Sahabat adalah perisai diri

Saturday, July 16, 2011

Makin kerap dok dengaq mayat dikerat dan dibakaq...

Salam,
Kak Ros macam gak yang lain lain rakyat Marhaen dalam negara Malaysia yang tercinta ni, rasa gusar dan takut sesangat bila dok tengok makin banyak pulak jenayah bunuh yang mangsanya dikerat kerat dan dibakaq.

Dibunuh saja pun dah dengaq mengerikan, apatah lagi disiksa sebelum dibunuh dan dibakaq untuk hilangkan bukti. Tak dak cara lain ka untuk kita atasi jenayah ni? Bukankah penyakit ada ubatnya, apakah golongan Umarak negara kita yang cerdik pandai ni tak boleh nak pikiaq dah ka penyelesaian awai dari berlaku agar rakyat lebih aman. Para Umarak dan Ulamak sekelian, tolong lah kembalikan keamanan pada Ummah. Jangan dok syok berpolitik mempertahankan kuasa sedangkan rakyat merana.

Islam sebagai satu cara hidup, Islam agama Allah yang baik, kenapa kita tak gunakan Islam sebagai penyelesai masaalah kita? Terapkan ajaran Islam pada semua rakyat marhaen tanpa mengira agama dan bangsa. Bukan memaksa mereka itu Islam, tapi Islam adalah penyelesainya... wallahuaklam...


***********************************


'Tolonglah selamatkan saya'
Oleh Umi Nadirah Abdul Rahman

Jaga ada 8 rekod jenayah disyaki kerat, bakar gadis rayu kepada isteri

JOHOR BAHRU: "Tolonglah selamatkan saya!" Itu rayuan pengawal keselamatan yang semalam didakwa di Mahkamah Majistret, di sini atas tuduhan membunuh seorang gadis, Nurrahayu Qomarodin, 16 (atas), yang mayatnya dijumpai dikerat dan dibakar dalam kejadian di Masai, dekat sini 18 Jun lalu.

D Kalaiselvan, 46, didengar berkata demikian dalam bahasa Tamil kepada isterinya ketika dia yang dikawal anggota polis dibawa keluar dari mahkamah selepas selesai prosiding.

Lelaki itu yang mempunyai lapan rekod jenayah dituduh membunuh Nurrahayu di ladang sawit Sungai Masai dekat Jalan Masai-Kong Kong, Masai, antara jam 2.30 pagi hingga 2.50 pagi 18 Jun lalu dan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Laporan akhbar sebelum ini menyebut Kalaiselvan bertugas di pos pengawal sebuah tapak binaan kira-kira 500 meter dari rumah kongsi dihuni bapa Nurrahayu, Qomarddin Bajuri, 50, yang selalu menghantar makanan kepada lelaki itu di tempat dia bertugas.

Pada prosiding semalam, tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada tertuduh yang kelihatan mengangguk tanda faham pertuduhan terhadapnya yang dibacakan dalam bahasa Tamil. Pendakwaan kes dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muhamad Iskandar Ahmad di hadapan Majistret Hafizah Johor Arif Johor.

Mahkamah menetapkan 20 September ini untuk sebutan semula kes terbabit sementara menunggu laporan bedah siasat mangsa dari Hospital Sultan Ismail (HSI) dan laporan DNA dari Jabatan Kimia.

Tertuduh memakai kemeja warna biru muda serta berseluar pendek hitam paras lutut, tidak diwakili peguam manakala keluarga mangsa melantik Khairul Azwad Sariman sebagai peguam pemerhati bagi pihak mereka. Isteri Kalaiselvan turut hadir sendirian di mahkamah.

Nurrahayu yang belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Universiti hilang selepas dihantar pulang rakan lelakinya kira-kira jam 2 pagi pada 18 Jun lalu dan diturunkan di tapak pembinaan berhampiran kongsi tempat ibu bapanya mengusahakan warung.

Polis yang menerima laporan kehilangan gadis itu kemudian menemui beberapa anggota badan dikerat dan dibakar di dua lokasi berasingan di Masai dan Ulu Tiram pada 3 Julai lalu sebelum mengesahkan ia milik mangsa.- BH

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails