Sahabat adalah perisai diri

Saturday, January 1, 2011

Tragis

Salam,
Hati ibu mana yang tak diregut pilu... hati ibu mana yang tak dihentak ngilu... memang ini ketentuan Allah s.w.t. Tiap sesuatu Tuhan jadikan sebab dan sabit.

Sebak... Norlida yang cedera di kaki hiba terkenang arwah anaknya. 

Kak Ros pun tak tau nak kata lebih lebih, nanti orang cakap kita ni modai cakap saja pandai, berat mata yang memandang, berat lagi bahu Norlida Khalid ni menanggungnya.

Siti Nurzulaihah Mohd Zaidi, 6, anak kepada Norlida Khalid, 39 telah maut apabila dirempuh dua motosikal rempit dalam kemalangan di Kilometer 3, Jalan Bahau-Juasseh di sini, malam kelmarin. Insiden menyayat hati berkenaan sekali gus memusnahkan impian dan harapan kanak-kanak itu yang sepatutnya dijadualkan mendaftar di sebuah sekolah rendah di daerah ini, semalam.

Menceritakan detik tragis kira-kira jam 11.15 malam itu, Norlida menunggang Honda EX5 bersama anaknya ke rumah mereka di Kampung Kuala Jempol . Nurzulaihah yang ketika itu berdiri untuk mencarinya sambil menangis turut dirempuh sebuah motosikal lain hingga tercampak agak jauh.

Lihat saja tindakan tanpa menggunakan akal fikiran kurniaan Tuhan oleh mat mat motor tadi telah meragut kasih sayang seorang ibu terhadap anak mereka.

2 comments:

  1. salam.sy sbg ibu saudaranya pun merasa sgt sedih dan hiba sekali saat melihat jenazah anak saudara sy.anak sekecil itu menjadi mangsa kpd mat2 motor yg tidak mempunyai kewarasan akal fikiran akibat perbuatan mereka terhadap org lain yg tdk berdosa.tp semuanya telah ditentukan Allah.

    ReplyDelete
  2. salam lagak PENDITA,
    Betoi tu semuanya ketentuan Allah jua... hiba kita pada yg tersayang tapi Allah lebih menyayanginya... ada hikmah gerak Allah ini yang mungkin terlindung dari pandangan kita sebagai hamba...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails