Sahabat adalah perisai diri

Thursday, August 18, 2011

Benjy didenda

Benjy didenda RM5,000 miliki dadah

KUALA LUMPUR: Pelakon Khaeryll Benjamin Ibrahim atau Benjy didenda RM5,000 atau penjara enam bulan jika gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini setelah didapati bersalah memiliki syabu seberat 0.24gm di kediamannya tahun lalu.

Majistret Hafizza Sauni membuat keputusan terhadap anak lelaki tunggal dramatis Azean Irdawaty itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan pertuduhan terhadap pelakon itu.

Benjy, 33, didakwa memiliki dadah itu di rumah bernombor A-6-5 Menara Duta 2, Jalan 1/38B Persimpangan Jalan Segambut di sini, pada 4 petang ,11 Mac tahun lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga RM100,000 atau penjara sehingga lima tahun.

Sebanyak 14 saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan termasuk Benjy dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan berlangsung sejak tahun lalu.

Terdahulu, peguam Amer Hamzah Arshad yang mewakili Benjy, memohon supaya mahkamah mempertimbang hukuman berbentuk bon berkelakuan baik terhadap anak guamnya memandangkan tertuduh tidak ada kesalahan lampau dan akan menjalani pembedahan esok.

Beliau turut membacakan kandungan surat yang ditulis Benjy kepada Hafizza yang antara lain menyebut Benjy menghidap asma dan akan menjalani pembedahan esok.

"Keadaan diri saya juga tidak terkawal disebabkan oleh masalah kesihatan serta bebanan kewangan untuk menyara keluarga, selain ibu yang menghidap penyakit kanser payu dara tahap keempat dan disebabkan kes ini, dia turut tertekan, " kata Benjy dalam surat yang dibacakan Amer.

Amer turut membacakan surat Azean kepada Hafizza yang memaklumkan mengenai pembedahan tersebut.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Noor Mawarni Abdul Halim memohon hukuman berat dikenakan terhadap Benjy sebagai pengajaran kepada tertuduh dan masyarakat. - Bernama

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails