Sahabat adalah perisai diri

Monday, January 31, 2011

Ada binatang dikalangan manusia

Salam,
Kak Ros terbaca satu komen dari sorang sahabat kak Ros dan kak Ros tertarik jugak nak kongsikannya kat sini. Komennya ringkas tapi padat, sendat... penuh bermakna gitu... hihi...

Dia kata, tak dak manusia dikalangan binatang... tapi banyak binatang dikalangan manusia... hihi...

Dia refer pada banyak kes kes manusia berperangai lebih buas binatang yang hipokrit, hidup berpura pura disekeliling kita yang kian bertambah dewasa ini...

Kak Ros jadi teringat balik kata kata dia bila terbaca lagi kisah mayat bayi yang dicampak dalam longkang. Kak Ros jugak tertarik bila terbaca apa yang Pak Long kata dalam posting dia bertajuk Nikmat disini...

"Jadi, tak malu ka kita yang manusia ni nak jadi binatang sedangkan ada binatang yang berhempaih pulaih nak jadi orang... addehh..."
 
Penduduk Taman Mekar, Ayer Hitam dekat sini gempar apabila mayat seorang bayi lelaki lengkap dengan tali pusat dan uri ditemui di dalam longkang berair yang masih dalam pembinaan di kawasan perumahan tersebut pagi semalam.

Mayat bayi itu ditemui seorang pekerja kontrak, Hamid Marsuki, 43, pada pukul 8.10 pagi ketika hendak memulakan tugas membina tembok rumah dan longkang di Jalan Mekar 5 di taman tersebut.

1 comment:

  1. binatang pun tak sekejam itu dengan anaknya sendiri... manusia yg macam tu lebih bruk dari binatang... tak tau la kategorikan apa orang2 yg macam tu...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails