Sahabat adalah perisai diri

Thursday, June 9, 2011

Lintah raksasa serang kampung

Kak Ros cukup geli ngan menatang sekoq nih, iaitu lintah. Kadang kadang dengaq nama ja dah jadi lain macam, geli yang amat sangat.

Dalam laporan kosmo disini, lintah raksasa telah dilaporkan menyerang kampung di Jawa Tengah, Indonesia. Mak aiii, tengok ja dah kembang tengkok. Kalau kak Ros dah pengsan dah kalau dok melekat camtu.

Penduduk di Desa Timbul Sloko, Demak, di Jawa Tengah kini berada dalam kebimbangan ekoran serangan lintah raksasa di kawasan berair dan jalan yang basah akibat hujan.

Seorang penduduk kampung itu, Satiman, 36, berkata, bentuk lintah tersebut kelihatan berbeza dengan lintah darat. Ratusan haiwan tersebut muncul selepas banjir kilat surut. Menurut Satiman, kehadiran lintah yang bersaiz lima kali ganda daripada biasa itu menyebabkan penduduk kampung buntu untuk mencari cara bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Ketua Tentera Daerah Kecil Sayung, Arief Sudaryanto berkata, lintah yang sama turut ditemui di Desa Sidogemah dan Sriwulan. Dia menjelaskan bahawa jenis lintah itu belum diketahui tetapi penduduk kampung tidak perlu bimbang kerana ia tidak membahayakan mereka.

Seorang lagi pegawai tentera, Kapten Bambang Susilo berkata, penduduk kampung tidak perlu takut kerana lintah tersebut tidak menghisap darah.

"Sudah 15 minit ia melekat di tangan, lintah ini tidak menggigit saya," katanya. - Agensi

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails