Sahabat adalah perisai diri

Tuesday, August 9, 2011

Berubat ngan bersenam


Salam,
Dunia la ni semua tau penuh dengan penyakit dan memasing pakat pasang angan angan dan cari cara untuk berubat. Namun tak ramai rasanya yang tahu bahawa bersenam jugak adalah satu dari kaedah perubatan.

Malah, ia cara terbaik untuk mengurangkan masalah berat badan berlebihan serta tidak memiliki kesan sampingan yang memudaratkan diri, sebaliknya menyihatkan badan dengan cara semula jadi.

Menurut Naib Presiden Exercise is Medicine, Perubatan Sukan Kolej Amerika, Dr Adrian Hutber, senaman yang dilakukan secara berkala mampu mengurangkan risiko penyakit jantung sehingga 40 peratus. Gaya hidup sihat dengan mengamalkan aktiviti fizikal sememangnya digalakkan bagi mengelakkan diri daripada terus terdedah kepada bahaya kegemukan serta penyakit lain yang berkaitan dengan pola pemakanan tidak seimbang.

Sekurang-kurangnya kita perlu melakukan aktiviti fizikal selama 30 minit setiap hari bagi mencukupkan 150 minit seminggu dan perlu menampakkan peningkatan sebanyak 10 minit setiap kali ia dilakukan. Ini bagi memberikan kesan lebih memberangsangkan pada badan.

Tidak dapat dinafikan manfaat melalui senaman bagi mencegah dan berfungsi sebagai rawatan awal bagi penyakit kronik. Bukan saja tiada penyakit malah berat badan juga dapat diseimbangkan dengan cara lebih berkesan dan semula jadi tanpa perlu mengamalkan diet kurang sihat.

Makan itu penting, tetapi senaman juga memainkan peranan dalam menentukan tahap kesihatan badan berada dalam keadaan optimum bagi mengelakkan sebarang penyakit berbahaya.

2 comments:

  1. Salam Ramadhan Ros,
    Betui! Betui sgt tuu, Ros! Tapi, PakTeh tak berapa reti bab2 senam moden la ni. Macam apa ke nama tu, Pocong-Pocong ? MakTeh hang selalu dgn geng2 dia buat kat bawah pokok. Bila kita nak join, dia kata kita gatai...! Dia buat takpa plak!
    Buat PakTeh, rasanya solat 5 waktu, tambah ngan sedikit sunat yg kita dok buat, dah cukup rasanya kot. Berkala jugak tuu!

    ReplyDelete
  2. Salam PakTeh,
    Yang PakTeh gatai nak join ngan org pompuan tu buat hapa... nak kena cubit MakTeh... :-)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails