Sahabat adalah perisai diri

Thursday, January 6, 2011

Himpunan petua orang tua tua

1. SENGGUGUT
Sesetengah wanita akan mengalami senggugut ketika haid. Petua yang boleh dicuba dengan mengambil 2 sudu air asam jawa dibancuh dengan segelas air panas, campur 3 kerat gula melaka, kacau sehingga sebati kemudian tapis.. Minum segelas setiap hari anda akan merasa lega.

2. RESDUNG
Remdam kunyit ke dalam air kapur dan biarkan semalaman. Kemudian tumbuk kunyit tersebut sehingga hancur. Ambil airnya dan titiskan ke dalam lubang hidung sambil selawat 3 kali. Lakukan di waktu malam iaitu sebelum tidur. Anda juga haruslah berpantang dari memakan makanan laut seperti udang, sotong, kerang dan lain-lain selama sebulan. Amalkan petua ini insya'allah anda akan perolehi hasilnya.

3. BULU ROMA LEBAT
Masalah bulu roma lebat tentu mendatangkan kerisauan dan tidak selesa terutama pada kaum wanita. Bagi mengatasi masalah ini, sediakan 2 sudu besar air limau nipis campurkan dengan sedikit gula pasir. Kacau hingga sebati dan sapukan campuran tersebut pada bahagian yang ditumbuhi dengan bulu roma itu, biar kering selama setengah jam, setelah itu baru dicuci.

4. JERAWAT
Remaja sering mengalami masalah jerawat, kadangkala sukar untuk diubati. Cuba petua mudah ini dengan menggunakan tepung sagu yang dicampur sengan sedikit air. Sapukan tepung sagu yang bercampur dengan air tersebut seperti memakai bedak sejuk. Amalkan setiap malam dan pada keesokan harinya cuci muka dengan air suam.

5. MENJAGA KESEGARAN MATA
Ambil daun lobak merah, rendam dalam satu mangkuk air panas, biarkan dalam beberapa minit. Setelah itu minum air tersebut 3 kali sehari sebelum makan.

6. KELEMUMUR
Masalah kelemumur juga boleh menyebabkan rambut akan gugur. Untuk mengatasi secara tradisional, ambil semangkuk daun inai yang ditumbuk halus, kemudian dilumurkan pada kulit kepala yang dibasahi dengan air terlebih dahulu. Bungkus rambut dengan plastik pembungkus rambut dan biarkan selama setengah jam. Setelah itu cuci rambut anda dengan air sehingga bersih.

7. LEMBUTKAN RAMBUT
Ambil 10 helai daun bunga raya, tumbuk sehingga halus dan selepas itu sapukan pada rambut hingga ke akar rambut. Bungkus dengan plastik pembungkus rambut selama setengah jam. Kemudian cuci rambut dengan air bersih. Lakukan 2 kali seminggu anda akan dapat hasilnya.

Terima kasih pada sahabat kak Ros yang sumbangkan bahan ni dengan ucapan terima kasih daun keladi... hihi...

2 comments:

  1. salam katrose, npe bulu roma lebat blh timbulkan kerisauan..

    lepas buat spt ape yg dicadangkan, adakah ia akan gugur??

    nice tips..nak share dgn blogger lain blh? i quote ur link...n ur name..tu pun klu u izinkn.

    ReplyDelete
  2. salam KB,
    jgn suka pulak kalu dah bulu romanya seiras betis lelaki... hihi...

    addehh... petua x bermakna kak Ros dah try, bulu roma kak Ros ok jer... jdnya kak Ros x pasti kesannya...

    nice tips is good to be shared with others, why not? hihi... kak Ros izinkan sbb kak Ros pun dpt dari kawan... haha...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails