Sahabat adalah perisai diri

Wednesday, April 6, 2011

Kak Ros pun heran...

Balu allahyarham Ahmad Sarbani 56...

Salam,
Kak Ros tumpang sedih ngan apa yang menimpa saudara kita balu kepada allahyarham Ahmad Sarbani, 56 yang ditemui mati dipercayai terjatuh dalam bangunan SPRM. Terkedu jugak la kak Ros bila terbaca kisah ni, terkejut pasai ni kali ke dua dah mangsa ditemui mati dalam jajahan takluk SPRM.

Kak Ros akur, bukan nak buat spekulasi apa pun... tapi heran la jugak kan... perihatin pun sama, kan kita ni warga Malaysia. Teringin sangat kak Ros nak tengok negara kita yang ditadbir oleh bangsa Melayu ni aman makmur, jauh dari segala tipu daya warganya.

Cerita selanjutnya disini...

Seorang pegawai Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang sedang disiasat berkaitan dakwaan lari dari cukai bernilai berbilion ringgit yang dibebaskan dengan ikat jamin dua hari lalu, maut pada pagi Rabu selepas terjatuh dari tingkat tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah di Jalan Cochrane di sini.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali yang mengesahkan kejadian itu berkata, pegawai penyiasat berkenaan meminta pegawai kastam berkenaan tunggu sebentar sementara dia mengambil fail kes.

"Apabila dia kembali, beliau dapati pegawai kastam itu hilang," tambahnya.

Mangsa adalah Penolong Pengarah KDRM Selangor, Ahmad Sarbani Mohamed, 56, yang merupakan salah seorang yang ditahan semasa operasi besar-besaran pada 1 April di seluruh negara.

Mustafar berkata, Ahmad tiba di bangunan itu pada pukul 8.26 pagi seorang diri dan mahu bertemu pegawai penyiasat, bagaimanapun pegawai terbabit sedang bermesyuarat.

Katanya, Ahmad menunggu di lobi sehingga pukul 9.30 pagi sebelum seorang pegawai membawanya ke sebuah bilik di tingkat 3 dan duduk bersamanya sehingga pukul 10.15 pagi.

"Pegawai terbabit kemudian meninggalkan bilik itu beberapa minit untuk mendapatkan pegawai penyiasat tersebut," ujarnya.

Apabila kembali, beliau mendapati, Ahmad hilang, tambahnya.

Mayat Ahmad kemudian ditemui terbaring di tingkat satu bangunan sama yang merupakan gelanggang badminton terbuka pada pukul 10,20 pagi, jelas Mustafar.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zulkifli Abdullah memberitahu, sebuah pasukan khas telah ditubuhkan bagi menyiasat kes berkenaan yang dianggap sebagai mati mengejut.

Katanya, mayat telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk dibedah siasat dan menyeru orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails