Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, May 17, 2011

Ziionis betoi laa...

Salam,
Malaysia ni baru sangat menyambut hari ibu. Mungkin ada sesetengah tu syahdu dapat kad hari ibu ataupun hadiah dari anak anak pun tak habis lagi... betapa anak anak dan warga kita cuba menghargai ibu walaupun sehari dalam setahun...

Kak Ros tak dapat kad pun, sebab hadiah paling berharga dari anak anak kak Ros adalah pelukan dan ciuman. Hari hari hadiah ni akan diberikan sekiranya depa ada dirumah... alhamdulillah laa...

Tapi dalam dok sibuk dunia menghargai jasa dan budi ibu dengan cara memasing, ada jugak kisah menyayat hati yang mengguris hati ibu. Ini yang buatkan hati ibu ibu termasuk la kak Ros membungkam nih... apa la punya bangang tah la... Perbuatan memisahkan antara anak dan ibu adalah perbuatan terkutuk dan paling keji yang sepatutnya mausia bertamaddun lakukan.

\
Siti Fairuz menunjukkan gambar Muhammad Darwis yang dilarikan suaminya.

Berita dari Kedah nih menceritakan sorang lelaki sanggup mengacu pisau terhadap ibu mertuanya sebelum bertindak ‘merampas’ anaknya sendiri dan melarikan bayi lelaki berusia lapan bulan itu daripada rumah ibu kepada isterinya di Kampung Permai. Siibu, Siti Fairuz dikatakan telah ke kedai berhampiran diwaktu kejadian.

Suaminya, Zulkipli Mohamad, 31, kemudiannya menghantar SMS dengan menyatakan ‘jangan harap hang (awak) nak tengok anak lagi, dia ada dengan aku’ kepada Siti Fairuz.

Ini lah dunia yang sedang kita cipta, dunia huru hara. Memang tak dapat diterima dik akal kerana bagi kak Ros laa... tindakan siapa jugak yang memisahkan seorang anak dari ibunya adalah satu tindakan yang paling tak masuk akal. Takkan kerana masaalah dia dengan isterinya saja si anak jadi mangsa pulak...

Ziionis betoi laa....

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails