Sahabat adalah perisai diri

Friday, April 15, 2011

Shahir ada alahan?

Salam,
Hmmm... jambu budak nih... hihi... tapi sayang la, dengar ceritanya si Shahir ni ada alahan pulak dah... hihi... tak sangka muka hensem camni rupanya taik penyakit ka... haha...

Shahir yang dimaksudkan itu tidak lain dan tidak bukan juara AF8 atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawani. Pakejnya sebagai artis boleh dikatakan lengkap. Dia berwajah tampan, penampilan yang menarik dipandang dan memiliki vokal ‘jantan’ khususnya menerusi lagu hitnya, Kebahagiaan Dalam Perpisahan.

Justeru, tidak menghairankan pemuda berusia 23 tahun itu baru-baru ini dinobatkan sebagai Artis Baru Lelaki Popular pada Anugerah Bintang Popular 2010 (ABP 2010) sekali gus tersenarai antara lima calon artis paling popular di Malaysia!

Dia memberitahu Kosmo! yang turut berada pada sidang akhbar tersebut bahawa bibirnya itu bermasalah selepas memakai solekan untuk malam ABP 2010. Sedangkan apabila Kosmo! bertanya kepada pihak urus setia ABP 2010, mereka memberitahu Shahir telah memaklumkan bahawa dia sudah mengalami masalah pada bibirnya itu sejak beberapa hari sebelum ABP 2010 berlangsung!

Impaknya, ada yang melabelkan Shahir sebagai artis yang semakin sombong dan mula meninggi diri. Lebih malang, timbul pula gosip mendakwa bibirnya bermasalah akibat daripada melakukan suntikan botox!

Disebabkan Shahir masih mendiamkan diri daripada mengulas mengenai isu kontroversi tersebut, Kosmo! menuntut penjelasan dengan menghubungi sendiri Shahir.

Menurut Shahir, sememangnya pada masa itu bibirnya memang mengalami sedikit masalah kerana alahan memakai solekan terlalu lama pada wajahnya.

“Ramai yang tidak tahu sebenarnya saya memang ada alahan sehingga tidak boleh terlalu lama memakai solekan pada wajah. Kalau terlalu lama, saya akan mengalami bengkak di bibir.

“Biasanya kalau membuat sesi fotografi atau pun ketika mengadakan persembahan pentas, selepas selesai sahaja saya akan terus mencuci wajah saya,” jelasnya bersungguh-sungguh.

Tambah Shahir, dia turut menafikan sekeras-kerasnya bibirnya mengalami masalah bengkak yang berpunca daripada solekan yang digunakan semasa ABP 2010 tempoh hari.

Sebaliknya, dia memberitahu bahawa semasa acara tersebut dia sememangnya memakai solekan terlalu lama sepanjang majlis berkenaan berlangsung selama beberapa jam dan ia tidak ada kena-mengena langsung dengan alat solek yang digunakan.

“Memang saya akui pada mulanya saya menolak bergambar kerana berasa kurang selesa.

“Setelah diyakinkan bahawa bibir saya yang bengkak itu tidak jelas kelihatan dalam gambar, akhirnya barulah saya bersetuju,” ujarnya.

Dosa

Sementara itu, dia turut meluahkan rasa kesalnya apabila ada segelintir pihak yang telah menuduhnya telah membuat suntikan botox di bibir gara-gara alahan yang dialaminya itu.

Menurutnya, orang yang menyebarkan cerita tidak benar berkenaan adalah pihak yang tidak mengetahui keadaan sebenar tentang situasi yang dilaluinya itu.

“Pada saya, ia merupakan satu fitnah yang cukup berat apabila saya dituduh membuat suntikan bibir untuk kelihatan lebih menarik. Lagipun ia bukan melibatkan saya seorang sahaja tetapi turut melibatkan maruah keluarga.

“Seharusnya orang yang menyebarkan fitnah itu tahu tentang dosa yang diterima. Biarpun berasa sangat kesal, namun saya sedia memaafkan pihak terbabit sekiranya datang sendiri berjumpa dengan saya,” tegasnya mengenai perkara tersebut.

Menurutnya lagi, dengan penjelasan yang diberikan itu dia meminta agar para peminat dan pihak media tidak salah sangka dengan apa yang telah berlaku dan berharap terus mendapat sokongan kepada perjalanan kariernya.

Kanser hati

Pastinya ramai yang sedia maklum dengan kenyataan Shahir beberapa bulan lalu mengenai dirinya yang disyaki menghidap penyakit kanser hati hingga dia terpaksa menghilangkan diri buat seketika.

Menurutnya, penyakit tersebut mula dikesan sewaktu dia menjalani ujian darah di sebuah hospital swasta dan mendapati bahagian hatinya mengalami masalah.

Bagaimanapun, apabila menjalani pemeriksaan yang sama di hospital yang lain, penyakit yang dilaluinya itu masih lagi belum sampai ke tahap yang serius.

Ketika diajukan tentang tahap kesihatannya ketika ini, Shahir memberitahu bahawa sekarang ini dia berada dalam keadaan yang sihat dan tidak menghidap sebarang penyakit yang serius.

“Alhamdulillah, sewaktu menjalani pemeriksaan sebelum ini, doktor ada memberitahu kepada saya supaya tidak perlu terlalu bimbang dengan keadaan kesihatan diri saya.

“Cuma doktor memberi pesanan supaya saya membuat pemeriksaan kesihatan setiap enam bulan sekali. Apapun saya tetap gembira kerana dapat menjalankan aktiviti seni seperti biasa,” ujarnya.

Menurutnya, ketika ini dia masih lagi dalam pemantauan doktor dan kini dia lebih mengambil langkah berjaga-jaga dengan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails