Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, September 28, 2010

Kak Ros no comment... hihi...

video
Hangpa layan sudah laa... lepaih tu pikiaq sendiri. Kak Ros no comment, tepuk dada tanya selera... hihi...

Monday, September 27, 2010

Paderi yang cari penyakit

Marshitah gesa KDN siasat paderi hina Nabi

PUTRAJAYA: Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Marshitah Ibrahim, hari ini meminta Kementerian Dalam Negeri dengan segera melakukan siasatan terperinci dan mengambil tindakan tegas terhadap seorang paderi yang didakwa mengeluarkan kenyataan menghina Nabi Muhammad S.A.W. dan agama Islam dalam satu ceramahnya di sebuah gereja di Kuching, Sarawak, baru-baru ini.

"Saya khuatir akan berlaku (sesuatu) kalau tindakan tegas tidak ambil," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Yayasan Waqaf Malaysia bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas berhubung kewujudan beberapa klip video dalam laman web YouTube yang memaparkan seorang paderi menyampaikan ceramah menghina Islam.

Akhbar hari ini melaporkan Presiden Penaja Perikatan Blogger Muslim (MBA), Zainol Abideen, sebagai berkata paderi bernama Benjamin Stephen itu menyampaikan ceramah menghina Islam di sebuah gereja di Kuching, Sarawak. BH

Sunday, September 26, 2010

Pakat dok kira dah...

Lega anak urus niaga

Oleh FIRDAUS SAHAT
KUALA LUMPUR: “Allahyarham pernah berkata kepada saya, dia lega anaknya boleh diharap dan mempercayai mereka seratus peratus untuk mengendalikan semua perniagaannya, lebih-lebih lagi tiada orang lain yang boleh dipercayai,” kata Datuk Zaidi Zain, peguam peribadi jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, yang dibunuh kejam.
BEROPERASI.... bangunan Nouvelle Beauty Centre di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

SIMPATI... Nash ketika melawat anak tirinya.

“Tidak lama dulu dia pernah memberitahu untuk membuat surat wasiat tetapi ia tidak diteruskan. Cuma pada perbincangan terakhir antara kami di bilik saksi sewaktu kes tuntutan harta terhadap bekas suaminya, Nash (Nasharudin Elias) di Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 26 Ogos lalu, pelbagai perkara diluahkannya kepada saya.

“Antaranya, dia tidak mahu berkompromi dengan mana-mana pihak yang menipunya. Malah dia berkali-kali menyatakan tidak mempercayai sesiapa selain anaknya.

“Secara lisan, Allahyarham berhajat menyerahkan segala urusan perniagaannya kepada anak sulung iaitu Erni Dekritawati Yuliana atau Rita,” katanya.

Selain Rita, 25, lima lagi anak Allahyarham hasil perkahwinan dengan Bukhari Mohamad adalah Erwan Suwari Ridzuan, 24, Erwan Nasri, 23, Erni Erinawati Sofia, 21, Erni Reenilawati, 19, dan Siti Nur Fatimah, 13.

Ketika itu, Zaidi berkata, arwah menjelaskan hatinya kembali tenang dan betul-betul lega apabila lima daripada enam anaknya mampu menguruskan perniagaannya.

“Daripada percakapannya, saya pasti dia betul-betul lega. Malah, gayanya seperti terlepas daripada satu beban yang sangat berat apabila dia mengatur tugas terhadap lima anaknya mengenai setiap perniagaan dimiliki.

“Arwah juga menjelaskan, dia tidak mahu memikirkan mengenai perniagaan yang diserahkan kepada anaknya. Dia ingin menumpukan perhatian terhadap bidang hartanah saja,” katanya.

Namun selepas kejadian ngeri yang berlaku, Zaidi yakin segala perihal mengenai perniagaan dan harta milik arwah yang dianggarkan bernilai lebih RM150 juta akan dimiliki waris pengasas kosmetik Nouvelle Visages iaitu anaknya meskipun tiada wasiat bertulis.

“Mulanya saya beranggapan apa diluahkan kepada saya waktu itu hanya kenyataan biasa. Namun bila sudah jadi begini, baru saya sedar apa diperkatakan arwah waktu itu.

“Ia boleh diibaratkan sebagai kenyataan secara lisan. Malah isu mengenai harta pusaka ini boleh berbalik kepada hukum syarak mengikut sisi perundangan.

“Bagi orang Islam, wasiat digunakan untuk memudahkan segala urusan dan mengelak kerumitan. Bagaimanapun, dalam situasi ini mungkin sistem fara’id diberi keutamaan terhadap pembahagian harta pusaka arwah,” katanya.

Allahyarham yang ditemui mati dalam keadaan ngeri awal bulan ini bersama pemandu peribadinya, Kamaruddin Shansuddin, 44, pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam, Ahmad Kamil Abd Karim, 32, turut meninggalkan seorang suami selain enam anaknya.

Selama perkenalannya dengan arwah, perbincangan mengenai harta keseluruhan milik jutawan itu mahupun penyampaian wasiat secara terperinci tidak pernah diadakan.

Menyentuh mengenai tuntutan harta bernilai RM1.38 juta yang difailkan Allahyarham terhadap Nash, Zaidi menjelaskan, kes itu tertangguh buat sementara waktu dan terserah kepada waris arwah sama ada mahu meneruskannya atau tidak.

“Saya tidak pasti sama ada waris arwah mahu meneruskannya atau tidak. Sehingga kini mereka adik-beradik masih berbincang. Setahu saya, anak Sosilawati sangat rapat dan menyayangi Nash.

“Namun ada dua isu di sini. Pertama sekali ialah kehendak dan hasrat arwah untuk menyelesaikan kes berkenaan manakala yang kedua adalah hubungan baik antara waris dengan Nash.

“Saya sudah menjelaskan semua hal berkaitan kepada Rita. Kini terpulang kepadanya sama ada mahu menghalalkan segala harta yang bakal menjadi miliknya bersama adik beradik atau meneruskan hasrat arwah ibu,” katanya.

Selain memasarkan produk kosmetik dengan beratus rangkaian termasuk stokis dan cawangan, Nouvelle Visages membuka galeri pengantin, penjagaan kesihatan, salun rambut dan kecantikan serta hartanah.

Butik andaman pengantin, salun rambut dan spa beroperasi di Wisma Nouvelle, Cyberjaya manakala Nouvelle Development pula membangunkan kawasan komersial di Kota Damansara.

INFO:
Anggaran harta Sosilawati:-
  • Mempunyai 300 rangkaian dan cawangan perniagaan kosmetik Nouvelle Visages di seluruh negara serta Brunei, Singapura dan Thailand dianggarkan bernilai RM11.4 juta 
  • Bangunan Nouvelle Beauty Centre di Kampung Baru, Kuala Lumpur bernilai hampir RM1.5 juta manakala Wisma Nouvelle yang baru dibangunkan di Cyberjaya pula bernilai RM20 juta 
  • Memiliki hampir 50 rumah yang disewakan dan dianggarkan bernilai RM20 juta 
  • Harta dalam bidang hartanah dan pembangunan bernilai kira-kira RM100 juta 
  • Memiliki beberapa butik pengantin di sekitar Kuala Lumpur bernilai RM1 juta 
  • Turut menceburi bidang automobil (jual beli kereta) secara kecil-kecilan RM1 juta 
  • Rumah banglo di Taman Harmonis, Gombak bernilai RM1 juta
JUMLAH KESELURUHAN: RM155.9 juta

Saturday, September 25, 2010

Suami upahan?

Macam macam la dunia sekarang ni. Yang tak pernah pernah kita dengar dulu ni tapi sekarang ni dah jadi amalan. Kak Ros pun tak pernah dengar suami upahan dan kerjanya makan hasil isteri. Tapi kini dah berlambak lambak.

Beberapa lelaki tempatan dikesan sanggup menjadi suami ‘upahan’ bagi mengahwini wanita warga asing dari China secara kontrak semata-mata untuk mendapat habuan setiap bulan hasil kegiatan tidak bermoral isteri mereka di pusat hiburan sekitar ibu negara.

Jadi bila sebut GRO warga asing ni, kita tau la sebab dan musababnya. Semuanya pasai wang dan kesenangan. Cara mudah menggali wang dan harta. Tujuan wanita yang menjadi pelayan pelanggan (GRO) itu berkahwin secara sah dengan suami masing-masing hanyalah sebagai lesen untuk berada lebih lama di negara ini dan tidak perlu memperbaharui visa setiap bulan selain membebaskan mereka sekiranya ditangkap ketika menjalankan kegiatan pelacuran atau aktiviti lain yang tidak bermoral.

Taktik licik ‘isteri’ itu, bagaimanapun dibongkar apabila Bahagian Siasatan Jenayah Maksiat, Kongsi Gelap dan Perjudian (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPPK) Kuala lumpur menyerbu sebuah pusat hiburan tidak berlesen di Taman Shamelin Perkasa di sini, kelmarin. Lebih mengejutkan, enam daripada lapan wanita GRO menggunakan status isteri kepada lelaki tempatan dalam operasi yang dijalankan kira-kira jam 10 malam itu.

Gossip tak betul Zahida Rafik?

Seronok jadi orang pompuan ni. Lagi seronok kalau kita cantik. Lagi lagi seronok la kalau kita ni artis popular... bunga yang mengharum, lagi banyak kumbang yang kerumun... kak Ros tau la... hihi...

Macam tu la jugak dengan pelakon cantik Zahida Rafik (gambar) dikatakan telah berkahwin dengan seorang VIP, orang politik bergelar Datuk Seri lagi. Ikut desas desusnya mereka ni melangsungkan pernikahan di London sebelum bulan Ramadan lalu. Majlis tersebut dilakukan secara tertutup.

Bagaimanapun ikut kata pelakon filem Mami Jarum dan Anak Mami The Movie ni, dia tak kahwin pun dan masih tinggal dengan ibu bapa dia, malah masih single and available. Jadi pada sesapa diluar sana yang suka sangat dok dengar gossip panas yang tak betul tu, jaga jaga lah. Benda tak betul jika kita sebarkan jugak akan jadi satu fitnah.

Friday, September 24, 2010

Gambar anak Ashraf

Noah dikatakan memiliki wajah mirip Ashraf

Tak menikah nak kena menikah. Dah menikah kalut la pulak ngan nak beranak. Besa la putaran dunia, takdir Tuhan kat hambanya dah macam tu. Tak kira la sapa, artis ka tak artis... hihi...

Tapi satu yang kak Ros tengok orang kita ni, sibuk sungguh nak tengok gambar bayi orang terutama sekali artis lah. Maklum saja la, budak baru lahir ni. Nak tengok jugak comel ka tidak. Kiut ka tidak. Lelaki ka pompuan. Ikut mak ka ikut bapak dia... haha...

Pelakon Ashraf Sinclair, 31, akhirnya berkongsi kegembiraannya dengan meletakkan foto dirinya sambil mendukung anak sulungnya bersama penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari,27, di laman sosial, Twitter. Nama anak sulung depa diberikan nama Noah itu dikatakan mempunyai wajah mirip ayahnya.

Bayi lelaki tersebut dilahirkan pada Rabu lalu, pukul 2 petang (3 petang waktu Malaysia) seberat 3.5 kilogram di Rumah Sakit Brawijaya, Jakarta.

Tahniah pada mereka berdua dan jugak Bunga yang berjaya juga lahirkan anak sulung mereka walaupun melalui cara pembedahan...

Lima kali juara dunia wooo...

Kak Ros bersama sama jutaan rakyat rakyat Malaysia nak merakamkan tahniah dan jutaan terima kasih buat ratu skuasy negara dan pemain Nombor Satu dunia Nicol David kerana menjuarai Terbuka Dunia Wanita bagi kali kelima selepas menewaskan pemain pilihan Mesir, Omneya Abdel Kawy di bandar raya peranginan Laut Merah, Sharm El Sheikh.

Dengan kemenangan itu, beliau menyamai rekod pemain Australia Sarah Fitz-Gerald yang memenangi lima gelaran Terbuka Dunia.

“Fokus saya amat kuat sepanjang pertandingan. Saya benar-benar mahukannya. Saya tidak mahu membiarkannya terlepas,” kata anak kelahiran Pulau Pinang berumur 27 tahun itu seperti dipetik dalam laman web rasmi kejohanan, www.sohosquareworldopen.com.

Ular katam tebu, bisa tuu...

Foto dari Bernama menunjukkan sorang penjinak ular ni, Muhammad Noor Hisham Adnan sedang memasukkan dua ekor ular katam tebu ke dalam mulutnya.

Beliau beraksi ketika persembahan di Rumah Terbuka Muzium Negara, Kuala Lumpur hari ini. Pergghh... mau pengsan kak Ros... haha...

Tergamam?

Tergamam? Sapa yang tak tergamam kalau dah tengok anak diseret atas jalan tar.

Kegembiraan seorang kanak-kanak yang berusia tiga tahun menyertai marhaban sempena Aidilfitri di rumah sekitar Serom Dua, Bukit Gambir di sini, berakhir tragis apabila dia cedera selepas diseret sejauh kira-kira 20 meter oleh motosikal mengangkut susu getah yang ditunggang sepasang suami isteri, jam 9.30 pagi Ahad lalu. Akibat seretan di jalan berturap itu, Ahmad Hafizulamin Abdul Jalil cedera teruk di muka selain calar di sebahagian besar anggota badan.

Woii, jaga la anak anak kita, kak Ros tengok luka kat muka pun naik seram sejuk.... sakit tuuuueee...

Sayang yerr...

'Saya tetap sayang dia'

Oleh Syah Rul Aswari Abdullah
SHAH ALAM: Pemandu teksi, Mohd Fazli Azri Jamil dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini, semalam selepas didapati bersalah membunuh Syafiah Humaira Sahari, 4, Februari lalu, namun ibu kanak-kanak itu, Siti Nurhanim Aziz, 25, berkata dia tetap sayangkan Mohd Fazli Azri, yang juga teman lelakinya.

BERSALAH...Mohd Fazli dihukum gantung sampai mati.“Saya tak pernah marahkan dia (Mohd Fazli) sebab dia terlampau sayangkan anak saya, maka saya amat menyayanginya,” katanya ketika ditemui di luar mahkamah. Malah, sebelum Mohd Fazli digari semula untuk dibawa ke penjara, dia dilihat sempat mencium pipi Siti Nurhanim.

Sebelum itu, hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki membuat keputusan itu terhadap Mohd Fazli yang menyambut hari ulang tahun kelahirannya ke-28 semalam selepas mendapati pihak pembelaan gagal membuktikan keraguan munasabah terhadap pertuduhan.

Mendengar keputusan itu, ibu Mohd Fazli, Nur Haziah Yusof, 52, yang tidak dapat menahan emosi terus meraung dan berulang kali berkata: “Abang tak salah, biar mama yang mati” sebelum wanita itu pengsan dua kali di galeri awam.

Nenek Mohd Fazli yang dikenali sebagai Siti pula kelihatan tenang dengan keputusan itu berkata, keluarganya akan mengemukakan rayuan.

“Berpantang maut sebelum ajal,” katanya.

Mohd Fazli dituduh membunuh Syafiah Humaira di padang bola sepak Jalan Utama, Kawasan Rumah Murah Batu 30, dekat Batang Kali, jam 6.30 petang, 25 Februari lalu.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Selain Idham Abd Ghani, pendakwaan diwakili dua lagi Timbalan Pendakwa Raya, Hanim Mohd Rashid dan Zureen Elina Mohd Dom manakala tertuduh diwakili peguam bela, Gurbachan Singh.

Terdahulu, Mohtarudin dalam alasan penghakimannya berkata mahkamah tidak dapat menerima keterangan tertuduh ketika membela diri bahawa kecederaan kanak-kanak itu disebabkan jatuh motosikal dan terhantuk di dinding tandas.

Katanya, ia sama sekali bercanggah dengan keterangan dua ahli perubatan yang merawat dan melakukan bedah siasat terhadap kanak-kanak itu.

Selain itu, katanya, kisah jatuh motosikal itu sama seperti cerita tertuduh bahawa mangsa muntah selepas makan ubat yang dibeli di kedai jamu tidak pernah diberitahu kepada sesiapa.

Menyentuh mengenai keterangan tertuduh ‘lalok’ di padang bola, Mohtarudin berkata ia bercanggah dengan keterangan saksi yang menunjukkan Mohd Fazli adalah waras pada masa kejadian.

Katanya, ini dikuatkan lagi apabila melihat fakta bahawa tertuduh boleh memandu teksinya untuk ke padang berkenaan.

“Keterangan ibu mangsa bahawa tertuduh berada dalam keadaan mabuk sepatutnya disoal balas pada peringkat pendakwaan,” katanya.

Menurutnya, undang-undang dengan jelas menyatakan bahawa mabuk akibat perbuatan sendiri tidak boleh diterima dalam pembelaan kes jenayah.

Mohtarudin berkata, mahkamah juga menolak hujah pembelaan bahawa tertuduh tidak berniat mencederakan mangsa berdasarkan apa yang sudah dilakukannya terhadap kanak-kanak malang itu.

“Perbuatan menutup pintu teksi sehingga terkena kepala mangsa, memijak perut dengan but bola dan menyepak kanak-kanak itu tidak dapat diterima sebagai tidak berniat,” katanya.

Sepanjang perbicaraan bermula sejak 7 Jun lalu, pihak pendakwaan memanggil 33 saksi, manakala tiga saksi pembelaan tampil memberikan keterangan.

Thursday, September 23, 2010

Wajah wajah glamor

Seronok sungguh depa lapan ekor tuh. Tak pasai pasai pi jadi glamor, sampai minyak naik harga pun tak dak sapa yang tau dan peduli.

SEBAHAGIAN daripada lapan suspek pembunuhan jutawan kosmetik Allahyarhamah Datuk Sosilawati Lawiya diiringi anggota polis selepas menjalani ujian DNA di Hospital Kuala Lumpur, Rabu. - Foto BERNAMA

Wednesday, September 22, 2010

Gelang emas

PENYELAM Polis Diraja Malaysia (PDRM) menemui seutas gelang tangan di sungai berhampiran Pasar Besar Banting ketika mencari bahan bukti berkaitan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain selepas lokasi itu ditunjukkan suspek utama. - Foto Mohd Yusni Ariffin.

Kubur yang seksi atau seksa... hihi



Gila orang ni bukan semacam... bermacam macam...

Tak tau dah nak kata kubur ni seksi atau seksa...

Tuesday, September 21, 2010

Buat apa saja kalau dah lapar

 
     

Monday, September 20, 2010

Aneh makhluk aneh ni

Makhluk Aneh Bertaring Besar Menggemparkan Argentina

Pada 23 Julai 2010, dua penternak di Cerro El Creston, sekitar 40km barat San Jose de Metan, Argentina, berjaya membunuh seekor makhluk aneh seperti manusia, namun dengan gigi taring yang besar dan tajam.


Foto kepala makhluk itu terdedah dan menggemparkan masyarakat Argentina.


Menurut penduduk tempatan, makhluk yang ditemui ini menyerupai Ucumar iaitu makhluk yang dipercayai masyarakat tempatan yang memiliki tubuh seperti manusia dengan rambut hitam lebat menutupi tubuhnya. Seringkali juga makhluk dipanggil Yeti Argentina.

Makhluk ini dipercayai berada di wilayah hutan bahagian selatan penempatan itu, terutama di Rosario de la Frontera. Ia telah telah menjadi sumber berita media selama beberapa dekad lalu.

Foto kepala makhluk tersebut yang terdedah kepada umum setelah diambil oleh seorang lelaki bernamaMartin yang mengambil gambar di rumah penternak itu.

Pandang-pandanglah kat belakang rumah tu, mana tahu kut-kut ada.

Sumber :Vinanews Forum

Kes Sosilawati: taktik lupus bahan bukti

Bukti dalam lumpur

PERISTIWA pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, 47, dan tiga individu lain di Ladang Gadong dekat Tanjung Sepat, Banting, Selangor telah menyentak perasaan jutaan rakyat Malaysia.

Pembunuhnya dianggap kejam dan bersifat kebinatangan. Kesemua mangsa dipercayai dibunuh seorang demi seorang menggunakan besi pencangkuk dan tikaman bertubi-tubi pada perut.

Mayat mereka kemudian dibakar manakala abu mayat dibuang ke dalam sungai berhampiran.

Turut dibunuh bersama Sosilawati ialah pemandu peribadi, Kamaruddin Shansudin, 44, peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32, dan pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Noorhisham Mohammad, 38.

Pihak polis telah menahan lapan orang suspek termasuk seorang peguam yang menggunakan gelaran Datuk palsu.

Para penyiasat yakin pembunuhan itu telah dirancang rapi. Ini termasuk mangsa dibenarkan atau mungkin juga dipaksa oleh penjenayah terbabit supaya menghubungi keluarga masing-masing pada malam 30 Ogos lalu bagi memaklumkan mereka tidak pulang ke rumah selama tiga hari kerana urusan kerja.

Ia bagi mengelakkan keluarga mangsa membuat laporan polis tentang kehilangan mereka dan membolehkan penjenayah terbabit menghapuskan barang bukti dalam tempoh tersebut.

Peguam itu, yang semestinya mahir selok-belok perundangan termasuk melupuskan barang bukti, dikatakan menjadi perancang utama kes pembunuhan berprofil tinggi itu.

Dia tentu mengetahui ketiadaan bukti fizikal akan menyukarkan pihak polis membuat pendakwaan di mahkamah.

Seperti yang digambar dalam siri drama penyiasatan popular, Crime Scene Investigation (CSI), penjenayah sedaya upaya menutup kesan khususnya bukti asid deoksiribonukleik (DNA) bagi mengelakkan mereka ditangkap.

SUNGAI Panchau dipercayai lokasi abu mayat Sosilawati dibuang.

Secara umum, dalam sebarang proses siasatan jenayah terutama yang membabitkan kes bunuh, bahan bukti utama yang dijejaki oleh pakar forensik ialah DNA.

Keunikan DNA yang menjadi identiti biologi setiap individu yang berbeza membolehkan pihak berkuasa mengenal pasti suspek dengan mudah, sekali gus mempercepatkan penyelesaian siasatan sesuatu kes jenayah.

Penjenayah yang licik pasti menyedari hakikat ini. Malah, pensyarah Program Sains Forensik Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Zafarina Zainuddin berkata, DNA yang ditinggalkan di tempat kejadian boleh terjejas jika terdedah kepada persekitaran yang ekstrem seperti lembap atau panas melampau. Teori ini nampaknya sekali lagi digunakan dalam kes pembunuhan Sosilawati.

Prinsip Locard

Namun, bekas Ketua Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Amidon Anan, berkata tidak kira teknik tanam, bakar, diletupkan atau dibuang ke sungai, dalam tahap tertentu, bukti jenayah tersebut tetap 'timbul'.

"Tidak kira apa teori atau taktik yang digunakan penjenayah termasuk 'No Body No Murder', penghapusan bukti sebenarnya tidak semudah yang disangka," kata Amidon yang terlibat secara langsung dalam pencarian bukti kes pembunuhan penganalis teknologi maklumat, Canny Ong dan wanita Mongolia, Altantuya Shariibuu.

Tambah Amidon, penggunaan Prinsip Pertukaran Locard yang cukup asas amat mustahak dalam usaha menjejak bahan bukti.

PAKAR siasatan forensik, Amidon Anan berpendapat penjenayah sukar menutup jejak jenayah kerana pihak polis mempunyai kepakaran untuk menjejakinya.

"Contohnya, dalam jenayah pecah masuk rumah, penjenayah tentulah akan memegang mana-mana bahagian pintu atau tingkap untuk memecah masuk ke dalam rumah berkenaan.

"Jika penjenayah menikam mangsa, pasti ada kesan percikan darah di tempat kejadian. Prinsip Locard akan dapat memastikan penjenayah tertangkap," dedahnya.

Amidon yang pernah mengikuti kursus di Biro Siasatan Persekutuan Amerika Syarikat (FBI) menegaskan setiap dua permukaan yang bertemu akan meninggalkan kesan.

Ini termasuklah cap jari, rambut, darah atau apa saja yang bersentuhan antara mangsa dan suspek.

Justeru, seandainya penjenayah membakar mangsa sekali pun, masih terdapat 1,001 cara lain untuk mengutip bukti dan mengaitkannya.

Menyentuh lebih mendalam mengenai taktik melupuskan bukti, Amidon berkata, penjenayah mempunyai pelbagai cara untuk melakukannya.

"Ia terpulang pada penjenayah itu sendiri bagaimana mahu menghapuskan kesan dan jejak. Ia juga bergantung pada peluang dan ruang yang ada pada masa itu," katanya.

Antara taktik yang biasa dilakukan penjenayah ialah membuang mayat ke dalam sungai atau laut, dibunuh di tempat ekstrem seperti di dalam hutan atau melakukan pembunuhan seolah-olah ia satu kemalangan.

Merujuk pada kes pembunuhan Sosilawati dan tiga yang lain, Amidon berpendapat ia satu jenayah terancang.

"Pelupusan bukti yang dilakukan dengan cara membakar dan membuang senjata pembunuhan ke dalam sungai menjelaskan suspek mempunyai ruang dan peluang.

"Tetapi penemuan beberapa barang milik mangsa seperti jam tangan serta telefon bimbit termasuk serpihan tulang yang masih menunggu pengesahan ujian DNA telah menjerat suspek," katanya.

PENGGUNAAN alat pengesan logam membolehkan barang bukti seperti zink lebih cepat ditemui.

Zink yang disyaki menjadi tempat pembakaran mayat Sosilawati dan sebilah pisau yang dibuang ke dalam sungai turut ditemui.

Malangnya tulang manusia bukan mudah untuk dilupuskan kerana proses pembakaran perlu melalui lapisan kulit, lemak, daging, otot dan sebagainya terlebih dahulu sebelum api dapat sampai ke tulang.

"Kalau dilihat melalui mata kasar mungkin tulang mangsa sudah hangus. Itu hanyalah pertimbangan logik.

"Tetapi dari segi saintifik, tulang itu belum hancur 100 peratus, sekali gus masih meninggalkan bahan bukti DNA.

"Jangankan di atas tanah, di dalam lumpur pun ia masih dapat dikesan," kata Amidon.

Menurut Amidon, teknik membakar bagi menghilangkan bukti pernah dilakukan di negara ini sebelum ini. Beliau memberi contoh kes Canny Ong yang mayatnya dibakar kira-kira tujuh tahun lalu.

Mengimbas kes tersebut, mayat mangsa dijumpai di Kilometer 11.2, Jalan Klang Lama, Petaling Jaya, dalam keadaan hangus di dalam sebuah lubang pembetungan dengan kedua-dua tangannya bersilang di atas dada manakala kakinya terjuntai keluar dari lubang itu.

Bakar

Mayatnya turut ditemui tertanam di bawah dua tayar berisi simen dalam lubang pembetungan itu, empat hari selepas dia diculik pada 13 Jun 2003 dari tempat letak kereta Kompleks Beli-belah Bangsar (BSC).

Hasil siasatan pihak forensik mendapati terdapat kesan darah serta ujian DNA yang dilakukan berjaya mengaitkan pembunuh dengan mangsa.

"Walaupun pelbagai teknik digunakan oleh Ahmad Najib untuk menutup bukti, namun jenayah tersebut tetap terdedah," kata Amidon.

Pencuci kabin kapal terbang, Ahmad Najib Aris telah didapati bersalah oleh mahkamah dan dijatuhi hukuman mati.

Bagi teknik membakar mangsa secara beramai-ramai seperti yang berlaku di Ladang Gadong, ia jarang dilakukan namun jelas Amidon, tindakan membuang sisa bakar ke dalam sungai hanyalah satu teknik biasa untuk mengelirukan pihak berkuasa.

Untuk itu, Amidon memberitahu, pencarian bahan bukti menggunakan khidmat pakar menyelam adalah cara terbaik untuk menjejak kembali bukti-bukti yang cuba dilupuskan itu.

Tambahnya lagi, penggunaan anatomi pengesan logam yang digunakan untuk mengesan besi di dalam tanah atau air hingga kedalaman 20 hingga 30 meter juga menjadi faktor penghapusan bukti sukar dilakukan.

Amidon menjelaskan, walaupun bahan bukti dibuang ke pelbagai tempat, termasuk kawasan ekstrem, ia masih tidak dapat dilupuskan.

Itulah juga yang berlaku ke atas Altantuya Shariibu yang mati ditembak sebelum mayatnya diletupkan dengan bom di kawasan Empangan Tasik Subang di Puncak Alam pada 20 Oktober 2006.

Walaupun tubuh Altantuya berkecai, polis masih dapat menemui cebisan daging dan tulang badan wanita itu yang berselerakan dalam radius 200 meter dari tempat tubuh bekas model itu diletupkan.- Kosmo

Sunday, September 19, 2010

Kawan Sosilawati gantung diri kerana sedih?

Kak Ros baca berita ni dengan perasaan yang bercampur baur. Nak percaya ngan tak percaya pun sama banyak.

Sarina Ja'afar 43 tahun menggantung diri kerana terlalu sedih atas kematian Sosilawati yang mendakwa sebagai kawan baik yang sama sama terlibat dalam bidang kecantikan. Agak tak masuk akal kerana ramai orang yang susah hati, bersedih hati termasuk orang yang tak beragama tapi tak sampai gantung diri. Kak Ros masih bersangka baik tapi berita ni masih menghantui pemikiran kak Ros pagi ni. Ada kah ini bersangkut rapat dengan kes pembunuhan Sosilawati?

Membunuh diri ni dah jelas mati kataknya dari pandangan agama...

Anak sapa tu haaa?


Panik bayi merangkak atas jalan

ANKARA: Seorang bayi berusia setahun mencetuskan suasana panik di lebuh raya, apabila merangkak ke tepi jalan.

Kamera keselamatan merakamkan reaksi kelam kabut pemandu di lebuh raya memberi isyarat kepada orang lain supaya mengelak daripada melanggar bayi terbabit.

Rakaman insiden pada Khamis lalu itu berlaku di bandar Antalya dan disiarkan televisyen Turki.

Ia menunjukkan bayi itu terlepas daripada dakapan ibunya yang tertidur ketika meminta sedekah di tepi jalan.

Bayi berkenaan dilihat merangkak daripada tepi jalan dan duduk di lebuh raya, tidak jauh daripada kenderaan dipandu laju berdekatan dengannya.

Agensi berita Anatolia melaporkan, beberapa pemandu menghubungi polis mengenai kehadiran bayi itu di tepi lebuh raya. – AP

Saturday, September 18, 2010

Nyahkan Yahudi dan kroninya

Memperingati penyembelihan di Sabra, Shatila

Haluan Palestin
Peristiwa pembunuhan dan penyembelihan beramai-ramai rakyat Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila dari 16 hingga 18 September 1982 tidak mungkin terpadam daripada sejarah kemanusiaan, walaupun media arus perdana seakan-akan tidak pernah tahu tentang hakikat peristiwa tragis itu.

Serangan dan pembunuhan di Sabra dan Shatila itu merupakan salah satu daripada rentetan sikap keji yang dilakukan oleh rejim pengganas Zionis Israel atas arahan secara langsung oleh Menteri Pertahanan ketika itu, Ariel Sharon. Sharon menggunakan taktik jahat dan hina dengan mengambil kesempatan daripada krisis militia Palangist Kristian di Lubnan bagi menghancurkan rakyat Palestin yang terpaksa menumpang hidup di kem-kem pelarian berkenaan.

Batalion Palangist ini menyerang, menyiksa dan membunuh secara kejam wanita, anak-anak dan warga tua sementara tentera Zionis yang mengawal perimiter kem-kem tersebut membiarkan sahaja keganasan itu berlaku dan menghalang pihak luar daripada memasuki kawasan.
Serangan brutal dan tragis selama 3 hari itu telah mengorbankan seramai 3,500 pelarian Palestin. Ramai lagi dilaporkan hilang dan terkubur di bawah runtuhan bangunan. Ratusan mangsa serangan yang masih hidup telah dibawa menaiki trak menuju ke tempat misteri, yang sehingga ke hari ini tidak diketahui nasib mereka.

Bukan sahaja tentera Zionis tidak mengambil sebarang tindakan untuk menghalang serangan dan pembunuhan, malahan mereka membantu puak militia Palangist dengan tembakan-tembakan cahaya ke udara supaya pembunuhan dapat diteruskan pada waktu malam.

Siasatan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Kahan di bawah arahan pemerintah rejim Zionis pada bulan Februari 1983 memutuskan bahawa Sharon telah bersalah secara langsung kerana membenarkan puak Palangist masuk ke kem-kem tersebut dan seterusnya gagal menghalang pembunuhan ribuan orang awam. Tentera Sharon juga membekalkan senjata dan peralatan kepada Palangist dan menyediakan pengangkutan untuk membawa masuk militia.

Walaupun sikap keji Zionis ini mendapat kutukan dunia, termasuk negara-negara Barat sendiri, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga Majlis Keselamatan PBB terus menunjukkan sikap dingin terhadap desakan supaya menghukum mereka yang ternyata bersalah.
PBB mengutuk tindakan zalim Zionis ini melalui Resolusi 521 (19 September 1982,) namun tidak pernah ada sebarang hukuman dikenakan terhadap Sharon, pemerintah mahupun tentera Zionis. Malahan ramai daripada keluarga mangsa-mangsa pembunuhan itu terpaksa membuat dakwaan secara sendirian ke atas Sharon.

Pada bulan Februari 2003, Mahkamah Tinggi Belgium memutuskan untuk membicara kes jenayah perang ke atas Sharon, tetapi Israel menuduh tindakan tersebut sebagai berbau politik. Pada bulan September 2003, memandangkan tidak seorangpun daripada mereka yang membuat dakwaan ke atas Sharon berbangsa Belgium, Mahkamah Tinggi Belgium terpaksa menggugurkan kes ini.

Mereka yang bersalah terus bebas dan merencana kezaliman demi kezaliman ke atas kemanusiaan, khususnya ke atas rakyat Palestin. (mn/Maan)

Amiinn...

Khusyuk...SULTAN Kelantan Tuanku Muhammad Faris Petra yang dimasyhur Isnin lalu, mengaminkan doa selepas solat Jumaat di Masjid Muhammadi, Kota Bharu, semalam. - Foto Fathil Asri

Al-fatihah: M Rajoli meninggal dunia

PETALING JAYA: Pelakon veteran M. Rajoli, 65, yang dilaporkan berada dalam keadaan kritikal meninggal dunia di Hospital Ampang, Selangor, Jumaat selepas dimasukkan ke hospital itu petang Khamis lalu.

Menurut adik ipar Allahyarham, Mohlis Md. Din,47, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 10.45 malam di sisi isterinya Hassimah Mat Din dan anak bongsunya, Mohd. Arif.

Allahyarham dijadual dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Datuk Keramat, Kuala Lumpur sebelum solat Zuhur hari ini.

M. Rajoli disahkan menghidap kanser di kelenjar otak atau lymphoma sejak tiga tahun lalu dan dijaga sepenuhnya oleh isteri pertamanya, Hassimah Mat Din.

Friday, September 17, 2010

Sos punca penyakit kronik

Oleh NOOR HASLIZA NUSI

PENGGUNAAN sos secara berlebihan boleh menyebabkan penyakit kronik kepada pengguna. - Gambar hiasan

GEORGE TOWN - Memasak tanpa menggunakan sos perasa untuk menyedapkan masakan seolah-olah tidak lengkap bagi manusia zaman ini.

Sos tiram, kicap manis atau masin, sos tomato dan sos cili, misalnya, bukan sahaja menambah perasa tetapi juga membangkitkan selera penggemarnya.

Namun begitu, percaya atau tidak penggunaan penambah rasa seperti sos ke dalam masakan harian didakwa menjadi punca kepada 146 penyakit kronik.

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) mendakwa, kandungan gula yang terlalu tinggi di dalam kandungan setiap botol sos itu bertindak sebagai 'pembunuh senyap'.

Kajian CAP pada tahun lalu mendapati sebotol sos cili dan tomato daripada pelbagai jenama mengandungi sebanyak 25.9 sudu teh hingga 37.1 sudu teh gula.

Pegawai Pendidikan Pengguna CAP, N.V. Subbarow berkata, penggunaan tanpa kawalan bahan-bahan itu dengan mudah boleh menyebabkan penyakit diabetes, obesiti dan mempercepatkan proses penuaan.

Thursday, September 16, 2010

Kisah Aidilfitri pelbagai negara

Oleh IZYAN LIYANA MOHD. DARIF

PERASAAN hiba tiba-tiba menyelubungi dirinya. Hatinya meronta-ronta mahu pulang ke kampung halaman. Namun apakan daya dia terpaksa menyambut lebaran sekali lagi di perantauan.

Selama 13 tahun bermastautin di Jepun, sudah lapan kali Apsanizam Abdul Kadir, 33, menyambut Hari Raya Aidilfitri di negara Matahari Terbit itu.

“Sewaktu menuntut di Universiti Tokai, Jepun, hari raya sering jatuh pada hari kuliah dan musim peperiksaan. Kini, setelah bekerja masalah yang sama juga berlaku kerana hari raya bukanlah hari kelepasan am di Jepun.

“Jadi permohonan cuti sukar diluluskan,” tutur Apsanizam Abdul Kadir, 33, yang kini bertugas sebagai pengurus bahagian informasi maklumat di sebuah syarikat telekomunikasi Perancis cawangan Jepun di daerah Shinjuku.

Bagaimanapun, Apsanizam atau mesra dipanggil Apsa menjelaskan situasi tersebut sudah berubah. Sejak syarikat Jepun mengambil graduan dan profesional di kalangan rakyat asing, majikan mula sensitif dan peka dengan kebajikan para pekerja khususnya yang beragama Islam. Pekerja-pekerja Muslim diberi kelonggaran bercuti pada hari raya.

Bicara anak kelahiran Kuala Lumpur itu, kemeriahan dan suasana sambutan hari raya di Jepun jauh berbeza berbanding di Malaysia.

Di Jepun, Apsa mengakui sukar melihat kanak-kanak bermain bunga api dan melonjak keriangan menerima duit raya. Kesibukan golongan wanita di dapur menyediakan juadah raya langsung tidak kedengaran. Biarpun sepi tanpa suasana itu, Apsa tetap menyambut Syawal walaupun serba ringkas.

Serunding daging

“Selepas menunaikan solat Subuh saya bertakbir seorang diri di rumah dan siap menyarung baju Melayu untuk pergi ke Kedutaan Malaysia di Shibuya, Tokyo untuk menunaikan solat Aidilfitri secara berjemaah.

“Sebelum bertolak ke kedutaan saya menikmati serunding daging yang dihantar oleh keluarga dan nasi himpit,” jelas bekas pelajar Sekolah Datuk Abdul Razak, Seremban, Negeri Sembilan itu.
MASYARAKAT Islam di Silver Spring, Maryland, Amerika Syarikat (AS) menunaikan solat sunat Aidilfitri.

Disebabkan jarak rumahnya dengan kedutaan hanya mengambil masa 20 minit perjalanan maka dia lebih selesa berbasikal. Mengayuh basikal dengan berbaju Melayu di pinggir jalan raya di Jepun sememangnya mencetuskan pandangan unik.

Apatah lagi kebanyakan baju raya kiriman keluarganya berwarna terang dan bercorak.

“Mereka begitu teruja melihat warga Malaysia menyambut hari raya kerana kita sentiasa bergaya dalam persalinan tradisional yang menawan.

“Kadangkala segelintir orang Jepun yang beragama Islam sanggup meminjam baju daripada kawan-kawan Malaysia bagi memeriahkan suasana Aidilfitri,” jelas Apsa bahawa nasi himpit antara sajian paling popular dan sering dihidangkan oleh komuniti Malaysia di Jepun.

Soto ayam juga antara menu utama yang dihidangkan di Jepun ketika sambutan Aidilfitri.

“Jika diberi peluang saya teringin beraya di benua Amerika kerana ingin merasai suasana raya bersama umat Islam yang datang dari seluruh dunia,” ujar Apsa.

Sementara itu, calon doktor falsafah jurusan pendidikan di Universiti Michigan State (MSU), Lansing, Amerika Syarikat (AS), Norseha Unin, mempunyai cerita tersendiri.

Dia yang menetap di AS bersama suami dan tiga orang anaknya berpeluang menyambut hari raya di negara Uncle Sam itu sebanyak tujuh tahun berturut-turut.

Pada pagi raya, umat Islam di pekan Langsing akan ke masjid berhampiran untuk menunaikan solat sunat hari raya. Namun sejak dua tahun kebelakangan ini, masyarakat Muslim di pekan tersebut mencecah hampir 2,000 orang.

Bagi memberi keselesaan kepada orang ramai menunaikan solat hari raya, Pusat Konvensyen Langsing yang terletak lapan kilometer (km) dari MSU telah dijadikan lokasi untuk jemaah bersolat.
BIARPUN terpaksa beraya di perantauan, Ariff tetap melakukan persiapan raya.

“Di Malaysia, alunan takbir raya berkumandang di setiap tempat tetapi di AS sebaliknya. Pihak berkuasa tempatan tidak membenarkan pihak pengurusan masjid melaungkan takbir raya menggunakan alat pembesar suara. Mereka bimbang ia boleh mengganggu kesejahteraan masyarakat setempat.

“Jadi kami hanya mendengar takbir menerusi siaran televisyen Malaysia daripada Internet,” kata Norseha yang tidak pernah melepaskan peluang menyertai sambutan hari raya yang diadakan di Jabatan Penuntut Malaysia (MSD) di Chicago, Illinois bersama 500 rakyat Malaysia yang lain.

Selesa berjubah

Kebanyakan penuntut lebih gemar beraya di MSD kerana tempoh perjalanan ke sana hanya mengambil masa empat jam sedangkan perjalanan ke Kedutaan Malaysia dari Michigan ke Washington DC melebihi sepuluh jam.

Bekalan ayam dan daging halal pula boleh didapati di beberapa buah kedai yang diusahakan masyarakat Muslim dari Somalia dan Sudan.

Sementara itu, pelajar jurusan Kejuruteraan Penerbangan di Moscow Aviation Institute, Moscow, Rusia, Ariff Shah Ramlan, 23, menyatakan masyarakat Muslim di Moscow kurang menonjol kerana jumlahnya yang terlalu kecil.

Namun, budaya ziarah menziarahi pada pagi raya masih menjadi amalan.

Pada pengamatan Ariff Shah, masyarakat Muslim di Moscow lebih selesa berjubah kerana terpengaruh dengan budaya orang Arab.

“Di Moscow, saya dan rakan-rakan menganjurkan aktiviti bergotong-royong untuk menyiapkan juadah hinggalah ke program pengisian hari raya.

“Biarpun terpaksa membelanjakan sejumlah wang untuk membeli ayam dan daging yang harganya tiga kali ganda berbanding di Malaysia, ia langsung tidak membataskan sambutan hari raya kami,” ulas bekas pelajar Sekolah menengah Sains Muzaffar Syah, Melaka itu.

Kepada pelajar jurusan kejuruteraan elektrik, Universiti Melbourne, Australia, Zunita Ramli, 23, sudah genap empat tahun berturut-turut dia beraya di negara itu.

“Suasana ceria beraya di Melbourne cukup terbatas. Selain seleksi juadah raya dan aktiviti rumah terbuka yang kurang meriah, program-program dan lagu-lagu berkonsepkan hari raya juga tiada. Maka, lazimnya kami memasang lagu dan takbir raya di komputer,” ujarnya yang merindui lemang dan rendang masakan ibunya.

Pada malam raya, rata-rata pelajar Malaysia berkumpul di Dewan Malaysia untuk bergotong-royong memasak juadah raya dan mendengar ceramah serta tazkirah.

Zunita memberitahu, di Australia penganut Islamnya berpegang kepada mazhab dan fahaman yang berbeza-beza.

“Pertama kali beraya di sini saya terkejut kerana tarikh bermulanya Ramadan dan 1 Syawal di kalangan umat Islam berbeza-beza.

“Solat sunat hari raya pernah dilakukan pada hari yang berbeza meskipun mereka menetap di kawasan perumahan yang sama.

“Lama-kelamaan baru saya faham dan dapat menyesuaikan diri dengan kehidupan di sini,” bicara Zunita yang menjelaskan komuniti Islam di Melbourne kebanyakannya berasal dari Asia Barat.
MASYARAKAT Jepun sentiasa teruja melihat Apsanizam menyarungkan baju Melayu sambil berbasikal menuju ke Kedutaan Malaysia di Shibuya, Tokyo.

Kosmo! berpeluang menghubungi rakan wartawan dari akhbar Al-Ahram Weekly, Rasha Sadek, yang beribu pejabat di Kaherah, Mesir.

Berkongsi kisah hari raya di negara utara benua Afrika itu, Rasha memberitahu umat Islam di sana bangun seawal pagi. Adakalahnya ia dibantu dengan bunyi dentuman mercun.

“Selesai bersolat sunat di masjid, kahk iaitu sajian pastri tradisi yang ditabur gula halus dihidangkan. Aroma doh roti yang harum memenuhi udara, seiring dengan senyuman semua orang yang mahu meraikan hari raya. Tiada krisis ekonomi yang dapat menghapuskan keseronokan perayaan ini,” ujar Rasha.

Masyarakat kelas bawahan, menurut Rasha, paling berpegang kepada tradisi. Pakaian baru digayakan sejak malam raya, diikuti dengan agenda ziarah menziarahi saudara-mara dan kanak-kanak pula asyik bermain dalam kumpulan.

“Bagi mereka, kunjungan ke taman adalah satu kemestian untuk bersuka ria kerana tidak banyak keluarga yang mampu menyambutnya di restoran mewah yang menghadap Sungai Nil,” jelasnya.

Pesta muzik

Bercerita lanjut, Rasha memberitahu, komuniti Muslim Nubia di selatan Mesir cukup terkenal dengan pesta muzik dan tarian kebudayaannya. Mereka berkumpul mengelilingi unggun api untuk menyanyi dan menari sepanjang malam. Warna kulit mereka yang lebih gelap menyerlahkan rona pakaian mereka yang berwarna-warni.

“Itulah budaya sambutan Aidilfitri yang sebenar dan tidak tercemar dengan unsur moden pada hari ini. Tidak seperti di Kaherah. Setiap penjuru jalanannya dipenuhi manusia dan kenderaan yang dipandu secara gila-gila,” terangnya.

Keluarga kelas pertengahan di Kaherah pula menyambut Syawal secara berbeza-beza. Tidak mengunjungi taman atau berpesta dengan unggun api, mereka menuju ke Rumah Besar.

Rumah Besar adalah rumah generasi paling tua dalam keluarga. Di situlah sanak saudara berkumpul untuk pelbagai keramaian tahunan. Selepas bersalaman dan berkongsi khabar, semua akan menuju ke meja makan yang tersedia dengan pelbagai juadah lazat.
ZUNITA (tengah) bersama teman-teman sudah empat tahun beraya di Melbourne, Australia.

Makanan penuh dengan pilihan karbohidrat, daripada nasi beras perang dengan kekacang, makaroni dengan sos putih bechamel hinggalah variasi hidangan berasaskan kentang. Turut disajikan adalah menu turun-temurun seperti ayam belanda atau merpati sumbat, kebab panggang, hati lembu dan banyak lagi menu berasaskan daging.

“Tidak ketinggalan seleksi juadah seperti popiah dan sambousak (samosa) yang berintikan daging atau keju,” kata Rasha sambil berseloroh butang baju pun boleh tercabut dan perut pun terdedah setelah menikmati hidangan itu.

Kes Sosilawati: Nash anggap Kamaruddin seperti adik kandung

KUANTAN, 15 Sept — Penyanyi Nash menganggap pemandu peribadi bekas isterinya, Datuk Sosilawati Lawiya iaitu Kamaruddin Shamsudin, 44, seperti adik kandung sendiri.

Nash atau nama sebenarnya Nasharudin Elias berkata, beliau dan Kamaruddin, 44, mula rapat sejak 25 tahun lalu selepas sering bekerjasama dalam bidang muzik.

Beliau berkata Kamaruddin banyak membantunya melakukan kerja-kerja muzik, terutama sistem bunyi, sama ada di dalam studio mahupun konsert ketika dia masih bersama kumpulan Lefthanded suatu ketika dahulu.

“Hubungan kami terlalu rapat dan keluarganya juga sudah seperti keluarga saya sendiri,” katanya kepada pemberita selepas melawat keluarga Kamaruddin di Indera Mahkota 2 di sini hari ini.

Katanya, beliau juga rapat dengan anak-anak Kamaruddin yang dianggap seperti anak sendiri.

Sementara itu, bekas penyanyi Kumpulan XPDC Mohd Ali Ismail pula menyifatkan Kamaruddin seorang yang suka bergurau dan disenangi rakan-rakannya.

Katanya, Kamaruddin sentiasa membantu persembahan kumpulan itu terutama dalam penyusunan sistem muzik, sekiranya terlibat dalam sebarang konsert di dalam dan luar negara.

“Kali terakhir saya berjumpa dengan dia pada tahun lalu dan tidak menyangka itulah pertemuan terakhir kami berdua,” katanya.

Sementara itu, kakak Kamarudin Ramlah Shamsudin, 49, berkata adiknya itu pernah menyuarakan hasrat untuk melihat anak bongsunya Irfan Aiman, 8, menjadi seorang ustaz suatu hari nanti.

Ramlah berkata ketika menyerahkan Irfan kepada beliau untuk dijaga sewaktu berusia dua hari, Kamarudin berpesan supaya anaknya itu diberikan pendidikan agama yang cukup.

“Saya akan pegang amanah adik saya sehingga Irfan benar-benar dididik dengan pendidikan agama yang secukupnya, malah pada tahun depan, saya bercadang untuk mendaftarkan Irfan di sebuah sekolah agama dekat sini,” katanya.

Ramlah juga berkata, sebelum kejadian malang menimpa adiknya itu, Kamarudin ada pulang ke Kuantan pada 27 Ogos untuk menemui Irfan dan membawa anaknya membeli baju raya.

Kamaruddin bersama jutawan kosmetik Sosilawati, 47, pegawai bank CIMB cawangan Kampung Baru, Kuala Lumpur Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abd Karim, 32, dilaporkan hilang sejak 30 Ogos lepas selepas pergi ke Banting, Selangor untuk urusan pembelian tanah.

Ahad lepas, polis mengesahkan kempat-empat mereka dipukul sampai mati sebelum mayat mangsa dibakar dan abunya dibuang ke dalam sungai berdekatan Ladang Gadong, Tanjong Sepat, Banting. — Bernama

Kes Sosilawati: Hati jantan Nash pun luluh

PILU... Ibu Kamaruddin Shamsuddin, 44, Zainab Ahmad, 73, (kiri) menangis bersama penyanyi terkenal Nasharudin Elias atau Nash ketika diziarahi penyanyi tersebut di Indera Mahkota 2 di Kuantan. Kamaruddin iaitu pemandu peribadi Jutawan Kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya yang mati dibunuh dan dibakar bersama dua lagi yang lain. Nash mengenali Kamaruddin lebih 25 tahun dan merupakan kawan karib. Turut hadir Timbalan Menteri Sumber Manusia Datuk Maznah Mazlan (dua, kiri). - Foto BERNAMA

Wednesday, September 15, 2010

Macam tak percaya kita ada di Malaysia

Laki kak Ros mintak jangan dok ulas sangat sangat kes kes jenayah, kita ni bukan wartawan jenayah atau terbabit secara langsung dengan penyiasatan kes kes jenayah.

Pendekatanya, kalau tak tau lebih baik dok diam diam dari menyakitkan hati orang... hihi...

Kak Ros akur la tuuu..., tapi kak Ros cuma rasa macam tak percaya yang kita la ni ada kat Malaysia yang dulunya payah sekali nak dengar cerita cerita ngeri melibatkan nyawa manusia. Macam dah tak dak harga rasanya.

Foto Bernama diatas sana menunjukkan Ali Tan Abdullah, 34 telah didakwa mengikut Seksyen 302, Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan. Ali Tan Abdullah, 34, dibawa keluar dari perkarangan Kompleks Mahkamah Seremban selepas dia dihadapkan atas dua pertuduhan membunuh seorang ustazah Norliza Ishak, 35, dan anaknya Amirul Ayman Mohd Yusof, 10, pada 2 September lalu di Mahkamah Majistret Seremban di sini, hari ini.

Memang la baru pertuduhan, bukan terbukti bersalah lagi tapi takkan abang polis nak cekup orang tanpa disertakan bukti kot... hadoiihh...

Sosilawati: Majlis tahlil

MENTERI Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, bersama anak-anak jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, pada majlis tahlil di kediaman Allahyarham di Gombak di sini hari ini. - Bernama.

Sosilawati: Lagi bukti ditemui

SUSPEK dibawa ke lokasi senjata yang dibuang dalam kes pembunuhan Datuk Sosilawati dan tiga individu lain di Sungai Kanchong Laut, semalam. - Foto Abdullah Yusof

Sosilawati: dipukul hingga mati dan dibakar

Jutawan Sosilawati, tiga lagi dipukul hingga mati dan dibakar

Anggota Jabatan Forensik melakukan siasatan pada bahan bukti kes pembunuhan Sosilawati Lawiya dan tiga orang lagi di Sungai Kancong Laut, Banting hari ini. — Foto Bernama

BANTING, 12 Sept — Pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga lagi, amat mengejutkan negara kerana selepas dibunuh dengan kejam, mayat mereka dibakar dan abunya dibuang di sebatang sungai di Tanjong Sepat dekat sini, sekali gus mengakhiri misteri kehilangan keempat-empat mangsa selama dua minggu.

Tambah memeranjatkan lagi, berikutan kejadian itu, seorang peguam berusia 41 tahun yang dikenali ramai di kawasan ini dan bergelar “Datuk”, telah ditahan bersama adik lelakinya, dua wanita serta empat yang lain, termasuk pekerja ladang mereka.

Perkembangan terbaru ini menambah senarai kes pembunuhan kejam yang negara pernah saksikan sebelum ini — antara kes bunuh dan rogol penganalisis maklumat, Canny Ong pada 2003 yang turut dibakar.

Kes-kes lain termasuklah bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Bakarudin Busu yang pernah berkhidmat sebagai wartawan Kumpulan Utusan. Empat tahun lalu wanita Mongolia Altantuya Shariibuu pyla dibunuh dan mayatnya kemudian diletupkan.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wira Abu Seman Yusof menyifatkan pembunuhan Sosilawati bersama tiga lagi mangsa sebagai satu “pembunuhan kejam.”

Ketika ditemui di Masjid Tanah, Melaka berkata beliau menasihati rakyat supaya mempunyai fikiran lebih waras dan bertindak secara profesional sekiranya menghadapi sesuatu kemelut dan diselesaikan secara baik.

Selepas dinantikan lebih 12 jam sejak malam tadi, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata kesemua suspek mengaku membawa mangsa ke ladang seluas empat hektar itu sebelum dipukul sehingga mati dan mayat mereka dibakar.

Abu mayat mangsa kemudian dibuang ke dalam sebatang sungai berhampiran Ladang Gadong, Tanjong Sepat, kata Mohd Bakri pada sidang akhbar di ibu pejabat polis daerah (IPD) Kuala Langat hari ini.

Beliau berkata keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai perkara itu, bagaimanapun, polis masih memerlukan pengesahan daripada bahagian forensik dan Jabatan Kimia.

“Apa yang boleh saya sahkan sekarang ialah selepas pengakuan suspek, peluang kesemua mangsa ditemui masih bernyawa adalah sangat tipis,” kata beliau dipetik Bernama.

Polis telah menghantar pasukan forensik dan kimia bagi mencari bahan bukti di kawasan tersebut, selain pakar patologi serta unit anjing pengesan.

Seorang kakitangan forensik yang enggan dikenali berkata mereka tercium bau petrol di kawasan di mana keempat-empat mangsa dipercayai dibunuh dan dibakar.

Selain pengasas syarikat kosmetik Nouvelle Visages (NV) tersebut, turut dibunuh ialah pemandunya Kamaruddin Shamsudin, 44, pegawai bank CIMB Kampung Baru Noorhisham Mohammad, 38, dan peguam peribadi Ahmad Kamil Abdul Karim, 32.

Jutawan wanita berusia 47 tahun itu yang juga bekas isteri penyanyi rock Nash dan tiga yang lain dilaporkan hilang sejak 30 Ogos, selepas datang ke kawasan ini untuk urusan pembelian tanah.

Seminggu selepas itu, polis menjumpai kereta BMW Sosilawati di Apartmen Angsana di USJ 1, Subang Jaya serta kereta BMW Ahmad Kamil di kawasan perumahan di depan sebuah hotel di Subang Jaya.

Mohd Bakri berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, dan polis Kuala Lumpur akan menjalankan siasatan memandangkan kali terakhir kesemua mangsa dilihat adalah ketika mereka meninggalkan pejabat Sosilawati di Kuala Lumpur.

Mengenai motif kejadian tragis itu, beliau berkata ia lebih menjurus kepada persaingan perniagaan di antara kedua-dua peguam dengan Sosilawati.

Peguam berkenaan, yang dipercayai pernah digantung amalan guaman selama setahun pada 2007, dikenali sebagai broker tanah di kalangan penduduk setempat dan dipercayai mengendalikan beberapa urus niaga bernilai jutaan ringgit bagi pihak Sosilawati.

Kesemua suspek yang berusia lingkungan 19 dan 41 tahun, kini ditahan di Balai Polis Bukit Jalil, Kuala Lumpur, dan difahamkan polis telah mendapat perintah tahanan reman selama tujuh hari terhadap mereka bagi membantu siasatan berhubung kes itu.

Kes membabitkan Sosilawati dan tiga yang lain itu juga bakal merungkai misteri di sebalik tembok besar yang mengelilingi kawasan ladang kelapa sawit yang turut menempatkan beberapa kandang lembu dan kambing.

Malah menurut Mohd Bakri, suspek turut mengaku pernah menggunakan modus operandi serupa sebelum ini, dan polis sedang menyiasat kehilangan empat individu lain di kawasan tersebut sejak setahun lalu.

Menurut seorang penduduk tempatan, peguam berkenaan amat dikenali di kawasan itu kerana dia membantu pekerja asing yang ditipu gajinya oleh majikan mereka.

“Dia juga dikenali sebagai broker tanah. Tetapi kami amat terkejut apabila dia ditahan,” katanya.

Sementara itu, seorang pemilik tanah yang terletak berhampiran kawasan kejadian berkata, ladang tersebut dilengkapi pintu elektronik dan tiada sesiapapun dibenarkan masuk.

Saturday, September 11, 2010

Raya yang pengsan

Kak Ros siapkan kesemua baju tempahan kastemer kak Ros lebih kurang pukul 4.00 pagi 1 Syawal... lepaih baju terakhir dituntut kastemer awal pagi tuh, kak Ros masih terpaksa untuk berjaga mengemas rumah mana yang patut. Dah kerja orang pompuan, kalau kita tak buat la ni, kita nak kena buat jugak esok pagi.

Laki kak Ros baru saja belajaq belajaq nak lena masa tu, tak syok gak nak kacau dia. Anak anak yang balik bercuti pun sama naik ngan kak Ros awai tadi, tapi waktu kak Ros mengemas tu, semua dah ghaib diulit mimpi. Semua depa tu nak kena bangun awai gak, maklum la pagi rayaa...

Buk bak, buk bak... sedaq sedaq kak Ros tesengguk sengguk sambil pegang penyapu. Masa tu dah dekat 6.30 pagi. Kelam kabut kejut anak anak bangkit mandi. Laki kak Ros tergapa gapa, takut tak dan sembahyang raya...

Pendekkan ceritanya, masuk kereta kak Ros lena. Sampai rumah mak kak Ros pun kak Ros dok lena ataih kusyen. Pi rumah mak mentua pun kak Ros dok lali....

Pukui 2.00 petang hari raya pertama, kak Ros pengsan sampai ke malam... pergghh... raya sakan kak Ros... hihi.... raya sampai pengsan.

Friday, September 10, 2010

Aidilfitri yang merdeka

Biaq kulit segelap ALMOND LONDON,
Asalkan hati sesuci KUIH BANGKIT,
Biar iman sekental DODOL,
Janganlah ia senipis REMPEYEK,
Biar jiwa selembut BAHULU,
Asalkan akhlak secantik BISKUT DAHLIA

Senyumlah semanis WAJIK agar AIDILFITRI di sambut penuh bermakna.

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua pengunjung pengunjung blog kak Ros yang dihormati... kak Ros sedang menghayati erti merdeka yang sebenar pagi ini. Bukan saja kemenangan dalam melawan nafsu tapi jugak kemenangan dalam menunaikan tanggungjawab dan harapan penempah penempah baju yang siap seperti dijadualkan...

Alhamdulillah, segala puji dan syukur kehadrat Allah s.w.t jua yang memberi kesihatan yang baik pada kak Ros sepanjang jalan menuju kemerdekaan sebenar ini...

Wednesday, September 8, 2010

Fuhhh... ! raya Jumaat

Alhamdulillah, kak Ros panjat kesyukuran pada Yang Maha Esa. Ya la dah raya jatuh pada hari Jumaat. Ini bermakna kak Ros masih berpeluang sehari lagi untuk siapkan baju anak anak dan laki sendiri... haha...

Baju orang tu semua dah siap, tinggai ada la kot dua tiga tuan lagi yang tak mai ambik lagi... lega rasa, pekena air tebu waktu berbuka tadi pun tak rasa macam ni punya lega... haha...

Petikan berita dari Beranam seperti dibawah:

Umat Islam sambut Aidilfitri Jumaat

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Jumaat, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah malam ini.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).

“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 10 Sept 2010,” katanya.

Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara. — Bernama

Sib baik kak Ros tak dok Perlis

Apa taknya, kalau ikut kalendar kita... kak Ros ada masa lagi sehari sekurang kurangnya nak jahit baju customer. Tak la rasa tertekan sangat, reda gak gemuruh dan ketaq lutut tu... hihi...

Tapi kat Kangar sana, ada sekumpulan anggota sebuah pengajian yang terlebih canggih telah sambut raya hari ni... hihi.... Pengsan la kak Ros kalau dok di Kangar... hihi....

Baca berita kat bawah ni untuk tumpang seronok...


9 ditahan di Kangar sambut Aidilfitri hari ini

KANGAR: Sembilan anggota Jamiah Al-Zikri Awwalun, termasuk lima sekeluarga, ditahan selepas dikesan menyambut Aidilfitri awal di sebuah surau yang menjadi markas pergerakan kumpulan itu di Seriab, di sini, hari ini.

Kumpulan berkenaan yang membawa fahaman berasal dari Indonesia, ditahan selepas dikesan menunaikan solat Aidilfitri yang disertai khutbah disampaikan ketua mereka yang berusia 51 tahun.
Related Posts with Thumbnails