Sahabat adalah perisai diri

Friday, January 14, 2011

Bakat terendam

Salam,
Ni la kot yang orang kata sebagai bakat terendam... lagi lama terendam, lagi baguih. Lagi lama diasah, lagi mengancam sehinggakan sorang pengemis di tepi jalan di Houston Street, Columbus, Ohio, Amerika Syarikat, Ted Williams kini jadi rebutan.

Walaupun penampilannya tidak terurus. Rambutnya yang kerinting dan beruban dibiarkan tanpa disisir rapi.... ya la, dah pengemis... takkan nak kenakan kot ngan tie kot... haha... Tapi bermula dengan tindakan seorang jurugambar akhbar Columbus Dispatch, merakam gelagat pengemis ini, Ted Williams, 54 telah mencipta fenomena di AS, hari ini.

Namun satu yang kita semua patut sangat ambil iktibar ialah tentang pengakuan dari Williamas sendiri, beliau memiliki suara emas dan beri banyak kelebihan kerana berpeluang menceburkan diri dalam bidang lakonan, nyanyian dan pengacaraan. Namun, beliau jatuh malang kerana mensia-siakan bakat yang dimilikinya disebabkan oleh dadah dan alkohol.

"Saya kesal dengan tindakan bodoh ini. Selain karier, saya juga kehilangan ahli keluarga dan tempat tinggal. Kehidupan menjadi tidak menentu dan terumbang-ambing,” luah Williams dalam satu temu bual mengenai kisah hitamnya yang telah memusnahkan kebahagiaan hidupnya.

Kini hasil dari keinginan untuk melihat nasib dirinya berubah, Williams telah nekad dan kini sudah dua tahun dia berjaya meninggalkan tabiat pengambilan dadah dan alkohol. Kini Williams dapat tersenyum bangga. Jika sebelum ini dia mengemis untuk menagih simpati orang ramai, tetapi pada hari ini suara emasnya pula ditagih pelbagai pihak. Lembaran tahun 2011 memberi seribu makna buat Williams. Pada 7 Januari lalu secara rasmi dia menjadi suara latar untuk rangkaian MSNBC.

Terbaru, media antarabangsa melaporkan Williams sedang mempertimbangkan tawaran untuk menjadi penyumbang suara bagi program informasi perkembangan pasukan bola keranjang Cleveland Cavaliers dalam liga Bola Keranjang Nasional (NBA). Williams juga menjadi pilihan syarikat Kraft Macaroni & Cheese yang menggunakan suara emasnya untuk iklan-iklan produk syarikat tersebut.

Nah, tuah manusia siapa yang tahu... pokoknya keazaman, iltizam yang tinggi, usaha yang berterusan, cita cita kena ada... (sumber rujukan: Kosmo)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails