Sahabat adalah perisai diri

Saturday, December 31, 2011

Kebaikkan dibalas dengan kebaikkan...

Salam,
  Berbuat baik lah dengan semua makluk ciptaan Allah....Bukannya susah mana pun nak senyum dan buat baik ngan orang...tak kira lah depa tu kaya ka miskin ka cantik ka hodoh ka sempurna ka cacat ka...semuanya sama saja, kita ni semua  hamba Allah....

Friday, December 30, 2011

Masaalah yang merunsingkan....


Salam,
Ni lah salah satu masaalah yang merunsingkan kita semua kan...?Tak pa lah jangan dok susah hati,mai kita luangkan masa sikit,baca kat bawah ni...macam mana nak mengatasi masaalah ni...pas tu sama2 lah kita amal kan.......

                                          

Tidak dinafikan lah....ada beberapa cara nak mengatasi selulit yang mudah dan moden. Diantaranya ialah melalui kaedah suntikan dan pembedahan. Namun, dengan cara ni, ia betoi2 terjamin ka keberkesanannya.......?

Oleh itu.., lebih baik kita tumpukan pada beberapa tips berikut, agar peredaran darah boleh berjalan dengan lancar. Apabila peredaran darah baik, lemak akan dapat dihancurkan dan selulit tidak boleh terbentuk kat lapisan kulit kita.....

1. Pola makanan yang teratur

Jauhi lah makanan yang terlalu manis, berlemak dan makanan segera....Pasai dalam makanan macam ni,terdapat kandungan nutrisi yang amat sedikit TAPI meningkatkan peluang pertambahan berat badan anda.


2. Banyakkan makan buah-buahan dan sayuran


Kalau kita jarang memakan buah buahan atau sayur sayuran yang segar..., ia akan menganggu keseimbangan sodium/potasium. Ketidakseimbangan inilah yang menyebabkan terbentuknya selulit kat tubuh badan kita...

Jadi, mulai hari ini mailah kita sama2 amalkan memakan buah-buahan dan sayur sayuran yang segar setiap hari...

                                         

3. Rajin bersenam

Amalan bersenam jugak boleh melancarkan peredaran darah kita yang tersumbat...lalu dia boleh membakar lemak yang menjadi punca selulit.

Dalam seminggu tu..,kita bersenamlah secara teratur, iaitu 3 hingga 5 kali. Untuk setiap sesi, kita peruntukkan lah waktu bersenam ni diantara 30 hingga 40 minit....

Pilihlah mana-mana jenis senaman yang kita suka dan mampu untuk melakukannya secara kerap. Contohnya macam berjalan kaki dengan cepat, berenang, berbasikal atau main badminton.Ni contoh saja....banyak lagi senaman yang boleh kita lakukan.....


4. Urutan


KIta jugak boleh mengurut tubuh kita untuk melancarkan pengaliran darah ke seluruh badan. Nak gunakan krim anti selulit dan/atau minyak aromaterapi semasa mengurut boleh....

Dengan cara ini, ia boleh menyahkan lemak-lemak yang degil dalam saluran darah kita....

Thursday, December 29, 2011

Sambal tumis buah petai ngan udang....

Salam,
     Dok jalan2 dalam market,tak tau nak beli apa lagi ,tengah dok pikir nak masak apa hari ni,tiba2 Kak Ros terpandang dan tetarik dengan seorang peniaga ni....tau dia juai apa...?buah petai......ha.....memang kegemaran Kak Ros sekeluarga ni.....dah terpikir dah nak masak apa hari ni. lepas beli buah petai,Kak Ros pi cari udang  pulak ,tau dak lagi Kak Ros nak masak apa...?ha.....tentu lah sambai tumis buah petai ngan
udang....

Dah beli semua barang dan bahan2 yang nak masak,tunggu apa lagi,jom la balik ....Hari ni menu utama Kak Ros sambai petai lah. Semua orang dah tau macam mana nak buat sambai ni kan...tapi tak pa la...Kak Ros nak letak jugak la resepi dia kat sini...

Bahan2 dia:
1. Dah tentu la buah petai kan....
2. 15 bijik cili kering,kalau nak pedas,boleh tambah cili lagi
     ikut suka lah (buang bijik dia,rebus dan  kisar sampai halus)
3. 1 labu bawang besar(dikisar)
4. 5 ulas bawang putih (dikisar)
5. Sedikit belacan.(dikisar)
6. Sedikit halia.(dikisar)
7. Sedikit air asam jawa.
8. Garam dan gula.
9. 1 labu bawang besar(dipotong bulat)
10. Sedikit udang.


Cara2 menyediakannya:
  Ambik buah petai tadi ,kikis sikit kulit dia supaya tak rasa kelat bila kita nak makan nanti. Potong sikit di tepi kiri dan kanan dia,lepas tu potong kecik2.Ikut suka kita lah nak potong macam mana pun..kalau nak masak ngan kulit dia lah...keluarga Kak Ros tak suka kulit dia jadi Kak Ros ambik bijik dia saja la.....basuh dan toskan .Cili kering hendak lah di mesin bersama sama dengan bawang besar,bawang putih,belacan dan halia. Panas kan minyak,setelah minyak panas,tumis kan bahan yang telah dikisar tadi,pastikan sampai cili tu betoi2 masak. Bila cili  dah masak dan pecah minyak dah...kita masukkan pulak air asam jawa,garam dan gula secukup rasa..Pas tu masukkan buah petai dan udang,masak sekejab,agak sekali mendidih... akhir sekali masukkan bawang besar yang telah di potong bulat tadi.Ok bila dah masak tu boleh la tutup api..Kak Ros kalau sambai petai ni...suka dia keras2 sikit,baru lah terasa buah petai dia....

Ok dah siap jom kita makan.......oh ya.....jangan lupa tau.... makan tu kena lah berpada pada........

Tuesday, December 27, 2011

Allah lebih menyayanginya....

Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan ditempat orang2 yg beriman...

Salam,
Kak Ros harap semuanya sihat2 la ya......Malam ni adalah malam ke tiga kenduri baca tahlil untuk mak mertua Kak Ros...dia meninggal dunia selepas dua hari pak mertua Kak Ros bawa dia balik ke kampung. Allah lebih menyayanginya,Kak Ros pun tak sangka dia nak pergi begitu cepat,pasai Kak Ros nampak dia macam dah beransur pulih....

Tapi ini semua kerja buat Allah,Dia yang menentukan segala galanya ke atas semua makluk ciptaaNnya......Ok lah takat ni dulu yang dapat Kak Ros tulis kat sini,nanti ada masa Kak Ros cerita lagi......

Saturday, December 24, 2011

Keindahah alam semulajadi..

Salam,
Apa kabar semua......?Kak Ros harap tu sihat2 lah ya.....agak lama jugak la Kak Ros tak mai jengok kat sini,nak buat macam mana kan.. Kak Ros tak dak masa yang terluang langsung. Syukur Alhamdulillah... Mak mertua Kak Ros dah beransur pulih,kemarin,pak mertua dan adik ipar Kak Ros mai ambik dia bawak balik ke kampung,rumah depa lah.....sedih dan risau jugak la Kak Ros pasai mak mertua Kak Ros ni tak sihat sepenuhnya lagi,tapi nak buat macam mana kan....dah depa nak bawak balik jugak,Kak Ros hanya boleh berharap dan mendoakan yang terbaik saja dari allah buat dia.....

Hari ni untuk menenangkan jiwa Kak Ros....mai la kita layan sat gambar2 ni ....Kak Ros ambik dari sini...
Autumn by poolside | Better Photo

Nature | Socwall

Canadian Rokies | Mattaweb

Red Planet | Low Approach

Yosemite Winter Storm | Tarzan Panorama

20 mins copyfiltered | Incredimazing

Horseshoe Bend | Wikipedia

Landscape | Veryveryfun

Farewell to fall | Photosight

Nature | wp.li.ru

"I just told you my dreams.." | Bighugelabs

Crater Lake | Photosight

National Parks | Veryveryfun

Tree Of Light | Low Approach

Mossbrae Falls | Lighttheexpedition

Glen Canyon Revealed | Frogview

Snow lake | 1x

Mountains | Panoramio

Azalea | Best quality wallpapers

Portfolio Natural

Athabasca | lamus.com

Andalusian landscape | Gornabanja

Sherman Tree | Watchthisspace

Loch Morlich and the Cairngorms | Freeskiing

Wednesday, December 14, 2011

Jagalah kesihatan diri....

Salam,
Terima kasih lah sekali lagi kat kawan2 semua yang tak putus2 dok mendoakan untuk mak mertua Kak Ros. Dah mandi,makan dan makan ubat dah,.....la ni mak mertua Kak Ros dok tengah tidur,Kak Ros tengok tu nampak sihat dah sikit,tapi masih lagi lemah,..dok tidur ja....tak boleh bangun langsung.Sementara dia dok tidur tu boleh la Kak Ros mai sat kat sini tengok2 apa yang patut,Buat masa la ni Kak Ros tak boleh la nak mai kat sini selalu....kena tengok masa lah.....

Hari ni ,Kak Ros nak ajak kawan2 semua luangkan sikit masa ngan Kak Ros,mai la kita semua pakat2 ambik tau dan jangan sesekali dok pandang remeh mengenai penyakit2 kronik yang dok ada di sekeliling kita ni...salah satu dia kencing manis lah....pasai penyakit ni dok ada kat depan mata Kak Ros la ni.Kesian sungguh Kak Ros tengok mak mertua kak Ros.....keadaan dia tak bermaya langsung,bila bergerak sikit,dia sakit habis satu badan,nak urut pun ,doktor kata tak boleh pasai kencing manis. Ok dulu lah nooo......Kak Ros pun tak boleh nak cerita panjag2 lagi dah ni,dekat sini ada Kak Ros letakkan sedikit maklumat2 dan tanda2 tentang kencing manis ni...mai la sama2 kita ambik tau.Apa pun kita cuba lah sedaya upaya kita untuk menentang dan mencegah dari semua penyakit2 ni....kalau kita dah ikhtiar sedaya upaya kita ,tapi kita kena jugak , tu tak upaya lah.....,nak buat macam mana kan.....,pasai semua ni kerja buat allah,dia yang menentukan segala galanya.Yang pentingnya kita dah berusaha ....


Tanda-tanda penyakit kencing manis

Setiap pesakit kencing manis akan mengalami tanda-tanda dan gejala yang berlainan. Antara tanda-tanda awal penyakit kencing manis yang biasa dialami adalah:

* Terasa amat haus atau dahaga (haus yang berlebihan)
* Keletihan / Sentiasa letih
* Penurunan berat badan secara mengejut
* Kabur penglihatan
* Otot lemah
* Menghidap penyakit kulit yang berpanjangan
* Luka yang lambat sembuh
* Kencing yang kerap
* Gatal pada bahagian kemaluan
* Rasa kebas
* Pening-pening
* Bertambah selera makan
* Lidah kering
* Nafas berbau manis

Namun begitu, terdapat juga pesakit kencing manis yang tidak mempunyai tanda-tanda sakit kencing manis. dengan erti kata lain, anda boleh menghidapi penyakit diabetes tanpa apa-apa tanda atau gejala. Jangan bergantung kepada gejala untuk mengetahui anda adalah penghidap diabetes. Dinasihatkan supaya anda menjalankan ujian di klinik kesihatan berhampiran.

Apakah risiko atau faktor kencing manis?

Sesiapa saja tidak kira umur boleh menghidap penyakit kencing manis. Walaubagaimanapun anda mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit ini jika mempunyai perkara berikut:

1. Tidak aktif secara fizikal.

Mereka yang tidak atau kurang bersenam mempunyai risiko yang tinggi mendapat diabetes atau kencing manis.

2. Sejarah keluarga

Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap kencing manis. Jika salah seorang daripada ibubapa mengidap kencing manis, kebarangkalian anak-anak mereka mewarisi penyakit kencing manis adalah tinggi.

3. Berat badan yang berlebihan.

Obesiti atau berat badan berlebihan. Orang yang mempunyai BMI > 30 adalah dikategorikan sebagai orang yang mempunyai berat badan berlebihan. Semakin berat badan anda bertambah, semakin tinggi risiko anda menghidap penyakit kencing manis.

4. Faktor pemakanan

Mereka yang mengamalkan makanan berkanji secara berlebihan dan makanan lemak bertepu mempunyai risiko untuk menghidap kencing manis.

5. Umur

Berumur 35 tahun atau lebih tua. Semakin tua semakin tinggi risiko untuk anda mendapat penyakit kencing manis.

6. Sejarah kencing manis sewaktu hamil

Mempunyai sejarah diabetes pada kehamilan yang terakhir. Selain daripada itu, sekiranya anda mempunyai sejarah melahirkan bayi yang besar (berat kelahiran adalah 4.0 kg atau lebih), kebarangkalian untuk menghidapi penyakit kencing manis adalah tinggi.

Rawatan penyakit kencing manis

Langkah pertama di dalam merawat kencing manis adalah dengan mengawal paras glukosa di dalam darah. Ianya boleh dilakukan dengan cara pengubahsuaian diet pemakanan dan senaman sederhana secara berterusan. Jika pendekatan melalui pemakanan tidak berkesan, maka pengambilan ubatan dan terapi insulin adalah diperlukan. Paras glukosa perlu diawasi selalu jika terapi insulin telah dimulakan.

1. Mengamalkan amalan diet pemakanan yang baik.

Amalan pemakanan yang baik diperlukan bagi pesakit kencing manis:

- Mempeolehi zat-zat makanan yang pelu bagi mencapai kesihatan yang unggul.
- Mengawal paras gula dalam darah.
- Untuk mencapai dan mengekalkan berat badan yang sesuai.
- Untuk mengelak dan melambatkan pengidapan kesan komplikasi diabetes.

Tips dan panduan bagi merancang pemakanan harian:

- Waktu makan yang teratur: Sarapan pagi, makan tengahari, makan malam dan snek.
- Pilih jenis makanan yang sesuai: Makanan yang dielakka, makanan yang bebas ,        
   dan makanan yang perlu  dikawal (akan diterangkan dengan lebih lanjut di bawah).
- Kurangkan lemak, garam serta makanan yang tinggi kolestrol.

Makanan Bebas

Makanan bebas adalah makanan yang tidak mengandungi gula ringkas dan tidak mempengaruhi aras glukos darah. Sebagai contoh, air tanpa gula dan sup cair. Semua jenis sayuran dan ulaman. Sayur-sayuran mengandungi serat yang tinggi dan berupaya untuk memperlahankan kadar penyerapan glukos ke dalam darah.

Makanan yang perlu dielakkan

Makanan yang disenaraikan di bawah perlu dielakkan kerana ianya mengandungi gula ringkas yang akan meningkatkan aras glukosa darah dengan kadar yang cepat. Antaranya adalah seperti:

- Gula putih, gula merah, gula Melaka, gula batu, gula-gula.
- Madu, jem, kaya, susu pekat manis, sirap, minuman ringan dan cordial.
- Biskut manis, roti manis, kuih manis, kek, ais krim dan coklat
- Air tebu, air kelapa muda, nira, minuman yang ditambah gula.

2. Senaman secara sederhana setiap hari

Senaman yang sederhana secara berterusan dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke paras normal. Ia sangat penting untuk mencegah paras gula yang tinggi di dalam darah.

Selain daripada itu, program senaman setiap hari dapat membantu anda merasa selesa, mengurangkan ketegangan mahu pun mengelakkan sakit belakang. Selalu bersenam dapat meningkatkan keupayaan atau potensi insulin di dalam badan. Ini dapat memastikan paras normal gula di dalam darah disamping mengurangkan penggunaan insulin. Senaman yang sederhana juga dapat membantu mengurangkan selera makan dan menurunkan berat badan ke paras normal. Ia sangat penting untuk mencegah paras gula yang tinggi di dalam darah.

3. Ubatan dan Insulin

Ubatan diperlukan bagi menggalakkan pengeluaran insulin dari “beta-cells” pankreas. Bagi pesakit yang dinasihatkan oleh doktor bagi mengambil insulin secara suntikan, insulin mesti disimpan di bahagian kering dalam peti sejuk, seperti di tempat menyimpan hasil tenusu.

Anda perlu mendapatkan doktor atau jururawat yang terlatih bagi mengajar teknik suntikan insulin. Ia merupakan suntikan yang biasanya dilakukan di bawah kulit di bahagian tisu subkutaneus. Kawasan suntikan yang biasa ialah bahagian lengan atas (kawasan deltoid) atau di bahagian anterior peha atas. Suntikan di bahagian abdomen patut dielakkan.

Jarum suntikan boleh digunakan berulang kali dengan syarat ia dibersihkan selepas digunakan dan dibuang apabila susah untuk disuntik atau apabila suntikan menyebabkan rasa sakit.

Friday, December 9, 2011

Terima kasih.....

Salam,
Terima kasih yang tak terhingga buat semua kawan2 yang sudi sama2 mendoaakan untuk mak mertua Kak Ros...Syukur alhamdulillah,dengan doa kawan2 semua dan diizinkan allah...dia dah beransur sihat. Hari ni dah boleh makan bubur,dua tiga hari lagi boleh balik mai rumah lah kut. ....Mak mertua Kak Ros ni mengidap darah tinggi dan kencing manis.Kak Ros dok tengok la, penyakit ni terkenal sungguh di kalangan orang2 kita.....kat dalam wad tu boleh dikatakan separuh penghuni dia semuanya mengidap penyakit ni.....
Doktor kata penyakit ni berpunca dari cara pemakanan kita yang tak betul....Takut betoi Kak Ros tengok pengidap kencing manis yang ada luka ....teruk betoi,memang mengerikan.ada yang kena potong kaki dan ada yang nampak tulang saja,isi dah tak dak. Yang mengidap darah tinggi tu,Kak Ros tengok banyak yang dah lumpuh.Mak mertua kak Ros ni dua2 penyakit ni ada kat dia...Tu yang buat Kak Ros susah hati sangat ni....
Penyakit ni,kita tak boleh nak tau bila naik turun dia...tu yang susahnya,penjagaanya pun kena rapi,kalau tak kena ngan gaya dia silap2 boleh kena serangan balik...


Ok lah takat ni dulu ya........Kak Ros nak kena gerak dulu......

Wednesday, December 7, 2011

Kak Ros nak bagitau saja.....

Salam,
 Banyak hari jugak la Kak Ros Tak dapat nak update blog ni.......Terimakasih la kat sapa2 yang sudi  mai singgah jugak walaupun Kak Ros tak dak kat sini....Hari ni pun Kak Ros curi masa sikit mai kat sini untuk bagitau kat kawan2 semua.....Kak Ros sibuk dan tak dak masa langsung sejak dari hari sabtu hari tu. Pagi sabtu yang lepas Mak mertua Kak Ros kena stroke.dia tak sedar diri selama 2 hari. Jadi dari hari sabtu tu sampai lah ke hari ni dia masih lagi kat ICU. Syukur alhamdulillah...kemarin kak Ros tengok dia dah sedar dah,tapi masih  lagi lemah dan boleh la bercakap sikit2. Ok lah.......setakat ni dulu yang dapat Kak Ros tulis...Insyaallah kalau ada masa tu...Kak Ros akan tulis lagi.

Friday, December 2, 2011

Bagus jugak la idea ni kan....

Salam,

Dekat India dah ada pesyen baru la pulak, macam mana caranya depa nak mengajar orang2 yang suka sangat dok makan rasuah ni.ha.ha.....Tak pernah terpikir langsung Kak Ros ada jugak orang yang nak buat kerja macam ni kan,bahaya tu........Berkesan ka tindakan depa ni...? Ingat2 sekali tu ,bagus la jugak kan.....depa buat macam ni,baru lah ada akai sikit, dengan orang2 yang suka dok makan rasuah ni .......

myMetro
CETUS PANIK...kakitangan pejabat cukai dan orang ramai memanjat kerusi dan meja selepas ular diisi dalam dua karung guni dilepaskan semalam.

MUMBAI: Dua petani yang bosan dengan tuntutan rasuah pegawai kerajaan, meletakkan tiga guni ular di pejabat cukai yang sibuk dengan orang ramai di utara India, kata pegawai keselamatan, semalam.

Ada kira-kira 40 ular pelbagai saiz dan spesies termasuk sekurang-kurangnya empat ular tedung menyebabkan kerani dan orang kampung kelam-kabut memanjat meja atau keluar dari pejabat sebaik menyedari insiden itu.

Jurucakap kerajaan tempatan, Ramsukh Sharma, berkata kejadian berlaku di Basti, kira-kira 300 kilometer di tenggara Lucknow.
Kata Ramsukh, sebaik dituang dari guni, ular itu menjalar ke meja dan kerusi.

“Keadaan sangat kelam-kabut dan sejurus kemudian ratusan orang berhimpun di luar bilik itu dengan sesetengahnya membawa kayu untuk membunuh ular berkenaan,” katanya.
Bagaimanapun, tiada sesiapa dipatuk ular berkenaan.

Menurut Ramsukh, petani terbabit meminta rekod cukai bagi tanah mereka di sebuah kampung di Narharpur.
“Masalahnya, mereka gagal mendapat rekod berkenaan kerana kakitangan di pejabat percukaian memeramnya selama dua minggu bagi mendesak petani terbabit membayar sedikit wang sebagai upah,” katanya.

Mengenai insiden itu, Ramsukh berkata, cara petani terbabit memprotes amalan rasuah itu tidak boleh diterima.
“Polis kini mencari dua suspek yang dikenali sebagai Hukkul Khan and Ramkul Ram,” katanya.
Sementara itu, sumber berkata, Hukkul memang dikenali di kalangan penduduk setempat sebagai penjinak ular. - DM

Thursday, December 1, 2011

Kari kepala ikan..

Salam,
Kemarin Kak Ros sibuk sangat ...sampai tak dan nak posting apa pun kat sini.Hari ni pun agak sibuk jugak la,tapi Kak Ros curi2 masa sikit untuk mai jugak la kat sini. Ok lah,pagi tadi tengah Kak Ros dok pikir2 nak masak apa hari ni,teringat pulak Kak Ros ada sebijik kepala ikan Jenahak dalam peti ais.Che abang Kak Ros beli malam kemarin dekat pasar malam,Jadi apa lagi menu Kak Ros hari ni kari.... kepala ikan lah..Lama jugak dah Kak Ros tak masak kari kepala ikan ni..teringin la pulak,bahan2 resepi dia pun semuanya dah ada..tunggu apa lagi, jom pi masak ja la....Agak lambat jugak lah Kak Ros posting resepi ni hari ni...sibuk sangat...Tak pa la kan..apapun janji hari ini Kak Ros dapat jugak kongsi resepi ni ngan kawan2 semua...Ini dia resepinya......

Gambar ni dari SajiOnline
Bahan bahannya:
1. Sebijik kepala ikan jenahak(kalau nak boh kepala ikan lain pun tak pa)
2. 4 paket rempah kari ikan(Kak Ros guna rempah Baba's,)
3. 2 labu bawang besar.(dikisar)
4. 4 ulas bawang putih.(dikisar)
5. 2 cawan santan(jangan pekat sangat)
6. 1 cawan air asam jawa(kalau tak masam boleh tambah lagi asamnya)
7. 3 cawan air.
8. 10 bijik bendi.
9. 3 bijik buah tomato(di belah 4)
10. 10 bijik cili api.
11. 1 tangkai daun bawang.
12. 1 tangkai daun sup.
13. Garam dan gula secukup rasa.
14. 1/2 cawan santan pekat.

Bahan untuk menumis:
1. 6 bijik bawang merah.
2. 5 ulas bawang putih.
3. 3 tangkai daun kari.
4. 1 sudu kecil halba campur.

Cara caranya:
 Belah dua kepala ikan(kalau nak buat sebijik macam tu terus pun tak pa,ikut suka kita lah)dan bersihkan dengan air asam jawa,garam dan air beras.  Panas kan minyak didalam periuk,tumiska halba campur dahulu,jangan lama sangat,pasai dia cepat garing. lepas tu masukkan bawang merah,kacau seketika,kemudian masukkan daun kari dan bawang putih,kacau perlahan lahan sampai dia garing. Setelah bahan tumis tadi garing,kita masukkan rempah,rempah ni Kak Ros tak bancuh dengan air,tuang terus saja kedalam periuk,goreng dia sat lepas tu,masukkan bawang besar dan bawang putih yang dah dikisar tadi,air asam jawa dan santan pekat...biarkan...dan masak sampai dia pecah minyak.Api jangan kuat sangat nanti rempah akan masak tekejut,jadi rempah tak akan masak betoi.Apabila rempah tadi dah pecah minyak,kita masukkan lah santan dan air,biar dia mendidih sat...setelah kuah  mendidih,masukkan kepala ikan, bendi,buah tomato,cili api garam dan gula secukup rasa(agak2 la garam dan gula tu ya.....)biarkan seketika...dah agak masak,akhir sekali masukkan daun bawang dan daun sup..

Dah siap pun resepi kari kepala ikan kita....bagi kat sapa2 yang teringin nak cuba tu,selamat mencuba..




Tuesday, November 29, 2011

Gambar ombak yang menarik....

Salam,
Cantik sungguh gambar2 permandangan ombak ni kan....rasanya Kak Ros tak pernah lagi berpeluang tengok ombak yang cantik macam ni secara real......Dalam Tv tu ada la....Kak Ros suka sangat bila boleh tengok gambar2 yang indah2 macam ni...Kak Ros dapat gambar ni semua dari sini...Jom...mai kita layan gambar2 ni.....










Monday, November 28, 2011

Sayangilah rambut kita

Salam,
 Sebahagian daripada kecantikan orang perempuan ni adalah rambut,walaupun kita memakai tudung tapi kita tetap nakkan rambut yang lebat,hitam berkilat,lembut dan sudah semestinya  kita maukan rambut yang sihat kan.....Jangan dok jaga kulit badan ngan muka ja,rambut dan kulit kepala pun amat penting  kena jaga jugak...
Keindahan kulit kita dari hujung kepala sampailah ke hujung kaki akan mencerminkan kesihatan kita. Rambut yang kusam tidak bercahaya dan bercabang di hujungnya menandakan rambut kita tak sihat. Masaalah rambut ni disebab kan pola pemakanan yang tidak baik,ketidakseimbangan hormon atau rawatan rambut yang kurang sesuai.
Secara amnya..rambut yang normal dia akan tumbuh diantara 0.2 milimeter sehingga 0.3 milimeter sehari. Pertumbuhan rambut kita ni mengalami beberapa tahap iaitu tahap pertumbuhan,tahap rehat iaitu beberapa bulan dan keguguran mengambil masa dalam 100 hari.
Waktu rambut kekal kat kepala kita ia boleh mencapai dua setengah tahun manakala rambut yang luruh pulak sebanyak 40 hingga ke 100 helai sehari.Tapi ni boleh dikatakan masih normal lagi..Tapi kalau rambut kita luruh lebih daripada 100 helai sehari,memang ada masaalah lah ni....kita mesti lah buat sesuatu kat rambut kita....takkan la kita nak kera kut berapa lai rambut kita luruh tiap2 hari kan....kita agak2 sudah la...kalau segenggam tu ada la 100 lai kut nooo....

Rambut ni ada 3 jenis semuanya iaitu:


1. Rambut berminyak

Jenis rambut ini mempunyai kelenjar minyak yang bekerja secara berlebihan,sehingga rambut kelihatan berminyak,basah dan melekit pasai minyak terlalu banyak,mudah kotor sehingga membentuk rumpun rambut. Apabila menghias rambut,selalunya dia tak akan kekal lama pasai strukturnya cepat berubah. Satu cara nak jaga rambut yang macam ni dengan merawat secara rapi iaitu dengan cara memcuci rambut dengan kerap.



2. Rambut normal
Rambut jenis ni pulak memiliki kelenjar minyak yang mengeluarkan minyak dengan cukup. Rambut kita tak kan cepat kotor dan kembang.Rawatan untuk jenis rambut ni juga cukup mudah,cuci saja dengan menggunakan syampo dan gunakan perapi rambut bagi mengekalkan kelembapannya.




3. Rambut kering
Rambut jenis ni pulak selalunya nampak kembang,kering,suram dan mudah rosak. Ni disebabkan kandungan minyak kat kelenjar lemak sangat sikit dan kurang aktif. Rambut jenis ni jugak cepak kusut,batang rambut rosak dan hujung rambut kita akan pecah apabila disikat dan jugak diikt dengan kuat.Terlalu kerap menggunakan syampo dan pengering rambut jugak menyebabkan  rambut menjadi rapuh. 
Selalunya la masaalah orang permpuan ni adalah kelemumur dan keguguran rambut,tapi ramai yang tak tau punca sebenar masaalah ni kan....Kelemumur ni selalunya terjadi kat kulit kepala kita yang sudah mati,kering dan bersisik. Terjadi pengelupasan kulit kepala normal sekitar 5 hingga 10 peratus daripada keseluruhan kulit kepala.
Kelemumur ni jugak boleh tumbuh kat semua jenis rambut. Ini bukannya penyakit,tapi proses fisiologi normal. Umumnya kelemumur ni banyak dok terjadi kat remaja dan berkurangan pada usia pertengahan dan tak dak langsung pada usia tua.
Selalunya perempuan selepas bersalin,akan mengalami keguguran rambut yang serius.Namun kehilangan rambut disebabkan faktor ni tak akan kekal lama dan ia akan berubah.
Rambut luruh ni selalunya disebabkan faktor keturunan dan genetik,perubahan hormon,serangan kulat atau pun  bakteria,menggunakan syampo yang tak sesuai ngan rambut,tekanan perasaan dan diet yang tak seimbang tampa pengambilan karbohidrat,vitamin dan protien,pengambilan vitamin A yang berlebihan,kesan perubatan kemoterapi pada pesakit barah dan amalan mewarna,mencelup,melurus atau kerinting rambut.

Cara atasi rambut yang gugur.
Kalua rambut kita selalu ja luruh,ini bermakna rambut kita ni kering dan kurang vitamin E.Untuk mengatasi masaalah yang macam ni,lumurkan minyak bijan kat kulit kepala sebelum kita masuk tidur.Syampo dan basuh rambut sampai bersih pada keesokkan paginya.

Penjagaan rambut yang betoi
1. Setiap kali kita mencuci rambut,pastikan syampo benar2 bersih,pasai kalau cuci tak
    bersih boleh  menyebabkan rambut berkelemumur.
2. Urut kilit kepala perlahan lahan ketika bersyampo supaya aliran darah dapat    
     berjalan dengan lancar dan jugak menyihatkan akar rambut...
3. Menyikat rambut semasa rambut masih lagi basah boleh menyebabkan kelembapan
    rambut hilang dan rambut menjadi kering.
4. Selepas kita bersyampo,gunalah perapi rambut .Tak kira lah  lelaki ka,                            
    permpuan ka semuanya harus menggunakan perapi rambut untuk
    melembabkan rambut..
5. Elak kan rambut kita dari terlalu kena cahaya matahari,pasai dia boleh merosakakn
    struktur rambut.
6. Makan makanan yang berkhasiat,bersenam dan jangan merokok.
7.Seminggu sekali amalkan mengguna daun bunga raya atau pun santan.Ramaskan  
   daun  bunga raya sampai keluar lendir dia,pas tu lumurkan rata di atas kepala
    hingga kena  kulit kepala  dan urutlah pelan2,biarka dua tiga jam
    barulah di bilas ngan air yang bersih.Santan pun buat macam tu la jugak...        



Sunday, November 27, 2011

Mau seribu daya kan....

Salam,
Kak Ros baru saja dapat gambar ni dari kawan Kak Ros,La ni Kak Ros dok tengah pikir pasai gambar ni....rasanya bini dia la kut kan....
Kak Ros nak tanya hampa  la......ini satu pengobanan bini dia demi keluarganya ka.....atau pun kena dera ngan laki dia....?sampai tak dak tempat nak pegang dah ha......

Kesiannya kak Ros tengok....

Saturday, November 26, 2011

Tom Yam Thai

Salam,
  Kak Ros harap semuanya sihat2 ja pagi ni......Hari ni semuanya ahli keluarga Kak Ros ada kat rumah, cuti...suka sangat Kak Ros boleh dok berimpun dengan depa semua macam ni...Maklum la kan...bukannya  selalu dapat bersama lagu ni ngan depa,ya la....dah masing2 ada yang kerja la,ada yang belajar la.....jarang sangat nak boleh jumpak ngan semua macam ni....Jadi hari ni Kak Ros bercadang  nak masak Tom Yam  la....sebelum tu Kak Ros nak letakkan dulu resepi dia kat sini,boleh la kita pakat sama2 masam Tom Yam ni hari ni....Jom......

Ehsan dari google.
Bahan bahan:
Untuk perncah Tom Yam:

1. 6 ulas bawang merah.*
2. 2 biji cili merah.*
3. 7 biji cili kering(ikut kepedasan masing2)*
4. 1 inci lengkuas.*
5. 2 batang serai.*
6. 1 sudu besar udang kering.*
7. 4 helai daun limau purut.*
8. 1 inci belacan di bakar dulu sikit.*
9. Air asam jawa,gula dan garam.

Untuk Sup Tom Yam:

1. Seekor ayam.
2. 7 ekor udang.
3. 4 ekor sotong.
4. 1 labu bawang besar di potong 6.
5. 5 ulas bawang putih di ketuk.
6. 1 inci lengkuas di ketuk.
7. 2 batang serai di ketuk.
8. sebatang lobak merah,bunga kubis,putik jagung dan cendawan.(ikut suka la nak bubuh
    banyak mana)
9. 6 helai daun limau purut.
10. 2 biji buah tomato(potong ikut suka lah)
11. 1 ketul kiub tom yam.
12. 1 sudu besar sos ikan
13. 2 bijik limau nipis(ikit suka lah nak masam macammana)
14. 3 sudu susu cair / susu sejat.
15. 6 cili padi di ketuk(ikut kepedasan masing2)
16. Garam dan daun ketumbar.

Cara cara:
   Kisar semua bahan yang bertanda ngan bintang tu. Panaskan sedikit minyak,tumis bahan kisar hingga naik bau.Kemudian masukkan air asam jawa,garam dan gula secukup rasa. Masak lah sampai dia menjadi pes.
 
 Untuk Tom yam pulak,rebuskan ayam beberapa minit,lepas tu,masukkan bawang besar,bawang putih,daun limau purut,serai,cili padi dan lengkuas. lepas tu masukkan sotong,udang,biarkan sebentar. Dah agak masak,baru lah kita masukkan kesemua sayur sayuran tadi.
   
Kemudian masukkan pes Tom Yam yang kita dah buat tadi,ikut suka  lah nak bubuh banyak mana pun pes Tom Yam tu,masukkan sos ikan,perahan limau nipis dan sedikit garam.
Akhir sekali padamkan api..masukkan susu cair dan daun ketumbar.    

Ok... ni la resepi dia...jom kita pi buat sama2......
Related Posts with Thumbnails