Sahabat adalah perisai diri

Thursday, March 3, 2011

Bahagiakan ibu bapa...

Salam,
Hari ni kak Ros nak sembang sembang sikit pasai macamana kita boleh membahagiakan Ibu Bapa. Ya la kan... setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan nak membahagiakan kehidupan depa melalui hari hari tua. Jom lah kita berbakti baik dalam bentuk material maupun hubungan kasih sayang. Lagipun, ajaran Islam sendiri telah meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia.

Memberi nafkah. Seperti yang diketahui umum, tuntutan keperluan semasa sekarang ni kian mendesak maka terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Faktor usia meletakkan mereka dalam keadaan yang kurang upaya mendapatkan lebih pendapatan untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat. Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

Tempat tinggal yang sedikit selesa. Ini kerana ada beberapa kes ibu bapa telah dibiarkan kesunyian ditempat tempat yang jauh dari orang ramai menjadikan tempat tinggal mereka sudah tidak sesuai untuk didiami apatah lagi bagi mereka yang berumur dan uzur. Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka.

Kasih sayang. Kasih sayang ni penting sebagai membalas apa yang dicurah selama ini oleh ibu bapa ketika membesarkan kita. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya. Ibu bapa yang diberi kasih sayang dan perhatian akan mengelakkan mereka dari kemurungan sekaligus mengelakkan mereka dari menghadapi masaalah kesihatan fizikal dan mental mereka.

Bersopan santun. Belai dan jagalah perasaan ibu bapa kita apabila bercakap. Biar berlemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka.

Luangkan masa bersama. Bagi anak anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlulah kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

Berdoa. Panjatkanlah doa pada Allah s.w.t untuk kebaikan kedua ibu bapa kita. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.

Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin sewaktu mereka masih ada. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggalkan kita menyahut panggilan Ilahi...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails