Sahabat adalah perisai diri

Saturday, March 5, 2011

Pak Long tanya ni, hangpa heran ka...

Salam,
Kadang kadang tu masa santai kat rumah lepas letih memasak, kak Ros akan blogwalking jugak la... tadi ni masa berjalan jalan ambil angin tengok blog orang sekeliling tu, kak Ros singgah jugak la blog Pak Long Din yang memang tak pernah miss kak Ros jengok tu... hihi...

Memang best la, cara penyampaian bersahaja tu yang buat kita senyum sorang sorang, tak kering gusi sambil terima mesejnya dengan jelas... haha... tahniah la Pak Long dan teruskan berkarya ya...!!! Dibawah ni kak Ros copy pastekan satu dari posting yang kak Ros rasa terbaik lah... enjoy!!!


****************************************


Hangpa heran ka...

Salam semua...

Tak berapa nak sihat sikit dua tiga hari nih... rasa berat sangat kepala... maklum ja la, enjin lama ni lagu tu laa... haha... Dah jadi orang tua tua ni, nak pi mana kalau tak rasa ngilu, sakit kepala... lenguh lenguh ni perkara besa laa... lebih banyak berhenti dari berjalan, lebih banyak duduk dari berdiri, lebih banyak berlunjoq dari bersila... haha...

Sebab tu anak anak muda la ni kena la banyak bersabaq ngan orang orang tua. Kalau tak kelapaq nak hormat pun, jangan dok dihina... tak baik woiii... tak bau syurga nanti... haha...

Banyak sungguh kisah kisah ngeri yang kita tengok dan dengaq la nih... Kisah perselisihan kepentingan antara anak cucu yang gelut nak cari duit dan berebut masa... dengan orang tua tua yang slow dalam serba serbi nih... haha... Perselisihan dua puak yang benar benar tak sehaluan ni la yang syok sangat kita baca la nih... haha...

Pak Long sikit pun tak heran kalau dok dengaq cucu rompak nenek sendiri, anak tak hormat mak bapak... anak muda yang geli salam ngan orang tua... Tak tau la kalau orang lain, tapi kalau Pak Long sikit pun Pak Long tak terkejut. Nak heran buat apa, nak terkejut pa nama kalau dengan perangai dan kelaku kita yang macam melepaih batuk ditangga terhadap pengembangan minda anak anak. Kalau dulu kita dengaq cerita cerita aneh ni diluaq negara tapi la ni pelan pelan dah kita dok didik perkara perkara tak senonoh ni dalam negara sendiri. Nak kata apa lagi kalau tak kata TAHNIAH... haha...

Pasai kita nak maju dan takut ketinggalan, habih mak bapak kena pi kerja cari duit. Anak anak kita biaq membesaq dengan pengasuh dan TV. Cakap mak bapak depa tak dengaq langsung. Bukan ketegaq tak mau dengaq kata, tapi dah tak dan nak bersembang. Kita hanya beranak kat depa lepaih tu yang lain depa belajaq dari apa yang depa jumpak.

Apa yang budak budak ni telah belajaq berkenaan kasih sayang? Yakin ka kita, kawan kawan sebaya akan ajaq erti kasih sayang sedangkan majoriti masyarakat kita la ni semuanya hadapi masaalah yang serupa.

Bagi Pak Long, kemajuan hendaklah seiring dengan kematangan minda. Mak Long hang dari dulu lagi Pak Long tak bagi kerja. Biaq teruk dan dilihat papa, Pak Long tak mau anak anak membesaq dengan pengasuh dan didepan TV tanpa bimbingan. Kasih sayang kena bagi, kasih sayang kena rasa bukan hanya bercakap dan tunjuk besaq besaq masa pilihanraya.

Pihak kerajaan kena perihatin. Ibu bapak lebih lebih lagi lah kena beri perihatian. Apa jugak yang kita nak buat yang ada hubungkaitnya dengan orang orang sekeliling kita terutama sekali anak anak, keikhlasan dan kasih sayang perlu ada.

Wassalam...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails