Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, May 10, 2011

Mati tu pasti...

Allahyarham Aimi Jarr

Salam,
Yang hidup pasti mati, setelah muda menjadi tua... Bak kata bijak pandai, ajal maut tu ditangan Tuhan. Begitu juga kita semua manusia, tanpa kecuali pasti akan kembali mengadap Ilahi. Suka tak suka, kena hadapi jua... dah cukup ka bekalan kita?

Seperti tersiar dalam laporan mStar, pelakon veteran dan penulis, Aimi Jarr atau Omar Puteh, 72, yang juga bekas wartawan hiburan meninggal dunia di rumahnya di Taman Melawati, pagi Selasa. Allahyarham disahkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 7.30 pagi tadi. Al-fatihah lah, moga rohnya dicucuri rahmat. Ini masa dia, masa kita entah macamana... ini cara kematian dia, cara kematian kita tak tau lagi lagu mana...

Kak Ros nak ambik kesempatan disini nak ucapkan takziah la pada seluruh ahli keluarganya. Moga kematian sdr Aimi Jarr ni memberi pengajaran pada kita mengenal erti kematian...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails