Sahabat adalah perisai diri

Sunday, March 27, 2011

Resepi mee bandung

Salam,

Hari ni semua cuti, anak anak yang jauh pun balik berhimpun riuh rendah rumah kak Ros... Laki kak Ros pun bersantai depan komputer...

Anak dara kak Ros teringin nak pekena mee bandung hari ni, dia nak surprisekan ayah dia sama... mee bandung spesel hasil tangan dia... haha... pepagi lagi dia dah ke pekan cari bahan bahan ngan abang dia, lantak lah... kak Ros ngan suami nak tengok saja... hmmm, oke jugak la rasanya... hihi... jadi la kan, anak sendiri yang tolong buatkan...

Ni ha bahan bahan dan cara cara rosakkan mee ala anak dara kak Ros... haha...


MEE BANDUNG

Satu bungkus mi kuning (mi basah)
Sedikit daging lembu (di hiris)
Sedikit daging ayam (di hiris)
5 ekor udang basah (agak agak laa)
Sedikit taugeh
10 biji cili kering di kisar (nak pedas lebihkan lah)
1 ulas bawang putih – diketuk
1 mangkuk stok ayam
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
1 sudu kicap cair
Sedikit kacang tanah – ditumbuk
1 biji limau kasturi
Telur ayam
Sedikit sawi, cili merah, daun sup & daun bawang
Bunga jagung, bunga gobis, buah tomato belah empat...
Sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah...
Minyak masak, garam & gula pasir

Cara membuat
  1. Panaskan minyak masak dalam kuali, tumiskan bawang putih dan cili kisar.
  2. Kemudian masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram, garam dan gula pasir. Biarkan merenih...
  3. Masukkan stok ayam dan biarkan mendidih...
  4. Seterusnya, masukkan kacang tanah, udang, daging, daging ayam dan sawi
  5. Apabila mendidih, pecahkan telur dan biarkan hingga telur keras.
  6. Masukkan mi dan semua sayuran...
  7. Akhir sekali masukkan sikit tepung jagung yang siap dibancuh untuk pekatkan kuah.
  8. Tutupkan api.
  9. Hidangkan bersama hirisan cili merah, daun bawang, daun sup dan limau kasturi.
Sedap ooo... hingga menjilat siku...

9 comments:

  1. assalam sume! kalau nak senang, saya ada jual pes mee bandung bp cuma tambah air rebusan daging, panaskan, masuk telur - tadaa... dah siap kuah campur je mee, sawi apax yg disukai dah pun siap

    ReplyDelete
  2. assalam sume! kalau nak senang, saya ada jual pes mee bandung bp cuma tambah air rebusan daging, panaskan, masuk telur - tadaa... dah siap kuah campur je mee, sawi apax yg disukai dah pun siap

    ReplyDelete
  3. Nampak sedap....saya suka mee bandung

    ReplyDelete
  4. ASSALAMUALAIKUM ,SAYA SUKA DENGAN RESEPI AWAK TU?SAYA HARAP AWAK AKAN BUAT MEE BANDUNG YG PALING SEDAP DI DUNIA.


    SAYA COMMENT SAMPAI DISINI SAJA LA.

    BAY?????????????????????????

    ReplyDelete
  5. salam kenal kak Ros,
    Terpikat dengan me bandung akak, nampak sedap

    ReplyDelete
  6. bestnya....air liur dah meleleh dah ni

    ReplyDelete
  7. Nie utk brp org mkn ye

    ReplyDelete
  8. Klk tk letak kcg tanah pun ok kan?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails