Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, November 30, 2010

Macamana agaknya muka ayam tu masa bertelur

Telur ayam dua kali lebih besar

GAMBAR menunjukkan telur ayam biasa (kanan) dan telur ayam sepanjang 9 sentimeter (kiri).

CHRISTCHURCH, Britain - Seekor ayam betina bernama Bolt di sini, mengejutkan pemiliknya, Denise Sloan, apabila ia mengeluarkan sebiji telur bersaiz dua kali ganda lebih besar daripada telur ayam biasa, lapor sebuah akhbar semalam.

Panjang telur gergasi itu 9 sentimeter (sm) manakala lebarnya adalah 5.7sm.

Sloan yang merupakan seorang petani berusia 52 tahun berkata, dia tidak pernah melihat telur sebesar itu walaupun telah memelihara ayam selama 15 tahun.

"Saya tidak pasti rekod dunia telur ayam tetapi telur ini amat besar," katanya baru-baru ini.

Rekod dunia telur ayam terbesar setakat ini menjadi milik Zhang Yinde iaitu seorang kakitangan Biro Perhutanan Daerah Suiling di China, setelah ayam peliharaannya mengeluarkan telur sepanjang 9.2sm dan lebar 6.3sm dengan berat 201 gram. - Agensi

Saturday, November 27, 2010

Adab berkawan

Tak berkawan nanti orang akan panggil kita kera sumbang plak... jadi kita kena berkawan la. Ini adat dah sebagai insan ni, suka jadi kawan dan suka cari kawan. Apabila kita berkawan, diri sendiri dan kawan harus mempunyai tanggungjawab serta adabnya sendiri.

Adab? Haa... ni kak Ros simpulkan beberapa adab yang elok sangat korang ikut nih...
  1. Tahan bergurau senda.
  2. Jangan celupar dalam mengkritik, pasai kita pun bukan selalu betoi.
  3. Jangan jadi busy body sangat... hihi... kak Ros suka bab nih...
  4. Jangan gatai tanya benda sensitip.
  5. Kena simpan rahsia terutama hal peribadi.
  6. Terima depa seadanya.
  7. Jaga mulut... hihi... biar sesuai tutur kata.
  8. Hormati hak dan kehidupan peribadi sahabat.
  9. Belajar terima hakikat setiap orang ada lautan hati yang pasang surut... hihi...
  10. Diam bila kawan marah.. eh.. eh... 
  11. Jangan perburukkan kawan.
  12. Jangan membanggakan diri...
  13. Jangan berhutang atau memberi hutang kat kawan...
  14. Addehh....
  15. .....
  16. .
Woiii... kawan, hutang buat baju kat aku bila nak bayar niiiiiii... dah nak masuk tiga kali raya dah... hadoiiihh....

Friday, November 26, 2010

Olay sibukkan blog kak Ros

Kak Ros rasa bangga sungguh dan kebanggaan ni kak Ros nak kongsikan dalam posting bermakna kak Ros pagi nih...

Tentunya, kak Ros nak ambik kesempatan ni ucapkan terima kasih kat nuffnang khasnya dan jugak Olay khususnya diatas terpilihnya blog kak Ros sebagai tapak promosi diorang. Ya la, bangga ngan blog kak Ros terpilih oleh jenama kosmetik terkenal Olay tuh...

Kak Ros mula sedar trafik masuk blog kak Ros pun tetiba meningkat sejak adanya musim promosi Olay disini. Ya la, lebih ramai pengunjung dari kebiasaan yang mungkin tertarik dengan warna warna menarik yang Olay taburkan... hihi...

Jadi buat para pengunjung semua, terima kasih la kerana berkunjung... hihi... Terima kasih jugak la menyemakkan kepala korang memasing berkongsi apa yang kak Ros karutkan disini...

Sapa la kak Ros tanpa blog... addehhh....

Mai kita boikot artis nih...

Jom kita pakat pangkah budak bangang ni...

Apa ni... benda benda macam ni la yang buatkan kak Ros berpandangan negatif terhadap artis artis tempatan kita nih... perangai hodoh, kelaku bodoh dan kenyataan pulak bangang...

Cuba la hangpa tengok kenyataan mangkok ni yang kononnya mengaku sebagai artis baru yang sedang meningkat naik.... kenyataan berniat jahatnya disini... Rokok Memantapkan Vokal Saya' - Fiq

Pengakuan penyanyi Fiq tentang tabiat merokoknya mungkin kedengaran pelik tetapi anak jati Sabah itu percaya tabiat tersebut banyak membantu dalam memantapkan lagi vokalnya.

Ujar juara program realiti Mentor musim pertama itu dalam satu pertemuan bersama mStar Online baru-baru ini, sejak mula merokok setahun yang lalu dia dapat melihat kesan positif tabiat itu pada perubahan vokalnya.

Kalau baik bagi hang pun, jangan la dok promote rokok tu dalam media... awat yang hang ni bangang sangat... artis yang langsung tak sensitif dengan kehendak masyarakat macam hang ni la yang merosakkan anak anak bangsa...

Woii... cari cara lain la nak popular pun... cari bahan lain la nak bercakap cari glamor pun...

Wednesday, November 24, 2010

Harap harap tak terlambat laa...

Tak lambat kot kalau kak Ros nak ucapkan tahniah pada skuad hoki lelaki negara yang berbintang bintang persembahan depa tewaskan India 4-3 sekaligus untuk layak ke final Sukan Asia di Guangzhou, China buat julung kali dalam sejarah penyertaan kita.

Sib baik la menang, kalau kalah... hadoiiih... jenuh makan sumpah seranah laa hangpa... haha... adat dah...

Malaysia akan bertemu Pakistan, esok yang terdahulu mengejutkan juara bertahan, Korea Selatan 4-3 menerusi penentuan penalti. - Foto AFP

Tuesday, November 23, 2010

Akibat gemar yang murah

Mayarakat kita memang sejak azali lagi suka sungguh berjimat tak kena tempat. Gemarkan sangat benda benda murah yang dilelong dipasar atau supermarket. Bukan semua yang murah itu berbaloi dibeli dan begitu jugak bukan semua yang mahal itu membazir. Sebenarnya ianya banyak bergantung pada kebijaksanaan kita dalam membeli dan menilai barangan dengan nilainnya sebelum pembelian dibuat.

Cerita paparan myMetro ini mungkin boleh dijadikan iktibar buat semua umat Islam Malaysia. Ini kerana gemarkan jualan murah, maka si pembeli ni tadi telah merasa ditipu. Dia membeli tiga helai sejadah merah yang dijual secara lelong RM10.00 disebuah kedai kira-kira enam bulan lalu dan kini baru menyedari bahawa ada rupa bentuk muka babi pada corak corak disekeliling sejadah murahnya itu.

Eloknya orang ramai lebih berwaspada lah dengan setiap jualan murah yang kebiasaannya terdiri daripada barangan lama dan kurang berkualiti yang kebanyakannya diimpot dari negara China. Ini bagi mengelakkan dari berulang peristiwa serupa ini yang jelas mengusik sensitiviti umat Islam.

Pesta maut, tak dak kerja pi cari kerja

Lebih 340 maut dalam rempuhan rai festival air di Kemboja

PHNOM PENH: Lebih 340 orang maut manakala beratus lagi cedera akibat rempuhan di sebuah jambatan selepas orang ramai bersesak menyertai Festival Air di ibu negara Phnom Penh, lewat semalam.

Berpuluh ambulans bergegas ke tempat kejadian apabila jutaan orang ramai termasuk pelancong asing yang memenuhi jambatan yang sempit memijak antara satu sama lain.

Jambatan itu menghubungkan sebuah pulau kecil di antara Sungai Mekong dan Sugai Tonle Sap bagi menyambut perayaan tahunan terbesar itu.

Perdana Menteri Hun Sen menyifatkan kejadian itu sebagai mimpi ngeri sejak negara itu diperintah regim kejam Khmer Rouge pada 1975 hingga 1979 apabila lebih suku daripada jumlah penduduk negara itu maut.


“Ini adalah tragedi terbesar selepas rejim Pol Pot,” katanya dalam siaran langsung di televisyen.

Beliau mengisytiharkan Kemboja cuti berkabung hari ini kerana tragedi yang menyayat hati itu. hari ini.

“Saya ingin mengucapkan takziah bagi pihak keluarga dan sanak saudara mangsa yang terbunuh," katanya. - AFP

Bumi marahkan kita

Sungai Citarum di Indonesia... entah bila la gambar ni di pungut... masyaallah... 

Sampai hitam air sungai, naik segan dah nak mengalirnya... 

Papan tanda hanya tinggal sebagai tanda tempat pembuangan... 

Dah tak boleh nak bezakan antara daratan dan sungai... sampan dan sampah... 

Dunia moden belum tentu pemikiran kita turut moden... sungai sampah sarap... 

Tergamaknya manusia rosakkan alam anugerah sementara dari Tuhan... 

Sampai tak dak beza antara manusia dalam lautan sampah... 

Agama satu disiplin, orang yang tak berdisiplin ibarat orang tanpa agama... 

Bayangkan masih bernyawakah sungai ini...? 

Apa yang dicari setelah nikmat Tuhan dicemari...? 

 Ini rupanya angkara khianat manusia...

Ingatlah, sungai ini dipinjamkan pada kita oleh anak anak kita... 

Dunia cacamarba... 

Sungai tempat mandi manda... 

Sempat lagi membuang ikut selera sambil berkaca mata... hangpa gamak ka buat kelaku hodoh camni?

Monday, November 22, 2010

Ada saja cara sesatkan anak Adam


KERATAN Kosmo! Ahad semalam.

Iman umat Islam kini semakin nipis, kian hari kian membimbangkan. Cabaran dunia moden pulak kian mendatang dengan seribu satu macam dugaan dan godaan. Anak anak Adam sekarang kian hari menerima kian banyak tekanan menguji keimanan mereka bukan saja luar negara melalui TV dan internet malah dalam negara sendiri pun berlambak tak terkawal.... hadoiiih...

Terbaru kisah binaan pondok berwarna kuning di Tanah Perkuburan Islam Kampung Kajang Sebidang, Tumpat. Malah siasatan membuktikan ia disalahgunakan untuk tujuan pemujaan.

Kita menyeru pihak berkuasa bertindak disamping lakukan siasatan terperinci bagi mengambil tindakan tetentu mengelak dari lebih ramai umat Islam tersesat... - kak Ros

Bayangan Puteri Diana

Kate bayangan Puteri Diana

PUTERA William mengikut jejak langkah bapanya, Putera Charles memilih rakyat biasa sebagai pasangan hidup.

CATHERINE Elizabeth 'Kate' Middleton, 28, bakal mengulangi sejarah malang mendiang Puteri Diana?

Begitulah ramal banyak pihak apabila anak sulung pasangan berdarah orang kebanyakan, Carole Elizabeth dan Michael Francis Middleton, itu diumumkan sebagai tunangan pilihan anak sulung mendiang Puteri Diana, Putera William, 28.

Khabar itu semakin rancak dibicarakan terutama tatkala melihatkan cincin berbatu nilam yang dikelilingi 14 butir berlian di jari Kate yang sebelum ini merupakan cincin pertunangan Puteri Diana dengan Putera Charles sendiri pada tahun 1981.

Malah, Kate yang tampil ke khalayak pada acara itu dengan berbaju biru yang sepadan dengan cincinnya itu juga dikatakan mengulangi tindakan Puteri Diana.

Persamaan itu, tulis wartawan Daily Mail di London, Richard Kay, seolah-olah mengembalikan Puteri Diana dalam pemikiran orang ramai, khususnya mereka yang menyayanginya.

Malah, Putera William menjelaskan tindakannya menyarungkan cincin pertunangan itu ke jari Kate ialah sebagai simbol memperingati dan menjadikan mendiang ibunya sebahagian daripada acara penuh makna itu.

Ia memanglah menggambarkan kasih sayang seorang anak kepada ibunya, namun adakah ia langkah yang bijak?

Menurut Kay, ia umpama petunjuk yang buruk kerana cincin itu juga mengingatkan perkahwinan yang tidak bahagia untuk tempoh yang lama dan hakikatnya ia berakhir dengan perpisahan yang amat menyakitkan.

Lebih merunsingkan, baru di peringkat ini sudah begitu banyak perbandingan dibuat antara kedua-dua wanita itu.

Dalam sesebuah perkahwinan, petunjuk ialah sesuatu yang penting.

Selepas lebih sedekad menerima berita kematian Puteri Diana, siapa sangka keluarga diraja Inggeris itu perlu membiasakan diri untuk hidup dengan seorang lagi 'Diana'?
PUTERI Diana bersama Putera William pada tahun 1992. Kematian Puteri Diana pada 31 Ogos 1997 begitu dirasai William.

Tambahan pula, mereka berusaha keras untuk membuang ingatan tentang wanita itu daripada ingatan orang ramai.

Jika dilihat kembali, memorial untuk mengenang Puteri Diana hanya diwujudkan tujuh tahun selepas pemergiannya. Memorial itu pula tidak dapat dimasuki pengunjung awam.

Namun, memetik majalah Echoes, setiap kali Kate mengubah gaya rambutnya, atau dilihat menyarungkan dres baru, bertambah atau berkurang berat badan, membantu orang yang merempat atau menjadi penasihat untuk mana-mana badan kebajikan, beliau terus dibandingkan dengan mendiang Puteri Diana.

Sang putera ada berkata tiada tekanan ke atas bakal isterinya itu untuk menggantikan tempat mendiang.

Namun, sejauh manakah Kate teruja dengan laluan hidup yang dipilihnya itu apabila dalam satu temu ramah, beliau menggambarkan rasa terujanya dengan perkataan 'gementar' sebagaimana yang pernah disebut Puteri Diana 30 tahun lalu.
Cincin

Malah, mengatakan mendiang seorang wanita yang mampu memberi inspirasi juga seolah-olah mengalu-alukan lebih banyak spekulasi dan perbandingan antara dirinya dan Puteri Diana.

Kewujudan cincin berbatu nilam itu untuk satu lagi tempoh yang lama mempunyai implikasi ke atas seorang lagi wanita diraja dalam keluarga itu, Camilla Parker, kini isteri Putera Charles, bapa William.

Buat Duchess of Cornwall itu, cincin itu akan mengingatkannya terhadap rayuan Puteri Diana supaya dia meninggalkan suaminya, Putera Charles yang ketika itu menjalin hubungan sulit dengan Camilla.

Keputusan William untuk memberi Kate cincin pertunangan mendiang ibunya sendiri dilihat sebagai tindakan seorang anak yang merindui ibunya. Namun sebahagian lagi menerimanya sebagai peringatan buruk tentang sebuah perkahwinan yang gagal.

Editor majalah Psychologies, Louise Chunn, menilai langkah Putera William menyarungkan cincin pertunangan mendiang ibunya ke jari Kate sebagai tindakan yang penuh sensitif, jujur dan penuh rasa hormat.

CINCIN berbatu nilam yang dikelilingi 14 butir berlian peninggalan Puteri Diana dipakai Kate semasa majlis pertunangannya, Selasa lalu.

Malah, kepercayaan bahawa cincin itu bakal membawa malang sebagaimana yang berlaku terhadap Puteri Diana disifatkan Chunn sebagai karut.

Chunn menjelaskan bahawa cincin pertunangan ialah sebuah objek yang tidak hidup dan tidak mampu mempengaruhi alam perkahwinan sama seperti seutas rantai yang dibeli seorang pemenang tiket loteri yang tidak akan menjadikan seseorang itu seorang jutawan.

Sebaliknya, buat sesiapa saja yang kehilangan ibu pada usia yang muda, mereka tahu bahawa barang milik ibunya mempunyai nilai sentimental yang tinggi kepada William, tidak kiralah berapa pun harganya.

Penulis dan pengulas, Karen Krizanovich pula melihat pemilihan cincin itu sebagai satu penyatuan yang penuh tragis.

Tidak dinafikan, kata Krizanovich, Kate kini sedang memakai cincin yang paling terkenal di dunia.

"Tetapi jika saya menjadi Kate, saya akan mencari jalan untuk mengelak daripada memakainya. Kerana ia menjadi simbol kepada salah satu perkahwinan yang paling tidak bahagia dalam sejarah.

"Puteri Diana pernah menjadi salah seorang wanita terkenal dan tercantik di dunia. Tetapi dia menderita dalam perkahwinannya dan mati dalam kemalangan jalan raya yang amat tragik di Paris.

"Jadi nasihat saya kepada Kate, pakailah cincin itu di khalayak ramai tetapi simpanlah ia jika anda tidak ke mana-mana," pesan Krizanovich. - FATIMI NADIAH ZAINUDEEN

Sunday, November 21, 2010

Derita tidur narkolepsi

Oleh ADHAM SHADAN

PENGHIDAP narkolepsi boleh tertidur walaupun semasa memandu kereta.

“SIAP satu muka surat, dia tertidur, siap satu muka surat, dia tertidur lagi. Selepas 15 minit tertidur, baru saya kejutkannya supaya menyambung semula kerja sekolah yang dibuatnya tadi.

“Kadang-kadang tengah makan pun dia boleh tertidur di meja makan,” ujar ibu kepada Melinda Tan Ming Hui, 12, tentang anaknya itu yang menghidap penyakit kerap tidur yang dikenali sebagai narkolepsi.

Melinda merupakan murid cemerlang yang mendapat 7A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini walaupun menderitai penyakit pelik itu.

Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ping Ming, Melaka itu diceritakan ibunya akan tertidur setiap dua jam pada waktu siang. Ada masanya, 10 minit sekali dia boleh terlelap.

Apabila malam, untuk masuk tidur, dia boleh melelapkan mata dengan pantas iaitu dalam masa lima minit.

Simptom

Beberapa minit kemudian, lelapnya sudah mencapai tahap lena. Selepas satu jam tidur, Melinda akan mengalami mimpi seram, mengingau lalu menjerit.

Menurut ibunya, Irene Tan, Melinda pada asalnya tidak begitu. Malah, dia seorang yang sangat suka belajar.

Masalah itu hanya dialami bermula tahun lalu semasa kanak-kanak itu berada dalam tahun 5.

“Saya tidak pasti bagaimana ia bermula kerana ia berlaku secara tiba-tiba. Cikgunya kata dia malas sebab kerap tidur di dalam kelas.

“Mula-mula saya fikir, adakah anak saya stres sebab nak masuk tahun enam, tapi setelah saya melakukan kajian di Internet dan melihat simptomnya, saya mengesyaki anak saya menghidap penyakit narkolepsi.
JIMMY KIMMEL

“Saya merujuk kepada pakar neurologi kanak-kanak di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras dan daripada simptom yang ditunjukkan, Melinda disahkan menghidap narkolepsi,” ujarnya yang tidak menyangka anak perempuannya itu mampu mendapat 7A.

“Saya pernah kata kepadanya, tidak mengapa kalau tak dapat A tapi dia marah dan menyifatkan saya memandang rendah kepadanya,” kata Irene.

Menurut doktor yang dirujuk Irene, antara simptom narkolepsi ialah kerap tidur pada waktu siang iaitu purata setiap dua jam dan tidur malam yang diganggu mimpi ngeri.

Selain itu, otot tubuh juga menjadi lemah dan itu boleh dilihat pada rahang Melinda yang semakin renggang.

Presiden Masalah Tidur Malaysia (SDSM), Profesor Dr. Syed Hassan Ahmad mengakui penyakit ini jarang berlaku di negara ini.

Perangkaan dalam kajian di luar negara pula menunjukkan kadar berlaku adalah di antara 0.02-0.16 peratus dalam kalangan orang dewasa.

Dikatakan, penyakit ini lebih agak lazim berlaku di negara maju seperti Jepun.

Stanford School of Medicine di California melaporkan setiap seorang daripada 2,000 rakyat Amerika menghidap narkolepsi.

Namun, penyakit ini lebih kerap menyerang golongan yang lebih muda seperti remaja.

Gangguan

Menurut Syed Hassan, narkolepsi adalah salah satu daripada pelbagai gangguan tidur.

Individu yang mengalaminya tidak terdaya menahan rasa mengantuk dan mereka akan terus tertidur di mana saja tanpa mengira apa yang sedang mereka lakukan.

Ia boleh terjadi secara tiba-tiba sama ada semasa makan, bercakap, menulis atau berdiri.

Apabila berlaku, individu terlibat akan rebah secara mengejut kerana kuasa otot-otot tidak berkesan. Selepas tertidur, mereka akan sedar semula seperti biasa.
KANAK-KANAK penghidap narkolepsi, Melinda Tan Ming Hui meraih keputusan cemerlang 7A dalam UPSR lalu.

“Dalam masa serangan, pesakit boleh mengalami persepsi luar biasa seperti halusinasi. Tetapi ia bukan penyakit sawan atau gangguan minda,” katanya.

Beliau yang tidak pernah berjumpa dengan pesakit seperti itu memberitahu, penyakit ini biasanya lebih kerap dirujuk kepada pakar neurologi.

Katanya, penyakit ini ada kaitan dengan kekurangan neurotransmiter hipokretin iaitu sejenis kimia dalam otak yang ada hubung kait dengan sistem saraf.

Tambahnya, rawatan dengan ubat-ubatan modafinil mungkin dapat membantu mengawal simptom penyakit itu.

Saturday, November 20, 2010

Dah kahwin budak Elyana nih

Hmm... dah kahwin pun budak Elyana ni.

Elyana, penyanyi dan pelakon yang nama sebenarnya ialah Erneelya Elyana Emrizal, 23, telah sah bergelar isteri pada Khairul Anuar Husin, 36, selepas diijabkabulkan di Duchess Place, Jalan Ampang, di sini, Jumaat.

Pasangan ini dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri Emrizal Shamsuddin sambil disaksikan Imam Masjid Datuk Keramat, Azizan Othman pada pukul 9.40 malam, Jumaat.

Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM80 dan wang hantaran sebanyak RM22,000.

Baguih la, kak Ros harapkan semoga pasangan ideal ni berkekalan hingga ke anak cucu. Menikah ni nak kena kongsi hidup bersama sama suami kita seumur hidup. Tak boleh buat ikut suka kita dah. Elyana pun tahu, biasa la kehidupan artis ni penuh ngan cabaran, sebab tu la kak Ros bersama sama yang lain tetap doakan kebahagian depa depa nih... semoga berbahagia hingga akhir hayat... :)

Kak Ros sokong Aishwarya Rai dikecam

Poster Aishwarya Rai Merokok Dikecam

POSTER filem Bollywood terbaru Guzaarish yang memaparkan gambar pelakon jelita Aishwarya Rai merokok telah dikecam hebat oleh pihak media India.

Poster promosi filem tersebut dikatakan mampu memberi kesan kepada generasi muda yang seringkali menganggap bintang filem sebagai idola mereka.

Selain itu, sebuah organisasi Doctor For You juga membuat bantahan dengan memakai lencana hitam pada hari tayangan perdana filem tersebut, Jumaat.

Sebelum ini, pengarah filem itu, Sanjey Leela Bhansali memberitahu Aishwarya terpaksa menjadi perokok bagi mendapatkan gaya perokok tegar yang asli.

Dia juga memberitahu pelakon tersebut sering terbatuk-batuk ketika latihan merokok.

Monday, November 15, 2010

Mana ada senang nak senang

JELAS... AC Mizal ditemani jurucakap AC Konsortium, Khai menunjukkan surat penganugerahan gelaran Datuk yang diterima daripada Setiausaha Pejabat Negeri Pahang.

Sapa yang kata senang sungguh nak senang... sesapa yang tak percaya sila tanya si AC Mizal nih... hihi... pahit maung yang dia harungi dalam hidup memang penuh pancaroba. Susah senang dan tenggelam timbui sebagai insan bergelar artis, kekasih dan bapa banayk mengajar dia erti hidup...

Baru beberapa hari dia buat laporan polis kerana mendakwa dirinya diugut. Kini dia menjadi bahan cacian di Internet pulak. Pelakon, penyanyi dan pengacara yang baru saja bergelar Datuk ni yang berusia 39 kali ini tampil memberi penjelasan berhubung beberapa isu yang ditimbulkan penulis blog, forum tertentu dan laman sosial Facebook... haha...

Dunia artis kita dah memang macam tu kot... kalau tak pasai dadah, pergaulan bebas. Kalau tak masaalah sosial, ilmu hitam. Kalau tak pasai ilmu halus ni, penyakit hati. Kalau tak pasai busuk perut, ngorat laki orang... ishh...

Maklum saja la kan, waima bergelar artis ka hapa ka, depa tetap dari rumpun Melayu yang terkenal dengan sikap iri hati dan hasad dengki....

Sunday, November 14, 2010

Ini mungkin balasan Tuhan

AKSI mesra Nabil dan Qasha seperti tersiar di dalam Internet.

KUALA LUMPUR - Bekas juara Raja Lawak musim kedua, Ahmad Nabil Ahmad, 27, mendakwa ada pihak telah mengkhianati dirinya dengan menyebarkan gambar-gambar panas miripnya di laman-laman web dengan niat untuk menjatuhkan reputasi dia dan keluarga.

Sambil menafikan gambar aksi bercium mulut itu dirinya serta wanita itu Nik Zarith Uqasha Senrose Nik Sen atau Qasha, 18, Nabil menganggap apa yang berlaku mungkin balasan Tuhan ke atas dirinya yang semakin lalai.

"Mungkin ini balasan Tuhan. Saya cuba berfikiran positif, nasib baik saya belum berkahwin, kalau tidak keadaan akan jadi lebih teruk.

"Walaupun apa orang kata, saya masih dengan pendirian bahawa itu (bercium mulut) bukan saya atau Qasha. Ini kerja orang dengki," katanya ketika dihubungi semalam.

Nabil bagaimanapun belum membuat keputusan untuk membuat laporan polis atau mengambil tindakan undang-undang.

Saturday, November 13, 2010

Industri seni kian semak

Malaysia negara Islam ka? Majoriti rakyat Malaysia ni penganut Islam ka? Kak Ros pun tak perasan benda ni semua kalau kak Ros tengok Malaysia ni dari sudut hiburan.

Sebut saja hiburan di Malaysia ni, kita akan teringat artis yang berkepit laki pompuan tanpa segan silu tanpa peraturan. Sebut saja hiburan di Malaysia ni kita ternampak artis artis bercumbuan dengan najis dadah tanpa sekatan. Sebut saja hiburan di Malaysia ni, kita dapat tengok jelas gossip liar bertaburan tanpa kawalan.

Macam sarkis dah kak Ros tengok, dah tak dapat nak kontrol...

Perlu ka Malaysia punya industri hiburan yang menyemak macam ni?
Perlu ka Malaysia punya industri hiburan yang langsung tak sesuai untuk jadi idola, even pada kucing belaan kak Ros  sekalipun...
Entah macamana tah sakit hati pulak pepagi nih... hihi...

Thursday, November 11, 2010

Shamrin Fotograf Meninggal Dunia - Alfatihah

PETALING JAYA: Penyanyi Shamrin (gambar) dari kumpulan Fotograf meninggal dunia petang tadi.

Allahyarham yang popular dengan lagu Di Alam Fana Cinta pada era 90-an dikatakan rebah ketika bermain bola sepak di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Berita kematian itu disahkan oleh rakannya, Johan Aziz yang juga bekas pengurus Kumpulan Slam.

Jenazah dibawa ke Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru untuk bedah siasat.- mStar

Kalau kak Ros dah tiga kali pengsan... hihi...


Menarik jugak berita dari Pasir Mas ni berkenaan kanak-kanak 5 tahun, Mohd Muqri Ramli, 5 yang mempunyai minat pelik apabila menjadikan katak seberat 1.3 kilogram (kg) sebagai ‘temannya’.

Mukhriz berkata, katak belaannya itu sentiasa menjadi perhatian ramai termasuk rakan-rakannya yang singgah daripada sekolah tetapi kebanyakan daripada mereka takut memegangnya.

“Saya tidak berasa geli memegangnya kerana sudah biasa malah menganggapnya sebagai teman baik dan memanggilnya dengan gelaran ‘Chica’.

Sementara itu, bapa Muqri, Ramli Jaafar, 53, berkata dia pada awalnya menemui katak itu berdekatan sekolah dan membawanya pulang untuk ditunjukkan kepada anaknya.

Katanya, kerana tidak mahu membuangnya, dia memberinya kepada Mohd Muqri untuk dijadikan peliharaan kerana menganggapnya sebagai istimewa berdasarkan saiznya yang luar biasa.

“Memang ada rakan daripada bangsa Cina dan Siam yang mahu membelinya tetapi ditolak kerana anak saya tidak membenarkannya.

“Sehingga kini, katak terbabit dijaga olehnya kerana menganggapnya sebagai teman istimewa malah turut disayanginya,” katanya mengenai katak sepanjang hampir 0.4 meter itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perhilitan Kelantan, Pazil Abdul Patah, berkata katak ditemui di Pasir Mas itu jenis katak biasa iaitu daripada spesis Limnonectus yang boleh mencapai tumbesaran antara 10 hingga 15 sentimeter.- Metro

Wednesday, November 10, 2010

Lagi, artis dan dadah

Macam ngan tak serik serik, lepas satu timbul pulak lagi satu kes artis bergelumang dengan dadah. Kak Ros rasa rasa la, pentas hiburan negara kita ni memang kena pekena dadah dulu kot baru boleh jadi artis.

Mungkin tak semua artis kena pekena najis dadah dulu kot baru buat persembahan depan orang ramai, tapi dik kerana segelintir individu yang memaksa diri untuk dikenali ni la yang habis terpalit pada yang lain.

Baru baru ni kita digemparkan lagi dengan pelakon lelaki dan tunangnya yang dicekup Polis wkatu menunggu bekalan dadah. Pelakon berusia 30 tahun itu yang membintangi beberapa drama dan filem antaranya Evolusi KL Drift, ditahan bersama tunangnya yang berusia 24 tahun kira-kira jam 8 malam Jumaat lalu di sebuah stesen minyak berhampiran Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2). Kedua-dua mereka direman dua hari selepas ujian air kencing mendapati mereka positif dadah jenis Methamphetamine.

Sampai masanya nak dibebaskan selepas dua hari ditahan, mereka sanggup menyembunyikan diri di dalam bangunan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya, di sini, selama lima jam. Tau pulak malu. Apa yang nak dimalukan lagi. Habis dah la kerjaya korang sebagai artis, punah sudah la air muka korang yang hensem dan jelita tuh... Dadah membawa padah, ni la padahnya...

Mereka yang direman sehingga semalam, dibebaskan dengan jaminan polis selepas siasatan dan keterangannya bersama tunangnya dirakamkan.

Tuesday, November 9, 2010

Masjid Nabi

Masjid Nabawi yang juga dikenali sebagai Masjid Nabi menjadi tumpuan ratusan ribu bakal jemaah Haji yang ingin menziarahi Makam Nabi Muhammad S.A.W. Masjid ini menjalani perluasan yang dirancang oleh Raja Fahad pada tahun 1985. Ia kini mampu menampung sejuta jemaah dalam satu masa. Selain alat penghawa dingin di dalam ruang masjid, payung teflon gergasi mekanikal yang boleh dibuka dan ditutup secara automatik juga didirikan khusus untuk melindungi jemaah dari panas terik matahari. Kelihatan para jemaah selepas menunaikan solat fardu Subuh. -Foto BERNAMA

Letupan kuat di Perai

Mesin pengumpulan habuk meletup
Oleh RIZAM ZAKARIYA


ANGGOTA bomba dan penyelamat memadam kebakaran mesin pengumpulan habuk yang meletup di sebuah kilang di Perai semalam

PERAI - Lapan pekerja sebuah kilang membuat rim motosikal, Excel Rim Sdn. Bhd. di Tingkat Perusahaan Enam, Kawasan Perindustrian Perai di sini cedera apabila sebuah mesin pengumpulan habuk (dust collector) di kilang itu meletup secara tiba-tiba semalam.

Dalam kejadian pada pukul 10.15 pagi itu, letupan yang didakwa bagaikan letupan bom itu turut mengakibatkan kebakaran kecil di sekitar mesin pengumpulan habuk terbabit.

Turut mengalami kerosakan ialah sebahagian bumbung dan ruang pejabat kilang berkenaan.

Dua buah kilang lain yang terletak dalam jarak kira-kira 100 meter di hadapan kilang membuat rim motosikal itu turut rosak. Salah sebuah daripada kilang itu rosak teruk di bahagian hadapannya apabila hampir keseluruhan cerminnya pecah.

Namun kira-kira 70 lagi pekerja kilang yang sedang bekerja semasa kejadian itu tidak cedera.

Tinjauan Kosmo! di lokasi kejadian mendapati terdapat beberapa serpihan besi dipercayai daripada mesin pengumpulan habuk yang pecah dan melayang ke merata-rata tempat sehingga ada yang sampai ke seberang jalan yang terletak 50 meter dari lokasi kejadian.

Penolong Pengarah (Operasi) Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang, Mohd. Razam Taja Rahim berkata, seramai 33 anggota bersama beberapa jentera termasuk dua jentera berat jabatan itu dikejarkan ke tempat kejadian sebaik menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.20 pagi.

Monday, November 8, 2010

Cerita mangsa letusan Merapi

Gelegar merapi bagai helikopter di kepala

Dari jarak 12km ke puncak Merapi, gelegar gunung berapi itu sudah kedengaran seperti helikopter di atas kepala pada Khamis malam, sebelum ia mengamuk dengan letusan paling dahsyat sejam
kemudian.

Gemuruh Merapi yang sangat luar biasa itu telah memeranjatkan seluruh penduduk kawasan penempatan Surowono menyebabkan mereka bergegas meninggalkan rumah masing-masing menyelamatkan diri pada dini hari Jumaat.

"Seumur hidup bapa saya yang sudah berusia 65 tahun pun, amukan Merapi pada malam itu belum pernah berlaku. Bunyinya seperti helikopter di atas kepala, kami semua dan masyarakat seluruhnya segera meninggalkan rumah masing-masing menyelamatkan diri," kata Maria Seger Rayahu, penduduk pekan Surowono, Klaten, Jawa Tengah.

Menceritakan saat yang mencemaskan itu, Maria berkata malam gelap gulita dan kabus tebal pada hari itu, menutupi pandangan beliau dan penduduk kampung dari Merapi pada malam itu, namun mereka dapat merasakan sesuatu yang aneh pada malam tersebut.

"Tingkap kaca dan bingkai besi yang bergoncang yang mengeluarkan bunyi yang menyeramkan menjadi amaran awal kepada kami. Tak lama kemudian pada kira-kira pukul 11.30 malam, gelegar Merapi yang sangat luar biasa itu terdengar dan bunyi itu berlarutan sampai sejam," katanya.

Kini pekan Surowono, yang biasanya sibuk dengan kegiatan masyarakat membeli barangan harian menjadi sepi bagai pekan mati kerana hampir semua 500 penduduk telah menyelamatkan diri dan tinggal di pusat pemindahan bencana Merapi.

Maria, 40, dan anak lelakinya Petrus Nugroho, 18, adalah antara lima keluarga yang tetap tinggal di rumah mereka di pekan itu, kerana mahu memastikan harta benda mereka tidak hilang.

Ada keluarga lain yang tetap tinggal di kawasan itu kerana tidak sampai hati meninggalkan seorang warga mas Ibu Wiroyo Sanem, 85, yang tetap enggan berpindah dari rumahnya.

Maria mengusahakan kedai butik pakaian dengan dibantu anaknya Petrus dan di hadapan kedai mereka ialah Pasar Surowono. Pada hari-hari biasa sebelum ini dalam keadaan cuaca baik, Gunung Merapi akan kelihatan tersergam gagah dari jalan utama pekan Surowono itu.

Beliau berkata pengamalan awal pagi Jumaat itu membuat hampir seluruh penduduk kawasan tersebut takut untuk tinggal di rumah masing- masing, walaupun mereka selama ini yakin lahar panas Merapi tidak akan sampai ke situ kerana ada Gunung Hijau di hadapan Merapi yang menjadi penghadang.

Kini mereka bimbang dengan keselamatannya apabila awan panas "wedhus gembel" Merapi yang berkepanasan 600 darjah selsius telah mengakibatkan lebih100 penduduk di lereng gunung berapi itu maut terpanggang dan sejumlah yang lain lagi cedera.

Sejumlah 26 kampung turut musnah dalam kejadian letusan Merapi, yang terus berlaku hampir setiap hari sejak letusan pertama pada 26 Oktober lalu. -Bernama

Sunday, November 7, 2010

Paling dahsyat

Letusan paling dahsyat sejak 1930

Daripada BORHAN ABU SAMAH
YOGYAKARTA 5 Nov. - Gunung Merapi meletus lagi malam tadi, letusan paling dahsyat sejak ia mula meletus pada 26 Oktober lalu mengakibatkan 77 orang lagi maut.

Letusan kali ini bukan sahaja menyebabkan korban yang lebih besar tetapi ramai mangsa yang maut, mati dalam keadaan tragis, selain turut menyebabkan banyak rumah hangus, kampung lenyap ditimbus lahar dan debu panas, beribu-ribu penduduk hilang rumah kediaman dan terpaksa dipindahkan serta banyak penerbangan terpaksa dibatalkan.

Letusan kali ini menghamburkan debu dan awan panas setinggi 8,000 meter serta sejauh 28 kilometer dan memuntahkan lahar serta lumpur bara dan batu-batu yang mengalir menuruni gunung itu menyapu apa sahaja yang merintanginya sepanjang malam tadi sehingga pagi ini mencetuskan keadaan panik dan kelam kabut.

Ramai penduduk yang tinggal di kawasan sekitar gunung itu bertempiaran lari menyelamatkan diri dalam keadaan gelap malam serta awan pekat menuju ke jalan-jalan raya untuk mencari perlindungan.

Dengan angka terbaru itu, jumlah korban Gunung Merapi sejak ia mula meletus 26 Oktober lalu, sehari selepas kejadian tsunami di Kepulauan Mentawai di Sumatera Barat akibat gempa bumi, kini meningkat kepada 113 orang.

Jumlah mereka yang telah dipindahkan kini lebih 100,000 orang, dengan 30,000 ditempatkan di stadium sukan kira-kira 25 kilometer dari gunung itu.

Lapangan Terbang Antarabangsa Adi Sutjipto di Yogyakarta ditutup berikutan diselubungi debu panas setinggi 2,914 meter yang berbahaya kepada pesawat.

"Berdasarkan letusan hari ini, letupan yang dicetuskan oleh Gunung Merapi kali ini lebih dahsyat daripada letusan pada 1930,'' kata pakar gunung berapi, Subandrio.

Pada 1930, kira-kira 1,300 orang maut apabila gunung itu meletus yang dianggap paling besar sejak 1872.

Zon berbahaya telah diperluaskan dari 15 kilometer hingga 20 kilometer sekitar gunung itu dan mereka yang tinggal dalam radius itu telah diarah berpindah segera, katanya.

Menteri Pengangkutan Indonesia telah mengarahkan juruterbang supaya menjauhkan pesawat mereka kira-kira 12 kilometer dari debu panas gunung berapi itu dan beberapa penerbangan menghubungkan Jawa Tengah dengan Singapura dan Malaysia minggu ini telah dibatalkan.

Presiden Susilo Bambang Yudhoyono telah mengumumkan penghantaran satu briged tentera bagi membantu kerja-kerja menyelamat di wilayah Jawa Tengah ekoran tragedi itu. - UTUSAN

Cute panda

These photos were taken in Beijing at the Panda Reserve.

OK mum, you can come and get me down now!!

Look deep into my eyes... you are feeling sleepy...

Forgive me Father for I have sinned....

Kung Fu Panda...bring it on

On the count of three, lift!

Does my butt look big on this log?

Hiding in plain sight

Peek a boo!

HELP!!

me sleepy..... zzzzzz

Wasn't me, I didn't steal this bamboo shoot, it was just sitting here!

Panda aerobics...and 1 and lift!

Please, sir, may I have some more? (Oliver Panda)

stop it stop it stop it stop it stop it

But I like chocolate better.

What do you people do all day in there?

I'd like some alone time please.

Naughty Panda, time out corner.

Ha ha ha ha!!

Panda Tai Chi

Romeo oh Romeo, wherefore art thou, Romeo?
Related Posts with Thumbnails