Sahabat adalah perisai diri

Sunday, June 19, 2011

Giliran Pak Uda, kita tak tau bila...

 Salam,
Sorang lagi artis lama, sdr Zami Ismail telah meninggal dunia akibat masalah jantung. Pelawak veteran, Zami Ismail,67, meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, kira-kira pukul 10.30 pagi Ahad akibat kegagalan jantung.

Allahyarham yang dimasukkan ke IJN sejak dua minggu lalu dilaporkan tenat pada malam Sabtu dan terpaksa bergantung hidup dengan bantuan mesin perubatan. Jantungnya sangat lemah dan terpaksa dirawat di Unit Rawatan Kritikal (CCU) sehinggalah pada malam tadi (Sabtu) keadaanya menjadi semakin tenat. Bagaimanapun Allah lebih sayangkan dia.

Allahyarham yang popular dengan drama “Pi Mai Pi Pai Tang Tu” pada tahun 1980-an turut berlakon hampir 20 buah filem termasuklah dua filem yang belum ditayangkan iaitu “Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit” dan “Shh… Dia Datang”.

Dia juga pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik, Festival Filem Malaysia ke 9 (FFM9) pada tahun 1991 menerusi filem "Mak Som". Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hanizan Ibrahim,58, dan sembilan orang anak.

Al-fatihah untuk arwah... ni masa dia, masa kita tak tau bila dan macamana...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails