Sahabat adalah perisai diri

Sunday, October 31, 2010

Jejak kasih versi Korea

South Korean Kim Rye-Jung (left), 96, meets her North Korean daughter Woo Jung-Hye during an inter-Korean family reunion at a resort in North Korea today, October 30, 2010. — Reuters pic

Friday, October 29, 2010

Hikayat suka duka P. Ramlee

Oleh RONI HIDAYAT RIDWAN

Menyebut sahaja nama allahyarham Tan Sri P. Ramlee, sudah terbayang di minda tentang seorang individu yang cukup istimewa dan begitu dekat di hati masyarakat.

Merupakan satu-satunya insan seni di negara ini yang bergelar seniman agung, segala hasil karyanya melalui filem dan muzik tidak pernah ditelan zaman.

Umum pastinya mengetahui bahawa P. Ramlee dikenali sebagai seorang pelakon, penyanyi, pelawak, komposer, penulis skrip dan pengarah filem yang serba boleh.

Apa yang lebih mengagumkan, sepanjang hayatnya bergelar insan seni, anak kelahiran Pulau Pinang ini telah terbabit dengan 66 buah filem serta menghasilkan sebanyak 360 buah lagu.

Biarpun sudah 37 tahun P. Ramlee pergi meninggalkan warisan yang tidak ternilai, namun namanya masih tetap terpahat di hati dan sanubari setiap masyarakat.

Pencapaian beliau melalui bidang seni telah menjadikan beliau sebagai idola serta sumber inspirasi kepada penggiat seni tanah air pada hari ini.

Mengenai penglibatan P. Ramlee dalam bidang ini, karier beliau bermula pada tahun 1948 melalui lakonannya dalam filem Chinta dengan memegang watak antagonis.

Selepas itu, karier lakonan dan nyanyiannya semakin berkembang serta semakin dikenali ramai dan terus diberi kepercayaan membintangi filem-filem Melayu di bawah arahan pengarah terkenal, Datuk L. Krishnan.

Beliau yang bernaung di bawah Malay Film Production (MFP) di Jalan Ampas, Singapura terus mengecap populariti sebagai pelakon. Setiap filem lakonannya mendapat sambutan hangat peminat filem-filem Melayu. Beliau bukan sekadar berbakat sebagai seorang pelakon, malah turut berkebolehan untuk menyanyi dan mencipta lagu, selain bermain alat muzik.

Kemuncak kepada karier seninya ialah apabila beliau diberi kepercayaan sebagai pengarah filem Penarik Beca selain turut memegang watak utama.

P. Ramlee juga memahatkan nama sebagai pengarah Melayu kedua selepas Haji Mahadi. Paling membanggakan, selain filem lakonan dan arahannya terus mendapat sambutan, beliau turut mendapat pengiktirafan sehingga ke peringkat Asia terutamanya melalui Festival Filem Asia Pasifik.

Pernah melalui zaman kegemilangan dan kemasyhuran ketika era di Jalan Ampas, P. Ramlee juga sebenarnya pernah melalui zaman kejatuhan sehinggalah beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir.

Segala-galanya bermula setelah beliau keluar dari MFP dan berhijrah ke Kuala Lumpur pada tahun 1964 dengan menyertai Studio Merdeka, Hulu Kelang. Filem terakhir arahan beliau sebelum berhijrah adalah filem Tiga Abdul yang dilakonkan bersama Haji Mahadi dan S .Kadarisman.

Bagaimanapun, karier P. Ramlee di Kuala Lumpur tidaklah seperti yang diharapkan. Beliau dilihat sukar untuk mengembalikan zaman kegemilangan ketika di Jalan Ampas dahulu. Filem pertama arahan beliau yang diterbitkan oleh Studio Merdeka, Si Tora Harimau Jadian tidak mendapat sambutan peminat.

FIGURA ini akan sentiasa dikenang sebagai pencipta sejarah dunia seni tanah air. 

Kekecewaan terus melanda seniman agung tersebut apabila filem-filemnya selepas itu semakin kurang mendapat sambutan serta ada yang mendapat kritikan para wartawan.

Dikatakan antara punca filem-filem beliau tidak lagi digemari adalah disebabkan selera penonton ketika itu yang telah beralih kepada filem-filem asing seperti filem Hong Kong, Hindustan dan Indonesia.

Lebih memeritkan lagi, nasib dan kehidupan P. Ramlee juga sudah jauh berubah. Malah, ketika meninggal dunia pada 29 Mei 1973, beliau sepatutnya pergi ke mahkamah untuk menyelesaikan satu kes yang mana beliau menjadi penjamin kepada seseorang individu yang membuat pinjaman bank.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kehidupan seniman agung tanah air itu, semuanya akan didedahkan melalui program biografi P. Ramlee yang akan disiarkan melalui saluran History (Astro 555) pada 31 Oktober ini.

Biografi berkenaan mendedahkan kisah menakjubkan mengenai tokoh perfileman Melayu itu dari zaman awal pembabitannya dalam dunia seni sehinggalah beliau menghembuskan nafas terakhir pada usia 44 tahun.

Biografi yang berdurasi selama dua jam itu akan disiarkan pada pukul 9 malam dan diterbitkan oleh Pesona Pictures dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) serta diarahkan oleh Datuk Shuhaimi Baba.

Program berbentuk dokumentari ini turut menampilkan sedutan eksklusif yang tidak pernah disiarkan di kaca TV seperti temu ramah bersama keluarga terdekat dan rakan-rakan rapat P. Ramlee sebelum ada antara mereka yang sudah meninggal dunia.

Sehubungan itu, Naib Presiden Pengaturcaraan dan Penerbitan AETN All Asia Networks yang mengendalikan saluran History, Michele Schofiel berkata, penyiaran biografi tersebut adalah sebagai satu penghormatan kerana P. Ramlee merupakan seorang seniman yang bukan sahaja berkebolehan menghibur, malah kesungguhannya untuk menceritakan kisah-kisah yang boleh membangkitkan emosi.

“Kisah kehidupan beliau yang dipaparkan melalui program biografi ini juga merupakan satu kisah penuh emosi yang menceritakan mengenai harapan, ketabahan dan karisma yang akan membolehkan penonton melihat perjalanan hidup P. Ramlee dalam menjadi seorang ikon pujaan ramai. Kami sungguh gembira kerana telah diberi peluang untuk bekerjasama dengan Finas dalam menerbitkan program yang cukup istimewa ini. Pada masa yang sama, kami juga percaya bahawa para penonton pastinya akan terpesona dengan kisah yang akan diceritakan dengan lebih terperinci lagi,” ujarnya.

Menurut Michele lagi, untuk memenuhi permintaan penonton, program biografi itu akan disiarkan dengan suara latar di dalam bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris serta turut disertakan sekali dengan sarikata bahasa Malaysia dan bahasa Cina.

Sementara itu, Datuk Shuhaimi Baba yang telah bertindak selaku pengarah pula meluahkan rasa lega setelah rancangan biografi tersebut siap dihasilkan. Asalnya, beliau dikatakan ingin menjadikannya sebagai sebuah filem dokumentari mengenai kehidupan seniman agung tersebut. 

“Saya sudah mula membuat kajian dan mencari pelbagai maklumat mengenai P. Ramlee semenjak dari tahun 1998 lagi. Memang pada mulanya saya ingin menjadikan projek ini sebagai sebuah filem, tetapi ia tidak dapat dilaksanakan kerana kekurangan bajet.

“Bagaimanapun, saya tetap bersyukur apabila biografi ini siap dan akan mula menemui penonton tidak lama lagi. Saya beruntung kerana mendapat kerjasama yang baik daripada Finas serta rakan-rakan dan keluarga terdekat allahyarham,” ujarnya.

Tambah Shuhaimi, dia berpandangan seniman agung itu seorang individu yang mendahului zaman. Ujarnya, ia dapat dilihat menerusi karya-karya yang telah dihasilkan terutamanya filem-filem beliau yang masih tidak bosan untuk ditonton berulang-ulang kali.

Menurutnya lagi, cuma apa yang agak mengecewakan dirinya ialah mengenai kehidupan P. Ramlee selepas berhijrah ke Kuala Lumpur. Selain sambutan terhadap filem-filemnya yang semakin suram, terdapat juga beberapa impian beliau yang tidak tercapai.

Hanya selepas pemergiannya, barulah jasa dan sumbangan beliau dalam dunia seni dan perfileman tanah air kembali dikenang. Pelbagai anugerah yang telah diberikan sebagai menghargai jasanya sehingga diangkat sebagai tokoh perfileman Melayu, termasuklah pengurniaan bintang kebesaran darjah Panglima Setia Mahkota dengan membawa gelaran 'Tan Sri' yang dikurniakan oleh Yang Di-pertuan Agong pada tahun 1990.

AC Mizal Terselamat Hukuman Penjara 25 Hari

Oleh SITI SALWA SHA'ARI

AC Mizal

KAJANG: Pengacara popular, AC Mizal menarik nafas lega selepas tidak perlu bermalam di penjara selama 25 hari bermula Khamis, selepas berjaya menjelaskan tunggakan nafkah anak bersama bekas isteri, Shafnie Zainudin,35, yang tertunggak RM9,800 seperti yang diarahkan oleh Mahkamah Rendah Syariah di sini.

Bekas pengacara Konsert Akademi Fantasia itu juga menjelaskan denda RM1,500 bagi kesalahan menghina mahkamah yang mana, jika gagal Hakim Syarie, Abdul Halim Abdullah memerintahkan dia dipenjarakan selama 10 hari.

AC Mizal atau nama sebenarnya Mizal Zaini, 39, menjelaskan denda tersebut beberapa minit selepas keputusan dibuat.
Shafnie

“Alhamdulillah, lega tidak di penjara. Saya sangat berpuas hati dengan keputusan hari ini kerana menunjukkan saya tidak bersalah 100 peratus. Saya bayar nafkah cuma ada masanya saya tidak mampu kerana kontrak kerja tamat.

“Saya sudah bayar apabila boleh dan saya harap selepas ini tidak ada orang yang akan memfitnah atau menyebarkan cerita saya tidak bayar nafkah anak,” katanya yang menambah telah memaafkan individu tersebut.

Abdul Halim membuat keputusan itu pada prosiding komital yang dimulakan oleh Shafnie bagi mendapatkan perintah untuk menghantar AC Mizal ke penjara atas dakwaan menghina mahkamah kerana gagal menjelaskan tunggakan nafkah anak yang secara keseluruhan berjumlah RM50,000.

Berdasarkan perintah yang direkodkan hasil persetujuan bersama dalam perbincangan secara sulh, tunggakan itu perlu dilangsaikan secara ansuran RM200 setiap bulan sebelum anak kedua pasangan itu, Muhammad Shabil Iman berusia 18 tahun.

Selain Muhammad Shabil Iman, 11, mereka mempunyai seorang lagi anak, Muhammad Shafiq Iman, 14, hasil perkahwinan yang dibina pada 24 Jun 1995 sebelum berpisah pada 17 Oktober 2001.

Bagaimanapun, Abdul Halim pada penghakimannya berpendapat, tindakan AC Mizal mendepositkan RM9,800 yang merupakan tunggakan untuk 49 bulan daripada Januari 2005 hingga 19 Disember 2009 ke dalam akaun bersama dia dan Muhammad Shabil Iman bukan bersifat penghinaan kepada mahkamah.

Sebaliknya, tindakan itu adalah merupakan pelanggaran atau terpesong daripada perintah memandangkan cara pembayaran yang sepatutnya ialah secara ansuran dengan dimasukkan bersama RM300 sebagai nafkah semasa di akaun bersama Shafnie dan Muhammad Shafiq Iman di bank RHB.Beliau juga menolak dakwaan Shafnie bahawa AC Mizal telah melanggar perintah untuk menyediakan perbelanjaan bagi awal persekolahan memandangkan perintah itu sendiri kabur dan tidak diperincikan.

Abdul Halim juga hanya menyifatkan tindakan AC Mizal yang tidak membantu dalam persekolahan anak walaupun berkemampuan sebagai malang, namun perkara itu masih tidak menghina ekoran perintah jelas menyatakan bantuan adalah untuk anak dihantar ke sekolah bantuan kerajaan.

Shafnie menghantar anak sulung mereka ke sekolah swasta aliran agama di Bangi, dekat sini.

Bagaimanapun, AC Mizal disabitkan dengan kesalahan menghina mahkamah bagi kegagalannya menyerahkan laporan kewangan tahunan syarikatnya, Best Line Entertainment (M) Sdn Bhd kepada Shafnie dalam tempoh 60 hari bermula 31 Disember setiap tahun.

“Pada mahkamah, responden gagal meyakinkan bahawa kegagalan itu disebabkan syarikat tidak berfungsi adalah mustahil kerana syarikat tersebut adalah berdaftar dan diselia oleh badan suruhanjaya.

“Persoalannya, mengapa responden tidak menunjukkan perjalanan syarikat untuk dinilai oleh mahkamah?” tambah Abdul Halim.

Justeru itu, beliau berkata, hukuman atau ‘ubat’ perlu diberikan kepada AC Mizal untuk membangkitkan kesedaran kepadanya dalam melaksanakan perintah yang telah dipersetujuinya pada 22 Disember 2004.

Abdul Halim juga menyelitkan nasihat kepada AC Mizal dan Shafnie supaya memastikan anak tidak menjadi mangsa dalam perceraian mereka.

“Anak adalah amanah Allah kepada ibu bapa dan akan dihisab kelak. Anak bukan hak eksklusif kepada satu pihak. Biarlah anak merasai mereka masih mempunyai ibu dan bapa walaupun telah berpisah.

“Amat malang jika ibu bapa yang bercerai memisahkan anak dari ibu atau bapa. Jika itu terjadi, tunggulah seksaan daripada Allah dan api neraka,” katanya yang mengambil masa selama 45 minit untuk membacakan penghakiman setebal 36 halaman.

Semasa ini, Shafnie yang hadir di mahkamah bersama kakak dan diwakili peguam syarie Mohd Ridhawan Husin dilihat mengesat air mata manakala AC Mizal tekun mendengar di sisi peguamnya, Siti Aishah Din.

AC Mizal kini sudah berkahwin semula dengan pelakon Emylia Rosnaida pada 10 Oktober 2002 dan dikurniakan dua cahaya mata, Mohd Reeve Damien dan Fea Eryssa.

Renungan

Ketika Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya membina Kaabah banyak kekurangan yang dialaminya. Pada mulanya Kaabah itu tidak ada bumbung dan pintu masuk. Nabi Ibrahim a.s bersama Nabi Ismail bertungkus kumus untuk menjayakan pembinaannya dengan mengangkut batu dari berbagai gunung.

Dalam sebuah kisah disebutkan apabila pembinaan Kaabah itu selesai, ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim berkata pada Nabi Ismail, "Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia."

Kemudian Nabi Ismail a.s pun pergi dari satu bukit ke satu bukit untuk mencari batu yang baik dan sesuai. Ketika Nabi Ismail a.s sedang mencari batu di sebuah bukit, tiba-tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. merasa gembira melihat batu yang sungguh cantik itu, beliau menciumnya beberapa kali. Kemudian Nabi Ibrahim a.s bertanya, "Dari mana kamu dapat batu ini?"

Nabi Ismail berkata, "Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril)."

Nabi Ibrahim mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s.

Sehingga sekarang Hajar Aswad itu dicium oleh orang-orang yang pergi ke Baitullah. Siapa saja yang bertawaf di Kaabah disunnahkan mencium Hajar Aswad. Beratus ribu kaum muslimin berebut ingin mencium Hajar Aswad itu, yang tidak mencium cukuplah dengan memberikan isyarat lambaian tangan saja.

Ada riwayat menyatakan bahwa dulunya batu Hajar Aswad itu putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti terdapat sekarang. Wallahu a'alam.

Apabila manusia mencium batu itu maka timbullah perasaan seolah-olah mencium ciuman Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Ingatlah wahai saudara-saudaraku, Hajar Aswad itu merupakan tempat diperkenan doa. Bagi yang ada kelapangan, berdoalah di sana, Insya Allah doanya akan dikabulkan oleh Allah. Jagalah hati kita sewaktu mencium Hajar Aswad supaya tidak menyengutukan Allah, sebab tipu daya syaitan kuat di Tanah Suci Mekah.

Ingatlah kata-kata Khalifah Umar bin Al-Khattab apabila beliau mencium batu itu (Hajar Aswad) : "Aku tahu, sesungguhnya engkau hanyalah batu biasa. Andaikan aku tidak melihat Rasulullah S.A.W menciummu, sudah tentu aku tidak akan melakukan (mencium Hajar Aswad)."

Car Insurance claim VOID

This is a good piece of advice..... by the way......don't leave your keys with anyone!!

CAR INSURANCE CLAIM VOID... PLEASE READ STORY. BEWARE!!!

This is a real story, my nephew told me, & I would like to share with all of you. Be careful, if you have the habit of sending your car for car wash or similar matter (car jockey etc) while in shopping complex...

Two weeks ago my nephew sent his Toyota Harrier for car wash in the car park of Bangsar Shopping Complex while he had an appointment there. He handed the car keys to the car wash people n left the car
park for his appointment.

After the appointment he went to collect his car, & the car wash people told him that his car had been collected. How CAN???

After a prolonged argument without any results, he had no choice, but to make a police report... and follow up by insurance claim...

Insurance company rejected his claim 'cos the reason is the car was not stolen, the point of contention was why did he hand over the car keys to someone unknown, and why did he not wait there till the car washing was finished...? ??

So, be careful next time. If you really need to send your car for car wash, better stay there and wait for your car, if not, this may happen to you...

ALWAYS GET AN OFFICIAL RECIEPT LIKE YOU DO WHEN YOU SENT YOUR CAR FOR
SERVICING AT HONDA, PROTON, TOYOTA... DON'T PLAY THE FOOL.

Thursday, October 28, 2010

Awat lepaih 14 tahun?

Saida Fail Cerai Cara Baik

Oleh SALWA SHA'ARI
KUALA LUMPUR: Setelah 14 tahun melayari hidup bersama dan dikurniakan empat orang anak, penyanyi Saida memfailkan permohonan untuk bercerai secara baik daripada suaminya, Mohd Ghazali Yahya Zikri.

Saida yang merupakan kakak kepada penyanyi tersohor, Datuk Siti Nurhaliza memfailkan permohonan itu pada 6 Oktober lalu di Mahkamah Rendah Syariah di sini, dengan menamakan Mohd Ghazali sebagai defendan. Permohonan itu difailkan mengikut Seksyen 47, Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah-Wilayah Perekutuan 1984 dan kes disebut di hadapan Hakim Syarie, Mohd Suhaily Rosdi pada Selasa.

Bagaimanapun, prosiding tersebut hanya dihadiri oleh peguam syarie, Noor Azlina Che Hasan sebagai wakil kepada bekas peserta Akademi Fantasia Musim Keenam itu manakala Mohd Ghazali tidak diwakili peguam.

Mohd Suhaily menetapkan 20 Disember depan sebagai sebutan semula kes bagi membolehkan pasangan tersebut berbincang bagi mengetahui sekiranya ikatan perkahwinan masih boleh diselamatkan ataupun mereka masih mengekalkan keputusan mahu berpisah.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, Saida, 34, dan Mohd Ghazali, 40, mendirikan rumah tangga di kampung halaman penyanyi itu, Kuala Lipis, Pahang pada 14 Disember 1996 dengan berwalikan bapa kandung.

Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan cahaya mata, Siti Nurunnyssa, 13, Anas, 11, Khalid, 7, dan Siti Nurul Mashitah, 4 tahun.

Saida atau nama sebenarnnya Siti Norsaida Tarudin mendakwa dia dan suami sudah lama tidak bersefahaman dan sehaluan serta perkahwinan itu telah mengalami masalah yang berpanjangan dan tidak boleh didamaikan lagi.

Dia yang bernaung di bawah syarikat milik Siti Nurhaliza juga yakin bahawa matlamat perkahwinan tidak akan tercapai.

Turut dinyatakan, mereka yang beralamat di Alam Damai, Cheras, di sini juga tidak pernah bercerai sebelum ini.

Spy kartun

video
Tak dak ilham nak posting apa tengahari nih...

Layan pi la kartun lama ni kisah dua spy yang bersaing antara satu sama lain yang berkebetulannya pulak suasana politik negara kita ni pun tengah hangat berkempen di dua pilihanraya kecil. Satu di Galas, Kelantan dan lagi satu kat Batu Sapi, Sabah... hihi... layaannnn.....

Apa hal pulak dah

Haru sungguh la budak budak zaman la ni, bercinta bagai nak rak, dah berkelahi pun macam tu jugak. Masa bercinta satu Malaya punya cerita mai berkelahi pun satu negara bergelak sama....

Kacau sungguh laa, artis ni tak layak jadi bini orang ka?


*********************************

Aidil tuntut jaga anak

KENANGAN...Mohd Aidil bersama Rita Rudaini ketika saat bahagia mereka.

SEREMBAN: Selepas beberapa laporan berhubung keretakan rumah tangga mereka dipaparkan media, pemain bola sepak kebangsaan dan Negeri Sembilan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 23, memfailkan permohonan sulh (perbincangan) dan hak penjagaan anak terhadap isterinya yang juga pelakon popular, Rita Rudaini Mokhtar, 34, di Mahkamah Tinggi Syariah di sini, semalam.

Sumber rapat dengan Mohd Aidil Zafuan berkata, pemain itu yang mesra dengan panggilan Aidil ke mahkamah dengan ditemani seorang peguam syarie pada kira-kira jam 11 pagi semalam.

“Apa yang dilakukannya ini adalah untuk menyelesaikan kemelut rumah tangganya yang berlarutan sehingga menjadi perhatian orang ramai.

“Melalui kaedah sulh itu, kedua-dua pihak akan dipanggil untuk berbincang secara baik selain diberi kaunseling untuk menyelesaikan pertikaian dihadapi mereka tanpa melalui proses perbicaraan,” katanya.

Ketika ditanya mengenai permohonan hak jagaan anak dan perceraian, sumber itu berkata, pasangan berkenaan belum bercerai.

Sementara itu Aidil yang ditemui di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi ketika menjalani latihan bersama skuad Negeri Sembilan bagi menghadapi perlawanan akhir Piala Malaysia menentang Kelantan Sabtu ini, mengesahkan dia pergi ke Mahkamah Tinggi Syariah bersama seorang peguam.

Bagaimanapun, dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai tindakannya itu.

“Ia berhubung urusan keluarga dan saya tidak mahu mendedahkannya kerana mahu menjaga kepentingan banyak pihak,” katanya.
Ketika diminta mengulas lanjut, beliau berkata, perbincangan dengan isterinya masih berjalan dan banyak lagi yang perlu diteliti mereka sebelum membuat sebarang keputusan.

Bapa Aidil, Abd Radzak Salleh, 61, ketika ditanya mengenai tindakan anaknya mendakwa dia tidak tahu apa-apa.

“Aidil memang tinggal di sini (rumah keluarga di Sikamat, Seremban) kerana menjalani latihan pusat di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi.

“Namun, saya tidak tahu apa-apa mengenai tindakan itu kerana dia hanya memberitahu hendak ke pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi menguruskan penukaran nombor pendaftaran kereta, pagi tadi (semalam),” katanya.

Harian Metro sebelum ini menyiarkan kenyataan Rita yang mendakwa rumah tangganya bersama Aidil yang dibina atas dasar cinta, mulai goyah disebabkan campur tangan keluarga mentuanya.

Pasangan itu mencetuskan kontroversi apabila bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 25 Februari 2008 kerana dikatakan tidak mendapat restu keluarga suaminya.

Hasil perkahwinan lebih dua tahun itu, Aidil dan Rita dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Airit Rayyan Rizkin yang kini berusia setahun tiga bulan.

Wednesday, October 27, 2010

Kebiadaban askar Israel

Askar Israel hina tahanan

GAMBAR menunjukkan gelagat kurang ajar seorang askar Israel di belakang seorang wanita Palestin di sebuah rumah.

BAITULMUQADDIS - Sebuah kumpulan hak asasi manusia Israel, Breaking the Silence menyiarkan gambar-gambar terbaru yang menunjukkan askar Israel bergambar dengan tahanan dan merosakkan rumah orang Palestin yang dirakamkan dalam Perang Gaza 2008 hingga 2009.

Dalam satu gambar, seorang askar mengacukan raifal ke arah muka seorang tahanan yang matanya ditutup.

Sementara itu, seorang askar lain menconteng dinding sebuah rumah dengan lambang Star of David dan menulis ayat yang bermaksud dia akan datang sekali lagi.

Dalam gambar yang lain, beberapa orang askar kelihatan tersenyum dan bergaya di dalam sebuah rumah milik seorang penduduk Palestin. Satu lagi gambar menunjukkan seorang askar menunjukkan aksinya di belakang seorang wanita bertudung yang memasak di dapur.

Tentera Israel bagaimanapun tidak memberi sebarang komen segera mengenai gambar-gambar itu.

Pendedahan gambar-gambar itu dibuat selepas satu siri insiden yang sama berlaku dalam laman web sosial di Internet.

Pengasas Breaking the Silence, Yehuda Shaul enggan mendedahkan sumber gambar-gambar itu diperoleh.

Namun dia menjelaskan pihaknya telah menerima puluhan gambar yang menunjukkan bahawa tindakan kurang ajar askar Israel itu semakin berleluasa.

"Ia sudah menjadi norma pasukan tentera Israel. Ia adalah kesan langsung di kawasan yang kamu (Israel) kuasai setiap hari. Kamu (Israel) menjadi korup dan tidak lagi mampu melihat mereka (orang Palestin) sebagai manusia," kata Shaul.

Shaul memberitahu, pihaknya masih cuba untuk menentukan lokasi gambar-gambar itu dirakamkan.

Pada Ogos lalu, gambar-gambar di laman sosial Facebook menunjukkan seorang askar wanita bergambar dengan beberapa orang tahanan Palestin.

Satu klip video di laman perkongsian video YouTube turut menunjukkan seorang askar menari di sebelah tahanan wanita Palestin yang memakai tudung. - AFP

Gunung Merapi mengganas

 
Letusan Gunung Merapi dapat dilihat dengan jelas dari Kampung Kali Tengah berhampiran Yogyakarta. Ribuan penduduk sekitar dipindahkan bagi menjamin keselamatan merkea berikutan letusan gunung tersebut merupakan antara yang terkuat sejak bebepara tahun lalu. Foto REUTERS

Tuesday, October 26, 2010

Video: Malu itu perisai orang beriman

video
Sedap jugak kak Ros dengarkan lagu nih... hihi...

Orang lama, Suhaimi Meor Hassan yang bersama sama pendatang baru, Anna Raffali dan Altimet yang menyumbangkan suara dalam lagu Kalau Berpacaran...

Layan pi laa walaupun nasihat baik dalam lagu ni banyak budak budak tak ikut... kita yang tua terhangguk hangguk dengaq lagu ni kena dok peringat sama bebudak luaq sana, biar malu malu, biar segan segan... kerana malu itu perisai orang beriman......

Monday, October 25, 2010

Demi maruah keluarga

Rozaliya, Helmi putus tunang demi maruah keluarga

ROZALIYA dan Mohd. Helmi akhirnya mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinan mereka.

KEMAMAN 23 Okt. – Rozaliya Mat Lazim, 20, dan Mohd. Helmi Mohd. Noor, 24, akhirnya memutuskan pertunangan sekali gus membatalkan perkahwinan mereka yang sepatutnya berlangsung pada 12 November ini.

Perkara itu disahkan oleh ayah Mohd. Helmi, Mohd. Noor Juah, 53, selepas keluarga pihak lelaki itu mengadakan pertemuan dan berbincang dengan keluarga Rozaliya di Bandar Baru Cheneh dekat sini hari ini.

Mohd. Noor berkata, dia dan isterinya, Mariani Hussin, 46, serta beberapa ahli keluarga lain membuat keputusan itu demi menghormati permintaan keluarga perempuan, selain menyelesaikan segala salah faham dan krisis di antara kedua-dua keluarga berkenaan sejak kehilangan Rozaliya.

Katanya, dia dan seluruh ahli keluarga sanggup datang ke rumah Rozaliya dari Johor pada petang ini untuk menyelesaikan krisis membabitkan pasangan tersebut demi maruah kedua-dua keluarga.

“Biarlah hubungan ini berakhir begini dan kedatangan ini adalah untuk menunaikan permintaan keluarga perempuan yang mahu hubungan pertunangan ini diputuskan demi maruah keluarga dan kebaikan bersama,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Kisah pasangan ini bermula apabila gadis berusia 20 tahun itu dilaporkan hilang di Kuantan pada 13 Oktober lalu selepas keluar membeli barangan keperluan perkahwinan bersama tunangnya itu.

Ekoran itu, pelbagai spekulasi dibuat oleh pelbagai pihak termasuk keluarga Rozaliya yang mendakwa serta menuduh Mohd. Helmi sebagai tidak bertanggungjawab selain dikatakan telah melarikan Rozaliya.

Bagaimanapun, pada 20 Oktober lalu, misteri kehilangan Rozaliya akhirnya terjawab apabila dia ditemui bekerja di sebuah kedai serbaneka di Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Dalam pada itu, Mohd. Noor menyifatkan, apa yang berlaku selama ini telah mencemarkan maruah kedua-dua keluarga lebih-lebih lagi apabila kisah hubungan anaknya dengan Rozaliya menjadi bahan utama akhbar sejak beberapa hari lalu.

“Seluruh keluarga malu apabila pelbagai tuduhan dilemparkan kepada Mohd. Helmi termasuklah dakwaan yang mengatakan dia telah melarikan Rozaliya. Kami hanya mampu bersabar kerana tahu semua yang berlaku ini ada hikmahnya.

“Jadi saya rasa eloklah berakhir begini dan harap tiada sengketa lagi di antara kedua-dua keluarga,” kata Mohd. Noor.

Pada pertemuan itu, keluarga pihak perempuan memulangkan semula wang hantaran sebanyak RM3,000 serta cincin pertunangan kepada keluarga lelaki.

Dalam pada itu, Mohd. Helmi ketika ditanya mengenai tindakan memutuskan pertunangannya dengan Rozaliya, menyifatkan perkara itu sebagai ketentuan takdir.

“Mungkin sudah tiada jodoh antara kami dan ini adalah yang terbaik untuk menyelesaikan segala kemelut ini dan saya mahu melupakan segala apa yang telah berlaku,” jelasnya yang bekerja sebagai penyelia tanah rancangan Felda Neram 2 dekat sini.

Alahai Maya oii...

Semenjak tak dak laki ni lagi sibuk ke dia nih...

Kak Ros minat kat Maya Karin, tapi kak Ros tengok macam ada yang tak kena pulak bila tengok Maya Karin sebagai pengacara rancangan Nona. Kak Ros tak mau la kata apa, sapa la kak Ros yang nak komen pasai si Maya Karin punya cara dan gaya... hihi...

Tapi tup tup terpecah jugak berita, dia dah kena ganti. Pengacara rancangan Nona, Maya Karin akan digantikan bagi memberi nafas baru untuk program berbentuk majalah tersebut bagi musim terbaru. Ini di nyatakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Rangkaian Media Prima, Datuk Farid Ridzuan.

Banyak sangat cakap berlapiknya, Maya ada komitmen banyak la, dulu tak banyak la ni dia sibuk la, bagitau terus terang la Nona dah jatuh rank dah kot... hihi...

Vanida Imran ada dalam list terbaru ker... ? Biaq betoi....

Sunday, October 24, 2010

Resepi: Talam Tiga Puteri

Kak Ros jumpa dari SajiOnline, rasa macam dok kat mulut saja... nampak sedap sungguh...

Rasa macam nak cuba, tapi tak tau la bila boleh ada masa nak cuba. Laki kak Ros pun macam tak bagi semangat saja nak cuba, macam yakin tak yakin saja kat kak Ros tuee...

Bahan-bahan:
2 cawan ubi kayu parut
1/2 biji kelapa - ambil 1 1/2 cawan santan
1/2 cawan gula pasir
3/4 hirisan gula melaka
Sedikit esen vanila dan ros
6 sudu besar tepung gandum

Cara Menyediakan:

1. Tuskan ubi parut tetapi jangan diperah, biarkan basah dan bahagikan dua. Satu bahagian dibahagikan dua, satu bahagian digaul dengan gula pasir, dua sudu besar tepung gandum serta esen ros. Satu bahagian lagi digaul dengan gula melaka hiris, dua sudu tepung gandum dan esen vanila.

2. Kukus bahagian yang bergaul gula pasir hingga masak. Ratakan adunan yang bergaul gula melaka dan kukus lagi.

3. Sementara menantikan lapisan gula melaka masak, adunkan lapisan atas. Bancuh santan dengan dua sudu besar tepung gandum, tuangkan ke atas lapisan gula melaka dan kukus hingga masak.


*************************************

Jom cuba tengok, kalau sesapa yang dah cuba dan menjadi pulak tuh... janga lupa kak Ros kat sini... hehe...

Kolesterol tak kenal saiz

Tahap Kolesterol Tinggi - Yang Kurus Tidak Terkecuali

Lemak, manis dan berkrim...tentu sedap, tetapi awas...!

Pernahkah anda membuat ujian untuk mengetahui tahap kolesterol dalam darah? Jika jawapan anda, "Tidak perlu kerana saya kurus," maka anda tersilap. Gemuk atau kurus tidak mencerminkan tahap sebenar kolesterol dalam darah.

Seorang yang kurus atau tidak menghadapi masalah berat badan mungkin mempunyai tahap kolesterol lebih tinggi dalam darahnya berbanding rakannya yang gemuk. Sebab itu, jangan terkejut jika seorang yang tidak gemuk juga, boleh diserang strok atau menghidapi sakit jantung (walaupun golongan obes lebih berisiko tinggi).- SajiOnline

Saturday, October 23, 2010

Suci dalam debu yang dinasyidkan

video
Islam bagai air yang jernih,
Dibumi yang penuh berdebu...
Menyirami sanubari insan,
Tuk setiap ummat manusia.


Islam bagai air yang jernih,
Dibumi yang penuh berdebu...
Menyirami sanubari insan,
Tuk setiap ummat manusia... sepanjang masa...

Nana selamat bersalin

Tahniah buat penyampai radio stesen X FM, Nurul Hana Che Mahazan atau lebih dikenali sebagai Nana,27, kerana selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada pukul 11.21 pagi Khamis, di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya, Selangor.

Bayi yang seberat 2.71 kilogram itu dilahirkan secara normal dan diberi nama Althea Raqeem Brian. Ibu dan anak itu berada dalam keadaan sihat.- mStar

Iklan lawak

video
Pembohong bahagi dua tapi syok jugak dok layan video gelong macam ni, hilang tension potong kain... hehe....

Friday, October 22, 2010

How to avoid highway robbery

FORWARD TO YOUR LOVED ONES

You can't clean away smashed eggs on the windscreen with the wiper and sprayed water. Please take note of this.

If you are driving at night and are attacked with eggs, do not operate the wiper or spray any water. You can drive with whatever visibility remaining until you reach a safer place.

Because eggs when mixed with water becomes milky and block your vision up to 92.5%. Then you are forced to stop at the road side and become a victim of robbers.

This is a new technique used by robbers. Please inform your friends and relatives.

Maher Zain - Insyaallah...

video
Sama sama kita hayati alunan suara artis Sweden ini, sdr Maher Zain yang berasal dari Lubnan. Beliau merupakan seorang penyanyi Islam yang terpantas sekali meningkat popularitinya didunia.

Nampak sangat umat Islam kita begitu dahagakan hiburan, cumanya... hiburan jenis apakah yang perlu kita dedahkan pada generasi Islam yang kian kehilangan identiti Islam mereka....

Thursday, October 21, 2010

Mak aaiiihh... lajunya...

video
Alang alang nak pembohong biaq sampai orang percaya... haha...

Jantan panas baran

Kak Ros baca berita ni saja dah naik meremang bulu roma. Jantan mana nak tunjuik jantan tak bertempat nih.... Ada ka pasai cemburu saja boleh pi tumbuk teman wanita dia.

Sorang wanita dipercayai telah ditumbuk oleh teman lelakinya sehingga retak hidung di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Temerloh, Lebuhraya Pantai Timur malam Selasa. Wanita berkenaan telah dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk menerima rawatan pada 8.30 pagi Rabu sementara lelaki tersebut menyerah diri kepada polis.

Woiii... orang dah naik kebulan hang dok pikiaq cara kuno lagi. Orang lelaki lain berpuloh juta didunia ni boleh jadi baik, pasai apa yang hang tergedik gedik nak jadi jantan keparat.

Yang si pompuan tu pun kalau boleh cari lelaki lain yang bersepah sepah lebih baik dari jantan yang hobi masa lapang depa lebih menganggap pompuan tu "punching bag" depa... boleh belah laaa...

Wednesday, October 20, 2010

Masyaallah... nak salah sapa nih...

Ya, pertanyaan yang perlu kita jawab dengan ikhlas dan bertindak dengan waras.

Silap siapa kalau ada ramai dikalangan manusia yang tidak dapat melihat kecantikan Islam sebagai agama yang wajib dianuti dan taati.


**************************

3 artis Indonesia didakwa murtad

RIANTI berkahwin di gereja di New York.

SEJAK beberapa bulan lalu, masyarakat Indonesia dikejutkan dengan tindakan beberapa selebriti negara itu menukar agama.

Seorang daripada mereka ialah Pinkan Mambo.

Penyanyi lagu popular, Kekasih Yang Tak Dianggap ini untuk kali keduanya dilapor telah menukar agama dan disahkan ibunya sendiri, Deetje yang nyata kecewa.

Walaupun belum pernah melihat Pinkan pergi ke gereja, Deetje berkata, anaknya sudah mula belajar agama lain sejak April lalu.

Menurutnya, Pinkan yang nama penuhnya Pinkan Ratnasari Mambo banyak berubah sejak kebelakangan ini.

Bagaimanapun, keputusan Pinkan menukar agama tidak menyebabkan Deetje merasa kehilangan anak.

“Anak merupakan titipan Allah dan kita tidak boleh mencintai anak 100 peratus kecuali pada Yang Maha Pencipta,” kata Deetje.

Artis cantik yang juga pernah menjadi VJ MTV Rianti Rhiannon Cartwright juga dikatakan telah meninggalkan Islam dan berkahwin dengan kekasihnya, Cas.

Perkahwinan mereka berlangsung di Gereja Old St Patrick, New York, Amerika Syarikat.

Rianti yang lebih dikenali dengan watak Aisha dalam filem agama, Ayat-Ayat Cinta, dikatakan sudah murtad sebelum berkahwin lagi, berdasarkan risalah yang dikeluarkan sebuah gereja di Jakarta Selatan.

Namun, ketika diminta mengesahkan perkembangan itu, pengurusnya, Adi,
enggan berbuat demikian sebaliknya berkata, dia tidak tahu menahu mengenainya.

“Saya hanya berkomunikasi dengan dia mengenai kerja. Yang lain saya tidak tahu,” katanya.

Dia mencadangkan supaya pengesahan itu didapatkan daripada paderi di gereja yang mendedahkan perkahwinan Rianti dengan penyanyi yang nama lengkapnya Alfoncius Dapot Parulian Nainggolan.

Bagaimanapun, pihak gereja juga enggan mengesahkannya.

Selebriti terbaru Indonesia yang didakwa meninggalkan Islam ialah Happy Salmah.
Happy dikatakan memeluk agama Hindu kerana mahu berkahwin dengan kekasihnya, Tjokorda Bagus yang keturunan raja.

Model dan juga pelakon filem yang dilahirkan di Sukabumi, Jawa Barat itu menjalani upacara pindah agama Hindu, dalam upacara yang dinamakan Sudhi Wadani di Villa Ibah, Ubud, pada 29 September lalu.

Sudhi Wadani adalah upacara dalam Hindu sebagai pengesahan ucapan atau janji seseorang yang secara tulus ikhlas dan hati suci menyatakan menganut agama Hindu.

Upacara yang mengambil masa sehari itu adalah antara syarat yang harus dijalani bila seseorang ingin berkahwin mengikut adat Hindu.

Mereka melangsungkan perkahwinan beberapa hari kemudian di Puri Saren Kauh, Ubud dengan mengikut adat istiadat Hindu dan diikuti dengan majlis di Sukabumi Sabtu lalu.

Mengenai dia menukar agamanya, Happy menegaskan, dia tidak akan berbicara secara terbuka.

“Saya tidak akan bercakap mengenainya,” kata Happy.

Segala hal yang berhubungan dengan keyakinannya, dia berharap menjadi rahsia hubungan perkawinan yang baru mereka jalin.

Isu masyarakat Islam Indonesia, baik lelaki mahupun wanita berkahwin dengan pasangan mereka yang beragama lain adalah perkara biasa sejak era Sukarno dan Suharto kerana sebahagian orang yang mendakwa ulama di negara itu berkata ia dibolehkan.

Namun, apa yang dilakukan oleh Pinkan, Rianti dan Happy ialah mereka memeluk agama lain untuk mengikut agama suami masing-masing.- myMetro

Tuesday, October 19, 2010

Tips Merangsang Kepintaran Bayi

Pakar perkembangan bayi percaya tahun pertama kehidupan bayi tempoh utama berlakunya proses pembelajaran. Tidak perlu muzik klasik, alat pembelajaran bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah individu di sekeliling si kecil itu.

Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama antara interaksi harian yang lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar memikirkan cara baru merangsang anak kecil (terutama sekali apabila si ibu atau bapa tidak tidur malam kerana meredakan tangisannya).

Berikut antara aktiviti menarik (berdasarkan sains) yang disarankan:
  1. Bertentang mata. Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah pada awal usia malah setiap kali dia merenung individu di hadapannya, dia sedang membina memorinya.
  2. Bercakap-cakap dengannya. Walaupun reaksi yang di berikan rupa keliru dan hairan, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap rentak perbualan dan mengisi ruang kosong yang dibiarkan senyap itu.
  3. Jika boleh, beri susu badan dan lakukan selama mana yang anda boleh. Berdasarkan fakta, kanak-kanak yang diberi susu badan mempunyai tahap kecerdasan tinggi. Tambahan pula, susuan badan dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya.
  4. Jelirkan lidah. Kajian menunjukkan bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah – ia menandakan kaedah penyelesaian masalah pada awal usia.
  5. Hasilkan buku binatang. Sekiranya melawat taman haiwan atau zoo, ambillah gambar haiwan kesukaannya untuk di jadikan album. Kemudian, baca buku itu bersama si kecil sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi dan cerita haiwan.
  6. Geletek si bayi pada keseluruhan tubuhnya. Ketawa langkah pertama dalam perkembangan humor bayi. Permainan seperti ‘cak cekur’ dan ‘labah-labah panjat perigi’ dapat mengajar anak menjangka apa yang bakal berlaku.
  7. Tunjukkan perbezaan. Pegang dua keping gambar beberapa meter dari muka si kecil. Gambar itu seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin satu ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.
  8. Berkongsi pandangan. Bawa bayi berjalan-jalan dan beritahu semua perkara yang dilihat padanya. Cara itu boleh menyediakan bayi dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.
  9. Nyanyikan lagu untuknya. Kajian menunjukkan mempelajari ritma muzik ada kaitan dengan pembelajaran matematik.
  10. Gunakan masa menukar lampin sepenuhnya. Gunakan waktu itu untuk mengajar bahagian badan atau pakaian.
  11. Beri kata kunci. Jika anda berkata; “Ibu nak buka lampu ni,” sebelum menekan suis, si kecil itu diajar sebab dan akibat sesuatu perkara.
  12. Beri kejutan. Sesekali, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan sambil melihat reaksinya.
  13. Sediakan banyak tisu. Jika bayi suka bermain dengan tisu, biarkan. Dengan hanya beberapa sen, ia boleh dijadikan alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil pada bawah tisu dan biarkan dia mencari.
  14. Baca buku berulang kali. Saintis mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan serta mem bantunya mempelajari bahasa.
  15. Main sorok-sorok yang boleh membuatkannya ketawa. Bayi belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.
  16. Main dengan warna. Pilih satu warna dan suruh si bayi cari objek lain yang sama warna sewaktu berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh dia memilih warna untuk anda pula mencarinya.
  17. Biarkan dia bermain dengan makanannya. Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur berbeza termasuk kacang pis dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.
  18. Jangan lupa rehat. Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk atas lantai bersama bayi tanpa muzik, cahaya terang serta mainan. Biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.
Sumber: KB

Ada lagi artis yang nak kena...

Intip 5 artis maksiat
Oleh Ahmad Shahrul Nizam Muhammad

PUTRAJAYA: Lima artis terkenal dalam perhatian khas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) dan menjadi ‘senarai keutamaan’ individu yang bakal dicekup kerana disyaki terbabit dengan kegiatan maksiat, berkhalwat dan berjudi.

Lima artis membabitkan empat wanita dan lelaki berusia 20-an hingga 30-an itu menjadi perhatian utama Jais selepas banyak aduan dibuat orang awam secara berterusan mengenai salah laku mereka.

Mendedahkan perkara itu, Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), Shahrom Maarof berkata, pihaknya menerima banyak maklumat serta aduan mengenai lima artis terbabit sejak beberapa bulan lalu.

Menurutnya, berdasarkan aduan diterima serta pemantauan dilakukan Jais, pihaknya mengenal pasti lokasi sarang maksiat artis terbabit dan menunggu masa sesuai mencekup mereka.

“Mengikut maklumat yang kami ada, seorang daripada artis wanita terbabit berusia 30-an dikatakan selalu membawa balik teman lelakinya yang juga suami orang ke rumahnya sejak lebih dua bulan lalu.

“Kegiatan sama juga dilakukan artis wanita lain yang selalu membawa kekasih ke rumahnya terutama selepas jam 10 malam. Tindakan seperti menimbulkan rasa kurang senang jiran tetangga hingga mendorong mereka membuat aduan kepada Jais,” katanya.

Shahrom berkata, artis lelaki terbabit pula menjadi sasaran Jais kerana sering berjudi dan aduan diterima jabatan itu bukan saja daripada orang awam yang tidak mahu bersubahat dengan salah laku artis itu, tapi juga anggota keluarganya yang kecewa dengan tabiat buruknya.

Menurutnya, biarpun Jais mempunyai maklumat dan bukti yang cukup untuk menahan lima artis terbabit, pihaknya mengalami sedikit kesukaran membuat serbuan kerana kawasan tempat tinggal mereka berstatus agak mewah serta dilengkapi kawalan keselamatan.

“Kebiasaannya, individu yang melakukan maksiat termasuklah lima artis ini sudah membuat pakatan dengan pengawal keselamatan agar mereka diberitahu lebih awal apabila kami membuat serbuan supaya mereka dapat meloloskan diri.

“Bagaimanapun, kami tidak boleh putus asa, sebaliknya ada strategi tersendiri untuk melaksanakan tugas kami demi memastikan segala jenis kegiatan maksiat dibanteras, termasuk yang dilakukan golongan artis,” katanya.

Pada masa yang sama, Shahrom tidak menolak kemungkinan lebih ramai lagi artis yang melakukan kegiatan tidak bermoral termasuk menjadikan kelab eksekutif dan pusat hiburan tertentu sebagai markas melakukan maksiat.

Menurutnya, dalam hal ini, kerjasama orang awam agar tampil membuat aduan penting bagi memastikan kegiatan artis terbabit dapat ditangani segera.

“Sebenarnya, apa yang kami lakukan bertujuan memberikan pengajaran kepada pelaku maksiat termasuk artis supaya tidak melakukan perbuatan itu.

“Sebagai individu yang menjadi perhatian ramai dan ada kelompok peminat tersendiri artis sepatutnya menunjukkan akhlak baik dan bukannya melakukan perbuatan yang merendahkan martabat mereka,” katanya.

Beliau berkata, individu yang melakukan kesalahan khalwat akan disiasat mengikut Sekyen 29(1a), Enakmen Jenayah Syariah Selangor dan yang terbabit dengan judi pula disiasat mengikut Seksyen 17(1) enakmen sama.

Ada yang tak kena ka dengan RON95

BANYAK KES KERETA TERBAKAR: UJI SEMULA RON95

TAHUN ini boleh diiktiraf sebagai Tahun Kereta Terbakar! Sejak Januari lalu, hampir 100 kes dilaporkan media mengenai kebakaran kereta, sesetengahnya membabitkan korban dan kecederaan kekal. Itu belum dianggarkan kejadian kebakaran yang tidak dilaporkan, seperti terbakar di tepi jalan dan dibiarkan sahaja oleh pemilik kenderaan!

Banyak pihak sedar tragedi yang sedang berlaku ini. Malah banyak pihak juga cuba membuat rumusan dan kesimpulan mengenai punca kebakaran kenderaan yang dilaporkan meningkat.

Namun tiada satu pun rumusan yang boleh dijadikan asas untuk kita memberi fokus penyelesaiannya, kecuali banyak dikatakan orang tentang minyak RON95!

Barangkali kerajaan kena bersikap terbuka terhadap semakin banyak dakwaan terhadap punca banyak kes kebakaran kenderaan kebelakangan ini, adalah berpunca daripada RON 95.

Tidak salah ujian, penelitian dan timbang uji secara berkala atau bertubi dilakukan kerana kadang-kala sesuatu kekurangan itu hanya dapat ditemui selepas ia diuji berkali-kali.

Diturunkan di bawah ini sebahagian daripada kejadian kereta terbakar di negara ini: 

  • 27 Januari 2010 - Sebuah kereta terbakar dan gagal dipadamkan di Seksyen 7 Shah Alam
  • 29 Julai 2010 - Seorang lelaki tua maut apabila keretanya terbakar dirempuh lori di km 313 Lebuh Raya Utara Selatan Hubungan Tengah (Elite) pada jam 8.55 malam
  • 14 Oktober 2010 - Sebuah kereta terbakar di km 24.4 Jalan Lingkaran Tengah 2 Ampang, Selangor
  • 14 Oktober 2010 -Sebuah kereta Honda City terbakar apabila melanggar pokok mengakibatkan enam terbunuh di Kampar Perak.
  • 14 Oktober 2010 - Sebuah kereta Honda City terbakar dilanggar Honda CRV di Kuala Lumpur.
  • 14 Oktober 2010 - sebuah kereta jenis Ford Escape tiba-tiba terbakar di Lingkaran 2, Hulu Klang menuju ke Ampang.
http://singalautmetro.blogspot.com/2010/10/banyak-kes-kereta-terbakar-uji-semula.html

Monday, October 18, 2010

Mata

Petua Menjaga Kesihatan Mata

Petua ni sesuai diamalkan sesiapa sahaja terutama pelajar atau individu yang bekerja dalam bidang berkaitan komputer & internet. Tak kiralah anda seorang programer, pereka laman web, pereka grafik, usahawan internet, penulis blog dan sebagainya. Ataupun saja suka-suka menghabiskan masa berjam-jam di depan komputer misalnya layan facebook, main games, chatting, baca artikel di blog, cari info dan sebagainya.

1. Setiap kali mandi atau berwudhu(bagi muslim), pastikan jangan pejamkan mata semasa air melalui mata anda, sebaliknya kelip-kelipkan mata anda beberapa kali, biar air mandian itu mencuci mata anda. Memang mata kita akan terasa pedih sikit. Walaupun tiada kajian saintifik mengenai petua ni, tapi s2. Untuk menyegarkan mata yang letih atau rasa gatal-gatal akibat sakit mata, ambil beberapa helai daun sirih muda, basuh bersih-bersih. Ramas-ramaskan sampai lumat dan didihkan seketika. Tapis airnya dgn kain bersih ke dlm mangkuk dan biar hingga suam-suam kuku. Lepas tu rendamkan atau jiruskan terus pun boleh, pada mata anda sambil kelip-kelipkan mata berulang kali. Insya Allah mujarab,tapi yang ni leceh sikit sebab sekarang ni susah nak cari daun sirih.

3. Amalkan senaman utk mata anda. Bukan badan je perlukan senaman, mata pun perlu bersenam juga, caranya:

a. Pergi ke luar rumah, lihat satu objek berdekatan anda, kemudian beransur-ansur lihat pula objek yg lebih jauh, dan jauh, jauh lagi, sejauh-jauhnya la. Lepas tu balik semula beransur-ansur lihat objek yang berdekatan anda. Ulang proses ini beberapa kali sampai anda naik bosan atau naik menyampah,jangan sampai naik angin dah la ye. Dlm proses tadi sekiranya anda ternampak satu objek menarik(misalnya ada awek cun melintas) bolehlah fokuskan sekejap pd objek tu(kira senaman mata gak tu), tapi jangan tengok lama-lama ye, berdosa he he he,dan mata anda juga berisiko untuk terkena lontaran objek-objek berbahaya.etelah mengamalkannya beberapa lama, alhamdulillah setakat ni mata saya belum rabun lagi biarpun berjam-jam di depan komputer.

b. Gerakkan mata anda ke kanan semaksimum mungkin,berhenti sekejap, kemudian ke kiri, berhenti sekejap, seterusnya ke atas, bawah dan tengah (sampai mata naik juling), beransur-ansur lajukan proses ini.

c. Setelah 1-2 jam di depan komputer, berhenti sekejap, lihatlah objek-objek berwarna hijau di luar rumah anda, seperti pokok-pokok dsb, sesungguhnya warna hijau itu menenangkan & merehatkan mata anda. Tapi itu kalau siang, kalau malam camne pulak ?? Itu senang jer, lawatlah blog saya ni selalu, ada banyak warna hijau di sini,kui kui kui terkena korang..

4. Amalkan makan makanan yang kaya dgn vitamin A & C seperti susu, sayur(terutama carrot & brokoli) dan buah2an (terutama aprikot & anggur) dan sebagainya.
Photobucket

5. Elakkan melihat benda-benda yang tak sepatutnya dilihat terutamanya di internet ni macam-macam bahan yang boleh merosakkan mata & minda anda,he he.. faham-faham sendirilah ye.

Kalau lah kak Ros tak kahwin lagi...

Sepasang iPhone 4 Edisi Ros Berlian.

Kalaulah kak Ros tak kawin lagi... huh... ini lah pilihan hati kak Ros sebagai salah satu hantaran utama dari 40 talam hantaran. Sib baik la dah 23 tahun dah pun... hihi...

Biar orang nak kata apa pun, mata duitan ka, materialistik ka... itu diaorang punya pasal laaa... janji sepasang telefon bimbit pintar iPhone Edisi Ros Berlian ni jadi kak Ros yang punya. Perrghh... iPhone termahal di dunia tuee... hihi...

Akhbar melaporkan bahawa kedua-dua iPhone 4 32GB berkenaan dihasilkan oleh seorang pembekal di Liverpool, Stuart Hughes. Koleksi itu ditempah oleh seorang warga Australia pada harga mencecah AS$8 juta (RM24.6 juta). Setiap telefon berkenaan ditatah dengan 500 butir berlian berjumlah 100 karat. Badannya pula disaluti emas dan platinum manakala bingkainya diperbuat daripada granit.

Perrghh... bayangkan la badan kak Ros yang separa montel ni dibaluti oleh emas berlian... haha... materialistiknya akuu...

Sunday, October 17, 2010

Selamatkan jalanraya kita

Maut di riba. Mohd Mukmin, 4, meronta-ronta di riba bapanya seperti mahu keluar dari kereta yang remuk, tetapi kakinya pula tersepit dan dia menghembuskan nafas terakhir lima minit kemudian. Turut maut, bapa dan neneknya. - Foto DJ Dolasoh

Saturday, October 16, 2010

Al-fatihah: Yalal Chin kembali mengadap pencipta


Pelakon dan dramatis terkenal, Yalal Chin meninggal dunia kerana sakit jantung di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Cheras pada pukul 12.15 pagi, Sabtu.

Allahyarham sebelum ini ditempatkan di Unit Rawatan Jantung (CCU) di HUKM kira-kira dua minggu lalu.

Yalal Chin atau nama sebenarnya Yalal Abu Chin, 67, meninggalkan seorang balu iaitu Suriani Mohd Yusof.

Jenazah Allahyarham dibawa ke Melaka, awal pagi ini, untuk disemadikan di kampung halamannya.

Sepanjang penglibatan arwah dalam industri seni, beliau pernah bergelar pengarah, pengurus produksi dan jururunding skrip.

Yalal pernah muncul dalam filem Misteri Jalan Lama, Paloh dan Wanita Bertudung Hitam.

Tip: Jika dirompak diATM

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM, anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik.

Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang masukkan ke dalam mesin tersebut.

Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yang seumpama ini. Sebarkan…

Friday, October 15, 2010

Cuci hati

Sumber: Pak Long

Salam semua...

Semua tingkah laku manusia perlu dipandu oleh akal fikiran. Perangai manusia kalau tak dipandu akal terutama akal yang waras, kita panggil sasau atau gila. Ingat... orang gila tak wajib sembahyang tau... haha... Akal fikiran pulak dipandu oleh hati, jadi hati manusia yang bersih akan dijelmakan dari tindakan tindakan manusia tadi yang baik dan suci. Jadi kalau nak tau bersih hati kita ataupun tidak, tengok la apa hasil dari tingkah laku kita nooo... hihi...

Manusia diciptakan Allah dari beberapa elemen utama sehingga mewujudkan identitinya iaitu jasad, akal, roh, nafsu dan hati. Namun, daripada semua unsur itu, paling penting dalam ajaran Islam yang diambil kira daripada keseluruhan amalan keagamaan adalah intinya, bentuk dalamannya iaitu hati.

Oleh itu, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

”Sesungguhnya Allah tidak memandang kepada jasad dan rupa bentuk kamu, tidak kepada keturunan dan harta kekayaan kamu, sebaliknya Allah memandang hati kamu. Sesiapa yang memiliki hati suci bersih, nescaya Allah amat mencintai orang itu. Ketahuilah! Wahai anak Adam orang paling dicintai Allah ialah orang yang paling bertakwa di kalangan kamu. (Hadis riwayat Muslim dan Tabrani)

Haa... tunggu apa lagi, jom pakat pakat bersihkan hati... hmmm....

Wassalam...

Video menyentuh jiwa

video
Hmmm... .binatang pun tau kasih sayang sesama depa. Depa dah jumpa dan amalkan apa yang manusia sekarang ni lempaq pi ke tepi...

Thursday, October 14, 2010

Fakta tentang Azan

video
Fakta tentang azan, moga dapat sedikit sebanyak memberi motivasi pada diri tentang kebesaran Allah s.w.t

Tangan kanan, tangan kiri

Dulu dulu orang kata nak buat kebajikan ni kena buat diam diam. Nak buat amal ibadat ni kena sorok sorokkan takut hilang keikhlasan. Tangan kanan yang memberi, biarlah sampai tangan kiri pun tak tau.

Tapi la ni dunia dah berubah dah kot. Kak Ros bukan peduli sangat pun, macam tu la jugak kak Ros harap kak Pah kita yang lebih dikenali sebagai Biduanita Datuk Sharifah Aini. Jangan dok peduli la apa yang kak Ros kata kat sini nih. Janji ikhlas tu mau ada.

Kak Pah sanggup menghabiskan wang beratus ribu ringgit untuk mengadakan persembahan amal bagi membantu mereka yang kurang bernasib baik walaupun hasrat itu tidak menjanjikan keuntungan. Menurut Sharifah Aini, dia akan mengeluarkan belanja sekurang-kurangnya RM150,000 bagi setiap konsert amal yang akan dilakukannya.

Alasan terkini nak ponteng sekolah

Anggota Bomba dan Penyelamat memeriksa lantai sebuah kelas di Sekolah Kebangsaan Gunung dekat Alor Setar, hari ini yang runtuh akibat tanah mendap. 10 murid yang cedera dalam kejadian itu dikejarkan ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk rawatan. - Foto Shahrizal Md Noor

Wednesday, October 13, 2010

Peringatan: Khasnya buat pompuan














Perhatikan turutan gambar gambar yang diambil dari kamera litar tertutup ini. Pastinya anda belum tentu selamat ketika didalam lif. Awasilah persekitaran anda terutama ketika berseorangan didalam lif.

Tuesday, October 12, 2010

Usah biar lebih ramai terkorban

Oleh Ratinawati Rasidi (BH)

SUDAH terhantuk baru terngadah, pepatah yang sesuai untuk menggambarkan tahap kesedaran pengguna jalan raya di negara ini. Menurut kajian, 60 hingga 70 peratus kemalangan berpunca daripada sikap pemandu. Selebihnya, membabitkan masalah kenderaan dan persekitaran jalan raya.

Adakah perlu untuk kita melihat lebih ramai lagi terkorban dek kelewatan melaksanakan apa juga bentuk peraturan dan polisi. Kerajaan berusaha sedaya mungkin memperkenalkan peraturan mahupun jalan penyelesaian, tetapi adakah ia memadai? Sejauh manakah semua peraturan itu benar-benar difahami dan diamalkan. Adakah perlu kita gunakan alat perakam maklumat seperti kotak hitam atau menguatkuasakan penggunaan had kelajuan kenderaan untuk memantau sikap pemandu.

Tidakkah semua ini dilihat umpama memantau kanak-kanak yang belum mampu mengerti apa itu bahaya, mahupun kematian. Berapa banyak lagi akta atau peraturan yang perlu kita perkenalkan semata-mata memantau pelakuan pemandu atau pihak berwajib bersikap acuh tak acuh dalam menguatkuasakan undang-undang.

Baru kelmarin kita dikejutkan dengan kemalangan ngeri meragut 12 nyawa dan mencederakan 40 penumpang bas, kereta, van dan seorang penunggang motosikal.

Ops sikap ke-22 lalu mencatatkan 16,817 kemalangan berlaku dan angka ini sudah cukup membuktikan betapa pengguna jalan raya kurang mengambil iktibar daripada setiap kemalangan yang berlaku. Benar ia dilaporkan menurun 9.5 peratus, berbanding Ops Sikap ke-21 tetapi kemalangan ngeri tetap berlaku dan ia sebenarnya mampu dikurangkan jika semua pihak bekerjasama.

Ketua Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya (MIROS), Prof Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah, berkata tidak ada sesiapa yang mahukan kemalangan berlaku tetapi tragedi tetap berlaku atas sebab dan alasan tersendiri. Apa yang pasti, polis, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) sedang menyiasat secara terperinci kemalangan itu.

“Di negara ini, apabila sudah berlaku kemalangan, baru orang sibuk memperkatakan siapa yang bersalah, ngerinya kemalangan dan punca kemalangan. Sebaliknya, kita gagal mengambil iktibar. Kita tidak pernah mengharapkan semua ini berlaku dan kita tidak mahu pun ia berlaku. Apa yang penting, sudah tiba masanya pengguna bekerjasama dengan kerajaan. Kerajaan tidak mampu bertepuk sebelah tangan dan jangan hanya memandang ia sebagai tragedi,” katanya.

Prof Dr Ahmad yakin sudah tiba masanya semua pengusaha bas mempraktikkan secara keseluruhan Kod Amalan Keselamatan, Kesihatan dan Persekitaran (SHE) bagi mengurangkan kemalangan terutama bas ekspres. Kod amalan itu, mencakupi komitmen pengurusan tertinggi syarikat terhadap keselamatan, pengurusan pemandu, pengurusan kenderaan, pengurusan risiko dan perjalanan dan pengurusan dokumen pengurusan kenderaan.

SHE tertakluk di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (OSHA 1994). Kod ini diperkenalkan pada 2007 dan Kabinet memutuskan untuk mewajibkan semua pengusaha kenderaan melaksanakan Kod Amalan SHE.

Mengulas penggunaan Alat Sistem Kedudukan Global (GPS), Prof Dr Ahmad berkata, penggunaan ‘technology in a vacuum’ bukanlah sesuatu yang digalakkan kerana Kod Amalan SHE dilihat lebih sesuai berbanding kebergantungan terhadap alat elektronik.

Walaupun diperkenalkan tiga tahun lalu, masih ramai pengusaha bas tidak memahami kod amalan SHE, apatah lagi untuk menjadikannya sebagai salah satu syarat wajib lesen. Perkara ini pernah didedahkan Pengerusi LPKP, Datuk Halimah Mohamed Sadique.

“Apabila kita ambil keputusan jadikan SHE syarat lesen, rupanya hampir semua syarikat tak faham apa itu jawatankuasa dan polisi SHE, inikan pula nak tubuhkan audit dalaman... mereka tak faham apa patut dibuat. Oleh kerana mereka tidak faham, kita tak dapat kuatkuasakan SHE.

“Jadi, sekarang kita nak beri kefahaman kepada mereka dulu. Justeru, selepas kita selesai memberi penerangan kepada mereka mengenai SHE, kita akan beri mereka tempoh tiga bulan untuk bangunkan ketiga-tiga elemen ini dan kemudian baru boleh kenakan tindakan penguatkuasaan,” katanya.

Berikut ialah senarai nama mangsa yang terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 223 Lebuh Raya Utara-Selatan dekat Pedas, malam kelmarin:

R Ramachandra, 52 – pemandu bas Ekspres Delima (Alamat: Batu 3 Kampung Tengah, Klebang Besar, Melaka)
Muhammad Farizuddin Talib, 19 – penumpang bas (Balai Panjang, Malim, Melaka)
Azizi Ajis, 20, – penumpang bas (Kampung Japis, Nyalas, Melaka)
Norazmi Abdul Karim, 24 – penumpang bas (Kampung Pondok Kempas, Selandar, Melaka)
Sharene Sofia Fadzry Tan, 18 – penumpang bas (Taman Semabok, Melaka)
Nur Shafika Baba, 19 – penumpang bas (Jalan Pokok Mangga, Melaka)
Ng Sok Kuan, 52 – penumpang bas (Sungai Udang, Melaka)
Pau Khaw Tual, 21 – penumpang bas (Warga Myanmar)
Kam Khaw Tual, 19 – penumpang bas (Warga Myanmar)
Cin Chwen Tuang, 30 – penumpang bas (Warga Myanmar)
Goo Chuan Heng, 34 – pemandu van Toyota (Taman Maju, Batu Pahat, Johor)
Pang Shi Moe, 57 – penumpang kereta Honda Accord (Taman Segar, Segamat, Johor)

Mangsa dirawat (mengikut hospital)

Hospital Tuanku Jaafar, Seremban – 23 orang (4 parah, 19 cedera ringan)
Hospital Melaka – 11 orang (2 parah, 9 cedera ringan)
Hospital Kuala Lumpur – 1 orang (parah dan kritikal)
Hospital Pantai, Melaka – 3 orang (parah dan kritikal)

Nora Danish

video
Ikuti temubual eksklusif myMetro dengan "hot mamas" si Nora Danish untuk mengetahui perkembangan terkini beliau setelah lebih 8 tahun menceburi bidang seni...

Cari makan nak bela anak... huhu...
Related Posts with Thumbnails