Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, August 31, 2010

Cerita ngeri pagi merdeka

Kain baju kena basuh jugak walaupun merdeka, kena sidai jugak, kalau tidak tak kering laa...

Merdeka kah wahai jiwa jiwa yang cintakan merdeka... sudah kah minda kita turut merdeka?

Semua cintakan merdeka, tapi sayangnya memasing punya persepsi merdeka yang berbeza. Kawasan kediaman kak Ros bagaikan hilang minat. Tak dak satu pun bendera Malaysia yang terpasang di pagi Merdeka.

Bendera cina sembahyang hantu berlambak lambak mewarnai jalanraya, jalur gemilang bagai hilang.

Tak patriotik kah mereka?

Sunday, August 29, 2010

Shah Rukh Khan

Shah Rukh Khan dan isterinya Gauri dalam satu pose semasa satu sidang akhbar di Mumbai

Seorang dari artis terpopular India, Shah Rukh Khan memang terkenal dengan terlalu cemburu terhadap kehidupan peribadinya. Dia begitu melindungi keluarganya dari lensa populariti dunia hiburan yang tak menetu yang penuh positif dan tentunya lebih banyak negatif.

Shah Rukh Khan, 44, bagaimanapun baru baru ini telah berkesempatan dirakamkan foto dirinya bersama isterinya Gauri.

Kak Ros rasa banyak yang artis artis Malaysia kena belajar dari aktor terkenal India ni. Mungkin sikap cemburunya jugak lah yang dapat menyelamat kerukunan rumahtangganya sehingga sekarang.

Saturday, August 28, 2010

Tak jauh dah nak merdeka

Hari ni dah 28 Ogos, bermakna dah 18 hari berposa. Jauh lagi nak raya tapi dekat sangat dah nak merdeka.

Merdeka bawak banyak makna.
Ada yang letak merdeka untuk anak muda belajar erti sebuah negara.
Betoi ka?
Ada yang suka merdeka kerana merdekanya depa dari beban kerja.
Ada yang ambik merdeka kerana benar benar rasa erti merdeka.

Merdeka bagi kak Ros bermakna lagi 9 hari ke hari raya. Hari merdeka kak Ros, hari lagi teruk kena kerja. Kalau tidak, kastemer buat demo la depan rumah tak boleh nak raya... hihi...

Tapi hari ni kak Ros rasa lega. Merdeka kak Ros rasa bermakna. Anak dara kak Ros dah bercuti dari kolej. Dapat la kot tolong kak Ros menikmati hari merdeka kak Ros dengan lebih sempurna sebelum hari raya menjelang tiba.

Tapi lega sungguh dapat tengok ada dah kastemer yang senyum sampai telinga, konfom bergaya dengan baju raya... ngee...

Friday, August 27, 2010

Bayi mati hidup kembali dipelukan ibu

Seorang bayi lelaki pramatang yang telah disahkan meninggal dunia di Australia hidup kembali selepas dia dipeluk oleh ibunya selama dua jam, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam kejadian pada Mac lalu yang disifatkan sebagai keajaiban Tuhan, doktor-doktor memberitahu, bayi berkenaan yang diberi nama Jamie Ogg, tidak berpeluang untuk hidup setelah dia dilahirkan pada minggu ke-27 dengan berat badannya hanya 600 gram di sebuah hospital di sini.

Bagaimanapun, kembar Jamie iaitu Emily berjaya diselamatkan selepas dia diberikan bantuan pernafasan selama 20 minit.

Doktor kemudian menyerahkan Jamie yang disahkan telah meninggal dunia kepada ibunya Kate dan pasangannya David untuk penghormatan terakhir.

Sedih dan sukar menerima hakikat bahawa anaknya telah mati, Kate meletakkan Jamie di atas dadanya dan mengusap-usap anakya sambil menceritakan mengenai apa yang mereka ingin lakukan bersama jika dia dapat membesar bersama adik kembarnya, Emily.

Selepas dua jam dipeluk, tubuh Jamie kembali hangat dan dia mula menunjukkan tanda-tanda bernafas.

Kate kemudian memberikannya susu dengan menggunakan jari.

"Saya berasa sangat sedih apabila doktor memberitahu dia tidak dapat diselamatkan. Tanpa berfikir panjang saya terus memeluknya. Dia kemudian mula bernafas dan membuka mata. Sungguh ajaib," kata Kate.

Seorang doktor yang dipanggil untuk memeriksa Jamie mengesahkan bahawa bayi itu hidup, tetapi tidak dapat menerangkan bagaimana fenomena itu berlaku. - Agensi

Tuesday, August 24, 2010

Tak mau kata apa, tengok gambaq sudah

Adik-beradik kepada kanak-kanak yang disembelih bapanya ditenteramkan saudara mereka di Kampung Sungai Keladi, Kota Bharu, pagi tadi.

Mohd Adam Muzaffar Muhaimi, 3 tahun, mati di tempat kejadian manakala bapanya cedera di leher dipercayai akibat cuba menyembelih diri sendiri. - Foto Adnan Mohamad

Sunday, August 22, 2010

Denmark is a big shame

The West is furious with Japanese killing whales (and many other examples of animal cruelty), but what is this - double standard?

Please keep this info going around the world....
Please send spread this on, this is serious cruelty. 

Denmark is a big shame.


The sea is stained in red and it is not because of the climate effects of nature. It's because of the cruelty of the human beings (civilised human) who kill hundreds of the famous and intelligent Calderon dolphins.

This happens every year in Feroe Island in Denmark . In this slaughter the main participants are young teens.
WHY?

A celebration, to show that they are adults and mature!

In this big celebration, nothing is missing for the fun. Everyone is participating in one way or the other, killing or looking at the cruelty supporting like a spectator
 
Is it necessary to mention that the dolphin Calderon, like all the other species of dolphins, it's near extinction and they get near men to play and interact.

In a way of PURE friendship

They don't die instantly; they are cut 1, 2 or 3 times with thick hooks. And at that time the dolphins produce a grim cry like that of a new born child.


But he suffers and there's no compassion while this magnificent creature slowly dies in its own blood

 
Its enough!

We will forward this cruelty nation until this email goes around the world that many more people will know about this shameful Dannish acts.

Take care of the world, it is your home!

Forward this info as a sign Against this cruelty.

Khianat

Mak aaihh... sampai 10 biji motosikal sekali hangus. Bukan sikit duit budak budak ni nak kena habis.

Kejadian khianat ni berlaku di sebuah pangsapuri di Apartment Riviera, Taman Muda Ampang awal hari ini. Kebakaran yang berlaku di tempat letak kenderaan di bahagian bawah pangsapuri empat tingkat itu disedari orang ramai yang melalui jalan berhampiran kira-kira jam 4.30 pagi. - Foto NSTP

Adakah khianat ini dilakukan kerana si pelaku jugak telah dikhianati? Perghh... konfom kak Ros tak leh jadi CSI... huhuhu... lama dah tak kesempatan nengok cerita CSI nih...

Saturday, August 21, 2010

Lambat lagi nak merdeka

Kak Ros jadi sayu bila tengok anak anak ni kibar bendera. Baguih la semai semangat patriotik dari kecik.

Tapi kak Ros rasa lambat lagi kot kak Ros nak merdeka, ada dekat 40 pasang baju lagi nak kena sudahkan. Lepaih habih semua kain baju ni siap baru lah kak Ros nak sambut MERDEKA!!!.

Apa! 40 pasang? lambat lagi la nak merdeka jawabnya.... huhuhu...

Wednesday, August 18, 2010

Pak Sheikh songsang

Macam macam dunia la ni. Kak Ros rasa kan, semua ni silap orang kita jugak pasai segalanya nakkan segera. Makanan pun nak segera, mee segera, bihun segera dan terbina lah banyak gerai gerai yang juai makanan segera. Kaya pun nak segera dan hinggakan menikah dan amal ibadat pun kalau boleh nakkan cara segera.

Sebab tu la jugak adanya Pak Sheikh songsang atau 'tok kadi' jenih segera. Tembelang Pak Sheikh yang mendakwa dirinya amil zakat bertauliah di Selangor dan menjadi broker pernikahan songsang akhirnya terbongkar selepas lokasi aktivitinya diserbu pihak berkuasa Jumaat lalu.

Dia bersama seorang ‘tok kadi’, seorang ‘saksi’ dan seorang wanita yang mendakwa anak kepada ‘tok kadi’ ditangkap dalam satu serbuan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) pada Jumaat lalu.

Benda karut ni takkan tamat dengan mudah sekiranya orang ramai termasuk diri kita masih lagi berminat dengan semua jenih segera segera yang berkeliaran dipasaran sekarang.

Bedebah mana yang tolak rezeki ni

Gamak ka hangpa tengok muka innocent ni nak buang kat tepi jalan...

Semak betoi kepala kak Ros kalau dok pikiaq benda alah ni. Apa taknya, ada lagi kes buang bayi dilaporkan. Kali ni tak jauh pulak tu dari kampong kak Ros, Bukit Minyak saja dan masih lagi dalam kawasan Bukit Mertajam. Bayi perempuan berusia tujuh hari ditemui oleh seorang pekerja kilang di hadapan rumahnya di Bukit Minyak di sini, Ahad lalu.

Bedebah betoi la, mana punya malaon yang tolak rezeki Allah ni. Orang yang tak dak anak sampai bersusah payah berubat sana sini punya nakkan anak tapi yang depa ni dapat bayi sihat (1.4 kilogram) pulak yang bertindak tolak rezeki Allah.

Balasan Allah amat berat. Sekiranya terlepas dari buruan polis sekalipun, ibu bapa pada bayi ni akan tetap tidak terlepas dari hukuman Allah. Mereka akan diburu igauan buruk terhadap salah laku depa yang lalu. Tok sah dok cakap pandai la. Salah tetap salah tapi membuang bayi sendiri, darah daging sendiri sebegitu rupa lebih besar salahnya. Time buat hangpa tak ingat masa nak beranak macam ni, la ni baru kalut nak buang bayi sendiri merata rata.

Tak pa, kak Ros tolong promote lagi biaq mak bapak dia kalut sikit. Haa.. ni, polis dah minta bantuan orang ramai yang ada maklumat pasai bayi ni supaya menghubungi bilik gerakan Ibu Pejabat Daerah SPT di talian 04-5306402 atau Pegawai Penyiasat, Insp Hazween Halim di talian 012-3749616. — Bernama

Barangan milik Nabi Muhammad S.A.W

Berikut adalah gambar gambar barangan yang dipercayai hasil peninggalan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Jom kita renungi dan nilai semoga bertambah semarak lagi kecintaan kita terhadap beliau, rasul terpilih yang diangkat menjadi kekasih Allah S.W.T...

Kunci Kaabah yang pernah Nabi guna

Tapak kaki Nabi

Helaian janggut Nabi yang kurang jelas kelihatan...

 
Antara pedang pedang yang pernah Nabi guna...

Surat karangan Nabi yang mungkin ditulis oleh orang lain kerana Nabi tak pandai menulis.

Pintu emas ke makam Nabi

Makam Nabi Muhammad S.A.W

No comment

Kak Ros no comment. Terkedu sungguh lidah nak berkata kata bila dah cinta yang dimangsakan lagi. Kerana cinta sekali didakwa sebagai ikatan antara wanita ter'antik' di Terengganu ni, Mek Wook Kondor, 107 tahun dengan pemuda "kaki stim" yang berusia 38 tahun itu.

Bukan sengaja nak hina laki pada Wook ni, tapi kenyataannya dah begitu. Peluang dah diberi untuk berubah, tapi suaminya sekali lagi terperangkap kerana didakwa positif dadah jenis heroin.

Jauh disudut hati, kak Ros pun kagum dengan Wook ni. Tok sah tengok tang lain la, tang umoq dia saja kak Ros rasa belum tentu kita gapai. Apatah lagi kesetiaan cinta wanita tertua Terengganu ni yang tanpa jemu disajikan buat suaminya.

Tapi kenyataan harus diterima, Wook terpaksa mengeluarkan wang simpanannya RM2,000 untuk menjamin Mohd Nor yang dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam, atas dakwaan memasukkan dadah ke dalam badan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Gambar kelihatan Wook bersama suaminya berjalan keluar dari balai polis selepas selesai membayar wang ikat jamin.

Tuesday, August 17, 2010

Resepi: Black Pepper Chicken

Dalam bulan ni lah masanya kak Ros rasa paling sibuk. Tok sah kata nak masak makan, kadang kadang nak makan pun dah tak dan. Jadi hangpa jangan la dok tanya bila kak Ros boleh cuba buat resepi ni. Janji kak Ros tengok sedap, rasa macam sedap kak Ros nak tempek jugak kat blog ni kot kot kengkawan boleh cuba sempena bulan Ramadhan ni.

Ikut hangpa la nak cuba untuk berbuka atau bersahur.

BAHAN2:
500 gm ayam
1 batang carrot [potong kecil]
1 s/b kicap pekat
2 s/b sos tiram
1 s/b tepung jagung [bancuh]
1/2 cawan air
2 s/b lada hitam [tumbuk]
3 s/b minyak untuk menumis
Garam secukup rasa...

BAHAN TUMIS:
5 ulas bawang merah/kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 labu bawang besar

BAHAN HIASAN:
2 tangkai daun sup
2 tangkai daun bawang [potong 1 inci]
1 biji tomato [belah 6]
2 biji cili merah [hiris]

CARANYA:
1. Ayam dibuangkan kulit, potong kecil dan bersihkan.
2. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi dan layu.
3. Masukkan ayam dan carrot dan gorengkan sehingga masak/lembut.
4. Masukkan bancuhan air tepung jagung, kicap pekat dan sos tiram.
5. Masakkan sehingga pekat dan masukkan bahan hiasan.

Mercun bukan budaya kita

Musim dimana polis dan kastam sibuk merampas mercun yang diseludup masuk ke Malaysia, time ni la penyeludup boleh buat duit mudah. Orang kita pulak tolong kayakan penyeludup penyeludup ni...

Sapa la yang memula terapkan budaya mercun kat dalam perayaan aidilfitri di Malaysia ni?

Sib baik la kak Ros ngan laki kak Ros sependapat dan kita dah ajarkan anak anak yang mercun ni bukan budaya kita. Dulu ada gak la pujuk sikit sikit dengan bunga api, tapi lama kelamaan dan depa pun dah besaq panjang, depa akan pikiaq sendiri bila kita selalu cakap bertujuan nak bagi depa paham.

Sampai ke hari ni anak anak kak Ros tak pandai main mercun. Yang sulung dah 18 tahun dan yang bongsu dah masuk 14 tahun, masih macam dulu jugak. Biaq la orang nak kata kak Ros kedekut ka, kata la janji kak Ros puas hati didik anak dengan cara kak Ros.

Kalau kita tengok sesetengah keluarga tu sanggup berhabis duit sampai beratus ratus ringgit semata mata nak syokkan anak depa. Nak gembirakan hati keluarga depa. Tanpa depa memikirkan tiada langsung faedah yang kita dapat hasil dari membakar mercun tu.

Kaum cina bakar mercun pasai nak halau hantu. Kaum cina jugak percaya depa bakar mercun pasai nak hantar tuhan depa balik ke langit. Adakah ini jugak boleh apply sebagai budaya kita dan selari dengan ajaran agama kita? Fikir fikirkan lah....

Mereka menanggung kesilapan kita

Sebagai ibu bapa, kak Ros rasa kita patut sangat rasa risau bila terbaca kisah sepasang kekasih yang sehati sejiwa ni yang mengaku bersalah membuang bayi perempuan mereka di Melaka.

Setiap yang terjadi ada hikmahnya dan marilah kita sama sama memulakan langkah pencegahan dengan harapan kita menafaatkan sepenuhnya peristiwa pahit yang menimpa kedua mereka itu sebagai hikmah pada yang lain.

Mulakan dengan keluarga sendiri sebelum melihat sekeliling. Lihat diri kita, lihat pasangan kita dan lihat jugak anak anak kita. Jangan di tuding pada sesiapa, 7 hari 7 malam pun masaalah tak akan selesai kalau dok cari salah orang. Jangan tengok di mana benda alah tu terjadi, sebab kalau kita tak menjaga diri sendiri, tang mana jugak kita pi akan terjadi benda yang dilaknati Allah ni.

Lihat saja sepasang kekasih yang masih lembut ubun ubun ni. Mereka memang bersalah, tapi apakah orang disekeliling mereka dapat melarikan diri dari bersama sama menanggung kesalahan dan jugak kesan dari kesalahan mereka berdua itu?

Tak kira siapa anda, semua dari kita harus bertanggungjawab terhadap permasaalahan ini. Kegagalan kita membentuk kehidupan yang lebih baik dan mengikut syarak telah meletakkan mereka mereka ini jahil, angkuh dan bodoh sombong sebagai manusia.

Allah tidak akan terima hambanya yang penuh angkuh dan sombong.

Monday, August 16, 2010

Ramadhan dah moden

Sumber: Pak Long

Macam tak betoi saja iklan ni, Pak Long tengok setan dimana mana...

Salam semua...

Lepak lepak ngan Mak Long hang di tengahari bulan posa ni teringat balik kisah dulu dulu ni. Kenangan manih dulu dulu tu dah cukup buat kita sengeh sampai telinga. Posa dulu ngan posa la memang jauh bezanya.

Dulu jarang jarang kita dengaq orang mengamuk di bulan posa, paling tinggi kalau ada pun bebudak mengamuk pasai berebut makan time "more" kat surau surau. Tapi la ni lepaih satu satu lagi cerita amuk yang kita dengaq, siap ngan bagi cedera parah anak sendiri lagi. Orang sibuk nak cari baju raya kat anak anak, yang dia sibuk bawa anak masuk hospital. Hilang akai betoi...

Dulu jarang jarang kita dengaq budak budak putuih jari kaki tangan pasai main mercun di bulan posa, jangan kata tak dak orang main. Lagi ganaih dari zaman la, siap tanggung meriam bawak lari time orang kampung ligan. Tapi la ni budak budak dah tak reti cara nak gila dan terlalu manja. Putuih kaki tangan dah macam hobi masa lapang depa.

Jadi pesan Pak Long, jauhi lah mercun. Ianya membahayakan kesihatan jari kaki dan tangan hangpa semua...

Wassalam...

Lagi jantan dayusssss...

Nurul Dahyatul yang melecur teruk dirawat di Hospital Sultanah Zahirah, Kuala Terengganu semalam.

Sampai tak kenai dah bulan puasa ka tidak. Kalau dah hati dirasuk iblis, akan berupa iblis jugak tak kira ramdhan ka tidak. Sapa sangka sang suami sanggup main ugut ugut ngan asid dan berakhir dengan kecederaan serius kekal pada tiga anaknya sendiri dan ibu mertua jugak terlibat sama.

Kejadian berlaku di Kampung Sekayu, Hulu Terengganu kira kira pukul 1.45 pagi.

Mangsa terlibat ialah, Che Ku Zaimah Che Ku Awang, 28, bekas isteri suspek yang cedera di muka dan kedua-dua belah tangan serta bahagian belakang badan. Dua orang anak mangsa, Nurul Dahyatul Fazlinda Khalid, 8, dan Mohd. Irfan Firdaus, 2, serta ibunya, Minah Omar, 56. Masing-masing melecur di beberapa anggota badan.

Paling teruk, Nurul Dahyatul yang mungkin hilang deria penglihatan apabila seluruh muka sehingga paras dada kanak-kanak itu terkena asid. Apa punya jantan dayusssssss.....

Terkejut kucing

Terkejut kucing kak Ros, ingatkan jaga dah terlewat sangat. Kesian anak anak takut ke sekolah tak bersahur. Rupanya masih awal, 4.50 pagi. Boleh la lenggang lenggang lagi ke dapur.

Laki kak Ros tak sihat lagi hari ni, demam nak boleh akai kot. Sejak balik dari KL Jumaat lepas membawa ke Ahad, masih tak serupa orang. Monyok dan sengau. Semalam dok kalut lebih pasai dia la, kot kot boleh sihat sikit boleh la pi kerja hari ni. Tapi nampak macam tak sihat lagi la... laki kalau tak sihat, jaganya lebih teruk dari jaga anak kecik... hehehe...

Tengah dok pujuk dia ni, cuti kerja la sari lagi. Pi amik ubat tengok sebab dah banyak hari dah monyok tuh...

Sunday, August 15, 2010

Ramadhan superhero

Adusss... bertimbun baju nak kena siapkan. Bermacam pesyen nak kena sudahkan. Semua nak kena siapkan on time. Ada yang nak siapkan awai sikit pasai nak balik raya kat kampung. Ada yang mai pegang lutut dah siap malam raya pun tak pa, janji terima tempahan depa.

Mintak doa la kat Tuhan banyak banyak, bagi sihat tubuh badan dan jangan mesin buat perangai, mogok tak nak kerja macam yang lepaih lepaih... heh...

Tok sah kata nak berbuka ngan apa, sahur pun kadang kadang boleh terlupa. Sib baik la dapat laki yang paham rasa... tekiu laki ku, my superhero...

Hari ni laki kak Ros offer nak berbuka kat rumah mak, bukan apa kot kot boleh hilang semak... alahaaiiii...

Tak jeles ke

Time relax relax ni kak Ros selak gak paper online, saja nak release tension. Baca la berita berita semasa nak tau gak sana sini cerita apa. Punya kalut buat kerja sampai tak tau pun si Maizawati ni dah menikah dah.

Hmm... mendirikan masjid tu baik dan indah, melayarinya saja yang susah dan payah. Orang kata buang taik cicak dalam masjid pun dapat pahala, tapi nak praktiknya saja yang sakit kepala... hahaha....

Tapi kak Ros suka gak tengok gambar pernikahan bekas isteri penyanyi rock, Akhil Hayy tuh. Maizawati bekas isteri Akhil tu berkahwin ngan suami barunya Mohd Yassin Rahim, 12 tahun lebih muda darinya. Baguih la kalau dah kahwin, akan jauh la sikit dari fitnah di alam glamer tuh. Moga ikatan cinta depa berkekalan la hendaknya yerk... hihi...

Selamat berpuasa la Maiza yerr...

Lagi pompuan jadi mangsa jantan

Mangsa amuk, Najihan Mohd Natri, 13, yang cedera di bahagian badan serta putus dua jari tangan kanan selepas ditetak oleh bapanya

Salam ramadhan...

Sedih berita ni, kak Ros baca sambil bergenang air mata. Kak Ros dok terbayang macamana la agaknya rasa ditetak suami sendiri sehinggakan cedera parah di kepala dan badan menyebabkan si mangsa mati menggelepar.

Suami yang sepatutnya menjadi pelindung tetiba mengamuk, bertukar menjadi syaitan ketagih darah. Kejadian amuk itu berlaku sekitar jam 5.15 pagi (mungkin ketika bersahur).

Mangsa, Khairul Bariah Mohd Ariffin, meninggal dunia akibat cedera parah di kepala dan badan. Foto BERNAMA

Bagaimanapun tahniah pada pasukan Polis yang cepat dan tepat bertindak menembak mati suspek seorang lelaki yang dipercayai tidak siuman dan suami pada si mati kira-kira tiga jam selepas peristiwa menyayat hati itu.

Kejadian berlaku di rumah mereka di Taman Mawar, Langkap dekat Teluk Intan kira-kira 100 kilometer dari sini. Suspek bernama Mohd Natri Sharudin, 39, ditembak apabila cuba menyerang anggota polis dengan menggunakan parang dan pisau pada kira-kira 8.30 pagi tadi.

Saturday, August 14, 2010

Orang Islam mesti tengok gambaq ni




Kak Ros mintak hangpa semua tengok betoi betoi gambar kat ataih sana tu.

Pertama sekali, baca tengok jenama apa yang tertera kat pembungkus tu
Keduanya, pikiaq tengok jenama tu terkenal dalam pengeluaran bahan makanan apa.
Ketiganya, tanya diri gambaq binatang apa yang terbentang kat pembungkus tu.
Dan keempatnya tanya selera, adakah anda masih berminat dengan makanan dari jenama ini lagi?

Sunday, August 8, 2010

Yarrkkeerrrr...

Hebat betullah minah ni...

Selepas 30 hari tinggal dalam bilik kaca bersama 100 ekor ular termasuk dari spesies berbisa seperti ular tedung selar, Ratu Ular, Puteri Aryani Saiful Yuzan, 24, akhirnya keluar dari ‘tempoh berkurung’ tepat jam 10 malam kelmarin. Bagi meraikan kejayaan itu, Puteri Aryani diberi penghormatan mencium kepala ular tedung selar sepanjang empat meter dan berjaya melaksanakannya dalam masa kurang 10 minit di hadapan hampir 500 penonton. Puteri Aryani berkata, beliau bersyukur dapat melaksanakan cabaran 30 hari itu tanpa menghadapi masalah besar melainkan sekali sekala mengalami kecederaan kecil akibat digigit ular tidak berbisa. - Foto Syamsi Suhaimi

Saturday, August 7, 2010

Ibu ibu, siap tisu ditangan

video
Dengarlah suaranya...
Dengarlah tawanya...

Aku ibarat pensil di atas kanvas...
Yang membentuk dan mewarnai anakku...

Sayangilah anak anak kita, anugerah Tuhan yang tak ternilai harganya...

Monday, August 2, 2010

7 kaedah mendidik anak cemerlang

"Dalam mendidik anak-anak sebenarnya tiada formula khusus yang boleh diikuti atau diterapkan kerana setiap anak adalah makhluk yang luar biasa dan unik dan berbeza-beza antara satu sama lain. Menurut Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah dalam bukunya, 21 Kaedah Mendidik Anak Cemerlang, ilmu mendidik anak adalah satu ilmu kemahiran yang perlu dimiliki oleh ibu bapa sebagaimana perlunya mereka memiliki ilmu kemahiran rumah tangga, kewangan, teknikal dan agama.

Rasulullah S.A.W. telah menggariskan empat tahap mendidik anak iaitu:

Tahap Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendakkah kita banyak bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang sebagaimana haiwan menjaga anak.

Tahap Kedua: Anak berumur tujuh tahun sehingga baligh(14 tahun)hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin dan beri tanggungjawab.

Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat.

Tahap Keempat: Anak berumur lebih 21 tahun. Hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi tidak bertentangan dengan syariat.Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar segala tindakkan mereka terkawal.

1. Kaedah Pesanan dan Arahan.

Pesanan dan arahan merupakan salah satu daripada kaedah yang disarankan oleh Rasulullah S. A. W. Anak-anak hendaklah dididik dengan dipesankan sesuatu terlebih dahulu. Lihat bagaimana reaksi mereka, apakah mereka boleh melakukannya hanya selepas sekali pesanan. Jika tidak berkesan maka hendaklah dipesan berulang kali tanpa merasa jemu dan bosan. Menurut pandangan pakar pendidikan kanak-kanak, anak yang pintar perlu diberi nasihat dan pesanan 200 kali tanpa bosan supaya mereka benar-benar memahami pesanan itu dan dapat bertindak dengan baik. Antara bentuk pesanan dan arahan kepada anak-anak :

• Mengenai solat di awal waktu
• Adab dengan orang tua-tua
• Adab dengan guru
• Adab dengan kawan-kawan
• Tugas harian di rumah
• Mengemas bilik sendiri termasuk meja belajar.
• Tatacara makan mengikut sunnah nabi
• Cara belajar yang berkesan
• Ingat sentiasa menutup aurat apabila keluar dari rumah
• Keselamatan jalan raya
• Tanggungjawab melindungi adik-adik.

2. Kaedah Bercerita

Kaedah bercerita menguatkan hubungan anak-anak dengan ibu bapa terutamanya kisah-kisah teladan daripada Al-Quran, kisah nabi dan sebagainya. Tujuan bercerita ialah untuk mendidik anak-anak secara tidak langsung melalui pemahamam minda bawah sedar mereka, menyampaikan maklumat dan menyerapkan pengajaran yang boleh dicungkil daripada cerita tersebut, mengerat dan merapatkan hubungan anak dan ibu bapa, anak-anak boleh menggambarkan di minda mereka dengan lebih jelas dan ini lebih berkesan bergantung kepada kemahiran pencerita.

3. Kaedah Soal jawab

Bersoala jawab denagn anak akan menggerakkan minda mereka. Ibu bapa yang cemerlang hendaklah sentiasa bersoal jawab dan mengambil tahu mengenai diri anak dan perkembangan aktiviti dan pembelajaran mereka. Kaedah ini hendaklah dilakukan secara berterusan dan tanpa mengira masa, keadaan dan tempat seperti ketika dalam perjalanan, di rumah, waktu makan dan sebagainya.

Ibu bapa hendaklah berusaha menjawab semua persoalan. Seandainya ibu bapa tidak tahu atau tidak pasti jawapan kepada soalan anak, jangan teragak-agak atau enggan untuk mengaku tidak tahu. Ibu bapa hendaklah memberi penjelasan atau jawapan kepada persoalan yang ditanya oleh anak daripada orang yang mahir dalam bidangnya.

Anak-anak kecil lazimnya suka bertanya soalan yang bertubi-tubi. Ramai ibu bapa yang tidak mengambil peduli keletah anak-anak ini. Tabiat ini tidak sewajarnya menjadi amalan ibu bapa kerana tabiat anak-anak yang bertanya itu sudah menggambarkan pembangunan minda anak-anka yang cemerlang. Jika ditangani dengan baik anak itu mempunyai potensi yang tinggi untuk menjadi anak cemerlang.

4. Kaedah Merujuk Pengalaman Lalu

Pengalaman yang positif boleh dijadikan teladan, pengalaman yang negatif boleh dijadikan sempadan. Pengalaman ini elok dibuktikan dengan gambar, dokumen atau barangan peninggalan yang terlibat. Ini kerana pengalamna ini amat mudah untuk menjelaskan mesej yang ingin kita sampaikan dan mudah pula dijadikan iktibaroleh anak-anak. Pengalaman anak-anak itu juga penting. Kaitkan apa perlunay mereka berwaspada denagn peristiwa pahit yang telah mereka alami atau peristiwa manis dan kejayaan yang pernah mereka kecapi.

5. Kaedah Nasihat dan Teguran

Berilah nasihat dan teguran kepada anak-anak dalam hal akidah, ibadah, akhlak, tanggungjawab, kesihatan, suci hati dan erti kesusahan. Kaedah ini sangat penting dan ia berbeza dengan kaedah pesanan dan arahan. Ini kerana nasihat dan teguran tidak boleh dibuat setiap hari atau setiap masa kerana anak-anak akan mudah merasa jemu dan bosan.

Ketika mendengar nasihat dan teguran daripada ibu bapa, anak hendaklah dilatih supaya memandang wajah kedua-duanya atau tunduk.

6. Kaedah Bermain dan Bergurau

Cuba tanya diri anda, berapa kerapkah anda bermain-main dan bergurau-gurau dengan anak-anak anda? Terdapat pelbagai kaedah untuk kita bergurau dengan anak-anak ketika sedang bermain, beriadah mahupun bersukan. Matlamat bergurau dengan anak-anak ialah untuk menggembirakan hati mereka.

Mengikut kajian psikologi, apabila anak berasa gembira dan disayangi, mereka akan menjadi anak yang berdisiplin dan berakhlak yang baik. Tetapi jangan pula bergurau melampau batas seperti bermain dan bergurau berlarutan sehingga meninggalkan ibadah wajib dan tugas yang lebih penting.

Bapa juga tidak manis bergurau atau bermain dengan anak perempuan yang telah meningkat dewasa. Begitu juga ibu tidak manis bermain dengan anak lelaki yang telah meningkat dewasa. Perlakuan tidak manis ini jika tidak diikat oleh iman yang kuat, sering berlarutan sehingga boleh menyebabkan berlakunya sumbang mahram.

7. Kaedah Latihan yang Berterusan

Anak yang cemerlang perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah ini juga disarankan oleh Rasullullah S.A.W. Anak kita memang cemerlang tetapi perlu dilatih secara praktikal dan berterusan. Kaedah latihan boleh dibahagikan kepada beberapa ciri diantaranya :-

a) Jantina

Ibu bapa hendaklah memberi tugas kepada anak-anak sesuai dengan jantinanya seperti tuga yang berat dan kasar diagihkan kepada anak lelaki manakala anak perempuan kepada kerja-kerja dalaman yang lebih ringan dan sesuai dengan watak keperempuanan mereka. Bagaimanapun tidak salah jika anak lelaki diajar dan diasuh melakukan pekerjaan yang sering dilakukan oleh orang perempuan seperti membasuh pakaian sendiri, menyidai pakaian, melipat pakaian, memasak, membasuh pinggan dan sebagainya.

b) Usia

Pengagihan tugas juga perlu diagihkan mengikut usia. Anak yang berusia di bawah enam tahun belum boleh diberi tanggungjawab yang serius. Tahap tanggungjawab boleh ditingkatkan apabila usia mereka meningkat dan mengikut kesesuaian waktu.

Jangan lupa memberi pujian dan penghargaan kepada anak setelah mereka berjaya melakukan sesuatu pekerjaan itu. Namun jangan berlebihan kerana bimbang anak itu akan bersifat takbur.

Sunday, August 1, 2010

Aishwarya Rai nampak berisi

Dok ikut jugak la sikit sikit artis artis India ni terutama tu Aishwarya Rai. Tak minat sangat pun cuma syok syok isi masa boring tengok baju ngan mesin.

Tapi kak Ros nampak macam berisi sikit la budak ni. Ada apa apa ka?

Aishwarya Rai ngan aktor Rajinikanth sengeh depan kamera masa majlis pelancaran sebuah filem Tamil 'Enthiran' di Putrajaya, 31 Julai 2010. — Reuters pic
Related Posts with Thumbnails