Sahabat adalah perisai diri

Thursday, April 7, 2011

Telur ayam tiruan?

Dikatakan kos mengeluarkan telur ayam tiruan ni cuma 0.55 Yuan saja di China...

Salam,
Berita yang mengejutkan dan membuatkan kita semua susah hati... terima kasih la pada CAP, Persatuan Pengguna Pulau Pinang yang telah mengangkat isu penting ni ke pengetahuan rakyat marhaen. Penting ni, telur ayam memang penting. Bila hujung hujung bulan, terkejut tergempar lauk tak dak dalam peti ais... telur ni la jadi habuan bila tetamu tiba tiba datang.

Sebab tu CAP bingkas bangun membongkar kisah telur ayam tiruan yang dijumpai di Pulau Pinang supaya rakyat boleh berwaspada.... Tapi heran jugak kak Ros, so perfect telur ayam tu sampaikan orang tak boleh nak kenal ka asli ngan tiruan nih...

Kak Ros ada jugak terdengar dulunya... kalau tak salah bab tiru meniru ni teknologinya dari China... wallahuaklam.... tapi sebagai surirumah, kak Ros mesti la risau, takut ngan... tak pepasal nanti kita ditimpa penyakit... dah la habis duit kena tipu... hadoiihh....

*******************************

GEORGETOWN: Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.

Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di sini semalam.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.

Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.

Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.

Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu. - Bernama

2 comments:

  1. lately byk benda yg bercampur bhn kimia.china ni mmg pndai ciplak yg ori...kita jugak yg jd mangsa.

    ReplyDelete
  2. btoi tu Chempaka, kak Ros rasa tinggal mak bapak ja yang belum kena ciplak... haha... tu pun tunggu masa ja

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails