Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, July 5, 2011

Kenyataan yang sukar disangkal

Salam,
Kak Ros suka sangat memetik kata kata sorang yang dulunya glamour dalam dunia hiburan tanahair. Aktor terkenal iaitu sdr Azmil Mustafa berkata disini, memang sukar bagi seseorang itu untuk menjadi mukmin sejati sekiranya mereka masih bergelar sebgai artis.... ini kenyataan yang sukar disangkal.

Wajah Azmil sewaktu tahun 1994.

Pelakon Azmil Mustafa mendakwa sukar bagi seseorang itu untuk menjadi mukmin sejati sekiranya mereka bergelar artis. Dia berkata selama bergelar artis dia mengakui banyak dosa yang telah dilakukan.

"Saya rasa agak susah untuk menjadi seorang mukmin apabila hidup sebagai seorang artis kerana seperti yang kita tahu kehidupan artis lebih terdedah kepada keseronokan.

"Saya akui pelbagai dosa yang telah saya lakui sepanjang menjadi artis. Sehingga sekarang, ada yang masih menganggap saya sebagai artis dan mengenali saya dengan nama Ali Setan," ujarnya dalam satu temubual di Hotel De Palma, Ampang ketika meraikan mangsa Madrasah At-Taqwa, Hulu Langat.

"Saya juga gemar bergaul dengan rakan artis yang suka berkongsi tentang kehebatan Rasulullah seperti kumpulan Rabbani."

Bagaimanapun, Azmil belum bersedia untuk berdakwah kepada rakan artis lain kerana bimbang sekiranya timbul konflik pada masa hadapan.

"Saya sudah faham dan lalui pengalaman menjadi artis, jadi saya takut untuk berdakwah di kalangan mereka.

"Lagipun saya belum cukup kuat untuk bergaul dengan mereka semula. Saya rasa halangannya terlalu berat dan bimbang andai saya gagal untuk berdakwah kepada mereka," ujarnya lagi.

2 comments:

  1. bukan kalangan artis pun,macam kita2 ni pun susah juga utk didakwahkan.selalunya mmg gitulah.benda baik mmg byk cabarannya.

    suka dgn watak ali setan dolu2...

    ReplyDelete
  2. Betoi tu Chempaka...

    kak Ros pun minat gak ngan mamat nih... haha... lawak dan cool... la ni tentu lagi cool kan?

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails