Sahabat adalah perisai diri

Thursday, June 9, 2011

Awas!! Wabak ni suka orang pompuan

Lagi satu musibah yang menggemparkan dunia, tapi peliknya pompuan yang kena banyak. Itulah penyakit terbaru yang Tuhan ujiankan kat hamba hambanya iaitu wabak E coli yang ditemui di Jerman. Tak tau dari mana asal puncanya, tapi ada pendapat yang katakan mai dari makanan organik dan rendah kalori seperti timun dan salad.

Wabak E.coli di Jerman dan beberapa negara Eropah sudah meragut sekurang-kurangnya 18 nyawa sehingga Jumaat lalu manakala lebih 1,800 lagi dirawat di hospital selepas mengadu cirit-birit. Dalam kebanyakan kes penularan wabak sebelum ini, mangsa terdiri daripada kanak-kanak kerana sistem imun tubuh mereka belum dapat melawan keracunan makanan tetapi dalam kes E.coli di Jerman, kebanyakan daripada kira-kira 1,200 mangsa adalah wanita.

Sehingga punca sebenar bakteria itu dikenali, pegawai-pegawai kesihatan Jerman menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada memakan tomato, timun dan salad mentah. Agensi Standard Makanan Britain (FSA) memberitahu, pengguna mesti membasuh dahulu buah-buahan dan sayur-sayuran sebelum memakannya. Namun, pakar Scotland berkata penyelidikan baharu mendapati membasuh sahaja tidak mencukupi kerana bakteria itu sudah masuk ke dalam makanan mentah terbabit.

Di Malaysia pulak, selain sayur-sayuran, pencemaran bakteria E.coli pernah dikesan di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu tahun lalu. Bagaimanapun, keputusan ujian Jabatan Kimia Terengganu mendapati tahap pencemaran E.coli di situ adalah di antara dua hingga 920 MPN/100ml. Paras tersebut adalah di bawah tahap maksimum yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) iaitu 5,000 mpm/100ml.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails