Sahabat adalah perisai diri

Monday, August 8, 2011

Awan cerut gergasi?

AWAN menyerupai cerut yang terbentuk di kaki langit di Devon, barat daya England baru-baru ini. - Agensi

Salam,
Jangan tanya kak Ros pasai kak Ros pun tak tau menatang hapa ngan awan cerut nih... mungkin awan berbentuk cerut kot dan dalam keadaan saiz gergasi... haha... pa pun, kita kembalikan segalanya pada yang hak dan berkuasa iaitu segalanya hak Allah s.w.t... inilah kebesaran Allah yang maha pencipta...


******************************

DARTMOUTH, Britain - Sekumpulan nelayan menyangka mereka berada dalam filem seram klasik, The Fog apabila melihat formasi awan luar biasa di kaki langit, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Mereka sedang memancing di atas sebuah bot di Selat Inggeris baru-baru ini apabila awan gergasi mirip sebatang cerut tiba-tiba muncul beberapa kilometer di hadapan dalam kejadian yang berlaku baru-baru ini.

Awan rendah sepanjang 1.6 kilometer itu bergerak ke arah bot mereka, 48 kilometer ke selatan bandar ini dan menyelubunginya beberapa minit kemudian. - Agensi

2 comments:

  1. Salam Ramadhan Sis,
    Maap le, mata PakTeh ni, udah season. Jenuh dok renung, tak nampak cam cerut pun. Nampak macam surfing wave ja! Mata dah tua...camtu le!
    Klu dulu2, sahih depa kata Jin Awan turun minum ayaq ! Abis riuh rendah satu kpg !! Maap la noo..melawak camni, tak batai posa kot??

    ReplyDelete
  2. Salam PakTeh... terima kasih kerana singgah... hihi...

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails