Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, March 15, 2011

Hutang

Salam,
Orang tua tua ada kata, hutang emas boleh dibayar tapi hutang budi dibawa ke mati.

La ni dah tak dak camtu dah, hutang duit bawak mati... hutang budi apa tah lagi... hihi... tak percaya tengok yang ni, kisah bagaiman hutang pembelian kereta tanpa deposit telah disahkan sebagai antara punca ramai penjawat awam di Malaysia diisytiharkan muflis sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Omar Osman berkata, bagi tahun 2009 sahaja, seramai 542 orang atau hampir 50 peratus daripada 1,086 penjawat awam yang diisytiharkan muflis dilaporkan akibat terlibat dalam tawaran pembelian skim tersebut.

Menurut beliau, hampir kesemua bank dan syarikat kenderaan terutama pengedar kereta dan motosikal di negara ini menawarkan skim yang sama kepada penjawat awam.

Biar papa asal bergaya... hihi... boleh dipakai lagi ka?

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails