Sahabat adalah perisai diri

Thursday, February 17, 2011

Ada lagi lelaki bacul dan dayus

Salam,
Tak tau la pasai apa, kak Ros mesti menyinga gila bila tengok ada lagi lelaki yang anggap orang pompuan ni punching bag diaorang. Memang bacul betul la lelaki jenih camni.

Kaum Hawa ni memang diujudkan oleh Allah s.w.t sebagai amanah pada kaum Adam untuk menjaganya. Jaga dari segi zahir dan batinnya, bukannya menyeksakan hidup diaorang sampai patah pinggang. Bayangkan macamana tahap panas barannya laki dia nih, sehinggakan isteri beranak enam ni patah pinggang, bengkak di mata kanan dan cedera di dada akibat dibelasah suaminya yang tiba-tiba naik berang selepas mangsa enggan memberi wang, pagi semalam.

Mangsa, Norlela Hussin, 36, dan bekerja sebagai tukang cuci pejabat di sebuah syarikat swasta dipukul dengan besi serta disepak terajang di depan dua anaknya di rumah mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia, Taman Melati, di sini, kira-kira jam 9.30 pagi.

Sepatutnya si isteri ni tak boleh dok kesian sangat dah kat suami yang jenih tak bekerja dan penagih dadah ni, mau dok repot Polis saja, biaq dia rasa meringkuk di Pusat Pemulihan dari jadi mayat hidup menyiksa orang sekeliling dia nih.

2 comments:

  1. assalamualaikum kak ros,

    lelaki jenis ni entah bila nak pupus...

    ReplyDelete
  2. Salam Cikli,
    Tu la... ingatkan Jepun dah bunuh habih dah dulu2 ni... hihi... ada lagi rupanya saki baki yang buat spoil agama dan bangsa...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails