Sahabat adalah perisai diri

Thursday, March 17, 2011

Tak selamat tapi apasal kena tunggu sampai 2012 baru nak ban...

PENJUALAN botol susu yang diperbuat daripada polikarbonat (kanan) akan diharamkan oleh kerajaan mulai 1 Mac tahun depan.

Ini yang kak Ros tak paham nih, kata tak selamat tapi pasai apa ambik masa lama sangat baru nak haramkan, apasal tak ban serta merta... nak jaga jugak lagi para peniaga takut rugi. Para peniaga yang sepatutnya disaman kerana tak bertanggungjawab menjual botol susu yang tak selamat digunakan oleh pengguna terutama sekali kanak kanak.

Kerajaan memutuskan untuk mengharamkan penjualan botol susu bayi polikarbonat yang mengandungi 'Bisphenol A' (BPA), berkuat kuasa 1 Mac 2012, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai .

Beliau berkata, perkara itu diputuskan oleh Jemaah Menteri pada 2 Mac lepas sebagai langkah berjaga-jaga kerana sehingga kini tiada bukti saintifik yang kukuh menunjukkan botol susu tersebut selamat untuk digunakan oleh golongan berisiko tinggi terutama bayi dan kanak-kanak.

"Kementerian tidak akan berkompromi dalam keselamatan pengguna terutama bayi dan kanak-kanak. Polikarbonat adalah plastik yang digunakan dalam pembuatan botol susu bayi dan BPA ialah bahan kimia industri yang ditambah dalam botol susu bayi polikarbonat untuk menjadikannya keras dan lutsinar.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails