kita jadi kuasa nuklear dunia satu hari nanti pasai kita buat ni pun pasai ikut nasihat Apco, anak pinak depa jugak.

Tapi yang puak puak pembangkang ni marah marah benda yang elok ni pasai apa? Macamana hangpa nak perintah negara kalau benda baik untuk rakyat ni pun tak nampak dan tak reti nak sokong? Ka Hangpa jeles kot pasai hangpa tak dak idea bernas macam kerajaan Najib?

Pak Long pun serupa, Mak Long hang pun sama, walaupun bibiaq mulut kami tak semerah Najib, kami tetap sokong sepenuhnya usaha kerajaan Najib nak perlingkupkan Malaysia ni dengan kesan dari janakuasa nuklear tu. Biaq walau satu hari nanti Pak Long kena dok bela lembu bawah rumah pun tak pa, pasai tak dak dah padang ragut. Untuk apa semua ni? Untuk kebahagian rakyat dan negara jugak. Takkan Najib gamak tengok Mak Long hang tak dak tempat nak tanam ubi kayu langsung kot?

Pak Long rasa Najib kena dengaq jugak la cakap Mak Long hang ni. Mak Long hang cuma mau lokasi loji nuklear ni buat kat Putra Jaya, biaq Rosmah tolong tengok tengokkan. Buat saja dibelakang istana Najib tu. Senang senang tu Najib pun boleh tolong tengok tengokkan sambil jogging petang petang.

Wassalam...

Friday, July 23, 2010

Boikot artis yang buruk kelaku

Kak Ros mula dah naik meluat ni. Kita punya susah payah nak bentuk akhlak anak anak. Dalam dok jaga jaga tu pun kadang kadang anak anak kita hanyut ke laut jugak. Inikan pulak ada sekerat dua artis artis popular tapi punya moral rendah pi jadi ikon dan pujaan depa. Punah ranah habih harapan kita...

Dulu hangat pasai Peterporn pun tak habih lagi, dah mai pulak kes Krisdayanti pulak bercium bibir di khalayak bersama kekasih, Raul Lamos.

Setakat la ni anak anak kak Ros tu okey lagi la. Depa tu dah besaq panjang, dah berakai orang kata. Macamana pulak yang mentah lagi tu?

Mai kita boikot saja artis artis ni tak kira mai dari negara mana pun, kalau dah perangai depa hodoh. Jangan bagi muka langsung, bagitau anak anak kita jangan dok ikut perangai setan jelmaan ni. Depa depa ni la perosak nombor satu akhlak remaja remaja kita di zaman kapai selam tak tau nak menyelam ni.

Hadoiih... panaih didalam ni memang memanaskan.

Thursday, July 22, 2010

Jom jalan pagi

Sumber: Pak Long


Salam semua...

Dah lama Pak Long amalkan jalan waktu pagi ambik angin segar kat taman sebelah rumah tuh. Tak lama pun, layan saja dalam sejam sekali jalan. Tak payah kerap sangat takut Mak Long hang terlebih langsing pulak tapi cukup kalau tiga kali seminggu atau paling malaih la, sekali seminggu.

Mula mula memang berat, kena akui tu. Malu dan segan bersilih ganti. Pak Long rasa macam orang pandang sewel saja, ada gak dua kali kot niat hati nak flying kick si Ah Seng tu. Mak Long hang lagi la teruk, tak mau join langsung memula tu. Mak Long hang sanggup gelak keraih perut tengok anjing ketagih betis, ligan Pak Long sorang sorang.

Tapi la ni Mak Long hang la yang dedulu siap. Pak Long baru nak cari seluaq, Mak Long hang dah dok cekak pinggang depan laman. Jalan pagi ni baguih, memang enjoy dan berkhasiat. Jalan jalan jamu mata... hihi... Khasiat yang ketara sekali tu Mak Long hang la, dah surut sikit dah, banyak tayar spare yang dia bagi kat si Rosmah tu simpan. Baru sedap mata Pak Long memandang. Pak Long pulak maintain. Sekeping melayang saja macam dulu dulu gak.

Pak Long promote benda yang elok elok saja, jalan pagi ni baguih untuk kesihatan terutama sekali bagi yang kepala tengah semak... macam Mak Long hang tu.. hihi... Apa tak semaknya, dok merekam kat Najib tak habih lagi pasai naik harga barang langsung tak mai tanya Mak Long hang...

Jom jalan pagi... wassalam...

Wednesday, July 21, 2010

Risau yang tak tau sudahnya

Bukan kak Ros saja, malah kak Ros percaya ramai ibu ibu yang ada anak gadis mula rasa risau. Apa taknya, kisah anak anak gadis tempatan yang hilang dan tiba tiba diberitakan di bawa lari ke Lombok, Indonesia dah macam perkara biasa.

Kak Ros baca kisah ni dengan perasaan bercampur baur. Bukan nak tuding sapa salah tapi tentu ada sesuatu yang tak kena pada kita. Bukan tak simpati tapi salahkah kalau kita muhasabah diri tengok sekeliling cari punca pada permasaalahan ni.

Kali ini, seorang lagi remaja berusia 18 tahun menjadi mangsa selepas terpedaya dengan pujuk rayu jejaka Lombok sebelum dilarikan dari kediamannya di Semenyih, di sini, Jumaat lalu. Tinggal lah mak dia yang merayu sayu sorang sorang, yang anak entah macamana. Mungkin enjoy di syurga ciptaan mereka ataupun merana dalam penjara yang dicari sendiri.

Hadoiihh... sebab tu laki kak Ros selalu kata, kalau ada apa masaalah pun, tengok ke dalam diri kita dulu sebelum kita hentam orang lain...

Tuesday, July 20, 2010

Hindustan pulak dah

Kak Ros tak tau nak posting apa hari ni. Kepala semak dengan nak jahit baju, tak tau dah nak sapu semak tu macamana. Apa kata kita layan dulu lagu hindustan ni... fuyoo... kak Ros minat sangat filem ngan lagu ni. Kalau dengaq lagu ni, lagi tak habih tarik tangan pun tak berjalan oooo.... hilang semak sat... hik... hik...

video
Lagu berjudul, Raja Ko Rani Se yang dipetik dari filem Akele Hum Akele Tum...

Layan lagu ni teringat balik la kenangan dulu dulu. Rasa macam melayang layang dibawak terbang. Tak tau nak habaq macamana tapi makna jangan dok gatai tanya kak Ros. Sepatah haram pun kak Ros tak tau... ngeee...

Dunia bertambah maju

Anak pompuan kak Ros yang dok pecah kepala kat kolej tu sms kat kak Ros kelmarin. Tak penting sangat pun tapi dia suruh jugak jugak kak Ros baca satu artikel dalam kosmo disini.

Kisah macamana sorang pengemis di China, Cheng Guorong tak pasai pasai pi jadi kaya dan terkenal selepas gambarnya tersiar di Internet. Aduhai... walaupun berselekeh, rambut panjang dan berjanggut, lelaki tersebut tersebut telah menarik perhatian ramai peminat sejak Januari lalu. Tak ka haru tu?

Guorong, 34, digelar pengemis paling seksi di China dan dia turut mengecapi status simbol seks di kalangan pengguna Internet. Kadang kadang orang yang masuk internet ni orang orang yang tak dak kerja sangat pun. Pandangan depa bukan bersandarkan pada realiti tapi lebih pada fantasi. Sebab tu undian internet ni bagi kak Ros tak menepati gambaran sebenar. Tapi itulah hakikat dunia moden la ni, nasibnya terus berubah selepas gambarnya dirakamkan oleh seorang jurugambar amatur ketika dia berkeliaran di jalan raya di bandar ini untuk meminta makanan pada tahun lalu.

Mungkin baik jugak bagi budak Guorong ni, dia la ni dah tak lagi selongkar tong sampah. Dia la ni dah terima banyak tawaran iklan dan dia turut bekerja sebagai model peragaan. Pakaiannya semasa dia menjadi pengemis turut menjadi ikon fesyen. Para peminat lelaki tersebut turut menderma sebanyak 100,000 yuan (RM49,138) bagi membantunya memulakan hidup baru. Dia juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem mengenai kisah hidupnya yang diterbitkan oleh penerbit filem tempatan, Deng Jiangguo dan menelan kos sekitar 72 juta yuan (RM34.3 juta).

Tapi kak Ros pesan kat anak kak Ros tu satu saja, jangan hang pulak dok gatai nak jadi pengemis semata mata nak jadi kaya dan popular macam mangkuk tuh. Kita belum tentu sejalan dengan dia dan tak semua orang boleh kecapi apa yang dia kecapi dengan jalan pintas macam tu... hik.. .hik... dunia bertambah maju - Agensi

Monday, July 19, 2010

Rezeki dari Allah

Sapa sangka setelah lebih tujuh tahun menunggu, akhirnya Mohd Rizal Shaari dan isteri, Norhayu Mat Hanafi menimang empat cahaya mata perempuan sekaligus. - Foto Mohd Rifaat Abd Hamid

Anak anak merupakan harta yang tak ternilai penyambung ikatan kasih antara suami isteri. Kak Ros nak berkongsi perasaan gembira yang tak terkira ini dengan pasangan suami isteri dari Kampung Sungai Batu, Bayan Lepas, Pulau Pinang. Tahniah lah.

Sunday, July 18, 2010

Ular: Kagum tapi geli

Kak Ros memang terkagum dengan permainan ular ni. Dari dulu lagi suka tengok ular tapi geli dekat ngan ular. Pegang jauh lagi la...

Sebab tu kak Ros mesti teruja suka kalau tengok berita berkenaan ular besar atau pertunjukan ular di mana mana. Seronok tengok orang yang berani dan pandai bermain ular ni.

Sebab tu dalam berita Kosmo di sini yang memaparkan kisah Amjad Khan tidur dengan ular buatkan kak Ros kagum dan tabik spring la. Jangan laki kak Ros, menjerit lagi kuat dari kak Ros kalau pasai jumpak ular. Dia menjerit bukan pasai takut ular, tapi terkejut kat kak Ros yang menjerit dulu... heh... heh...


******************************

MATA bertentang mata. Kepala ular tedung selar itu mengembang, ligat memerhati gerak-geri tuannya yang seolah-olah membisikkan sesuatu.

Bagaikan mengerti, ular berbisa itu menerkam laju ke wajah lelaki yang berkulit hitam manis itu sebelum tangannya pantas menerpa badan licin haiwan itu.

Begitulah aksi seorang penjinak ular, Amjad Khan Ali Khan pada satu persembahan pelbagai spesies ular berbisa di Batu Feringghi, Pulau Pinang baru-baru ini.

Kebolehan anak kelahiran Taiping, Perak itu adakalanya mengejutkan penonton termasuk sekumpulan pelancong Arab.

Mendekati lelaki yang berbadan sasa itu, beliau ialah anak kepada Raja Ular Malaysia, Ali Khan Samsuddin, 48, yang maut akibat terkena patukan ular tedung selar ketika membuat persembahan pada tahun 2006.

Kematian Ali Khan memang tragik dan mengejutkan. Tragik kerana nyawanya diragut oleh haiwan yang selama ini disayangi dan menjadi sebahagian daripada hidupnya.

Ali Khan menjadi penjinak ular selama 41 tahun. Pernah pada tahun 1998 beliau mengukir nama dalam Guinness World Records selepas tinggal bersama 6,000 ekor kala jengking selama 21 hari.

Amjad Khan berkata, sepanjang bermain ular selama lebih empat dekad, Allahyarham hanya dipatuk sebanyak lima kali – dua kali oleh ular senduk dan tiga kali oleh ular tedung selar.

Ali Khan, yang merupakan generasi keempat penjinak ular, meninggalkan seorang isteri, Mau Boh Bee Dastagir, 54, dan lima anak – dua perempuan dan tiga lelaki. Amjad ialah anak kedua dan satu-satunya anak yang diturunkan ilmu ular.

Pada 1991 sewaktu ditemu ramah di Pesta Selangor, Ali Khan berkata: “Amjad Khan memiliki semua kualiti untuk menjadi Raja Ular dan dia sudah pun meraih populariti pada usia semuda ini (Amjad Khan berumur enam tahun ketika itu). Dia akan mengambil alih (tugas saya) dalam tempoh 10 hingga 15 tahun lagi.”

Hari ini terbukti Amjad sudah menggantikan tempat bapanya.

“Di mana-mana pun boleh mati dan saya sanggup ketepikan nyawa saya semata-mata untuk bermain dengan haiwan berbisa ini.

“Matlamat saya hanyalah satu iaitu menunaikan impian arwah yang mahukan saya mengikut jejak langkahnya sebagai penjinak ular terkenal di Malaysia,” luah Amjad Khan kepada Jurnal.

1,500 kali

Katanya, walaupun tragedi hitam itu berlaku tiga tahun lalu namun beliau tidak pernah trauma sebaliknya bangga mewarisi seni menjinakkan ular sawa, ular tedung selar, senduk, boiger dendropila (ular punti) dan ular merah itu.

Beritahunya lagi, kini cuma kakaknya yang masih fobia dengan haiwan itu ekoran kejadian yang berlaku ke atas arwah bapanya. Kakaknya itu telah beberapa kali menasihati Amjad Khan agar berhenti melakukan perkara seumpama itu.

Ditanya mengenai kehidupannya bersama ular, Amjad Khan berkata, semuanya bermula ketika berusia setahun.

Semasa kanak-kanak lelaki seusianya menjadikan kereta mainan dan pistol air sebagai barang permainan, beliau memilih anak ular sawa sebagai teman bermain.

Menurut Amjad Khan, seawal usia itu beliau didekatkan dengan ular yang diberi nama Baby termasuk dilatih menjinakkan ular yang sama usia dengannya itu.

ALI KHAN mati dipatuk ular tedung selar semasa membuat pertunjukan pada Disember 2006.

“Walaupun pertama kali diberikan ular sawa yang dibuang bisa, rasa takut tidak pernah hadir dalam diri saya. Sebaliknya minat yang mendalam membuatkan saya selesa tidur bersamanya pada waktu itu.

“Pada usia tujuh tahun, arwah ayah melatih saya bermain dengan ular sawa sepanjang 5.4 meter, ular tedung dan tedung selar yang tidak dibuang bisa bagi menggantikan Baby yang mati akibat perbuatan sekumpulan penonton yang cuba mencucuh puntung rokok di badannya dalam satu pameran,” kenangnya.

Amjad Khan pertama kali membuat persembahan bersama ular pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan (MAHA) 2006 di Serdang, Selangor.

Katanya, beliau dibenarkan oleh arwah bapanya melakukan pertunjukan secara solo dengan mempamerkan pelbagai aksi bahaya seperti mencium ular sawa dan tedung selar, membelitkan ular di badan dan leher serta memasukkan kepala ular ke dalam mulutnya.

AMJAD KHAN sudah melakukan lebih 1,500 kali pertunjukan ular di negara ini.

“Setakat ini, saya telah melakukan persembahan sebanyak lebih 1,500 kali di seluruh Malaysia.

“Alhamdullillah saya belum pernah berdepan dengan perkara di luar jangkaan, cuma pernah beberapa kali sahaja terkena gigitannya tetapi bukan patukannya,” jelasnya.

Berkongsi perkara yang perlu dilakukan untuk bergelar seorang Raja Ular, Amjad Khan berkata: “Anggap ia seperti anak sendiri. Selain mengenali semua spesies ular, kita perlu mengetahui dengan lebih mendalam mengenai keadaan haiwan itu, misalnya masa makan, rehat dan tempoh bersalin kulit.

“Untuk menjinakkan ular, kita perlu mendekati dan membelainya selama 24 jam sehari.”

Menurut Amjad Khan, gigitan ular lebih berbisa berbanding kala jengking dan labah-labah tarantula kerana dalam tempoh kurang 15 minit, nyawa seseorang akan melayang sekiranya tidak mendapatkan rawatan dengan segera.

KALA JENGKING sinonim dengan penjinak ular seperti Amjad.

Amjad Khan memberitahu, tidak dinafikan pada setiap permulaan pertunjukan beliau akan membaca ayat tertentu bagi menaikkan semangat diri sekali gus menghindari perkara tidak diingini.

Bagaimanapun, hasrat untuk tersenarai dalam Malaysia Book of Records akan dilaksanakan pada bila-bila masa kerana itulah harapan dan pesanan daripada arwah bapanya sebelum menghembuskan nafas terakhir.

“Sebelum ini arwah pernah merancang untuk tinggal dengan 500 ekor tarantula bagaimanapun hajatnya itu tidak kesampaian. Saya jadikan itu sebagai pembakar semangat untuk saya menggalas impiannya itu.

PENONTON dari Arab Saudi turut mengagumi kebolehan Amjad Khan.

“Saya juga akan tinggal bersama ular berbisa dan membuat satu kejutan kepada orang ramai namun pengisiannya terpaksa dirahsiakan dahulu,” jelasnya. Kos projek itu menelan belanja sebanyak RM100,000, beritahu Amjad Khan.

Sehubungan itu, beliau yang kini mendapat tunjuk ajar daripada kedua-dua pak ciknya, Husein Dastagir dan Mohd. Ali berharap ada pihak yang sudi membuat penajaan bagi menjayakan misi tersebut demi menaikkan nama Malaysia.

Friday, July 16, 2010

Tak gamak la pulak

Kak Ros naik termalu la pulak bila rakan maya kak Ros, atie cadangkan harga upah jahit baju dinaikkan... hihi...

Kebetulan pulak memang kak Ros pun ada bincang ngan laki kak Ros pasai kesan 'berantai' kenaikan harga barangan tu. Barangan lain pun tok sah cakap la, mesti akan turut meningkat. Kos pengangkutan cari barang barang jahitan kita pun perlu masa dan minyak. Harga barang barang mentah lain juga pasti akan turut meningkat sekaligus meruntun pendapatan kita jadi nipis.

Haddoiii... pelanggan kak Ros majoritinya orang kampung. Adik beradik pun berlambak. Bukan orang senang, kerja kampung dan kerja kilang kilang saja. Tak gamak la pulak kak Ros rasanya nak perah keringat depa.

Entahlah, Tuhan Maha Kaya akan menentukan segalanya. Setakat ni, kak Ros nak tengok la dulu kesannya... raya dah dekat, bertimbun kain baju nak kena siapkan 'on time' tuh...

5 in 1: Kak Ros tak mau komen apa

Gaji saja yang tak dengaq naik lagi...

Macam jenama kopi peket jenis segera la pulak. 5- dalam -1: Harga petrol, diesel, gula dan gas naik serentak bermula tengah malam ni.

*********************************

Petrol RON 95 dan diesel naik 5 sen. RON97 tidak lagi diberikan subsidi. Ia tertakluk kepada apungan secara terkawal, dengan harga ditentukan oleh mekanisme harga automatik, berikutan penyelarasan harga subsidi yang diumumkan kerajaan hari ini.

Tidak jelas berapa kenaikan harga RON 97. Tetapi difahamkan harganya naik 5 sen dan akan diselaraskan seterusnya kemudian.

Manakala harga gula pula naik 25 sen kepada RM1.90, dengan gas LPG naik sebanyak 10 sen sekilogram

Kenaikan harga barangan berkenaan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satupengumuman malam ini.

Menurut perdana menteri, penyelarasan semula harga barangan tersebut akan membolehkan kerajaan mengurangkan perbelanjaannya melebihi RM750 juta untuk tahun ini.

Ia merupakan langkah pertama program rasionalisasi subsidi secara berperingkat-peringkat mulai esok.

Bagaimanapun, tambanya, kerajaan masih membelanjakan kira-kira RM7.82 bilion untuk subsidi bahan api dan gula pada 2010.

Harga bahan api dan gula di Malaysia, tegas Najib, masih antara yang terendah di rantau ini.

Berikut adalah harga baru:
Petrol RON 95 - RM1.85 seliter.
Diesel - RM1.75 seliter.
Gula - RM1.70 sekilogram
Gas LPG - RM1.85 sekilogram

Berikut adalah harga baru gas:
Tong 14KG - dari RM24.50 kepada RM25.90 (naik RM1.40)
Tong 12KG - dari RM21.00 kepada RM22.20 (naik RM1.20)
Tong 10KG - dari RM17.50 kepada RM18.50 (naik RM1.00)

Sementara itu, Berita Harian online memetik Perdana Menteri,Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai berkata, kerajaan perlu mengurangkan subsidi bagi menjimatkn perbelanjaan kerajaan dan mengurangkan defisit fiskal supaya pasaran dunia dan dalaman lebih yakin dengan kekuatan ekonomi negara.

Najib berkata demikian selepas merasmikan Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian Kuala Kedah di Alor Star, petang ini.

Beliau yang juga menteri kewangan berkata, penjimatan perbelanjaan itu juga akan digunakan untuk pembangunan negara yang akhirnya memberi faedah kepada rakyat.

Beliau turut memberi jaminan pengurangan subsidi akan dibuat secara minimum supaya tidak membebankan rakyat.

Pada 27 Mei lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala dilaporkan berkata, Malaysia akan muflis pada 2019 jika kerajaan tidak memotong subsidi dan bergantung kepada pinjaman.

Katanya, hutang Malaysia akan meningkat kepada 100 peratus daripada GDP pada 2019 d- daripada 54 peratus sekarang jika subsidi tidak dipotong.

Wednesday, July 14, 2010

Tahniah...

Foto BERNAMA

Terlebih dahulu Kak Ros nak ucapkan tahniah pada dua wanita yang telah dilantik sebagai Hakim Syariah Wanita, yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Rafidah Abdul Razak (kanan) dan Surayah Ramlee ketika sidang akhbar selepas pelantikan mereka diumumkan sebelum ini di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia di sini pada Rabu. Moga lebih banyak wanita wanita berani Malaysia akan berani tampil dalam usaha menaikkan martabat kaum wanita Islam khususnya di Malaysia.

Tahniah...

Hancur luluh hati seorang ibu

Masyaallah, tak terlintas difikiran kak Ros berita macam ni akan terpampang di media negara kita. Lebih hiba ianya berlaku di negara tercinta ini. Bala apakah yang telah Tuhan turunkan untuk umat mu ini Ya Allah. Masih leka kah kita dalam mencongakkan sesuatu bagi membetulkan apa yang tak betul?

Tentu ramai yang dah membacanya, kisah betapa hancur luluhnya hati seorang ibu bila menyaksikan sendiri kekejaman anak lelakinya berusia awal 20-an merogol teman wanitanya yang berusia 16 tahun di rumah mereka sehingga gadis berkenaan mengandung, baru-baru ini.

Jeritan dan rayuan si ibu berusia awal 40-an yang cuba menghalang tindakan keji anak lelakinya tidak diendahkan. Malah, tindakannya mengetuk pintu bilik anaknya berkali-kali langsung tidak dihiraukan seolah-olah anak lelakinya dirasuk hantu.

Bukan salah ibu mengandung. Pastinya, masih belum terlambat kak Ros rasa bagi semua terutama ibu bapa dalam memastikan anak anak dibekalkan bekalan yang secukupnya sebagai insan. Mari sama sama kita berusaha dan berdoa agar jerit perih semasa mengandung dan melahirkan mereka, berbaloi.

Tuesday, July 13, 2010

Untuk pompuan saja, kesan sebelum kena

Pompuan kalau ngan ber'shopping', kira pecah kepala la orang kata.

Kadang kadang kita kalau terlampau ghairah sangat ber'shopping' di shopping complex, bukan kita kisah pun keadaan sekeliling. Masa masa genting macam ni la tanpa kaum pompuan sedari, ramai mamat yang mata keranjang melampiaskan nafsu serakah depa dengan joli katak menelanjang kita dengan kamera tersembunyi. Mata jahat mereka menelanjangi kita malah ada yang videokan untuk edaran kat kawan kawan satu kepala.

Disini kak Ros perturunkan satu cara macamana nak kesan HIDDEN CAMERA atau kamera tersembunyi dalam bilik persalinan di butik butik dalam sesetengah pasaraya. Caranya agak mudah iaitu bawa henfon masuk kedalam bilik persalinan. Tapi pastikan yang henfon kita tu berfungsi, boleh buat panggilan luar.

Masuk saja kedalam bilik persalinan dan sebelum mulakan apa apa, terus buat satu panggilan dulu. Kalau panggilan kita terganggu dan gagal membuat panggilan luar, itu bermakna bilik tersebut ada kamera tersembunyi...!!!

Panggilan terganggu kerana di halang oleh fibre optic semasa pemancaran signal dari henfon berlaku. Tolong beringat dan beritahu anak anak kita, kakak kakak dan adik adik kita untuk mengelakkan mangsa yang tidak berdosa ini menjadi mangsa dari HIDDEN CAMERA atau kamera tersembunyi ini.

Video seks: Cut Tari juga mungkin ditahan

JAKARTA, 12 Julai – Polis Indonesia akan melanjutkan tahanan anggota utama kumpulan Peterpan, Nazriel “Ariel” Irham manakala teman wanitanya, Cut Tari yang dua hari lalu membuat pengakuan terbuka dialah wanita dalam rakaman video, juga mungkin ditahan.

Ariel, suspek dalam skandal video seks membabitkan akstres Luna Maya dan pengacara Cut Tari, kini ditahan polis di bawah undang-undang Informasi dan Transaksi Elektronik dan Antibahan Lucah 2008 dan juga kanun jenayah melibatkan perbuatan tidak senonoh.

Jurucakap polis kebangsana, Komisioner Marwoto Soeto berkata pihaknya juga bercadang untuk menahan Cut Tari, yang bersama Luna Maya kini dianggap sebagai suspek tetapi belum ditahan oleh polis kerana telah memberi kerjasama dan disebut sebagai “mangsa” tindakan Ariel.

“Tidak mustahil Cut Tari diletakkan di bawah tahanan rumah atau tahanan bandar,” kata Marwoto dipetik Jakarta Globe hari ini.

Minggu lalu, polis telah menamakan Luna Maya dan Cut Tari sebagai suspek sehari selepas mereka memohon maaf kepada peminat dan anggota keluarga mereka.

Kelmarin, Cut Tari mengakui bahawa dia merupakan salah seorang wanita dalam rakaman video adegan lucah yang tersebar di ruangan siber sejak awal bulan lalu.

Teman wanita penyanyi Ariel ini membuat pengakuan terbuka selepas lebih sebulan menafikan dia adalah salah seorang wanita terbabit.

Sehari sebelum itu polis mengklasifikasikan Cut Tari dan Luna Maya sebagai suspek dalam kes itu.

Mereka disyaki terbabit dalam kes tersebut bersama Ariel.

Dengan status baru dua artis berkenaan, polis sehingga kini telah menetapkan 12 orang sebagai suspek dalam kes itu.

Dalam permohonan maafnya Jumaat lalu, Cut Tari dengan linangan air mata sekali gus mengaku “berselingkuh” (mengadakan hubungan seks) dengan artis dalam video porno itu dan memohon maaf kepada suaminya.

Berbeda dengan Ariel yang ditahan dilokap polis apabila ditetapkan sebagai suspek pada 22 Jun lalu, polis tidak menahan Cut Tari dan Luna Maya kerana mereka dipercayai tidak akan menyukarkan penyiasatan, menghilangkan barang bukti dan mengulangi perbuatan mereka.

Monday, July 12, 2010

Dah tutup dah

Ni yang sangkut saja dah ada dekat 50 pasang, tak termasuk yang dok lipat ataih meja lagi nu... risau gak ni...

Salam,

Kak Ros dok terima banyak lagi call dari member member, kastemer lama nak buat tempahan baju raya tahun ni. Kak Ros sampai letih dah dok bagitau tempahan tahun ni telah pun ditutup.

Mungkin kak Ros tak sempat nak bagitau melalui sms tapi sebagai hebahan pada semua kastemer kak Ros, sekali lagi kak Ros nak ucapkan terima kasih atas sokongan semua. Tapi kak Ros tetap tak boleh ambik tempahan baju raya dah. TEMPAHAN BAJU RAYA DAH TUTUP.

Laki kak Ros marah pasai lama sangat kena tidoq sorang kalau tempahan ambik banyak... heh... heh...

Penyanyi diserang?

Kena penumbuk ka hapa sampai terlentang macam tu...

Awat pulak dah. Tetiba pagi ni jadi panik, penyanyi diserang.

Nak tuduh pun tak berani pasai kita tak tau apa cerita. Tapi nampak macam ada campurtangan pihak ketiga dalam hal hal rumahtangga ni. Tak kira la sapa depa tu, bapa angkat ka, mak angkat ka waima mak bapak sendiri pun kalau boleh tak payah la dok kacau hal rumahtangga anak bila dah anak tu kahwin ngan orang lain.

Setakat dengaq dengaq cakap macam tu saja tak payah bawa pi bincang la. Hear say mana boleh bawak pi mahkamah. Jadi kalau dah nak bincang, bincang la elok elok, nak bergaduh tu pasai apa.

Kita jangan ganti binatang yang suka bergaduh, ada akai pakai.


************************************

Penyanyi diserang

Perbincangan antara rakan lelaki juara program realiti MyStarz LG musim ketiga, Tom Raja Farah dengan ahli keluarga isteri lelaki itu bagi mencari penyelesaian terhadap isu rumah tangga mereka, semalam, berakhir dengan pergaduhan apabila berlaku tumbuk-menumbuk dan sepak terajang sehingga menyebabkan penyanyi itu serta beberapa individu lain cedera.Pergaduhan berlaku kira-kira jam 5.30 petang di tepi jalan raya berhampiran sebuah restoran berdekatan Balai Polis Damansara itu menggemparkan orang ramai termasuk sekumpulan wartawan yang dijemput ahli keluarga isteri rakan lelaki Tom atau nama sebenar Raja Farah Afzal Raja Ikram, 25.

Pertemuan itu dibuat beberapa jam selepas ahli keluarga isteri rakan lelaki penyanyi itu mengadakan sidang media di kediaman mereka bagi memberi penjelasan susulan kenyataan Tom, rakan lelakinya dan isteri lelaki itu yang mendakwa mereka difitnah dalam satu program hiburan di televisyen, tengah hari semalam.

Ketika sidang media berlangsung, suami wanita itu menghubungi seorang ahli keluarga isterinya bagi menyatakan hasrat untuk bertemu di rumah mereka, tetapi mengubah lokasi ke Balai Polis Damansara beberapa minit kemudian.

Pihak keluarga wanita itu bersama wartawan kemudian pergi ke Balai Polis Damansara tetapi Tom enggan bertemu, sebaliknya mahu berjumpa seorang demi seorang ahli keluarga berkenaan di sebuah restoran berdekatan.

Ketika ditemui di lokasi itu, Tom sempat menyatakan dia tidak menyangka ahli keluarga wanita berkenaan sanggup berkasar kerana dia menjaga anak perempuan mereka yang sarat mengandung dengan baik.

Pada awal pertemuan itu, suasana tenang apabila kedua-dua pihak berbincang dengan baik namun tanpa diduga, tiba-tiba Tom yang kelihatan sedang duduk berbual dengan seorang ahli keluarga isteri rakan lelakinya diserang oleh seorang lelaki.

Akibat serangan itu, Tom jatuh terbaring di atas jalan raya, namun lelaki terbabit masih cuba menyerangnya manakala rakan lelaki penyanyi itu bersama seorang lagi kawannya turut bergaduh dengan anggota keluarga lain sehingga menggemparkan orang ramai yang berada di situ.

Bagaimanapun, pergaduhan itu dapat dileraikan apabila beberapa ahli keluarga lain menenangkan keadaan manakala Tom bersama dua rakan lelakinya bergegas ke Balai Polis Damansara yang terletak kira-kira 50 meter dari tempat kejadian.

Susulan kejadian, kedua-dua pihak membuat laporan di Balai Polis Damansara, manakala Tom yang ditemui sejurus selesai membuat laporan enggan mengulas insiden berkenaan kerana tidak mahu mengganggu siasatan polis.

“Mungkin saya akan membuat kenyataan media secara rasmi tapi tidak tahu bila. Buat masa sekarang saya tidak mahu komen apa-apa, biar polis jalankan siasatan dulu,” katanya yang cedera di pipi kanan, perut dan paha kiri.

Terdahulu pada sidang media, bapa angkat kepada isteri rakan lelaki Tom yang enggan namanya disiarkan berkata, mereka sudah lama mengetahui ‘hubungan sulit’ penyanyi itu dengan suami anak angkatnya sejak berada di Taiping, Perak lagi.

“Kami hanya mendiamkan diri kerana sedar kami hanya keluarga angkat tapi siapa mampu menahan sabar apabila kami mendapat tahu anak perempuan yang kami jaga umpama anak sendiri sejak berusia setahun didera suami dan teman wanitanya.

“Kami cuba mengesan tempat tinggal mereka di sini tapi gagal sehinggalah mendapat tahu anak angkat saya itu melahirkan anak sulung di Hospital Sungai Buloh pada 29 Jun lalu.

“Pelbagai cerita tidak elok kami dengar mengenai apa yang berlaku antara penyanyi itu dengan suami anak angkat saya, malah anak angkat saya itu sendiri menceritakan segala-galanya mengenai dia dipukul menerusi SMS dan panggilan telefon, namun disebabkan takutkan suami, dia enggan membuat laporan polis,” dakwanya.

Ibu angkat wanita itu, Norliza Shamsuddin, 53, pula berkata hatinya terguris apabila menonton program televisyen mengenai kenyataan Tom dan suami anak angkatnya.

Sunday, July 11, 2010

Fenin, fenin... kalau agama tak kuat

Sebagai ibu pada tiga anak yang membesar dengan penuh kasih sayang, Kak Ros tersentuh bila terbaca kisah bayi yang menjadi rebutan di Pusat Pelindung Bayi ni.

Baguih la jugak ada pusat pelindung bayi macam ni, sekurang kurangnya kita akan dapat kurangkan kes kes pembuangan bayi dimerata rata tempat. Menjaga ketamadunan insan kita agar terpelihara. Di pusat yang sebegini, kita boleh tempatkan bayi bayi ni dibawah pengawasan pakar sebelum diserahkan pada keluarga angkat yang dipilih secara tapisan ketat.

Tapi kak Ros pun takut jugak dengan adanya pusat sebegini, bagai menggalakkan lagi remaja remaja kita melakukan benda terkutuk sebelum nikah tu kerana hasil dari keterlanjuran nanti sudah tersedia tempat yang akan menerima zuriat mereka.

Ahhh... fenin, fenin. Buat salah, tak buat lagi nampak macam bersalah.

Inilah akibatnya kalau didikan agama tak kuat dan mendalam dalam jiwa. Bagi kak Ros, penyelesaian baiknya ialah kita tekankan bab pendidikan agama secara lebih mendalam dan ikhlas untuk anak anak kita. Hanya dengan agama saja masaalah serius ini boleh kita atasi. Tuhan cipta agama dengan bersebab. Bukan sembarangan undang undang tuh...

Saturday, July 10, 2010

Skandal seks terhangat, Cut Tari mengaku

Bagai berdentum guruh dilangit, hati bagai dihentak hentak. Kak Ros yang sebelum ini cuba menidakkan mana mungkin benar ada skandal seks kini bagai dipaksa akur. Negara yang punyai masyarakat Islam terbesar dunia ini sudah rosak.

Ternyata kuantiti tak bermakna adanya kualiti. Glamor itu membunuh.

Sehari selepas menangis dan memohon maaf pada seluruh rakyat Indonesia, Cut Tari kini sudah mengaku bahawa dialah orangnya dalam video panas tersebut.

Khiaakk pttuiihh....

JAKARTA - Hotman Paris Hutapea yang merupakan peguam bela pengacara televisyen terkenal Indonesia, Cut Tari menyatakan anak guamnya sudah mengaku kepada penyiasat polis bahawa dia merupakan wanita yang melakukan hubungan seks dalam satu klip video lucah melibatkan lelaki mirip penyanyi Ariel Peterpan, lapor sebuah akhbar semalam.

"Semasa BAP (soal siasat polis), kami menerangkan bahawa dia (Cut Tari) dalam video itu, (Cut Tari) mengaku bahawa yang melakukan hubungan seks itu," kata Hotman ketika dihubungi beberapa wartawan.

Hotman menyatakan bahawa pengakuan itu baru dinyatakan kepada wartawan. Menurutnya, seperti diketahui bahawa Cut Tari telah disenaraikan polis sebagai suspek yang terlibat dalam kes video seks itu secara rasminya semalam.

"Sejak hari Isnin lalu (Cut Tari) sudah menjadi suspek. Kami tidak membuat pengumuman kepada orang awam kerana kami tidak mahu mendahului polis," katanya. Kelmarin, Cut Tari membuat pengumuman mengejut apabila dia menangis semasa membuat permohonan maaf kepada rakyat Indonesia termasuk kepada Presiden Susilo Bambang Yudhoyono kerana mencetuskan berita yang menggemparkan berhubung penglibatan seorang wanita miripnya dalam satu klip video seks melibatkan lelaki mirip Ariel Peterpan. Menurut Hotman, Cut Tari tidak mengetahui bahawa aksi seksnya bersama lelaki mirip Ariel Peterpan telah dirakamkan.

"Tetapi, dia (Cut Tari) tidak pernah mengetahui siapa yang merakamkan dan yang menyebarkan rakaman itu. Dia (Cut Tari) tidak pernah melihat rakaman itu. Dia tidak pernah menyimpan dan mengedarkan (rakaman tersebut)," kata Hotman. - Agensi

Skandal seks terhangat

Kak Ros rasa geli dan jijik mengulas isu ini, sebab tu kak Ros hanya copy paste dari beberapa sumber berita tentang isu panas ini. Bukan seks itu kotor tapi seks yang sepatutnya menjadi pengerat hubungan suami isteri secara halal telah dikotorkan oleh idola idola masyarakat.

Kak Ros bukan berdiri disini sebagai penghukum tapi sekurang kurangnya kini hampir sah terbukti watak watak yang sering diperkatakan dewasa ini mengaku malah bakal didakwa penguasa Indonesia kerana kesalahan mereka memperaga perlakuan seks secara video diinternet.

Terbaru pengacara televisyen terkenal, Cut Tari menangis teresak-esak semasa membuat permohonan maaf kepada penduduk negaranya termasuk Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono berhubung skandal klip video lucah yang menyiarkan pelakon miripnya dengan penyanyi Ariel Peterpan.

Cut Tari membuat pengakuan itu pada satu sidang akhbar yang dihadiri oleh suaminya, Johannes Joesoef Subrata dan peguam belanya, Hotman Paris Hutapea.

Kepada anak anak, ambil serius isu ini dan jadikan iktibar siapa yang patut diangkat sebagai idola diri dimasa depan.

Wednesday, July 7, 2010

Porsche termurah dunia

Sekali imbas tengok besa saja... jalanraya dimana mana semua sama...

Ini bezanya bila ada orang yang bercita cita besar, teringin sangat nak pakai porsche...

Bawak basikal buruk kita ke bengkel, guna kepala yang bergeliga tuh...

Welding sana sikit, sini sikit. Modifiy tempat duduk bagi nampak sport...

Balaih la besi buruk kat mana mana sat buat rangka...

Tampal ngan plywood sikit atau kotak kotak terpakai yang keras...

Buat bilik bilik ikut bentuk yang jadi idaman tu...

Tengok ke buntut dah nampak rupa dah sikit...

Rangka keseluruhan...

Test lampu, amacam... mengancam?

Colorful lagi... hihi...

Yang penting nampak macam gold color... hihi...

Serupa tapi tak sama... hihi...

Gaya, mutu, keunggulan... inilah porsche...

Perggh...

Jangan jeles...

Tuesday, July 6, 2010

Dilayan macam binatang

Sumber: Pak Long

Isu ni dengaq dah lama, tapi tak setel lagi pasai ada yang buta tuli...

Salam semua...

Pak Long setuju sangat kalau ada yang kata ketidakadilan ni berlaku dimana mana hatta dalam rumah kita sekalipun boleh terjadi.

Mak Long hang misalnya kalau goreng teloq mata kerbau mesti kat dia cantik saja dua biji. Kalau kat Pak Long, dengan hangit sebelah sudah pi la, dah tu sebijik saja dia bagi. Tak boleh makan banyak pasai Pak Long lama dah ada teloq.

Jadi Pak Long cukup paham la kalau bercakap bab bab ketidakadilan ni. Pak Long dah mangli dah. Sebab tu Pak Long dapat sangat rasa apa yang tujuh mangsa Penan ni rasa. Puak puak Penan ni komplen depa tak dilayan sebagaimana hak seorang warganegara yang menuntut keadilan dalam negara sendiri. Depa ni dirogol dan dicabuli oleh pembalak di Baram, Sarawak tapi bagai tak dilayan bila dibuat aduan oleh sang penguasa yang angkuh, cepat jatuhkan hukuman tanpa usul periksa.

Tahniah la pada Kumpulan Penyokong Penan (PSG) kerana inisiatif depa bangkitkan isu ketidakadilan terhadap warga Sarawak ni. Sang penguasa pun jangan lah terlalu ego sangat dan cepat menghukum tanpa siasatan. Siasat dulu betoi ka tidak, baru bercakap buat keputusan. Kadang kadang cakap si tukang kebun pun sang pengetua sekolah kena dengaq jugak. Penolong kanan belum tentu betoi dan tepat laporan depa.

Wassalam...

Monday, July 5, 2010

Mentor 4

JUARA Mentor 4, Protege Mohd bersama Mentornya, Ziana Zain memperagakan trofi kemenangan, dalam konsert yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam, malam tadi. Sebagai juara, Mohd menerima hadiah kontrak rakaman bersama syarikat Monkey Bone serta wang tunai RM100,000 dan trofi. Mentornya juga menerima jumlah wang sama selaku pemenang. - Foto Rosela Ismail

Thursday, July 1, 2010

Apa hal, heran ka?

Harga barangan naik dah jadi biasa, jangan buat buat hairan...

Hang marah pi la lagu mana pun, tunjuk perasaan ka, bebai ka, tendang tong ka, harga ikan tetap nak naik kalau dah depa kata nak naik.

Kerajaan? Tak payah la suruh kerajaan yang sibuk dengan judi bola tuh... depa kerja banyak. Mana ada masa nak tengok masaalah rakyat. Depa depa tu bukan besa pi market beli ikan. Harga naik ka tak naik ka, sama saja bagi depa.

Harga ikan naik RM10 sekilo

KUALA TERENGGANU - Harga ikan segar di Terengganu naik sehingga RM10 sekilogram berikutan bekalan tempatan berkurangan sejak sebulan lepas.

Pengerusi Persatuan Nelayan Kuala Terengganu Selatan (PNKTS) Hamzah Jusoh berkata, ketika ini Terengganu terpaksa bergantung ikan daripada pantai barat.

"Ikan tempatan sekarang berkurangan dan harganya melambung. Ada bot yang masuk, tetapi tidak ada ikan," katanya di sini hari ini.

Hamzah berkata sebagai contoh harga ikan tenggiri di dalam perahu ketika ini berharga RM21 sekilogram berbanding RM11 sebelum ini dan ikan kembung gred A RM12 sekilogram (RM6).

Beliau berkata, kekurangan bekalan ikan itu jelas dapat dilihat di Kompleks Perikanan Pulau Kambing di sini pukul 8 pagi aktiviti penjualan ikan sudah berhenti berbanding pukul 10 pagi sebelum ini.

"Pendapatan nelayan sekarang amat merosot dan ramai yang tidak keluar ke laut kerana hendak beli minyakpun tidak mampu," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, nelayan-nelayan bernasib baik kerana mendapat bantuan kerajaan RM200 sebulan, sekaligus mengurangkan bebanan mereka. - Bernama
Related Posts with Thumbnails